Kosmo Online - Negara |
- Pelumba Moto3 maut kemalangan
- Boikot produk coklat Cadbury
- Bas masuk gaung, hajat beli-belah tak kesampaian
Posted: Pelumba Moto3 maut kemalangan
JOHOR BAHRU - Malaysia kehilangan seorang bakat muda dalam sukan motosikal dengan pemergian bekas pelumba Moto3, Husni Aizat Abdul Malik yang maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sangat, Kota Tinggi dekat sini semalam. Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Felda Air Tawar 1 terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabas semasa melalui selekoh di jalan itu sebelum bertembung dengan sebuah lori. Husni Aizat yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Pasir Gudang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Boikot produk coklat CadburyKUALA LUMPUR - Pengguna beragama Islam digesa memboikot semua produk keluaran Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury) selepas dua produknya iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Prof. Madya Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, tindakan boikot itu perlu dilakukan sebagai satu pengajaran kepada syarikat terbabit supaya lebih sensitif dan menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini. Tegas beliau, tindakan boikot kesemua produk keluaran Cadbury itu perlu dilakukan sehinggalah Cadbury dapat memberi jaminan bahawa bukan sahaja dua produk tersebut, malah semua produknya bebas daripada DNA babi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Bas masuk gaung, hajat beli-belah tak kesampaian Posted: Bas masuk gaung, hajat beli-belah tak kesampaianOleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM ![]() SEBAHAGIAN penumpang bas yang menunggu bantuan perubatan tiba selepas bas dinaiki menjunam ke dalam gaung. - Muhamad Iqbal Rosl KANGAR – Kegembiraan 44 peserta rombongan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membeli-belah di Wang Kelian dekat sini bertukar ngeri apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter hanya kira-kira dua kilometer dari destinasi yang mahu dituju. Kejadian pada pukul 9.40 pagi semalam itu berlaku ketika bas persiaran itu melalui laluan berbukit di Kilometer 37, Jalan Wang Kelian-Padang Besar. Bas yang membawa 33 wanita, enam lelaki, lima kanak-kanak serta seorang pemandu bas itu terjatuh ke dalam gaung itu dengan kesemua tayarnya di atas. Kemalangan itu menyebabkan penumpang wanita dan pemandu bas itu cedera. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan