Sabtu, 19 April 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Persaingan tiga penjuru

Posted:

Persaingan tiga penjuru

Persaingan tiga penjuru

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SULTAN Ahmad Shah akan dicabar anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, Tengku Abdullah disebut-sebut bakal memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding selepas Sultan Ahmad Shah dikatakan bersedia mengundur diri bagi memberi laluan kepada anakandanya itu.

Pada masa sama, Tunku Ismail pula dilaporkan menarik diri daripada mencabar jawatan No. 1 dalam badan induk bola sepak negara itu kerana mahu memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak di Johor.

Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam mengesahkan bahawa pertandingan tiga penjuru bakal berlaku bagi merebut jawatan Presiden FAM.

Hamidin berkata, tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan penyandang Naib Presiden selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

"Lapan calon akan bersaing merebut empat jawatan Naib Presiden. Nama-nama itu merupakan pencalonan yang kita terima (daripada anggota gabungan) sebelum tarikh tutup 23 Mac lalu.

"Bagaimanapun, ada beberapa calon yang telah menarik diri pada saat-saat akhir atas beberapa faktor.

"Begitupun, ini membuktikan bahawa masih ada ramai pihak ingin menyumbangkan idea dan bersungguh untuk membantu FAM mempertingkatkan bola sepak negara," katanya pada sidang akhbar semalam.

Terdahulu, Sultan Ahmad Shah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-11 bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir, Tengku Abdullah serta barisan Ahli Majlis FAM.

FAM akan mengadakan pemilihan bagi penggal 2014 hingga 2018 sempena kongres ke-50 badan induk itu pada 25 Mei depan.

Pada Kongres FAM sebelum ini, Sultan Ahmad Shah menang tanpa bertanding manakala Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Annuar digantung selama dua setengah tahun daripada menjawat sebarang jawatan dalam sukan bola sepak selepas melanggar Artikel 88 Statut FAM kerana mengkritik skuad kebangsaan pada April 2012.

Gergasi Merah gah di Shah Alam

Posted:

Gergasi Merah gah di Shah Alam

Gergasi Merah gah di Shah Alam

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PANTELIDIS melakukan tandukan ke gawang Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 1-0.


AWANG import, Steve Pantelidis muncul wira apabila meledak gol tunggal bagi membantu Selangor menewaskan Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Pantelidis sebelum ini dikatakan bakal disingkirkan bagi memberikan laluan kepada pemain import baharu, Clebinho menyertai Gergasi Merah

Pada babak pertama, skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu bermula garang seawal minit pertama apabila percubaan tepat, S. Kunanlan dinafikan penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbud.

Tujuh minit berselang, tiba giliran wakil Singapura itu menguji kubu Selangor yang diterajui penjaga gol, Mohd. Farizal Marlias menerusi sepakan percuma.

Begitupun, percubaan tepat daripada kapten Lions XII, Safuwan Baharudin tersasar.

Saat-saat yang dinantikan lebih kurang 20,000 penyokong setia Selangor akhirnya tiba apabila Pandetelidis merobek gawang Lions XII pada minit ke-24.

Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Fandi Ahmad kembali mengatur gerak tetapi keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kunanlan hampir berjaya menggandakan kedudukan tetapi bekas pemain Negeri Sembilan itu gagal mempamerkan penyudah berkesan apabila percubaannya tersasar pada minit ke-57.

Peluang terbaik Lions XII untuk menyamakan kedudukan hampir menjelma sebaik memperoleh sepakan percuma, namun Safuwan masih gagal menewaskan Farizal pada minit ke-61.

Pantelidis sekali lagi mencemaskan benteng pertahanan Lions XII menerusi tandukan hasil sepakan penjuru tetapi gagal menembusi gawang Lions XII pada minit ke-80, sekali gus keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Gerrard terbaik di Eropah

Posted:

Gerrard terbaik di Eropah

Gerrard terbaik di Eropah


GERRARD (depan) dilabel sebagai pemain tengah terbaik di Eropah berdasarkan sumbangan yang dilakukan ke atas Liverpool sepanjang musim ini.


LONDON - Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers melabel Steven Gerrard sebagai pemain tengah terbaik di Eropah.

Rodgers menyuarakan kehebatan pemain tengah England itu menjelang aksi Liga Perdana England menentang Norwich City di Carrow Road malam ini.

Rodgers berkata, Gerrard memiliki kehebatan setanding perancang Barcelona, Sergio Busquets; Philipp Lahm (Bayern Munich), Fernandinho (Manchester City), Andrea Pirlo (Juventus), Daniele De Rossi (AS Roma), Nemanja Matic (Chelsea) dan Thiago Motta (Paris Saint-Germain).

Meskipun terdapat beberapa pandangan yang berbeza, Rodgers tetap memuji peranan kapten yang membantu kebangkitan skuad The Reds sejak akhir-akhir ini.

"Tidak ramai pemain yang mampu melakukan seperti mana yang dilakukannya. Selain menjadi salah seorang pemain tengah menyerang terbaik di Eropah dan Gerrard turut berkemampuan untuk membantu benteng pertahanan pasukan.

"Anda lihat pada pemain-pemain bola sepak terbaik di Eropah, mereka bermain dengan pasukan dan kelab terbaik. Saya tidak akan menukarnya dengan mana-mana pemain berdasarkan apa yang telah diberikannya kepada kelab.

"Dia adalah seorang perancang, unik, bijak dan cepat membaca corak permainan pasukan lawan untuk membolehkannya mengawal permainan menerusi skil yang dimiliki.

"Dia juga mampu bermain di posisi pertahanan dan merampas bola. Namun, dia kurang diberi kredit meskipun bijak membaca corak permainan pasukan lawan," kata Rodgers.

Rodgers berkata, beliau sukar untuk melupakan detik di mana Gerrard menukar corak permainan ketika menentang Aston Villa, Januari lalu.

Pada aksi di Stadium Anfield itu, Liverpool ketinggalan 0-2 tetapi berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2.

Keputusan seri itu cukup penting kerana ia merupakan detik permulaan buat Liverpool untuk melebarkan rekod tanpa kalah sepanjang tahun 2014.

Sepanjang 12 perlawanan liga, Liverpool berjaya mengutip 34 mata dan kemenangan ke atas Norwich malam ini akan mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas, sekali gus mencerahkan peluang untuk menjulang trofi Liga Perdana England musim ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved