Khamis, 10 April 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


V Shem-Khim Wah tersungkur

Posted:

V Shem-Khim Wah tersungkur

V Shem-Khim Wah tersungkur

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

V SHEM (kanan) dan Khim Wah tewas pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Singapura 2014 semalam.


BEREGU lelaki negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah terpaksa akur dengan kelebihan pasangan Korea Selatan, Kim Sa Rang-Yoo Yeon Seong pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Singapura 2014 semalam.

Pada aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, V Shem-Khim Wah tewas pada pertemuan pertama dengan pilihan kelima itu 17-21, 24-26.

Ketika mengulas mengenai aksi selama 53 minit itu, V Shem mengakui kekuatan yang dimiliki Sa Rang-Yeon Seong yang bermain lebih agresif telah memberi kelebihan kepada mereka.

"Corak permainan kami sudah betul, cuma kami kurang taktikal sahaja. Mereka (Sa Rang-Yeon Seong) beregu yang kuat dan sangat agresif. Jika kami bermain lebih taktikal mungkin boleh menang.

"Kami tidak kuat seperti mereka. Jadi, hanya permainan lebih taktikal akan membantu kami. Saya telah cuba yang terbaik untuk memberikan tentangan, cuma tidak cukup tuah pada set kedua," kata V Shem.

Turut menempah nasib yang sama ialah gandingan pemain lama dan muda, Tan Boon Heong-Ow Yao Han yang tewas kepada pasangan China, Cai Yun-Kai Lu 24-22, 19-21, 18-21.

Dalam pada itu, pasangan utama negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong menempah kemaraan apabila menewaskan Wahyu Nayaka Arya Pankaryanira-Ade Yusuf 21-18, 21-14.

Tampil selaku pilihan keempat, Thien How-Wee Kiong akan bertemu pasangan Thailand, Maneepong Jongjit-Nipitphon Puangpuapech yang turut melangkah ke pusingan kedua hari ini.

Aksi perseorangan lelaki pula menyaksikan Datuk Lee Chong Wei melepasi halangan pertama apabila menewaskan pemain Hong Kong, Wei Nan 21-17, 21-15.

Chong Wei akan menentang pemain China, Chen Yuekun yang turut mara selepas menewaskan pemain profesional negara, Tan Chun Seang 21-13, 21-11.

Bagaimanapun, laluan pemain Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Mohmed Misbun setakat pada pusingan pertama selepas dia tewas kepada Hu Yun (Hong Kong) 21-19, 16-21, 8-21.

Selangor mahu tebus kesilapan

Posted:

Selangor mahu tebus kesilapan

Selangor mahu tebus kesilapan


THAMIL ARASU (kanan) meletakkan Selangor di depan ketika seri 1-1 dengan T-Team pada aksi Liga Super kelmarin.


JURULATIH Selangor, Mehmet Durakovic mengakui bahawa mereka sepatutnya membawa pulang tiga mata penuh dari Kuala Terengganu tetapi sekadar seri 1-1 dengan T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin.

Seperti biasa, pengendali kelahiran Australia itu enggan menyalahkan anak-anak buahnya seratus peratus biarpun Selangor terlepas peluang merampas kedudukan pendahulu Liga Super daripada Pahang.

Mehmet berkata, faktor kepenatan menjejaskan tahap persembahan skuad Gergasi Merah yang turut beraksi pada kempen Piala AFC.

Pada aksi menentang T-Team, A. Thamil Arasu membuka tirai jaringan pada ke-15 sebelum pemain import tuan rumah, Patrich Wanggai menyamakan kedudukan ketika saingan berbaki dua minit.

"Pada aksi separuh masa pertama, saya sangat gembira dengan persembahan barisan pemain-pemain saya.

"Saya rasa kami berupaya meledakkan dua atau tiga gol dalam babak pertama tetapi bila bersambung pada separuh masa kedua, kami leka dan menyebabkan gawang kami bolos menerusi gerakan set piece.

"Pemain-pemain saya bukan mesin. Benar, kami sepatutnya membawa pulang tiga mata tetapi saya juga berpuas hati dengan keputusan seri ini kerana kami bermain di gelanggang lawan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mehmet menegaskan, skuad kendaliannya akan berusaha lebih keras pada aksi menentang Perak, Sabtu depan setelah terlepas peluang untuk menghuni tangga teratas Liga Super.

"Tidak dapat dinafikan, ia adalah suatu pencapaian yang menakjubkan jika kami muncul sebagai pendahulu Liga Super.

"Selangor menghadapi krisis pemain kerana ramai pemain kami ditimpa masalah kecederaan dan digantung perlawanan," katanya.

120 pemain remaja sertai golf Terbuka AmBank 2014

Posted:

120 pemain remaja sertai golf Terbuka AmBank 2014

120 pemain remaja sertai golf Terbuka AmBank 2014


ANWAR (dua dari kiri) beramah mesra dengan pemain-pemain golf remaja negara sambil diperhatikan oleh Syed Anuar (kiri) di Kelab Golf Diraja Selangor, Kuala Lumpur semalam.


EMPAT pemain kebangsaan antara 120 bintang muda yang akan menyertai Kejohanan Golf Terbuka Remaja Amatur AmBank 2014 di Kelab Golf Royal Selangor (RSGC) pada 22 hingga 24 April ini.

Presiden RSGC, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, keempat-empat pemain tersebut ialah Aimen Sho Ahmad Shaharuddin, 15, Leong Chun Yan, 15, Ariff Imran Roose, 18, dan Nicholas Tay, 11.

Beliau memberitahu, sehingga kini seramai 14 pemain antarabangsa sudah mengesahkan penyertaan untuk menyertai kejohanan yang bakal mempertandingkan empat kategori iaitu Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun dan Lelaki serta Perempuan Bawah 15 Tahun.

"Saya berbangga kerana kejohanan kali ini mendapat sambutan yang lebih baik berbanding pada tahun lalu iaitu sebanyak 90 penyertaan sahaja.

"Berbeza pada tahun ini, selain mendapat penyertaan dari negara yang pernah menyertai acara tersebut, kami turut menerima penyertaan baharu dari Emiriyah Arab Bersatu," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, kesediaan Ambank untuk menjadi penaja utama acara tersebut dilihat satu batu loncatan untuk para pemain golf remaja.

Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulannya, Syed Anuar Syed Ali berkata, kejohanan ini akan menjadi suatu tapak untuk sukan golf melangkah ke hadapan dan mencapai status yang lebih tinggi.

"Sukan ini merupakan suatu platform yang terbaik bagi pemain yang bercita-cita tinggi dan bertenaga untuk menempah nama dalam arena golf remaja negara.

"Ambank akan terus memperkukuhkan komitmen dalam memajukan perkembangan sukan golf tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa," jelasnya.

Kumpulan Ambank sebelum ini pernah menjadi penaja utama bagi Pusingan Akhir Kejohanan SportExcel Junior Golf yang diadakan selama 10 tahun berturut-turut.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved