Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Adenan terima kunjungan hormat wakil DUBS
- Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia
- 29 bekas tentera terima Pingat Jasa Malaysia
Adenan terima kunjungan hormat wakil DUBS Posted: Adenan terima kunjungan hormat wakil DUBS
KUNJUNGAN HORMAT. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak baru-baru ini. Presiden DUBS, Datuk Abang Helmi Ikhwan berkata, kunjungan itu bagi memperkenalkan barisan ahli-ahli majlis eksekutif dan ahli-ahli gabungan usahawan bumiputera yang bernaung di bawah DUBS. Menurutnya, dengan keahlian seramai 2,000 orang, DUBS telah memainkan peranan dengan berkesan dalam memajukan perdagangan dan perusahaan bumiputera di Sarawak. "DUBS juga membantu kontraktor bumiputera di negeri ini untuk mendapatkan kontrak-kontrak pembangunan daripada kerajaan dan sebagainya," katanya. | |
Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Posted: Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia![]() THIONG GHEE (enam dari kanan) bergambar dengan pemenang pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Kulim, Kedah baru-baru ini. HEBAT. Sebanyak 10 pasukan menyertai pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Dewan Bandaran Kulim, Kulim, Kedah baru-baru ini. Dalam pertandingan anjuran Jabatan Penerangan negeri itu, Kumpulan Jiwa Hamba diwakili Mohd. Zulkamal Ismail, Mohamad Shafizal Ghali dan Muzaffar Tawang dari daerah Padang Terap membawa lakonan kisah kehidupan tokoh sasterawan negara, Datuk Osman Awang berjaya membawa pulang hadiah utama RM3,000. Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Chua Thiong Ghee. | |
29 bekas tentera terima Pingat Jasa Malaysia Posted: 29 bekas tentera terima Pingat Jasa Malaysia![]() SAPAWI (duduk tengah) bergambar dengan 29 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang menerima Pingat Jasa Malaysia di Sipitang, Sabah baru-baru ini. PENGHARGAAN. Bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan bekas-bekas pejuang negara, seramai 29 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Sipitang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam satu majlis di Dewan Mini Perpustakaan Sipitang, Sipitang, Sabah baru-baru ini. Pingat disampaikan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Sabah, Leftenan Kolonel Adnan Ariffin; Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Mustapa Osman dan Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Negeri Sabah, Sanon Safari. Menurut Sapawi, kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu bekas-bekas anggota tentera termasuk mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Malaysia dalam usaha menghargai pengorbanan mereka. "Dengan adanya jabatan ini, pesara tentera boleh memohon untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan