Isnin, 17 Mac 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sindiket sedang uji dadah baharu

Posted:

Sindiket sedang uji dadah baharu

Sindiket sedang uji dadah baharu

Oleh NUR AISHAH AMIN, NASRUL FAIZ ABU AZAL
dan SHARKAWI LONDING
berita@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN dadah dipercayai eramin 5 dan ekstasi yang dirampas polis pada konsert FMFA 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Jumaat lalu.


KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert hiburan di Bukit Jalil di sini mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ekstasi dipercayai mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dadah baharu itu didapati baru saja berada dalam pasaran Malaysia dipercayai awal tahun ini dan kemungkinan masih dalam peringkat diuji oleh sindiket dadah.

Menurut beliau, siasatan polis juga mendapati mereka yang mati berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis ekstasi, methampetamine dan ampetamine," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kematian enam pengunjung konsert FMFA 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin yang dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

'Selamat malam' - Fariq

Posted:

'Selamat malam' - Fariq

'Selamat malam' - Fariq


AHMAD JAUHARI


SEPANG - Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid merupakan orang terakhir yang berhubung dengan menara kawalan trafik Vietnam pada pukul 1.19 pagi sebelum pesawat MH370 yang dinaiki bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pengesahan itu dibuat selepas pasukan penyiasat meneliti rakaman komunikasi juruterbang yang merekodkan Fariq, 27, berkata: "Baik, selamat malam (All right, good night)."

Menurut beliau, rakaman itu diperoleh daripada pihak berkuasa Vietnam selepas menara kawalan trafik udara negara itu mengambil alih komunikasi di kawasan igari iaitu sempadan ruang udara antara Malaysia dengan Vietnam.

"Kali terakhir Sistem Komunikasi dan Laporan (ACARS) diterima pada pukul 1.07 pagi 8 Mac lalu dan juruterbang sepatutnya menghantar transmisi 30 minit kemudian namun ia tidak berlaku. Oleh sebab itu, kita tidak pasti bila waktu yang tepat ACARS itu dipadamkan.

"Laporan mengatakan pesawat itu terbang pada ketinggian 5,000 kaki dari paras laut bukan maklumat rasmi," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pencarian digerak ke dua koridor

Posted:

Pencarian digerak ke dua koridor

Pencarian digerak ke dua koridor


SEBUAH kapal TLDM yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370.


SEPANG - Operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu giat digerakkan di kedua-dua koridor Utara dan Selatan mulai semalam termasuk melibatkan penggemblengan aset negara.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, tumpuan operasi adalah seimbang di kedua-dua koridor meskipun aset negara banyak digerakkan ke koridor selatan memandangkan tidak banyak negara yang diliputi di kawasan tersebut.

"Kedua-dua koridor menjadi tumpuan, cuma koridor Selatan tak banyak negara terlibat. Tak bermakna kita tidak beri fokus yang sama kepada koridor Utara," katanya pada sidang akhbar harian berhubung perkembangan kehilangan pesawat itu di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Koridor Selatan menjangkau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi, manakala koridor Utara pula dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac.

Menurut Hishammuddin, aset yang dikerah termasuk kapal peronda luar pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Kelantan dan KD Selangor serta helikopter Super Lynx yang boleh beroperasi dari mana-mana kapal itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved