Khamis, 6 Februari 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Jumpa TMJ jika perlu'

Posted:

'Jumpa TMJ jika perlu'

'Jumpa TMJ jika perlu'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

HAMIDIN (kiri) memberi jaminan pihaknya akan memanggil TMJ jika perlu bagi membantu memberi keterangan berhubung insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada Sabtu lalu.


MISTERI insiden 'panas' yang didakwa tercetus dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru ketika pertembungan Johor Darul Takzim (Johor DT) dan T-Team dalam aksi pusingan kedua Piala FA pada Sabtu lalu masih belum terungkai.

Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin memberikan jaminan pihaknya tidak akan berkompromi dalam menyiasat insiden berkenaan dengan lebih terperinci selepas ini.

Menurut beliau, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan bersama pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) termasuk Presiden PBNJ itu yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden berkenaan.

"FAM akan melihat segala bukti (berkaitan insiden itu) minggu depan.

"Ingin saya tegaskan di sini, pihak kami tidak akan sesekali berkompromi.

"Jadi, kami akan panggil dan jumpa TMJ jika perlu," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah (gambar) pula berkata, kes itu kini dikendalikan pihak Sekretariat FAM untuk siasatan lanjut.

Jika ada kes, katanya, ia akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak dalam masa terdekat.

"Sekretariat akan meneruskan siasatan lanjut terhadap apa yang didakwa berlaku dalam terowong berkenaan," jelas Afandi.

Dalam insiden di Larkin itu, pemain import The Titans, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo didakwa dikasari ketika menuju ke bilik persalinan stadium berkenaan.

Ketika itu, kedudukan semasa memihak kepada skuad Harimau Selatan yang sedang mendahului perlawanan 2-1.

Gara-gara bimbang dengan keselamatan, pasukan T-Team yang berstatus kelab itu telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan babak kedua.

Malah, kedua-dua pasukan juga telah membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku dalam terowong stadium berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga mengesahkan siasatan berhubung insiden itu akan dibuat secara profesional tanpa mengira individu yang berada di belakang kedua-dua pasukan berkenaan.

Berhubung insiden itu yang kini berada di bawah siasatan polis, jelas Afandi, FAM tetap akan meneruskan siasatan mengikut bidang kuasa yang dimiliki badan induk berkenaan.

"Kami serahkan kepada polis untuk siasatan, tetapi pihak sekretariat tetap akan teruskan siasatan mengikut bidang kuasa yang kami ada.

"Jika ada kes, ia akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib.

"Jadi, sekretariat akan teruskan siasatan terlebih dahulu yang dijangka selesai dalam masa terdekat," katanya.

Azraai tak layan kontroversi Irfan

Posted:

Azraai tak layan kontroversi Irfan

Azraai tak layan kontroversi Irfan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

"SAYA tiada masa. Malas nak layan. Banyak lagi benda saya kena fikir."

Demikian pendirian pengendali T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah ketika diminta mengulas mengenai kontroversi yang dikatakan cuba dicetuskan pemainnya, Muhammad Irfan Abdul Ghani.

Sebelum ini, pemain pertahanan The Titans itu mengejutkan ramai pihak apabila seolah-olah menyebelahi Johor Darul Takzim (Johor DT) yang juga bekas majikannya musim lalu.

Ketika tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kelmarin, Irfan mendakwa tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru sebaik tamat aksi separuh masa pertama pusingan kedua kempen Piala FA 2014 antara Johor DT dengan T-Team yang menyaksikan tuan rumah mendahului 2-1 pada Sabtu lalu.

Irfan mendakwa, perlawanan tersebut tidak sepatutnya dihentikan kerana dia tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang dilaporkan dikasari.

Sebaliknya dakwa Irfan, hampir semua pemain mahu meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih pasukan The Titans, Azlan Johar membuat keputusan supaya mereka menghentikan permainan dan meninggalkan stadium.

Kenyataan Irfan kembali dibidas Azlan memandangkan pemain itu hanya pemain simpanan dan tidak berada di terowong berkenaan, selain menyifatkan pemain itu sebagai pengkhianat T-Team.

Dalam pada itu, Azraai juga enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Irfan yang tiba-tiba 'muncul' di Johor selepas terlebih dahulu memberikan alasan kepada pihak pengurusan bahawa dia ada urusan keluarga di sana.

Beliau juga enggan mengulas mengenai masa depan Irfan bersama T-Team selepas ini.

"Buat masa ini, saya menerima apa juga keputusan FAM dengan positif," jelas beliau yang ditemani Azlan ketika hadir di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Usaha pemberita mendapatkan reaksi balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung perkara itu juga menemui jalan buntu selepas Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya dan pembantu jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim dilihat segera beredar meninggalkan pekarangan Wisma FAM selepas bermesyuarat bersama Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM semalam.

Pahang yakin jinakkan Harimau Selatan

Posted:

Pahang yakin jinakkan Harimau Selatan

Pahang yakin jinakkan Harimau Selatan

Oleh M.RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my

RAZMAN mahu pastikan tiga mata menjadi milik Pahang pada aksi menentang Johor DT malam ini.


JUARA Piala Malaysia musim lalu, Pahang yakin untuk menjinakkan Johor Darul Takzim (Jogor DT) pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Tok Gajah yang berjaya melayakkan diri ke saingan suku akhir Piala FA selepas menundukkan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Sabtu lepas sudah tidak sabar untuk berdepan dengan Harimau Selatan yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang.

Kapten Pahang, Mohd. Razman Roslan berkata, semua pemain sudah bersedia untuk turun beraksi bagi mengutip tiga mata penuh selepas mereka tercicir banyak mata dalam dua perlawanan sebelum ini ekoran kekalahan 0-1 kepada Selangor dan Sime Darby juga dengan jaringan sama.

"Kita tidak boleh tewas lagi bagi mengelak terus tercicir mata dan semua pemain kini berada pada tahap kecergasan terbaik untuk mengharungi perlawanan yang sengit menentang Johor DT nanti.

"Dua pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini iaitu Dickson Nwakaeme dan R. Surendran sudah beransur pulih dan kami amat memerlukan khidmat dua pemain ini bagi memastikan lawan berputih mata," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, semua pemain tidak menghadapi sebarang tekanan menerima kunjungan anak-anak buah Cesar Ferrando Jimenez biarpun menyedari pasukan mereka dikuatkan dengan dua tenaga import, Pablo Aimar dan Luciano Figueroa.

Beliau berkata, semua pemain harus mengekalkan semangat berpasukan dan semua posisi berfungsi dengan baik untuk menang dalam perlawanan itu nanti.

"Bermain di laman sendiri sudah pasti memberi kelebihan kepada kami dan ia tidak boleh disia-siakan begitu sahaja," ujarnya.

Mohd. Razman memberitahu, beliau turut menasihati penyokong agar mengikut arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Saya dapat rasakan lautan kuning akan memenuhi segenap tempat duduk di stadium namun mereka haruslah berdisiplin dan elakkan daripada mencetuskan provokasi terhadap pemain serta penyokong lawan," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved