Sabtu, 18 Januari 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tragedi lemas selepas kenduri kahwin

Posted:

Tragedi lemas selepas kenduri kahwin

Tragedi lemas selepas kenduri kahwin

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

PENDUDUK kampung mengangkat mayat mangsa bot karam di Sungai Lassa, Mukah semalam.


MUKAH – Kegembiraan sekumpulan 27 orang selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Tekajong, Pulau Bruit di sini berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut selepas bot panjang yang dinaiki karam dipukul ombak besar di muara Sungai Lassa dekat sini semalam.

Mereka yang mati lemas itu kesemuanya wanita berusia antara 40-an hingga 50-an dikenali sebagai Melati Jeraie, Sekiah Kipli dan Merah Morni.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, 16 mangsa berjaya diselamatkan manakala lapan orang lagi masih hilang.

Mereka dikhuatiri lemas dibawa arus deras.

Bot panjang yang dalam perjalanan balik dari Kampung Tekajong menuju ke Kampung Saei itu dinaiki oleh kumpulan hadrah masyakarat Melanau.

Jarak antara Kampung Tekajong dan Kampung Saei ialah kira-kira 50 kilometer atau sejam perjalanan menggunakan bot panjang.

Tragedi tersebut di Kampung Kut, kira-kira 30 minit selepas bot tersebut memulakan perjalanan dari Kampung Tekajong.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Proton lancar Suprima S Super Premium

Posted:

Proton lancar Suprima S Super Premium

Proton lancar Suprima S Super Premium


LUKMAN menunjukkan isyarat bagus selepas melancarkan Proton Suprima S Super Premium di Melaka semalam.


MELAKA - Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan model baharu, Proton Suprima S Super Premium yang dilancarkan di Karnival Jualan Proton, di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, varian terbaharu Suprima S Super Premium itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini selain pemanduan yang mantap selain lebih sporty.

Ujarnya, Suprima S Super Premium yang menampilkan hanya transmisi automatik itu dilengkapi dengan rim sports berukuran 17 inci, kit badan R3, skirt sisi serta spoiler.

"Varian terbaharu Suprima S ini ditawarkan pada harga RM87,929.45 dengan dua warna pilihan merah api dan putih solid," katanya selepas melancarkan varian terbaharu itu.

Menurut Lukman, Suprima S memperoleh kuasa daripada enjin 1.6 liter Turbo dengan transmisi tujuh kelajuan dan dilengkapi dengan enam beg udara serta kawalan kestabilan elektronik (ESC), brek ABS.

Ahli keluarga dibenar jumpa empat beradik

Posted:

Ahli keluarga dibenar jumpa empat beradik

Ahli keluarga dibenar jumpa empat beradik

INILAH empat anak pasangan Azizul Raheem dan Shalwati yang kini ditahan pihak berkuasa Sweden.


KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Sweden telah memberi kebenaran kepada wakil ahli keluarga untuk menemui empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan salah seorang anak yang tidak bersolat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kebenaran dan persetujuan itu diperoleh semalam hasil usaha berterusan wakil Kedutaan Malaysia mendapatkan kerjasama pihak-pihak di negara berkenaan.

"Semua orang harus faham kita perlu mematuhi undang-undang yang ketat dan kita tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved