Rabu, 22 Januari 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hafiz, Stacy, Altimet, Awi pasang strategi

Posted:

Hafiz, Stacy, Altimet, Awi pasang strategi

Hafiz, Stacy, Altimet, Awi pasang strategi

HAFIZ, Stacy, Altimet dan Awi Rafael menyusun strategi, melontar energi dan mengalun vokal terbaik untuk melangkah ke pentas final Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula pukul 9 malam di TV3.

Hafiz, penyandang tiga kali Vokal Terbaik dalam AJL sejak tahun 2010, bakal mempertaruhkan lagu Bahagiamu Deritaku untuk malam final nanti.

Sementara Stacy pula bakal berentap menerusi lagu Bosan ciptaan Omar K manakala, Altimet dan Awi Rafael pula mempertaruhkan lagu Hip Hop, Kalau Aku Kaya.

Hafiz bawa elemen sedih

Pernah membawa elemen drama dengan penampilan khas penyanyi senior Herman Tino untuk lagu Awan Nano di pentas akhir AJL26 (2011), tahun ini menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz Suip akan membawa elemen sedih bagi melatari lagu itu.

"Saya tak mahu tekankan elemen drama seperti sebelum ini, sebaliknya bawa elemen sedih pula di atas pentas.Selain itu, saya juga akan ke kelas vokal bersama Cikgu Shafi. Memang setiap tahun saya akan mengikuti kelas vokal dengan Cikgu Shafi," ujar penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu.

Mengulas mengenai kemenangan tiga kali berturut-turut untuk vokal terbaik dalam AJL, Hafiz mengakui berasa sedikit tertekan.

Sebabnya, kata Hafiz, peminat-peminatnya juga menjangkakan kemenangannya untuk tahun ini.

"Ramai peminat beritahu yang saya mam-pu melakukannya. Sedikit sebanyak ia memberi saya tekanan. Kalau tidak menang ia akan menyedihkan peminat saya," luahnya.

Bagaimanapun, kata Hafiz, dia tidak mahu berasa selesa dengan kemenangan yang diperoleh sebelum ini. Sebaliknya, akan tetap berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Lebih-lebih lagi selepas melihat barisan artis yang akan membuat persembahan bukan calang-calang dari segi vokal mereka.

Stacy tidak kecewa

Tampil dengan imej lebih segar dengan potongan rambut pendek yang berwarna hitam, Stracie Angie Anam atau Stacy mengakui gaya itu dilakukan bagi konsep album terbaharunya.

Menampilkan 10 lagu termasuk lagu bersama penyanyi band pop dari Indonesia iaitu SM*SH, jelas penyanyi berusia 24 tahun itu, konsep album baharunya itu jauh berbeza daripada lagu-lagu yang pernah ditampilkan sebelum ini seperti Jahat dan Pelangi Senja.

"Saya suka bereksperimen dengan fesyen tetapi saya akui tidak sesuai dengan fesyen feminin.

"Fesyen yang cuba saya tampilkan ini kena dengan konsep album terbaharu saya. Album ini juga merupakan kesinambungan daripada lagu Bosan," jelasnya yang teruja membuat persembahan akhir AJL28 dengan penampilan baharunya itu.

Menolak gimik dalam persembahan, kata Stacy, dia lebih menitikberatkan susunan muzik, vokal dan gerak tarinya di atas pentas AJL28 nanti.

Stacy juga mengakui tidak meletakkan kemenangan sebagai perkara utama. Sebaliknya, akan membuat persembahan yang terbaik dan secara tidak langsung ia memberi gambaran bagus untuk album terbaharunya yang bakal keluar tidak lama lagi.

Tidak pernah menang AJL biarpun hampir saban tahun melangkah kaki ke pentas akhir, bagaimanapun Stacy tidak kecewa.

Menjawab mengenai perkara itu, kata Stacy, dia masih baru dalam industri dan perjalanannya masih panjang dalam AJL

"Saya masih muda. Walaupun sudah enam tahun dalam industri ia masih dikira baharu. Saya tidak kecewa tidak pernah menang dalam AJL. Bagi saya, sudah masuk final pun dikira bagus," tuturnya yang tidak berasa cemburu terhadap Hafiz malah, gembira di atas kemenangan berturut-turut rakannya itu dalam pertandingan berprestij ini.

DARI kiri: Awi Rafael, Altimet, Hafiz dan Stacy menyimpan debaran yang berbeza menanti detik final Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil.


Altimet naikkan martabat Hip Hop

Tidak meletakkan kemenangan pada lagu Kalau Aku Kaya, Altimet juga mengakui tidak menjangkakan lagu tersebut sampai ke peringkat akhir AJL28.

Bersyukur dengan tuah lagu tersebut, janji Altimet, dia akan tampil dengan persembahan yang terbaik bersama dengan penyanyi Awi Rafael.

"Lagu ini banyak tolong saya dengan Awi. Jadi, kami akan buat yang terbaik dari segi persembahan pada malam nanti. Saya akan mainkan lagu ini dalam pelbagai rentak dengan menggunakan alat muzik harmonika," dedah Altimet yang mahu mengangkat martabat muzik Hip Hop.

Jelas Altimet, dia pernah berbincang dengan pihak label Kartel Records kenapa lagu Hip Hop tak boleh menang dalam AJL.

Hasil yang diperoleh, kata Altimet, lagu-lagu Hip Hop kena dibiasakan bertanding dalam AJL.

"Empat tahun lepas saya ada berbincang dengan rekod label kenapa lagu Hip Hop susah nak menang. Adakah sebab ia genre baharu? Pada saya, kalau mahu Hip Hop menang kena biasakan masuk AJL.

"Secara tidak langsung masyarakat terbiasa dengan genre Hip Hop," ulasnya yang mengakui mempunyai lagu baharu berjudul Aku Tahu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Mengakui berdebar membuat persembahan di pentas akhir AJL28, akui Altimet, dia tidak hanya membawa namanya dan Awi tetapi juga membawa genre muzik itu sendiri.

Mengukuhkan lagi hujahnya, kata Altimet: "Zaman Too Phat dulu genre ini dianak tirikan. Sebab mereka fikir ia sekadar trend dan tidak kekal lama. Jadi, kami mahu buktikan yang Hip Hop bukan trend".

Final AJL pertama Awi

Pada satu masa dahulu, Awi Rafael pernah berasa kecewa kerana lagunya Bila Aku Jatuh Cinta dan Pulanglah tidak berjaya memasuki AJL kerana masih menunggu status penduduk tetap (PR), namun kali ini dia berasa lega kerana lagu nyanyiannya Kalau Aku Kaya berjaya ke peringkat akhir.

Mengulas mengenai persembahannya bersama Altimet nanti, selain penggunaan alat muzik harmonika, kata Awi, mereka juga akan membuat persembahan mengikut tema AJL28 iaitu Game On.

"Lagu ini berkisar mengenai masyarakat. Jadi, persembahan kami nanti berdasarkan mengenai masyarakat. Kami mungkin akan buat dua orang pemuda yang duduk di rumah sedang bermain permainan video sambil menyanyikan lagu tersebut," dedah Awi.

Bakal menyanyikan lagu ciptaan penyanyi dan komposer Indonesia iaitu Irfan dari kumpulan Samsons dalam album keduanya bersama Warner Music, Awi mengakui, teruja untuk menembusi pasaran Indonesia melalui lagu tersebut.

Jelajah AJL28

Sementara itu, sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV3, Jelajah AJL28 telah diadakan di Busana @ Menara MARA pada 12 Januari lalu.

Antara finalis AJL28 yang menyertai jelajah tersebut ialah Jaclyn Victor, Stacy, Hafiz, Awi Rafael, Altimet, Azlan & The Typewriter, Hazama dan Hyper Act.

Tanpa sokongan besar daripada penonton setia TV3 yang diberi kepada Muzik-Muzik selama 28 tahun, kata Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Sherina Nordin, AJL tidak mungkin dapat mencipta fenomena di seluruh negara.

"Selain berhibur dengan persembahan nyanyian, Jelajah AJL28 juga memberi peluang kepada finalis AJL28 untuk bersantai dan melakukan aktiviti beriadah bersama-sama para peminat," jelasnya.

AJL28 akan berlangsung secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam pada 26 Januari ini.

Seramai 12 artis berkumpulan dan solo akan membuat persembahan. termasuk Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan dan Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Hazama (Penglipur Lara), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif Feat Sleeq dan Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya) serta Alyah (Kau Yang Terindah).

Bukan galakkan hubungan songsang - Ning

Posted:

Bukan galakkan hubungan songsang - Ning

Bukan galakkan hubungan songsang - Ning

Oleh IZWAN MOHD. ISA

NING mengakui suaminya sendiri risau tentang plot klip video lagu Bukan Wanita Sempurna mungkin disalah anggap oleh peminat.


PENGHASILAN klip video selalunya dilakukan bagi tujuan promosi dan juga bagi membantu menaikkan jumlah pendengar untuk sesebuah lagu. Menerusi jalan cerita yang unik serta teknik sinematografi yang menarik, klip video yang dihasilkan mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Namun, bukan semua klip video yang dihasilkan mampu diterima oleh orang awam. Penyanyi bersuara saprano, Ning Baizura baru-baru ini, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia bertindak menyiarkan klip video untuk single terbaharunya berjudul Bukan Wanita Sempurna menerusi laman pengkongsian video YouTube.

Dalam video itu, Ning digambarkan sebagai seorang isteri kepada lelaki berkerjaya yang menjalinkan hubungan songsang dengan lelaki lain.

Ada dalam kalangan peminatnya yang tidak boleh menerima jalan cerita tersebut dan menuduh Ning cuba mempromosikan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ketika ditemui di pejabat rasmi Universal Music Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, kelmarin, Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah tidak terus melatah ketika diajukan pelbagai soalan mengenai klip video tersebut.

Nyata mempunyai alasan yang tersendiri, Ning memperjelaskan mengenai jalan cerita sebenar dan mesej yang ingin disampaikannya kepada para peminat.

Kosmo!: Kenapa Ning memilih untuk mengetengahkan hubungan songsang antara sepasang lelaki sebagai jalan cerita utama dalam pembikinan klip video Bukan Wanita Sempurna?

NING: Sejujurnya, niat sebenar saya bukanlah untuk mempromosikan cara hidup songsang seperti yang digembar- gemburkan oleh orang ramai. Saya hanya mengetengahkan isu yang dianggap tabu tetapi masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Tidakkah Ning risau tanggapan negatif yang akan dilemparkan oleh orang ramai khususnya peminat Ning sendiri?

Bagi saya, mesej yang ingin disampaikan begitu jelas sekali. Wanita seharusnya berhati-hati dalam melayari bahtera rumah tangga. Banyak perkara pelik berlaku saban hari, justeru, perlakuan curang juga boleh dikategorikan sebagai universal dan ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak mengira jantina.

FIGURA ini sedang merancang untuk menjadikan Konsert Pelangi Untukmu sebagai konsert jelajah.


Adakah dengan penghasilan klip video ini Ning mahu lari daripada elemen klise yang sering ditonjolkan oleh penyanyi lain?

Sebenarnya, saya berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan p enghasilan klip video yang berkualiti. Dahulu, orang ramai sangat ternanti-nanti klip video daripada artis kegemaran mereka. Tetapi, sejak kebelakangan ini, semangat itu seperti pudar. Justeru, dengan adanya klip video yang mempunyai jalan cerita yang unik, saya yakin penerimaan peminat terhadap klip video boleh dikembalikan seperti dahulu.

Bagaimana dengan reaksi suami Ning (Omar Sharif Christopher Layton Dalton) sendiri? Apakah komen yang diberikan apabila Ning memberitahunya tentang jalan cerita dalam klip video ini?

Ketika memberitahunya tentang rancangan asal klip video ini, suami saya risau jika penonton membayangkan ia adalah kisah benar. Tetapi, setelah menjelaskan secara terperinci kepadanya, dia mulai faham dan tidak mengambil serius dengan jalan cerita yang ditampilkan itu.

Boleh ceritakan sedikit mengenai pembikinan klip video ini?

Idea asal dan jalan cerita klip video ini datangnya daripada seorang pengarah terkenal daripada Indonesia bernama Zul Ardhia. Pengambaran juga dilakukan di sana dan watak suami saya dilakonkan oleh pelakon sinetron, Benny Ruswandi.

Mengapa memilih produksi daripada Indonesia?

Syarikat rakaman mempunyai rancangan untuk membawa saya menembusi pasaran di sana. Bagi memberikan kesinambungan, lagu Bukan Wanita Sempurna telah dirakamkan dalam versi berbeza berjudul Bukan Lelaki Sempurna. Versi itu dinyanyikan oleh Anji, vokalis kumpulan Drive. Jika diizinkan, kami berdua akan berduet menerusi sebuah lagu bagi memberikan penghujung kepada kedua-dua lagu itu.

Apakah perkembangan terbaharu Ning?

Saya baru sahaja mengeluarkan album kompilasi berjudul Kekal. Walaupun hanya mengandungi tiga lagu baharu, lagu-lagu lama yang ada telah diberikan nafas yang lebih segar sesuai dengan peredaran waktu. Selain itu, saya sedang merancang untuk menjadikan Konsert Pelangi Untukmu sebagai sebuah konsert jelajah yang dapat menghiburkan peminat di Singapura, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah.

Impian Soffi jadi hero tercapai

Posted:

Impian Soffi jadi hero tercapai

Impian Soffi jadi hero tercapai

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


BARISAN karyawan yang terbabit dengan filem Gangster Rock teruja memulakan penggambaran filem tersebut sejak 11 Januari lalu.


SUDAH acap kali diberi peranan sebagai watak pembantu dalam filem-filem yang dibintanginya, kali ini impian Soffi Jikan untuk bergelar hero akhirnya menjadi kenyataan menerusi filem berjudul Gangster Rock.

Selain memegang watak utama dalam filem berkenaan, Soffi turut bertindak selaku pengarah dan penulis skrip untuk filem yang diterbitkan oleh YKS Film Maker Sdn. Bhd. itu.

"Sudah lama saya mengimpikan mahu memegang watak sebagai hero dan pernah mendapat tawaran sedemikian pada tahun 2011, cuma masa yang tidak mengizinkan kerana mempunyai komitmen lain.

"Menerusi filem Gangster Rock ini, ia merupakan satu penjenamaan terhadap diri saya sendiri yang sebelum ini sudah selalu diberikan watak-watak antagonis," ujarnya ketika majlis pelancaran filem berkenaan di DME Cruise Mines Wellness, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang pembikinan filem sulung arahannya itu, Soffi memberitahu, skrip Gangster Rock sudah lama dihasilkannya sejak tahun 2010.

Kemudian, ketika bertemu dengan pelakon, Serina Redzuawan sewaktu sama-sama berlakon dalam sebuah drama bersiri tahun lalu, dia meluahkan hasratnya mengarah filem serta menceritakan tentang skrip filem yang dihasilkannya itu.

"Ia bukanlah sebuah filem rock yang sudah biasa ditonton kerana ceritanya berkisar tentang perjuangan artis-artis rock yang tertindas dan ingin membanteras kegiatan cetak rompak," jelasnya.

Selain Soffi, pelakon yang turut menjayakan filem bergenre aksi komedi ini ialah Saiful Apek, Izara Aishah, Sharifah Amani, Aqasha, Syafie Naswip dan Namron.

Sementara itu, Serina selaku Penerbit Eksekutif YKS Film Maker berkata, ini merupakan kali pertama syarikat produksinya menerbitkan filem sepanjang lima tahun penubuhannya dengan seorang lagi rakan kongsi iaitu Yusof Kelana.

SOFFI JIKAN juga bakal muncul dengan album berjudul Kasi Sengat.


Lebih kerap menghasilkan produk-produk seperti drama bersiri dan telemovie, Serina menyatakan pelbagai cabaran yang harus dilalui, terutama sekali untuk mendapatkan keyakinan daripada rakan kongsinya itu.

"Apabila Soffi berjumpa dengan saya dan menceritakan tentang projek filem yang dihasilkannya itu, saya terus tertarik melihat keazaman dan kesungguhan yang ditunjukkannya.

"Cuma, bukan mudah untuk mendapatkan keyakinan daripada Yusof dan saya gembira apabila dia memberikan persetujuan, meskipun mengambil masa yang agak lama," ujarnya.

Album sulung

Selain hasrat untuk memegang watak sebagai hero dalam filem akhirnya terlaksana, Soffi memberitahu, impiannya mahu bergelar seorang penyanyi turut direalisasikan menerusi album sulungnya yang akan dilancarkan pada bulan Mac ini.

Ujarnya, sejak kecil lagi dia sebenarnya telah menanam impian untuk menjadi seorang penyanyi berbanding pelakon dan dia dibesarkan dengan lagu-lagu rock.

"Sudah tentu saya cukup teruja untuk melancarkan album sulung solo pertama yang diberi judul Kasi Sengat di bawah label Edrie Hashim.

"Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album tersebut ialah Madu, Kasi Sengat, Raja Gunung Kertas, Adi Genius dan Batu Dalam Sepatu. Semua lagu itu merupakan hasil ciptaan saya sendiri," ujarnya yang cukup menggemari lagu-lagu rock Melayu.

Menurut Soffi, selepas album berkenaan, dia akan terbabit pula dalam pembikinan album runut bunyi untuk filem Gangster Rock bersama beberapa orang pelakon seperti Khir Rahman, Aqasha dan Apek pada hujung tahun ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved