Rabu, 25 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Merasai suasana bekerja di dalam lombong timah

Posted:

Merasai suasana bekerja di dalam lombong timah

Merasai suasana bekerja di dalam lombong timah

PERNAH sesekali Hindun Ramli, 46, mengadu kepada rakan-rakannya mengenai rasa tidak selesa yang dia hadapi setiap kali berada di dalam ruang yang sempit, sesak dan tertutup.

Sebagai contoh, setiap kali melangkah masuk ke lif, dadanya mula terasa berat. Ruang dalaman lif yang berbentuk seakan-akan kotak ditafsirkan Hindun sebagai sebuah sangkar.

Nafasnya seakan-akan tersangkut di kerongkong walaupun sekadar berfikir mengenainya. Apabila ditanya adakah dia mengalami klaustrafobia, Hindun gagal memberi jawapan.

Klaustrafobia ialah perasaan panik akibat ketakutan berada di tempat yang tertutup dan bimbang tidak dapat keluar dari lokasi tersebut.

Kegentaran guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Kuantan, Pahang itu terhadap ruang yang sempit dan tertutup itu sekali lagi teruji apabila dia diamanahkan untuk mengetuai rombongan 40 orang pelajarnya ke lombong bijih timah kedua terbesar di dunia yang terletak di Sungai Lembing, Pahang.

Mendamaikan

"Pada mulanya saya berasa gentar untuk masuk ke dalam lombong bijih timah tersebut. Saya terbayang betapa sempit, panas dan sesaknya keadaan di dalam lombong tersebut ditambah pula dengan terowong-terowong bawah tanah yang berselirat.

"Bagaimanapun, saya beranikan diri untuk melawan rasa gentar. Saya pimpin tangan salah seorang pelajar dan kami sama-sama menaiki kereta api khas yang disediakan untuk membawa pengunjung dari mulut terowong hingga ke dalam. Tidak sampai beberapa minit, perasaan gentar bertukar kagum," selorohnya sambil berkata, dia kini tidak lagi mengalami klaustrafobia.


SELAIN terowong, Jambatan Sungai Lembing juga merupakan tarikan utama kepada pengunjung.


Sebaik sahaja pengunjung tiba di hujung landasan sejauh kira-kira 80 meter itu, segala tanggapan negatif mengenai keadaan lombong yang kononnya daif dan menyeramkan itu ternyata tidak benar. Bahkan, mereka disambut hawa dingin di dalam lombong berkedalaman kira-kira 900 meter ke dalam perut bumi.

Dinding dan lantai lombong berkenaan yang dahulunya dipenuhi dengan bijih ibarat diukir dengan mesin berteknologi tinggi bagi membentuk laluan seakan-akan terowong bersaiz kira-kira dua meter persegi. Sekali pandang, pengunjung berasa seolah-olah dikelilingi oleh arca-arca batu yang indah.

"Segala yang saya bayangkan tidak benar sama sekali, suasana di dalam terowong tersebut yang kelam, sejuk dan sunyi begitu mendamaikan. Saya terasa seperti berada di dalam sebuah bilik yang berhawa dingin.

"Saya berasa kagum melihat ruang di dalam lombong berkenaan yang berbeza dari segi saiz. Ada yang sebesar padang bola dan ada juga yang terlalu kecil sehingga seseorang itu perlu merangkak untuk melaluinya," ujar wanita berkenaan menceritakan pengalaman yang diperolehnya daripada para petugas di lombong berkenaan.

Walaupun sudah hampir 26 tahun memberhentikan operasi, terowong sepanjang 1.5 kilometer itu bukan sahaja terjaga rapi, malah telah dibaik pulih bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang ingin merasai suasana bekerja di dalam lombong bijih timah.

Dengungan enjin

Ratusan mentol yang mengeluarkan cahaya berwarna oren dipasang di sepanjang terowong bagi memberi sedikit pencahayaan. Mentol tersebut menyerupai tona warna obor yang pernah digunakan untuk menerangi terowong sejauh lapan kilometer itu.

Sesekali, terdengar dengungan enjin kereta api pengangkut bijih yang dijadikan kereta api transit bagi membawa pengunjung ke dalam lombong. Walaupun hanya sekadar replika, ia sudah cukup untuk membawa pengunjung merasai suasana zaman kegemilangan lombong terbabit sekitar tahun 1940-an hingga 1950-an.

PENGUNJUNG akan dibawa ke dalam Terowong Sungai Lembing dengan menggunakan replika kereta api pengangkut bijih.


Muhammad Amri Mohd Zaki, 25, berkata, salah satu kepuasan yang dikecapinya sepanjang setahun berkerja sebagai pekerja am di lombong berkenaan ialah melihat keterujaan wajah pengunjung apabila diberitahu mengenai sejarah dan latar belakang lombong yang berusia kira-kira 150 tahun itu.

Mula diteroka secara komersial sekitar tahun 1920-an, Sungai Lembing yang dahulunya merupakan kawasan penempatan masyarakat British berubah wajah menjadi salah sebuah lokasi perlombongan bijih timah terbesar di dunia di bawah usaha sebuah syarikat British iaitu Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).

Ketika itu, tiada teknologi moden digunakan dalam proses melombong bijih timah sebaliknya, para pekerja terpaksa menggunakan gerudi dan bahan letupan untuk memecahkan bongkah-bongkah batu pada dinding terowong.

Selepas dipecahkan kepada ketulan-ketulan kecil, batuan berisi timah itu kemudiannya dihantar menggunakan sebuah lokomotif berkuasa bateri ke kilang berhampiran untuk diproses.

Timah mentah

Dalam tempoh 100 tahun, lombong bijih timah Sungai Lembing ditadbir pihak pengurusan PCCL, lombong ini telah mengeluarkan kira-kira 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik timah dengan nilai sebanyak hampir RM2 bilion.

Kata anak jati Sungai Lembing itu, kebanyakan pengunjung tidak pernah melihat rupa sebenar bijih timah yang belum diproses. Justeru, apabila diberi peluang untuk melihat sendiri bahan mentah itu dalam keadaan asalnya, mereka teruja.

"Di dalam terowong ini terdapat beberapa lubang yang masih mempunyai sisa-sisa bijih timah. Jika mereka bernasib baik, mereka juga berpeluang untuk melihat bahan mineral lain yang berada di dalam lombong berkenaan contohnya emas.

"Bagaimanapun, lubang-lubang ini sentiasa dikawal rapi kerana kita mahu memelihara segala bahan mineral yang terdapat di dalamnya selama mungkin supaya generasi akan datang dapat melihatnya," ujarnya yang petah bercerita mengenai keistimewaan lombong yang menjadi salah satu lokasi pelancongan utama di daerah Kuantan itu.

Sejak penutupan lombong tersebut pada tahun 1987, ia telah diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang sebelum dibaik pulih dan dibuka kepada pengunjung pada awal tahun ini.


PATUNG-PATUNG digunakan untuk memberi gambaran aktiviti seharian para pelombong kepada pengunjung.


Kini, setelah hampir setahun beroperasi sebagai pusat pelancongan, populariti lombong bijih timah Sungai Lembing semakin meningkat. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja, seramai 32,000 pengunjung dari dalam dan luar negara telah meneroka khazanah lombong tersebut.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir (Pelancongan), Jabatan Pembangunan Sukan dan Perlancongan, Majlis Perbandaran Kuantan, Norzatil Othman, 32, peningkatan jumlah pengunjung ke lokasi berkenaan saban hari bukan sahaja menjadikan ia lebih dikenali malah secara tidak langsung membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

"Kita perhatikan semakin ramai penduduk kampung yang mengambil keputusan untuk berniaga. Daripada membuka gerai makan sehinggalah kedai menjual cenderamata.

"Bahkan, para petugas yang bekerja di lombong bijih timah tersebut kebanyakannya adalah penduduk sekitar," ujarnya ketika ditemui.

Selain lombong bijih timah, terdapat beberapa tarikan lain yang terdapat di kawasan Sungai Lembing antaranya ialah Muzium Sungai Lembing dan Jambatan Gantung Sungai Lembing.

Sebuah bengkel penghasilan sampul surat oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) yang terletak di lokasi yang sama turut menjadi lokasi kunjungan wajib para pelancong di Sungai Lembing.

Pergolakan gugat sektor pelancongan Myanmar

Posted:

Pergolakan gugat sektor pelancongan Myanmar

Pergolakan gugat sektor pelancongan Myanmar


SEORANG lelaki berjalan sambil membawa senjata buatan sendiri berdekatan sebuah kediaman yang dibakar dalam pertempuran di Rakhine.


KEGANASAN dan persengketaan agama yang memperlihatkan perusuh-perusuh beragama Buddha membunuh enam orang penganut agama Islam dan membakar puluhan kediaman pada Oktober lalu terus menyebabkan wilayah di barat Myanmar, Rakhine dalam keadaan tegang.

Rusuhan berdarah itu berlaku hanya beberapa kilometer dari Pantai Ngapali, satu destinasi percutian tepi pantai popular di negara tersebut. Kejadian itu berlaku ketika permulaan musim pelancongan setelah berakhirnya musim tengkujuh di negara berkenaan.

Pelancong-pelancong asing tertarik untuk mengunjungi Myanmar setelah pembaharuan politik dilaksanakan selepas berakhirnya pemerintahan tentera pada tahun 2011.

Sungguhpun keadaan kucar-kacir dirasai di bahagian pedalaman wilayah tersebut, beberapa pelancong di pantai yang dipenuhi resort-resort mewah seolah-olah tidak sedar akan kekejaman yang berlaku.

Seorang pelancong dari Perancis, Lambert Demoulin berkongsi cerita, dia mendengar laporan berita mengenai pergolakan yang berlaku dan mengakui agak risau, namun memutuskan untuk terus menginap di pusat peranginan itu.

"Berita itu tidak banyak memberi gangguan kepada saya. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak mahu meninggalkan pusat peranginan ini," ujarnya.

Pantau perkembangan

Menurut nasihat yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri British, Ngapali masih selamat untuk dikunjungi tetapi mengingatkan pengembara agar terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan operator pelancongan sekiranya situasi keselamatan berubah.

Beliau bagaimanapun menegaskan, kunjungan ke bahagian lain wilayah Rakhine hanya dibuat sekiranya perlu. Ini kerana, dua insiden kekejaman yang berlaku pada tahun lalu telah menyebabkan berpuluh-puluh kematian dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.


SAMI Buddha mengadakan demonstrasi menentang umat Islam di Rakhine.


Peniaga tempatan juga meluahkan rasa bimbang kerana pergolakan tersebut akan menjejaskan perniagaan mereka.

Menurut Pengurus Hotel Bayview, Myat Moe, dia risau dengan keadaan yang semakin memburuk itu.

Selain itu, lanjutan perintah berkurung dari pukul 6 petang hingga 6 pagi yang menghalang pergerakan penduduk juga merupakan antara perkara yang merunsingkannya.

Pelancongan dilihat sebagai satu sektor pertumbuhan penting di Myanmar.

Menurut perunding-perunding di Institut Global McKinsey (McKinsey), setahun sebelum kerajaan baharu dibentuk iaitu pada tahun 2010, negara itu mempunyai jumlah pelancong yang terendah jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain.

Institut itu juga menganggarkan sektor pelancongan telah menyumbang sebanyak AS$600 juta (RM1.97 bilion) kepada negara berkenaan, di samping memberi peluang pekerjaan kepada lebih 270,000 penduduk.

Sejak itu, Myanmar dipilih sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik bagi sebuah negara yang tidak 'tercemar' dengan arus modenisasi.

Pembaharuan seperti pemilihan pengangkat pemerintahan demokrasi, Aung San Suu Kyi ke parlimen dan pembebasan tahanan politik telah memperlihatkan penerimaan semula Myanmar ke dalam komuniti global melalui penghapusan kebanyakan sekatan antarabangsa.

Bank Pembangunan Asia mendedahkan pada tahun 2012, apabila pembaharuan mula bertapak, pengunjung ke Myanmar melebihi sejuta orang dan dijangka mencecah 1.52 juta menjelang tahun 2015.

Sementara itu, McKinsey menganggarkan menjelang tahun 2030, sektor pelancongan akan menyumbang sebanyak RM46.4 bilion dan menyediakan pekerjaan kepada 2.3 juta rakyat di negara yang dilanda kemiskinan ekoran pemerintahan tentera itu.

Pakar ekonomi Myanmar, Sean Turnell memberitahu, pergolakan dalam jangka masa pendek tidak akan menghalang kunjungan pelancong ke negara itu kerana kebanyakan mereka sukakan cabaran.


PUSAT peranginan mewah di Ngapali menjadi tarikan utama pelancong ke Rakhine.


Kisah silam

"Sekiranya pergolakan ini berlanjutan, ia merupakan satu isu besar. Selain itu, pusat peranginan di kawasan pantai merupakan lokasi paling terjejas kerana kedudukannya yang terpencil.

"Pada masa ini, lokasi-lokasi ini marginal dan eksotik, tetapi dalam jangka masa panjang akan memainkan peranan kritikal kepada pertumbuhan sektor pelancongan negara ini," katanya sambil menekankan kepentingan pelancong berulang ke negara-negara mesra pelancong lain seperti di Thailand.

Menyingkap kisah silam, seramai 250 orang terbunuh dan lebih 140,000 kehilangan tempat tinggal semasa pergolakan antara penganut agama Buddha dan Islam di negara itu sejak Jun 2012. Kebanyakan kejadian kekejaman berlaku di wilayah Rakhine.

Pergerakan nasionalis Buddha yang diketuai oleh sami-sami radikal di bawah kumpulan yang dikenali sebagai 969 dituduh sebagai pihak yang menyemarakkan api kebencian terhadap Islam dengan poster-poster kumpulan itu jelas dilihat di pusat-pusat peranginan sekitar Ngapali. -AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Usrah Fitrah kumpul RM30,000 bantu mangsa banjir

Posted:

Usrah Fitrah kumpul RM30,000 bantu mangsa banjir

Usrah Fitrah kumpul RM30,000 bantu mangsa banjir

ANGGOTA kumpulan UF (dari kiri) Tauke Jambu, Heliza, Aida dan Diana menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk, Rosli Ahmad (dua dari kanan) di SMK Cukai, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.


BANTU. Sebuah kumpulan usrah yang disertai penggiat seni tanah air dan media, Usrah Fitrah (UF) berjaya mengumpulkan RM30,000 untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Kutipan menerusi Misi Kemanusiaan La Tahzan By UF- Pantai Timur itu dengan kerjasama Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara, Selangor.

Selebriti yang merupakan ahli UF seperti Aida Khalida, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Heliza Helmi diiringi 18 ahli UF menyerahkan sumbangan tersebut kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Pada majlis penyampaian sumbangan di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Cukai, Kemaman, peserta misi tersebut turut menyerahkan sumbangan makanan, al-Quran, telekung dan pakaian selain bergotong-royong membersihkan sekolah itu.

Bekas pelajar berkumpul selepas 27 tahun terpisah

Posted:

Bekas pelajar berkumpul selepas 27 tahun terpisah

Bekas pelajar berkumpul selepas 27 tahun terpisah


SEBAHAGIAN bekas pelajar SMK Labuan bergambar pada majlis pertemuan semula di Billion Pavilion, Labuan baru-baru ini.


RINDU. Seramai 100 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan bertemu semula selepas 27 tahun pada Majlis Perjumpaan Semula Bekas Pelajar di Billion Pavilion, Labuan baru-baru ini.

Pengerusi penganjur, Rita Mohd. Sharif berkata, mereka terdiri daripada bekas pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran 1986 dan Sijil Pelajaran Malaysia 1988.

Lebih menggembirakan bekas pelajar, mantan Pengetua SMK Labuan, Ahmad Badri Mardi, 59, turut hadir pada majlis berkenaan.

Pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas anjur kursus urus jenazah

Posted:

Pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas anjur kursus urus jenazah

Pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas anjur kursus urus jenazah


SEBAHAGIAN peserta kursus pengurusan jenazah bergambar kenangan di Masjid Jamek Kampung Baharu, Pulau Pinang baru-baru ini.


ILMU. Seramai 75 penduduk dari beberapa buah kampung di Kepala Batas menyertai Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Pejabat Parlimen Kepala Batas di Masjid Jamek Kampung Baharu, Jalan Pinang Tunggal, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengerusi kariah masjid itu, Kozri Ayob berkata, ceramah tersebut disampaikan oleh Khairol Fitri Kiraman dari Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas.

Antara perkara disampaikan termasuk cara-cara memandikan jenazah, mengkafankan, sembahyang jenazah dan pengkebumian.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ikan 'serah diri' bukan petanda tsunami

Posted:

Ikan 'serah diri' bukan petanda tsunami

Ikan 'serah diri' bukan petanda tsunami

RIBUAN ikan tamban memenuhi pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kejadian beratus ribu tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah kelmarin bukan petanda tsunami akan berlaku.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.

"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Aplikasi ibadah persenda Islam

Posted:

Aplikasi ibadah persenda Islam

Aplikasi ibadah persenda Islam


SEORANG pengguna menunjukkan aplikasi al-Quran yang menambahkan ayat 'Bismillahirrahmanirahim' pada satu surah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Cukup mengejutkan. Di sebalik keghairahan umat Islam di negara ini melayari pelbagai aplikasi berkaitan ibadah melalui telefon pintar masing-masing, mereka sebenarnya terdedah untuk memuat turun kandungan bahan yang boleh merosakkan agama itu sendiri.

Tinjauan wartawan Kosmo! mendapati pelbagai aplikasi seperti kitab suci al-Quran, hadis, khutbah Jumaat dan kata-kata hikmah yang dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu dikhuatiri boleh menggugat akidah umat Islam kerana terdapat kesalahan-kesalahan yang sukar dikesan terutamanya oleh mereka yang cetek agama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Fahami sensitiviti kaum lain

Posted:

Fahami sensitiviti kaum lain

Fahami sensitiviti kaum lain

Oleh RIZAM ZAKARIYA dan NOOR HASLIZA NUSI
berita@kosmo.com.my


NAJIB menunjukkan hadiah yang diterima daripada Santa Claus pada Rumah Terbuka Krismas Malaysia di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat di negara ini mencari titik persamaan antara mereka tanpa membezakan agama dan bangsa.

Menurutnya, ia penting agar usaha kerajaan untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara dapat dilaksanakan.

"Meskipun kita berbeza daripada segi akidah tetapi kalau kita sentiasa berbalah atas perkara ini maka akan merenggangkan hubungan.

"Oleh itu, daripada memilih jalan yang akan membawa kepada kerenggangan lebih baik kita mencari titik pertemuan. Ini tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri dan sebab itulah kita perlu memahami sensitiviti antara satu sama lain," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


14 maut ibu pejabat polis dibom

Posted:

14 maut ibu pejabat polis dibom

14 maut ibu pejabat polis dibom

PENDUDUK melihat kesan letupan bom di bangunan ibu pejabat polis di bandar Mansoura yang terletak sekitar 110 kilometer dari Kaherah semalam.


MANSOURA - Sebuah bom kereta memusnahkan sebahagian sebuah bangunan ibu pejabat polis Mesir semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam serangan yang disifatkan pihak berkuasa sebagai cubaan untuk menggagalkan peralihan demokrasi di negara itu.

Beberapa jam selepas pengemboman di bandar ini yang terletak di utara Kaherah, Perdana Menteri, Hazem Beblawi melabelkan pergerakan Ikhwanul Muslimim sebagai kumpulan pengganas.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Ikhwanul Muslimin berhubung letupan itu.

Pergerakan itu turut mengutuk keras serangan tersebut yang merupakan antara paling berdarah di Mesir sejak tentera menumbangkan Presiden Mohamed Morsi, Julai lalu.

Pengeboman tersebut berlaku beberapa minggu menjelang satu pungutan suara berhubung perlembahaan baharu yang dilihat sebagai langkah pertama ke arah pemerintahan demokrasi selepas Morsi digulingkan.

Beberapa pegawai berkata, bom kereta itu yang meletup selepas pukul 10 malam turut menyebabkan sekurang-kurangnya 100 orang cedera.

"Majoriti mangsa yang cedera adalah anggota polis," kata Gabenor Wilayah Daqahleya, Omar Al-Shawatsi

Seorang wartawan agensi berita Associated Press (AP) di lokasi kejadian menyatakan, letupan kuat itu dapat didengari pada jarak sekitar 20 kilometer.

Ia menyebabkan bahagian hadapan dan sebahagian bangunan tersebut runtuh.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melakukan serangan tersebut. - AFP

Hari Krismas disambut meriah

Posted:

Hari Krismas disambut meriah

Hari Krismas disambut meriah


PENDUDUK beratur untuk membeli kek dan roti menjelang Krismas di Tacloban, tengah Filipina semalam.


TACLOBAN - Mangsa Taufan Haiyan di Filipina tetap melakukan persiapan untuk menyambut Krismas semalam di sebalik kemusnahan yang melanda komuniti mereka.

"Tiada apa dapat menghalang kami daripada meraikan Krismas walaupun kami telah kehilangan kediaman kami," kata isteri seorang penjual daging, Ellen Miano, 63, kepada agensi berita AFP di sini.

Bandar ini merupakan lokasi paling teruk terjejas dalam bencana dahsyat itu.

Membawa angin selaju 315 kilometer sejam, Taufan Haiyan meratakan kejiranan Magallanes di pesisir pantai di sini dengan tsunami yang dicetuskan memusnahkan apa sahaja yang berada di laluannya pada 8 November lalu.

Menurut perangkaan kerajaan, ribut itu menyebabkan 4.4 juta penduduk hilang kediaman dengan anggaran kerosakan mencecah AS$12.9 bilion (RM41.7 bilion).

"Taufan Haiyan menjejaskan kawasan seluas negara Portugal yang mengambil masa empat tahun untuk pulih," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Miano yang tinggal bersama suami dan empat anak saudara mereka membina sebuah bangsal menggunakan serpihan kayu dan logam yang telah dikumpulkan.

"Keluarga kami akan makan malam sempena Hari Krismas tengah malam ini (semalam) berbekal mi goreng dan roti yang diberikan oleh sebuah agensi bantuan," katanya.

Jiran mereka, Ronfrey Magdua, 20, membina sebuah tanglung gergasi setinggi empat meter di halaman rumah sebuah keluarga yang terbunuh dalam bencana itu.

"Saya membuatnya untuk menghormati mereka yang telah mati," kata Magdua yang membelanjakan wang sendiri sebanyak 2,000 peso (RM146) untuk projek tersebut.

Namun, di tengah-tengah kemusnahan yang berlaku, ramai penduduk cuba membina semula kehidupan mereka.

Mereka berusaha mendirikan kembali rumah masing-masing menggunakan apa sahaja bahan yang ditemui atau membelinya menggunakan wang agihan beberapa agensi bantuan di sini.

Sebahagian lagi penduduk masih tinggal di khemah-khemah yang dibekalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pada itu, Jurucakap Program Makanan Sedunia PBB, Amor Almagro berkata, agensi berkenaan telah mengagihkan wang berjumlah 1,300 peso (RM95) kepada lebih 18,000 keluarga termiskin di sini dan beberapa kawasan sekitarnya.

Bandar ini dan beberapa daerah berdekatan mencatat 5,000 daripada 6,000 kematian yang disahkan manakala hampir 2,000 lagi hilang, sekali gus menjadikan Haiyan, taufan paling berdarah dan antara bencana alam yang terburuk di Filipina. - AFP

Ibu anjing susukan anak harimau

Posted:

Ibu anjing susukan anak harimau

Ibu anjing susukan anak harimau


TIGA ekor anak anjing berkongsi susu dengan dua ekor anak harimau Siberia.


HANGZHOU - Seekor anjing betina bernama Xiao Wang yang memiliki tiga ekor anak menjadi ibu tumpang kepada dua ekor anak harimau Siberia yang dibuang oleh ibunya, kata seorang penjaga sebuah zoo di China.

Kejadian itu berlaku di Zoo Hangzhou di sini, dalam wilayah Zhejiang di timur China.

Ibu anjing itu dibawa dari sebuah kampung berdekatan bersama tiga ekor anaknya untuk menjadi ibu tumpang kepada dua ekor anak harimau itu yang lahir pada 10 November lalu.

Anak harimau dan anjing itu terpaksa bersaing setiap kali haiwan berbeza spesies itu hendak menyusu.

Kejadian anjing menjadi ibu tumpang bukan pertama kali berlaku di Zoo Hangzhou. Pada tahun 2010, seekor anak harimau bernama Lucky diperkenalkan kepada seekor ibu anjing selepas haiwan tersebut tidak diterima oleh ibunya.

Perkara serupa pernah berlaku terhadap haiwan lain secara semula jadi.

Pada tahun 2005, seekor anak tupai di Seattle, Amerika Syarikat (AS) telah disusukan oleh seekor anjing jenis papillon yang bunting bernama Mademoiselle Giselle.

Harimau Siberia merupakan spesies kucing yang terbesar di dunia dan banyak terdapat di timur Rusia.

Spesies berkenaan juga boleh ditemui di China dan Korea Utara.

Namun, populasi haiwan itu kini diancam kepupusan apabila dianggarkan hanya 400 sehingga 500 ekor harimau Siberia sahaja yang masih boleh ditemui di habitat asalnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi perempuan ditemui di koridor flat

Posted:

Bayi perempuan ditemui di koridor flat

Bayi perempuan ditemui di koridor flat

25/12/2013 9:32pm

GEORGE TOWN - Seorang bayi perempuan ditemui di koridor sebuah flat di Paya Terubong di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritenden Mohd Hatta Mohd Zain berkata, bayi dalam keadaan sihat itu ditemui penghuni flat tersebut pada 8 pagi.

"Bayi dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan beberapa hari

lepas dan polis telah membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan," katanya di sini.

Dalam kes lain, Mohd Hatta berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun ditemui keseorangan di tapak pesta Sungai Nibong awal pagi tadi.

Mohd Hatta berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Jihan itu dipercayai

terpisah daripada ibu bapanya dan ditemui pekerja tapak pesta pada 2.30 pagi.

"Setakat ini kita masih tidak menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu dan tiada sebarang dokumen ditemui padanya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan bayi dan

kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Ikan terdampar di pantai bukan petanda tsunami

Posted:

Ikan terdampar di pantai bukan petanda tsunami

Ikan terdampar di pantai bukan petanda tsunami

25/12/2013 7:47pm

KUALA LUMPUR - Kejadian beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan di Lahad Datu, Sabah semalam bukan petanda tsunami akan berlaku.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.

"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu di sini.

Menurut Ibrahim, kejadian itu tidak semestinya berkait dengan alam sekitar

seperti tsunami sebaliknya boleh dikaitkan dengan fenomena alam tabii.

Menguatkan lagi pandangannya, Ibrahim juga bekas Pengarah Institut

Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan kejadian pelik itu hanya melibatkan sejenis ikan iaitu ikan tamban dan tiada hidupan laut lain. - Bernama

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

Posted:

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

25/12/2013 6:32pm



ANAK-ANAK yatim RPWP bergambar bersama pengunjung dari Brunei di Sg. Ramal, di sini, hari ini. - KOSMO!/Safiyana Salim


MERIAH. Lebih 1,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah terbuka dan Karnival Jualan Amal Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Sungai Ramal Baru, Kajang, hari ini.

Pengasas merangkap Pengetua RPWP, Dr. Masjuki Mohd Musuri rasa bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak untuk menjayakan sambutan rumah terbuka dan karnival jualan amal ini.

"Saya telah diberitahu lebih 1000 orang hadir memeriahkan program ini dan kebanyakan mereka datang dari Semenanjung Malaysia termasuk satu rombongan khas dari Brunei," kata Masjuki.

Wakil rombongan Brunei, Hasnan Abdul Rahman, 57, berkata, pihaknya memang bercadang untuk melawat RPWP kerana alang-alang melancong di Malaysia.

"Kami telah menghubungi pihak RPWP beberapa minggu lepas untuk hadir ke rumah terbuka anjuran pihak mereka dan syukur mereka menyambut dan mempelawa kami dengan baik sekali," ujar Hasnan yang mengetuai rombongan keluarga seramai hampir 40 orang yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia selama enam hari. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved