Jumaat, 27 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


'Kami memang gila berlari'

Posted:

'Kami memang gila berlari'

'Kami memang gila berlari'

FAZLIANA HANIM AB. HAMID, 35, mahu sentiasa kelihatan awet muda manakala Aznita Ariffin, 31, mahu menguruskan badan selepas melahirkan anak keempat.

Sementara itu, Marlina Ibrahim, 38, dan Wan Qobatian Wan Johan, 34, pula mencari aktiviti yang membolehkan mereka kekal sihat, cergas dan bertenaga dan pada masa yang sama mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Menariknya, mempunyai objektif dan keinginan berbeza namun mereka satu persamaan iaitu obses terhadap acara larian jarak jauh seperti maraton.

Di bawah nama Krazirunners, sebuah komuniti sosial yang dibentuk sejak setahun lalu, mereka sanggup menjelajah ke seluruh pelosok negara semata-mata memenuhi keghairahan untuk berlari.

Dianggotai 12 ahli yang terdiri daripada golongan wanita profesional tempatan, Krazirunners menggabungkan elemen riadah dan sukan sebagai teras utamanya.

Di bawah platform itu, setiap ahlinya tidak sekadar berkongsi minat dan idea mengenai acara kegemaran mereka itu malah berpeluang mempromosikannya kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang diadakan.

Fazliana yang juga merupakan salah seorang pengasas Krazirunners berkata, idea membentuk komuniti sosial itu timbul selepas mereka sering bertemu dalam beberapa acara larian yang dianjurkan pelbagai pihak.

"Biarpun sering bertemu, namun hubungan kami tidak rapat. Disebabkan itu saya dan adik, Farhana Noor, 32, mengasaskan komuniti ini dengan tujuan mencari kenalan baharu yang mempunyai minat yang sama.

"Secara tidak langsung, kami berpeluang bertukar-tukar pengalaman di samping kerap berjumpa untuk menjalani latihan bersama," katanya yang menetap di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

BETTY terpaksa melupakan hasrat menyertai SCKLM 2013 kerana sedang mengandung empat bulan.


Tambah Fazliana, seperti dirinya, kesemua ahli komuniti itu sememangnya aktif dalam acara larian jarak jauh sebelum ini.

"Kami semua memang 'gila' berlari. Tidak kira daripada kategori larian biasa seperti lima kilometer (km), 10 km, 15 km sehingga separuh maraton (21 km) dan maraton (41 km) masing-masing pernah melaluinya," ujarwanita yang bertugas sebagai juruaudit dalaman di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, dia tidak menyangka penyertaan pertamanya dalam satu acara larian di Sepang kira-kira tiga tahun lalu berjaya menyerlahkan potensinya dalam sukan tersebut.

Katanya, biarpun terikat dengan komitmen sebagai isteri, ibu dan pekerja, namun dia sering mencari masa yang sesuai bagi menjalani latihan.

"Saya bukannya mengejar kemenangan atau pingat, sebaliknya sekadar kepuasan peribadi terutamanya setiap kali berjaya memperbaiki catatan masa yang pernah dilakukan sebelum itu.

"Lagipun sukan ini baik untuk kesihatan mental dan fizikal, meningkatkan kecergasan dan stamina," katanya.

Menurut Fazliana, tumpuannya dan rakan-rakan Krazirunners lain kini adalah bagi acara Standard Chartered KL Marathon 2013 (SCKLM 2013) yang akan berlangsung esok di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

"Saya tidak sabar untuk bersaing biarpun pernah dua kali menyertainya sebelum ini.

"Melalui latihan intensif yang dilakukan sejak dua minggu lalu, saya yakin mampu mencatatkan masa terbaik," katanya yang bakal menyertai acara separuh maraton itu.

Bagi Aznita, biarpun masih baharu dalam Krazirunners, namun dia berasa seronok kerana dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa memahami dan tidak lokek berkongsi ilmu.

"Apabila berlari dalam satu kumpulan begini secara tidak langsung kami berpeluang bersaing sesama sendiri dan memperbaiki catatan peribadi masing-masing.

KEHADIRAN Huzaini (kiri) dan Muhammad Raime di sisi setiap kali acara larian yang disertai menjadi pembakar semangat Marlina.


"Pada masa sama acara larian seperti ini semakin popular dan sering mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat," ujarnya yang bekerja sebagai jurutera komputer.

Jelas Aznita, dia memilih larian sebagai rejim harian untuk membentuk personaliti yang positif di samping mengekalkan bentuk badan.

Katanya, pengalaman berhadapan masalah pertambahan berat badan selepas melahirkan anak keempat sebelum ini menjadi pengajaran berharga buat dirinya.

"Bayangkan ketika itu berat mencecah sehingga 62 kilogram (kg) berbanding berat asal 50 kg.

"Tidak seperti ketika melahirkan anak pertama hingga ketiga, berat badan saya sukar untuk turun menyebabkan saya mula melakukan aktiviti joging dan berdiet," ceritanya.

Jelas Aznita, kerana terdesak mahu mendapatkan bentuk tubuh seperti sebelum itu, dia mula berjinak-jinak dalam acara larian jarak jauh selepas dipelawa seorang rakan.

"Keseronokan berlari dan menyertai pelbagai acara larian di sana sini menyebabkan saya terlupa menimbang berat badan. Sedar tak sedar dalam tempoh lapan bulan, berat badan sudah turun sehingga 14 kg," ujarnya.

Katanya, bagi mengekalkan stamina, dia sentiasa menitikberatkan aspek latihan dan pemakanan.

"Saya gemar berlatih pada waktu pagi di sekitar taman rekreasi kawasan kediaman saya selepas menghantar anak-anak ke sekolah.

"Jika berkempatan, saya akan turut serta menjalani latihan bersama rakan-rakan Krazirunners di lokasi yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Marlina memberitahu, dia memilih larian kerana ia murah dan paling berkesan untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Katanya, sebelum berjinak-jinak dalam sukan itu tiga tahun lalu, dia sering ke gimnasium bagi tujuan yang sama.

Namun, sering terbeban dengan kadar yuran tinggi setiap bulan di samping dihimpit kesuntukan masa untuk bersenam di sana.

"Daripada membazir begitu sahaja, lebih baik saya berhenti menjadi ahli. Lagipun berlari tidak memerlukan belanja besar kecuali untuk membeli kasut sukan yang mungkin mencecah harga antara RM200 sehingga RM300 sepasang," ujarnya.

Bekerja sebagai pegawai tadbir, Marlina berkata, minatnya dalam acara larian turut dikongsi bersama suami, Huzaini Zainal, 37 dan anak lelaki mereka, Muhammad Raimie, 11.

"Mereka merupakan penyokong kuat saya dan sentiasa memberi sokongan sama ada ketika menjalani latihan atau menyertai acara.

"Adakalanya, suami dan anak juga turut serta dalam acara larian yang saya sertai. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami," ujarnya yang menjadikan pelari maraton wanita dari Norway, Grete Waitz sebagai idolanya.

Berasal dari Raub, Pahang, Marlina berkata, usia tidak pernah menjadi penghalang untuknya terus melibatkan diri dalam aktiviti kegemarannya itu.


AZNITA kini boleh berbangga dengan berat badan ideal yang dimiliki selepas tiga tahun bergelar pelari maraton.


"Apa yang penting, kehidupan kini telah berubah sebanyak 360 darjah. Dahulu saya tidak peka mengenai kepentingan makanan berkhasiat namun sejak melibatkan diri dalam sukan ini, saya lebih berhati-hati dalam memilih makanan.

"Pergaulan dengan peserta-peserta lain juga membantu menajamkan corak latihan saya. Ini sekali gus memperbaiki catatan masa yang pernah dicapai sebelum ini," katanya.

Bagi Wan Qobatian, dia terpaksa melupakan hasrat menyertai SCKLM 2013 kerana sedang mengandung empat bulan.

Ujarnya, dia hanya mengetahui perkara itu kira-kira dua bulan lalu biarpun telah mendaftar bagi kategori separuh maraton.

"Sebelum itu saya sempat bertanding dalam Mizuno Wave Run 2013 di Putrajaya sejauh 16 km, ketika itu saya tidak tahu kandungan sudah berusia dua bulan.

"Kali ini, saya tidak mahu mengambil risiko. Apa yang saya mampu lakukan hanyalah mendoakan kejayaan rakan-rakan Krazirunners," katanya sedikit kecewa.

Lebih mesra dengan panggilan Betty, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu dia tidak kekok menyertai aktiviti larian walaupun dalam keadaan berhijab.

"Biarpun aktif bersukan, aurat tetap perlu dijaga. Lagipun terdapat banyak tudung dan pakaian muslimah yang sesuai untuk atlet di pasaran," katanya.

Keunikan pologajah di Thailand

Posted:

Keunikan pologajah di Thailand

Keunikan pologajah di Thailand


DUA peserta bersaing bagi merebut dan memukul bola.


THAILAND memang kaya dengan tradisi dan keunikannya yang tersendiri dalam menyemarakkan sesuatu perayaan mahupun pertandingan.

Negara yang terkenal dengan jolokan negara gajah putih sekali lagi mempamerkan kelainan dalam pertandingan polo yang biasa menggunakan kuda di kebanyakan negara.

Sekawan gajah dipertandingkan dalam Kejohanan Gajah Polo Piala Raja yang dinaiki oleh penunggang untuk mengejar bola kecil berwarna putih walaupun dalam keadaan cuaca panas terik.

Sebanyak 12 pasukan dari seluruh dunia termasuk bekas pasukan ragbi All Blacks dari New Zealand bersaing dalam kejohanan tersebut di resort pinggir laut berdekatan Hua Hin di selatan Bangkok, Thailand.

Kejohanan unik yang disambut secara tahunan tersebut turut disertai oleh peserta polo profesional yang berpandangan polo gajah adalah jauh lebih sukar berbanding pertandingan yang biasa disertai mereka sebelum ini.

"Kuda bergerak lebih pantas dan gajah tidak berlari. Itu sesuatu yang memeranjatkan kerana kami fikir gajah mungkin boleh berlari sedikit tetapi haiwan tersebut hanya berjalan dengan pantas.

"Pergerakan pantas itu membuatkan gajah sedikit tidak stabil. Jadi, kedudukan tangan ke mata peserta agak terjejas dan kedudukan yang lebih tinggi menyukarkan mereka untuk mendapatkan bola," kata pemilik Akademi Polo di Dubai, Steve Thompson.


GAJAH-GAJAH diberi makan buah-buahan ketika pertandingan itu berhenti rehat.


Bagaimanapun, kejohanan tersebut mendapat kritikan hebat daripada aktivis hak haiwan yang beranggapan gajah sering disalahgunakan.

Piala Raja tersebut yang berlangsung selama seminggu hingga Sabtu lalu diadakan bagi mengutip dana untuk projek gajah merentasi Thailand.– AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


PPMM kunjungi Abdul Taib di Kuching

Posted:

PPMM kunjungi Abdul Taib di Kuching

PPMM kunjungi Abdul Taib di Kuching

ZAINUL RIJAL (dua dari kanan) mengadakan kunjungan ke atas Abdul Taib (kanan) bagi memaklumkan mengenai program terkini PPMM di Kuching, Sarawak baru-baru ini.


KUNJUNGAN. Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar bersama Setiausaha Agung, Abdul Halim Bahari dan Bendahari Kehormat, Roslizam Rahim.

Menurut Zainul Rijal, kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai Program Persefahaman Undang-undang Islam Terkini antara Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Belia Tawau sertai Kursus Asas keusahawanan

Posted:

Belia Tawau sertai Kursus Asas keusahawanan

Belia Tawau sertai Kursus Asas keusahawanan


ABDUL MUIS (duduk empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para peserta Kursus Asas Keusahawanan anjuran PUBT di Tawau, Sabah baru-baru ini.


TAMBAH ILMU. Seramai 44 belia dari daerah Tawau telah terpilih menyertai Kursus Asas Keusahawanan yang diadakan di sebuah hotel di Tawau, Sabah baru-baru ini.

Kursus selama tiga hari itu dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Belia Tawau (PUBT) dengan menyajikan pelbagai segmen termasuk ceramah, latihan dalam kumpulan dan simulasi.

Hadir merasmikan majlis penutupan kursus berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Abdul Muis Picho.

"Program keusahawanan merupakan satu bidang penting yang boleh menjamin masa depan yang lebih cerah jika mengikut segala saluran dengan betul," katanya.

Graduan UniMAP dapat geran penyelidikan RM218,000

Posted:

Graduan UniMAP dapat geran penyelidikan RM218,000

Graduan UniMAP dapat geran penyelidikan RM218,000


KAMARUDIN (berdiri lima dari kiri) dan Nishimura (berdiri empat dari kiri) bersama pelajar UniMAP yang bakal menjalankan penyelidikan bersama syarikat Nihon Superior di Ipoh, Perak baru-baru ini.


KERJASAMA. Seramai lima pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mendapat biasiswa berbentuk geran penyelidikan sebanyak RM218,000 bagi menjalankan penyelidikan dengan sebuah syarikat bahan elektronik dari Jepun.

Pelajar tersebut merupakan perintis hubungan kerjasama pintar antara UniMAP dengan Nihon Superior (M) Sdn. Bhd. (Nihon Superior).

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) kedua-dua pihak berlangsung di Hotel Impiana, Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Pelajar yang dipilih iaitu Rita Mohd. Said, Fatin Afeeqa Mohd. Sobri, Izrul Izwan Ramli dan Mohamad Darus manakala seorang lagi pelajar masih dalam peringkat terakhir pemilihan.

Majlis MoA tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Kamarudin Hussin dengan Pengurus Jualan, Nihon Superior, Takatoshi Nishimura.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


6 orang kuat Genneva didakwa

Posted:

6 orang kuat Genneva didakwa

6 orang kuat Genneva didakwa

LIMA daripada enam orang pegawai syarikat Genneva dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tuduhan pengubahan wang haram dan menerima deposit tanpa lesen.


KUALA LUMPUR - Enam individu, termasuk dua pengarah syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (GMSB), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga hampir RM5.5 bilion dua tahun lepas.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, Datuk Tan Liang Keat, 41, Lim Kah Heng, 42, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, dan Datuk Chin Wai Leong, 37, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, memindah, menerima dan memperoleh wang berjumlah RM1.5 bilion menerusi hasil aktiviti haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama di sini antara Januari 2011 dan Disember 2012 mengikut Subsesyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengurus kilang mati ditetak

Posted:

Pengurus kilang mati ditetak

Pengurus kilang mati ditetak

JOHOR BAHRU - Seorang pengurus kilang plastik sempat berlari ke dalam premis sebelum dia rebah lalu mati selepas ditetak dua lelaki dalam kejadian di Jalan Riang 20, Taman Gembira di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1 petang itu berlaku sebaik Lau Teck Hook, 44, tiba di kilangnya sebelum diserang penjenayah bersenjatakan parang.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sebaik keluar dari kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima di kilang yang baru dua bulan diusahakannya itu, mangsa terus menghisap rokok.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dihempuk kerusi lipat, besi

Posted:

Dihempuk kerusi lipat, besi

Dihempuk kerusi lipat, besi

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


GAMBAR menunjukkan kesan-kesan kecederaan yang dialami oleh Foo dan Liew selepas dibelasah tiga peniaga di Ipoh, Perak Selasa lalu.


IPOH – Sepasang kekasih tidak menyangka tindakan mereka menjual aksesori telefon bimbit dengan harga murah mengundang rasa tidak puas hati peniaga lain yang kemudian bertindak membelasah mereka menggunakan besi, kayu dan kerusi lipat Selasa lalu.

Kejadian di tapak Pasar Malam Medan Ipoh di sini pada pukul 10 malam itu mengakibatkan pasangan dikenali sebagai Foo, 29, dan Liew, 26, masing-masing terpaksa menerima 10 dan lima jahitan di kepala selepas dibelasah tiga peniaga aksesori telefon bimbit lain di situ.

Foo mengesyaki kejadian itu berlaku akibat persaingan dalam perniagaan kerana mereka menjual barangan aksesori tersebut lebih murah antara RM1 hingga RM2 bagi setiap barangan selain mempunyai pelanggan setia hingga menyebabkan kedai peniaga lain kurang mendapat sambutan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Dinamik pemanduan sebenar

Posted:

Dinamik pemanduan sebenar

Dinamik pemanduan sebenar

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

BAGI para peminat kereta, gabungan huruf G, T dan I memberi maksud yang istimewa. GTI sebenarnya bermakna Grand Touring Injection atau Gran Turismo Iniezione dalam bahasa Itali.

Kuasanya begitu hebat sehinggakan mereka yang menampal pelekat GTI pun seakan-akan berasa kereta menjadi semakin laju.

Pada peringkat awal, huruf-huruf itu biasanya digunakan oleh kereta-kereta mewah berprestasi tinggi atau Grand Tourer, sebelum ia mula diaplikasikan pula ke atas model-model hatchback.

Pada tahun 1961, Maserati 3500GTI menjadi jentera pertama yang menggunakan nama GTI. Emblem itu kemudian dipopularkan oleh Volkswagen menerusi model Volkswagen Golf GTI (Golf GTI) sejak tahun 1976.

Selain Proton Satria GTI, salah satu model GTI yang menjadi dambaan ramai di Malaysia pastinya Golf GTI. Model itu mula mendapat perhatian apabila generasi kelimanya banyak dibawa masuk oleh pihak grey importer.

Sedar tentang kecenderungan tersebut, pengedar rasmi kenderaan Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Group Malaysia (VGM) memulakan tawarannya menerusi model Golf GTI MK6. Kini, kesinambungan itu diteruskan dengan generasi terbaharunya, Golf GTI MK7.

VGM menawarkan Golf GTI MK7 dalam dua varian iaitu Golf GTI Advanced lima pintu dan GTI Pure tiga pintu. Ia juga hadir bersama beberapa pilihan aksesori mengikut kemahuan anda. Jika anda berasakan rim standard itu kurang cantik, sediakan RM3,000 untuk mendapatkan set rim aloi bersaiz 19 inci yang lebih bergaya.

Pakej Tech Pack pula ditawarkan pada harga tambahan RM10,000. Mahal? Mungkin ia satu pelaburan berbaloi kerana Tech Pack meliputi sistem Dynamic Chassis Control (DCC) yang menawarkan mode pemanduan Comfort, Normal, Sport dan ECO, tempat duduk kulit dan banyak lagi.


PRESTASI yang ditawarkan oleh hatchback ini tidak akan mengecewakan sesiapa pun.


GTI Pure

GTI Pure bagaimanapun tidak disertakan dengan banyak aksesori yang menjadi item standard pada varian Advanced. Sebagai contoh, ia menggunakan lampu halogen, rim 17 inci dan sistem audio dengan empat pembesar suara. Ia juga tidak dipasang dengan sensor mengundur, penggilap dan pendingin hawa automatik serta banyak lagi. GTI Pure hanya dibina berdasarkan kepada tempahan.

Bagi menguji keupayaannya, VGM menjemput sekumpulan wartawan untuk memandu uji Golf GTI MK7 menuju ke Singapura. Perjalanan dimulakan dari Subang Skypark, sebelum jentera mula memecut sebaik sahaja memasuki lebuh raya menuju ke arah selatan tanah air.

Sama seperti model-model baharu Volkswagen yang lain, Golf GTI MK7 dibina di atas kerangka MQB yang terbukti tegar, ringan dan dinamik.

Kuasa hatchback itu diekstrak daripada unit enjin bersesaran 2.0 liter dengan pengecas turbo dan teknologi BlueMotion. Ia mampu menjana kuasa sehingga 220PS, lebih 10PS berbanding enjin generasi Golf GTI sebelum ini. Torknya pula mencecah 350Nm, kenaikan 60Nm daripada enjin terdahulu.

Tujahan kuasa tersebut dialihkan ke roda hadapan melalui kotak gear berkembar DSG enam kelajuan. Menawarkan penukaran gear yang pantas dan lancar, DSG turut menjadi penyumbang kepada kemampuan Golf GTI MK7 mencatat kelajuan dari 0 hingga 100 kilometer dalam tempoh 6.5 saat sahaja. Sementara kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 246 kilometer sejam!

Litar Pasir Gudang

Maka tidak hairanlah jika jentera itu memberi maklum balas pantas setiap kali pedal minyak ditekan. Kuasanya cukup mengasyikkan sehingga tidak sedar jarum meter sudah jauh meninggalkan takat kelajuan 110km/j.

Pada kelajuan melebihi 150km/j tahap kesenyapan ruang kabin masih boleh diterima. Dengan tempat duduk dibalut kulit Vienna atau fabrik tartan Clark (untuk varian standard), keselesaan yang ditawarkan adalah memuaskan.

Perjalanan ke Singapura disambut dengan hujan lebat. Dalam keadaan itu juga pemandu boleh merasakan bahawa pengendalian Golf GTI MK7 adalah meyakinkan, walaupun dipandu sedikit laju.

Keupayaan Golf GTI MK7 diuji sekali lagi dengan lebih serius di litar Pasir Gudang, Johor. Sedia maklum bahawa litar itu terkenal dengan selekoh-selekoh tajam dan laluan lurus untuk memecut.

Namun. sedikit mengecewakan apabila penganjur meletakkan kon di beberapa lokasi supaya semua peserta tidak terlebih teruja dan memecut tanpa mengukur kemahiran sendiri.

Golf GTI MK7 nyata meletakkan satu penanda aras baharu dari segi kualiti pengendalian dan kawalan menerusi ciri sistem differential lock elektronik yang dikenali sebagai XDS+.

Secara ringkasnya, XDS+ berfungsi mengalihkan kuasa tork kepada roda yang memerlukannya. Maka, jentera boleh memasuki selekoh tajam dengan lebih meyakinkan.


REKA letak butang kawalan dan tempat duduk kini lebih ergonomik.


Kualiti XDS+ dipertingkatkan dengan mode ESC Sport. Saya yakin ciri itu pasti disukai ramai kerana dengan hanya menekan satu butang, fungsi ESC Sport membolehkan kawalan cengkaman ASR dilambatkan.

Kesannya, jentera boleh tergelincir sedikit sebelum ia dapat dikawal sepenuhnya. Keseronokan inilah yang ingin diberikan oleh Golf GTI MK7 kepada pemiliknya.

Ciri XDS+ disempurnakan lagi dengan sistem Stereng Progresif. Pertama kali dipasang pada Golf GTI MK7, ia membolehkan stereng berasa berat atau ringan secara sewajarnya mengikut setting pemanduan yang dipilih, lebih tepat dan tidak memerlukan pemandu memusing stereng terlalu banyak ketika membelok.

Sesi pandu uji di Litar Pasir Gudang diakhiri dengan senyuman dan rasa puas. Inilah jentera yang wajar ada sekiranya anda tahu menghargai prestasi sebuah GTI, memiliki kemahiran memandu yang baik dan paling penting berpoket tebal.

Golf GTI MK7 Advanced boleh menjadi milik anda pada harga RM217,888 seunit, tidak merangkumi pakej-pakej lain. Sementara hatchback tiga pintu ditawarkan pada harga lebih murah iaitu RM209,888. Harus tahu bahawa kedua-dua harga itu tidak termasuk insurans dan caj-caj lain.

Wilayah 4X4 Isuzu

Posted:

Wilayah 4X4 Isuzu

Wilayah 4X4 Isuzu

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


TRAK pikap ini perlu dipandu perlahan di atas laluan berbatu.


PROMOSI datang dalam pelbagai bentuk. Bagi pengeluar kenderaan, impak promosi atau pendedahan produk terbaharu kepada kumpulan sasar adalah amat kritikal. Jika tidak kena cara, produk yang bagus pun tiada orang mahu membelinya.

Sama ada siri jelajah, kempen jualan secara bermusim atau sesi pandu uji dengan media, semuanya mempunyai matlamat yang sama. Apa lagi kalau bukan untuk menyerlahkan segala keistimewaan atau keunikan kenderaan berkenaan kepada para pengguna dengan cara paling efektif.

Sesi pandu uji bersama media adalah salah satu aktiviti biasa yang dilakukan. Cuma apa yang membezakannya adalah sejauh mana ia benar-benar berkesan dan sesuai dengan kenderaan yang ingin diketengahkan.

Apabila menyentuh tentang perkara ini, saya perlu memberi kredit kepada Isuzu. Ia merupakan salah satu pengeluar kenderaan yang tidak pernah gagal dalam menganjurkan sesi pandu uji yang mampu menyerlahkan kemampuan sebenar jenteranya.

Terbaharu, sekumpulan wartawan dijemput ke negara jiran Thailand untuk memandu dan menguji sendiri keupayaan trak pikap Isuzu D-Max yang baru. Malah semua D-Max yang dipandu uji itu dibawa khas dari Malaysia bagi memastikan tidak ada pertikaian mengenai spesifikasi.

Selepas memandu selama beberapa jam di lebuh raya dari Bangkok, kami akhirnya sampai di lokasi ujian sebenar untuk D-Max iaitu di Isuzu 4X4 Land. Terletak berhampiran Litar Bira di Pattaya, lokasi itu bukanlah baru. Ia sudah lama dibina dan ditambah baik dua tahun lalu sempena pelancaran D-Max baharu di Thailand.

Sudah nama pun Isuzu 4X4 Land, jadi tidak boleh diragui ia memang lokasi terbaik untuk menguji D-Max, tetapi dalam setting yang lebih terkawal dan selamat. Semua elemen berkaitan kenderaan pacuan empat roda ada di sana. Cuma berani atau tidak sahaja untuk menguji trek tersebut ke tahap maksimum.

Pandu uji dimulakan dengan sesi menyesuaikan diri dengan trek ujian oleh sekumpulan pakar 4X4 Isuzu. Selepas yakin (ramai juga yang kurang yakin pada awalnya), kami mengambil giliran untuk memandu.

Saya perlu beritahu bahawa trek itu memang ekstrem bagi mereka yang bukan peminat tegar 4x4. Jadi, saya memilih untuk memandu unit bertransmisi automatik. Alasannya mudah, bukan sesuatu yang menyeronokkan jika kenderaan tiba-tiba terundur ketika menaiki bukit buatan yang begitu tinggi dan boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa gayat.


UJIAN di laluan ini terpaksa dibatalkan bagi tujuan keselamatan.


Secara ringkasnya, pemandu perlu melalui pelbagai halangan seperti laluan berbatu, berpasir, lecak yang dalamnya hampir setengah meter dan cerun atau tebing setinggi 40 darjah. Atas faktor keselamatan, kami tidak dibenarkan untuk melalui satu kawasan ujian yang kelihatan seperti jungkang-jungkit gergasi. Lega.

Memandangkan kebanyakan daripada kami tidak mempunyai pengalaman luas dalam pemanduan off-road, pemanduan dilakukan dengan penuh hati-hati dan mengikut segala arahan yang diberikan.

Walaupun jaraknya tidaklah jauh, tetapi laluan yang mencabar membuatkan keseluruhan sesi di Isuzu 4X4 Land sangat memuaskan dan memberi satu pengalaman baru. Keupayaan D-Max diuji sepenuhnya tanpa kasihan. D-Max baharu nyata boleh mengharung semua cabaran itu dengan mudah.

Dengan rekaan luaran yang lebih menarik, ruang kabin selesa dan enjin berkuasa, D-Max mempunyai pakej lengkap sebagai sebuah trak pikap yang ideal. Jadi, tidak hairanlah ia mendapat sambutan memberangsangkan di Thailand dan Malaysia.

Berbalik kepada Isuzu 4X4 Land, is sebenarnya bukanlah didedikasikan untuk ujian yang formal seperti ini sahaja. Lapangan itu dikatakan turut dibuka untuk para pemilik D-Max di Thailand pada hujung minggu. Pada hari-hari biasa, lokasi itu digunakan sebagai tempat latihan kakitangan Isuzu atau kelab 4X4 di sana.

Setelah penat mengharung sesi ujian, kami diberikan hospitaliti terbaik warga Thailand. Selain daripada menikmati buah-buahan seperti durian dan mata kucing, para peserta juga berpeluang untuk menerima urutan daripada tukang urut profesional.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan tatu sementara. Akhirnya, semua nampak macam ahli kumpulan gangster 04.

Apa pun, sesi pandu uji itu memberi satu pengalaman berbeza. Ia juga mencerminkan kesungguhan Isuzu untuk menguar-uarkan keupayaan jenteranya menerusi cara yang betul dan menyeronokkan.

Versatiliti Nissan Grand Livina

Posted:

Versatiliti Nissan Grand Livina

Versatiliti Nissan Grand Livina


SEBANYAK tiga varian Grand Livina ditawarkan untuk pilihan pengguna tempatan.


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan model naik taraf kenderaan pelbagai guna (MPV) kompaknya, Nissan Grand Livina ke pasaran tempatan.

Jentera dengan kapasiti tujuh tempat duduk itu menerima 50 sentuhan baharu dari aspek reka bentuk luaran dan dalaman.

Pembaharuan itu melibatkan varian 1.6 liter dan 1.8 liter. Bahagian hadapan Grand Livina melibatkan pemasangan gril berwarna krom dan lampu hadapan baharu. Bampar hadapan kini diberikan beberapa garis yang menyerlahkan lagi sifat agresifnya.

Bahagian belakang kelihatan sedikit lebar ekoran penggunaan set lampu yang mendatar dan beberapa unit pemantul cahaya.

Ruang kabin diserikan dengan aplikasi dua tona warna dan material fabrik pada bahagian tempat duduk. Stereng Grand Livina kini dipasang butang kawalan untuk unit audio 2DIN dan skrin Paparan Pelbagai-Maklumat (MID).

Bagi varian 1.8 liter, ia menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci yang dinamakan sebagai i-Key. Varian itu juga dilengkapi lampu isyarat membelok LED pada bahagian cermin pandang sisi dan lampu kabus pada bahagian bampar hadapan.

Bagaimanapun, kedua-dua varian Grand Livina masih menggunakan enjin lama iaitu HR16DE (versi 1.6 liter) dan MR18DE (1.8 liter).

Bagi menyerlahkan gaya Grand Livina, ETCM menawarkan pelbagai pakej aksesori dan versi talaan IMPUL. Pilihan warna disediakan ialah biru, hitam, emas, perak dan putih. ETCM berhasrat merekodkan jualan sebanyak 2,500 unit model Grand Livina baharu menjelang akhir tahun ini.

Nissan Grand Livina didatangkan dengan pilihan transmisi 1.6L manual, selain 1.6L dan 1.8L automatik.

Jaminan yang diberikan adalah selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 kilometer (mana-mana tiba dulu).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia jejak final

Posted:

Malaysia jejak final

Malaysia jejak final

Oleh TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my

PEMAIN-PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Pakistan 4-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.


MALAYSIA mengesahkan slot ke final pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2013 selepas menewaskan Pakistan 4-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia di kedudukan teratas liga selepas mengumpul 12 mata daripada empat perlawanan dan akan melengkapkan aksi terakhir menentang India, Sabtu ini.

Pada aksi malam tadi, Pakistan terlebih dahulu mengejutkan Malaysia apabila Muhammad Dilber menjaringkan gol pertama pada minit ke-25 sebelum Mohd. Zulhairi Hashim mengikat kedudukan selepas bijak menyempurnakan pukulan sudut penalti tiga minit kemudian.

Malaysia bermula garang pada babak kedua dan pemain berbisa, Muhd. Shahril Saabah menambah jaringan hasil satu lagi pukulan sudut penalti untuk Malaysia mendahului 2-1 pada minit ke 40.

Muhammad Tousiq sekali lagi mengikat kedudukan hasil satu pukulan penalti pada minit ke-48.

Bagaimanapun, anak-anak buah Muhammad Dhaarma Raj kembali menguasai permainan, hasilnya kapten pasukan, Mohd. Fitri Saari menambah jaringan ketiga pada minit ke-52.

Mohd. Syamim Mohd. Yusof menambah derita Pakistan apabila mencipta jaringan keempat menerusi pukulan padang pada minit ke-63.

Dhaarma Raj mengakui berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemain-pemain sepanjang empat perlawanan yang diharungi berbanding prestasi tahun lalu.

"Justeru, saya mahu pemain saya memberi tumpuan pada baki perlawanan kerana kami perlu mencapai kemenangan pada edisi kali ini," katanya.

Beliau turut berharap agar pemain-pemain dapat mengurangkan risiko kecederaan pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

"Kami harap, pemain-pemain bebas daripada kecederaan supaya dapat beraksi dengan baik pada final nanti," katanya.

Pada perlawanan lain, India membelasah Korea 6-1, manakala Argentina mencatat kemenangan pertama selepas menundukkan England 3-0.

'Terserah kepada SPRM'

Posted:

'Terserah kepada SPRM'

'Terserah kepada SPRM'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

"HANYA satu prosedur biasa."

Itu cerita ringkas pengendali Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah selepas selesai memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bandar Meru Raya, Ipoh kelmarin.

Meskipun dikatakan mengambil masa sehingga lapan jam apabila hanya selesai memberikan keterangan kira-kira tengah malam, Azraai kekal tenang dan mengakui tidak tertekan dengan situasi itu.

"Ia mengambil masa yang agak lama tetapi itu perkara biasa... saya perlu menjelaskan banyak perkara terutamanya mengenai kesebelasan pemain dalam perlawanan tertentu dan sebagainya.

"Kini, segala-galanya terserah kepada SPRM," katanya kepada Kosmo! semalam.

Polemik mula tercetus dalam kalangan peminat fanatik skuad Seladang ekoran tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membekukan khidmat Azraai, pegawai dan petugas pasukan itu berkuatkuasa Isnin lalu.

Ia gara-gara pihak PAFA mengesyaki wujudnya isu rasuah dan sabotaj dalam skuad Seladang selepas tersingkir dalam kempen Piala Malaysia musim ini terutamanya apabila dibelasah Sarawak 1-6 dalam aksi terakhir Kumpulan D di Kuching pada 21 September lalu.

Mengulas lanjut, Azraai memberitahu, beberapa lagi pemain Perak juga telah diambil keterangan masing-masing oleh SPRM semalam bagi membantu siasatan.

"Saya tidak tahu bila siasatan akan selesai, cuma saya harap ia dapat diselesaikan segera," jelasnya.

Pada masa sama, Azraai juga menafikan fokus anak-anak buahnya kini terjejas teruk ekoran siasatan itu.

"Pemain tetap menjalani latihan seperti biasa," katanya.

Pahang lebih bersemangat

Posted:

Pahang lebih bersemangat

Pahang lebih bersemangat

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
sukan@kosmo.com.my

PAHANG bertekad untuk mempamerkan persembahan terbaik pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2013 menentang Selangor PKNS di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu mahu menjadikan perlawanan tersebut sebagai penebus maruah selepas dibelasah 0-4 oleh Kelantan pada aksi terakhir Kumpulan C di Kota Bharu minggu lalu.

Pemain tengah Pahang, Mohd. Saiful Nizam Miswan berkata, kekecewaan di Kota Bharu tidak wajar menjadi penghalang untuk beraksi lebih baik dan para pemain sudah bersedia menanti kunjungan PKNS.

Saiful atau lebih dikenali dengan panggilan Poyeng mengakui bahawa, dia dan rakan-rakan sepasukan akan memanfaatkan peluang yang terhidang sebagai bekalan untuk menghadapi aksi kedua di gelanggang lawan nanti.

"Selepas kalah di Kota Bharu, semangat para pemain menurun sedikit tetapi untuk malam esok (hari ini), kami akan manfaatkan setiap peluang yang diperoleh.

"Kami perlu membawa bekalan yang selesa sebelum bertandang ke tempat lawan pada 4 Oktober depan," kata pemain berusia 32 tahun itu.

Dalam pada itu, Poyeng menambah, mereka perlu lebih berhati-hati untuk berdepan PKNS kerana corak serangan pasukan berstatus kelab itu sering bertukar dalam setiap perlawanan.

Sementara itu, penjaga gol utama Pahang, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid pula berkata, dia akan berusaha sedaya upaya menjaga gawang skuad Tok Gajah supaya tidak mudah dibolosi seperti mana di Kota Bharu lalu.

"Kekalahan di Kota Bharu sudah dilupakan. Sekarang, saya dan rakan-rakan sepasukan sudah belajar sesuatu dan bersiap sedia menutup semua peluang supaya tidak mudah dibolosi pemain-pemain PKNS.

"Bagi perlawanan esok (malam ini), Pahang tidak boleh cuai dan perlu menang dengan menjaringkan banyak gol," kata Mohd. Khairul Azhan.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu menyeru para penyokong setia skuad Tok Gajah membanjiri stadium untuk memberi semangat kepada para pemain bagi menghadapi aksi suku akhir itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Beg kertas simpan memori indah

Posted:

Beg kertas simpan memori indah

Beg kertas simpan memori indah

JANY menunjukkan sebahagian koleksi beg kertas yang dimilikinya.


MINATNYA terhadap seni reka beg kertas membuatkan Jany Tan Poo Choo mengumpul lebih 500 produk tersebut dari dalam dan luar negara.

Menurut Jany, hobinya itu bermula selepas dia membeli beg berjenama United Colors of Benetton dari sebuah butik di Singapura.

Beliau yang tertarik dengan beg yang berwarna terang, hanya menyimpan sekeping beg kertas untuk setiap corak sejak 16 tahun lalu. Paling penting ia perlu kelihatan seperti baharu tanpa kesan lipatan.

"Sebahagian daripada koleksi eksklusif ini amat berharga dan sukar diganti," jelas beliau. Mengenai perkongsian hobi ini dengan orang luar, Jany mengakui bahawa sukar mencari rakan daripada kumpulan sosial beliau yang memiliki hobi yang sama.

Ada seorang yang mempunyai minat yang sama dengannya iaitu Muhammad Norazlin Mansur, yang dikenali semasa bekerja di Universiti Malaya (UM) tahun lalu, menghadiahkan kira-kira 50 keping beg kertas bertemakan universiti tertua itu.

Sebahagian lagi koleksi Jany dihadiahkan oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai termasuk empat abangnya yang menetap di luar negara.

Antara beg kertas yang masih disimpan ialah beg kertas dari Beijing iaitu semasa Sukan Olimpik 2008, Jerman dan Maldives, salun rambut Sothy's dan SK II, pelbagai jabatan dan agensi serta butik aiskrim dan coklat seperti Royce, Baskin Robbins dan Haagen Dazs.

Sekeping beg kertas dari Menara Eiffel Paris yang dihadiahkan oleh abangnya di London dan sekeping beg hadiah ketika Tahun Baru Cina daripada sahabat merupakan antara koleksi yang paling disukai, kata Pegawai Perhubungan Korporat, Pejabat Keselamatan UM itu.

Beliau juga menyimpan beg kertas yang menanda peristiwa bersejarah dalam hidupnya seperti beg yang membawa anjing pertama beliau, Trust Tan pada Hari Valentine 13 tahun lalu, beg konvokesyen yang memuatkan jubah konvo untuk hari penganugerahan ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik yang diterima 18 tahun lalu.

Beg konvokesyen itu amat bernilai kerana ia mengingatkan zaman belajar di universiti apatah lagi beliau bergraduasi pada tahun yang sama dengan ulang tahun satu abad universiti itu.

Penyimpanan

Pada tahun-tahun awal hobinya, Jany menyimpan koleksi beg kertas itu di dalam kotak kadbod yang disusun dalam sebuah bilik kecil di rumahnya.

"Apabila koleksi bertambah banyak, saya merasa agak bimbang jika ia rosak akibat kelembapan atau serangga, jadi saya pindahkannya ke dalam kotak plastik yang diletakkan dalam bilik khas yang sentiasa dipastikan kering dan bersih," jelas beliau.

Menjaga beg kertas sebagai hobi pada masa lapang lebih mudah kerana ia tidak mengumpul debu, tidak perlu kerap dikesat dan tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding mengumpul koleksi barangan lain seperti cawan atau botol mini minyak wangi.

Kepada mereka yang mempunyai hobi yang sama dengan beliau, Jany mengalu-alukan untuk bertukar-tukar fikiran dengan menghubunginya di talian 03-7967 3341 pada waktu pejabat.- BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran di Teluk Intan

Posted:

Kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran di Teluk Intan

Kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran di Teluk Intan

27/09/2013 9:55pm

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Kampung Teluk Baru Batu 17, Sungai Sumun dekat Teluk Intan hari ini.

J. Gerihari Gopa yang berumur setahun dua bulan, ditemui rentung dalam keadaan tertiarap di atas katil di dalam bilik di rumahnya dalam kejadian 3.50 petang itu.

"Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama-sama ibunya. Ibu mangsa turut mengalami lecur di beberapa bahagian badan," kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi Bernama di sini.

Goh berkata, kebakaran itu turut menjejaskan 11 orang lagi, namun mereka ini selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak bomba dimaklumkan kejadian pada pukul 3.50 petang dan dua jentera bomba dengan 12 anggota digegaskan ke lokasi. Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 5.20 petang," katanya.

Goh berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Budak perempuan berusia setahun lemas dalam baldi

Posted:

Budak perempuan berusia setahun lemas dalam baldi

Budak perempuan berusia setahun lemas dalam baldi

27/09/2013 9:47pm

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun ditemui mati lemas di dalam baldi yang penuh berisi air di rumahnya di Taman Koperasi PKINK, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, Soffiyah Mustaffa ditemui oleh abangnya di dalam baldi itu pada pukul 12.15 tengah hari.

Ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di sini.

Keluarga mangsa yang berada di bilik mayat hospital itu bagaimanapun enggan menemui wakil media. - Bernama

Kerajaan timbang keluar kenyataan berkala elak spekulasi harga petrol

Posted:

Kerajaan timbang keluar kenyataan berkala elak spekulasi harga petrol

Kerajaan timbang keluar kenyataan berkala elak spekulasi harga petrol

27/09/2013 9:46pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menimbang untuk mengeluarkan kenyataan berkala tentang sebarang perubahan mengenai subsidi bahan api bagi mengelak spekulasi mengenai kenaikan harga petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, tindakan ini akan diambil bagi mengelak timbulnya spekulasi mengenai kenaikan harga minyak oleh sesetengah pihak.

"Kalau ada permintaan supaya kita buat berkala (kenyataan), kita akan usahakan sebab kita ini kerajaan yang berlandaskan sokongan rakyat. Kalau perlu, kita akan keluarkan kenyataan dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan Malek berkata demikian ketika mengulas serta menafikan penyebaran maklumat kononnya harga minyak RON95 naik sepuluh sen kepada RM2.20 seliter tengah malam ini.

Beliau berkata, akibat penyebaran maklumat palsu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan pembelian panik di stesen-stesen petrol hari ini.

"Sebenarnya, saya menghadiri mesyuarat Kabinet pagi tadi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun kita tidak bincang pun soal harga minyak naik kali ini.

"Oleh sebab itu, saya sebagai Menteri, menafikan spekulasi itu, malah kecewa kerana masih ada segelintir orang yang hendak buat cerita tak betul ini.

Bagi saya, mereka ini berniat jahat," katanya sambil meminta perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dihentikan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Warga asing sasaran wajar - Al-Shabab

Posted:

Warga asing sasaran wajar - Al-Shabab

Warga asing sasaran wajar - Al-Shabab

GAMBAR fail pada Sabtu lalu menunjukkan pasukan khas membidik senjata mereka ke arah pusat beli-belah Westgate.


NAIROBI - Kumpulan pelampau Somalia, Al-Shabab yang menyerang sebuah pusat beli-belah di Kenya semalam menyatakan warga asing merupakan 'sasaran wajar' dan mengesahkan keterangan saksi bahawa anggota bersenjatanya cuba melepaskan orang Islam tetapi menangkap atau membunuh pengunjung lain.

Dalam pertukaran e-mel dengan agensi berita Associated Press (AP) kelmarin, Al-Shabab memberitahu: "Mujahidin kami mengambil langkah teliti untuk mengasingkan orang Islam daripada orang kafir sebelum mereka melancarkan serangan."

Menurut keterangan beberapa saksi, lelaki-lelaki bersenjata itu menghimpunkan pengunjung dan menyoal mereka tentang Islam untuk mengasingkan orang Islam dengan penganut agama lain.

Mereka kemudian meminta pengunjung Islam supaya meninggalkan pusat beli-belah berkenaan.

Sekurang-kurangnya 18 warga asing terbunuh termasuk enam rakyat Britain dan beberapa warga Perancis, Kanada, Trinidad, Belanda, Australia, Peru, India, Ghana, Afrika Selatan dan China apabila kumpulan militan berkenaan menyerang pusat beli-belah Westgate di sini pada Sabtu lepas.

Mereka menyerang lelaki, wanita dan kanak-kanak menggunakan raifal dan bom tangan serta menawan orang ramai untuk dijadikan tebusan.

Al-Shabab sebelum ini mengancam untuk menyerang Kenya kerana tindakan negara berkenaan menghantar tenteranya ke Somalia bagi memera- ngi kumpulan militan itu.

Sebahagian besar mangsa yang maut dalam tragedi di pusat beli-belah itu terdiri daripada rakyat Kenya.

Ditanya sama ada Al-Shabab berniat membunuh warga asing, kumpulan itu memberitahu: "Sasaran kami adalah kerajaan dan tanah air Kenya. Setiap kawasan di Kenya merupakan sasaran yang wajar."

Al-Shabab menguasai sebahagian besar Somalia yang bersempadan dengan Kenya di sebelah timur selama beberapa tahun termasuk ibu kota- nya, Mogadishu.

Namun, tentera Kesatuan Afrika mengusir kumpulan yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda itu dari Mogadishu pada 2011.

Kenya pula menghantar tenteranya untuk memerangi Al-Shabab pada tahun berkenaan. - AP

Indonesia tetap anjur ratu cantik Miss World

Posted:

Indonesia tetap anjur ratu cantik Miss World

Indonesia tetap anjur ratu cantik Miss World


PARA peserta pertandingan ratu cantik Miss World beraksi dalam satu acara di Nusa Dua, Bali pada 24 September lalu.


NUSA DUA, Bali - Peringkat akhir pertandingan ratu cantik Miss World akan diadakan di sini esok selepas acara berkenaan menerima kecaman hebat daripada kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.

Hampir 500 anggota polis dan 700 pengawal termasuk sejumlah anggota keselamatan tempatan yang lengkap berpakaian tradisional serta berkeris telah dikerah untuk berkawal semasa pertandingan itu berlangsung.

Seramai 129 peserta akan bersaing dalam pertandingan kali ini dengan acara berkenaan akan disiarkan secara langsung di lebih 180 buah negara.

Namun, bantahan keras oleh kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia memaksa pihak berkuasa memindahkan acara berkenaan dari ibu kota Indonesia, Jakarta ke Bali.

Majoriti penduduk pulau peranginan itu beragama Hindu.

Banyak pertubuhan Islam di Indo- nesia menyelar pertandingan tersebut kerana dianggap seperti memperdagangkan tubuh dan maruah wanita.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kumpulan mengancam untuk mengadakan protes di lokasi acara berkenaan berlangsung di sini esok.

"Kami akan mengadakan protes kerana pertandingan ini tidak boleh diterima," kata ketua cabang Barisan Pertahanan Islam (FPI) wilayah Jawa Timur, Haidar Al-Hamid.

Beratus-ratus anggota FPI telah mencuba untuk memasuki Bali dari Jawa Timur awal bulan ini tetapi usaha mereka dipatahkan oleh pihak berkuasa.

Bali pernah digegarkan dengan insiden letupan yang mengorbankan lebih 200 orang yang kebanyakannya pelancong asing pada tahun 2002.

Pada tahun lalu, penyanyi terkenal, Lady Gaga dihalang mengadakan konsert di Indonesia selepas beberapa kumpulan Islam mengancam untuk membakar lokasi persembahannya. - AFP

Keluarga di Brazil bela tujuh ekor harimau

Posted:

Keluarga di Brazil bela tujuh ekor harimau

Keluarga di Brazil bela tujuh ekor harimau


SEEKOR harimau bergurau dengan Borges di meja makan ketika ahli keluarganya menjamu selera bersama.


MARINGA - Sebuah keluarga di Brazil memelihara tujuh ekor harimau di rumah mereka sebagai haiwan peliharaan sejak lapan tahun lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Tindakan tersebut bagaimanapun menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar dan memaksa pihak berkuasa memberi amaran kepada mereka.

Pemilik haiwan itu, Ary Borges berkata, dia telah menyelamatkan dua ekor harimau dewasa bersama beberapa ekor anak harimau daripada sebuah sarkas.

Borges, 43, kemudian membina sebuah kandang di belakang rumahnya untuk memelihara dan membiak mamalia tersebut.

Ahli-ahli keluarga Borges makan dan berenang bersama harimau-harimau itu. Malah, dia turut membenarkan anak-anaknya menunggang binatang buas berkenaan.

"Saya tidak pernah risau apabila anak-anak saya bermain dengan harimau-harimau itu," kata Borges.

"Anda perlu tunjukkan rasa hormat dan kasih pada haiwan ini. Dengan cara itu, kita akan disayanginya," tambahnya.

Borges dan tiga anak perempuannya Nayara, 20, Uyara, 23, dan Deusanira, 24, kerap membawa harimau-harimau tersebut bersiar-siar.

Lelaki berkenaan juga memberi makan dengan menyuap daging ke mulut haiwan liar berkenaan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Seni klasik perspektif baharu

Posted:

Seni klasik perspektif baharu

Seni klasik perspektif baharu

Oleh NIZHA PERIASWAMY

MUNGKIN ada sesuatu yang menarik dan mengujakan tentang porselin. Bentuk menarik, kaedah pembuatan yang unik, rekaan terperinci, permukaan yang licin dan harga yang tinggi adalah antara faktor yang menjadikan porselin sebagai bahan koleksi kegemaran golongan khusus.

Ramai yang sanggup menjelajah ke luar negara semata-mata untuk meluaskan koleksi perhiasan seramik mereka. Antara negara yang terkenal dengan pembuatan porselin adalah China, Itali, Denmark dan Perancis.

Pencarian porselin biasanya melibatkan perbelanjaan yang besar. Namun demikian, pencinta seni dan pengumpul porselin tempatan kini berpeluang menjamu mata menyaksikan porselin terbaik dunia yang dipamerkan penuh bergaya di butik baharu Franz di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Butik yang dilancarkan pada awal bulan ini itu menawarkan koleksi dengan rekaan indah berinspirasikan alam semula jadi yang merangkumi pinggan mangkuk sehingga ke barang kemas.

Juara dalam setiap pertandingan dan pameran antarabangsa selain menjadi pilihan utama untuk cenderahati dalam kalangan pemimpin dunia, Franz ditubuhkan di San Francisco, Amerika Syarikat dengan nama Franz Collection Inc. pada Jun 2001.


BUTIK mewah Franz di Pavilion Kuala Lumpur mampu membuatkan pelanggan rambang mata dengan kepelbagaian pilihan yang ditawarkan.


Syarikat itu diasaskan oleh usahawan artistik yang menempa banyak kejayaan, Francis Chen.

Kata Chen, Franz diwujudkan untuk membangkitkan penghargaan orang ramai terhadap alam semula jadi dan memahami falsafah kebijaksanaan Timur menerusi seni porselin.

Palitan warna

Menggabungkan seni pembuatan porselin tradisional China bersama pengaruh artistik Eropah, ia hasil imaginatif dengan palitan warna bertenaga porselin Franz yang diinspirasi daripada gaya Art Nouveau dan lukisan dinding Flying Fairies yang terdapat di Dunhuang, China.

Ia disempurnakan dengan teknik tuangan acuan potongan bawah, satu teknologi yang telah dipatenkan. Ini menjadikan Franz istimewa berbanding jenama-jenama lain terutamanya dari segi perincian rumit yang dipaparkan.

Franz menggunakan lukisan tangan dalam kaca dan dibakar pada suhu 1,200 hingga 1,350 darjah Celsius bagi mencapai kualiti tertinggi sama ada dalam elemen memutih, kekerasan dan kepelbagaian warna.

Mengeluarkan variasi pinggan mangkuk, aksesori dekorasi rumah dan barisan barang kemas, Franz turut menggabungkan aspek bentuk dan fungsi melalui penekanan keperluan harian. Ia sekali gus memimpin individu untuk mengintegrasikan seni dalam kehidupan seharian.

"Saya amat teruja dan gembira untuk berkongsi seni Franz di Malaysia," ujar Chen.

Katanya, sebagai sebuah bandar raya berbilang kaum dan terbuka kepada banyak pengaruh, Malaysia merupakan padanan sempurna aspirasi Franz yang menyatukan gaya Timur dan Barat.

"Saya berharap Franz dapat menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang mencintai keindahan alam semula jadi dan menghargai seni klasik dari perspektif baharu.


SENTUHAN alam semula jadi dalam setiap rekaan porselin Franz menyuntik elemen segar dan elegan.


"Franz memperkenalkan era baharu dunia porselin. Rekaan tiga dimensinya yang unik menawarkan orang ramai cara baharu bagi menghayati seni perhiasan seramik," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Reflections Enterprise, pengedar eksklusif rangkaian Franz di Singapura dan Malaysia, Desmond Teo berkata, pihaknya percaya jenama itu akan diterima baik dalam kalangan pengumpul tempatan.

Kisah Franz

Menghasil dan memasarkan pelbagai aksesori dan dekorasi kediaman, Franz yang kini berpangkalan di Taipei, Taiwan mengeluarkan koleksi yang terdiri daripada pinggan mangkuk dan barang kemas.

Jenama itu memainkan peranan sebagai penghubung antara budaya Timur dan Barat. Rekaan dengan kaedah pertukangan tradisional menyerlahkan karakter ketimuran Franz, manakala seni hiasan Art Nouveau memaparkan aspek Baratnya.

Porselin Franz mula menjadi tumpuan selepas ia memenangi anugerah persembahan terbaik bagi koleksi rama-rama Papillion pada Pameran Hadiah Antarabangsa New York 2002.

Koleksi porselin Franz dihasilkan menggunakan tanah liat dan kaca terpilih di China dengan melibatkan lebih 12 proses pengasingan bahan. Sepanjang proses pengeluaran, setiap produk diukir teliti tanpa mengabaikan tumpuan pada perincian rekaan.

KOLEKSI porselin Franz tidak akan menghampakan pembelinya.


Artisan-artisan Franz mahir dalam teknik tradisional penghasilan porselin termasuk mewarna, menghablur dan menindih kaca bagi menghasilkan produk-produk rumit dan unik.

Rata-rata semua motif koleksi jenama ini berinspirasikan alam semula jadi dengan rekaan flora dan fauna seperti rama-rama, bunga-bungaan, haiwan dan motif lain.

Pelaburan syarikat ini dalam teknik pengeluaran dan artisan berkemahiran tinggi telah memahat nama Franz sebagai satu jenama unik dengan inovasi berterusan dan rekaan berkualiti tinggi. Kini porselin Franz diedarkan di lebih 5,000 butik porselin di seluruh dunia dengan pejabat perwakilan di Asia, Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.

Masak empat hidangan dalam masa dua jam

Posted:

Masak empat hidangan dalam masa dua jam

Masak empat hidangan dalam masa dua jam

Oleh NIZHA PERIASWAMY


CHEF Marina mengejutkan pengamal media dengan cara paling mudah menyediakan nasi dal iaitu dalam masa kurang setengah jam.


BEBERAPA peralatan dapur seperti pisau, papan pemotong, cawan dan mangkuk disusun kemas. Turut kelihatan bahan-bahan mentah untuk memasak beberapa hidangan, antaranya ayam, tepung, beras, santan, gula, garam dan bawang yang menghiasi setiap meja di ruang terbuka di tingkat lapan, Menara Axis, Petaling Jaya, Selangor.

Di keempat-empat meja itu juga ditempatkan sebuah periuk tekanan, pembuat susu soya dan sebuah peralatan menggoreng tekanan udara.

Tujuan pertemuan pada hari tersebut adalah bagi menggalakkan para pengamal media mencuba dan memanfaatkan peluang menggunakan peralatan elektrik memasak yang disediakan khas oleh jenama produk elektrik rumah Philips.

Berbekalkan pengetahuan mengenai kehendak pengguna selama 120 tahun, Philips menawarkan tiga produk bantuan memasak elektrik sebagai satu inovasi memasak yang mudah dan menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bagi wanita berkerjaya yang memilih untuk memasak sendiri demi mengekalkan kesihatan secara mudah dan pantas.

"Pengambilan makanan segar, sihat dan bernutrisi amat penting kepada kita. Tetapi bagaimana untuk meluangkan masa dan tenaga setiap hari untuk menyediakan makanan ini?" tanya Chef Marina Mustafa sambil memegang periuk tekanan elektrik Philips, Viva.

Kemudian dia menghulurkan empat menu masakan pada petang itu dan memperkenalkan koleksi Philips Avance, pembuat susu soya dan penggoreng tekanan udara, Philips Viva Airfryer kepada para petugas media.

"Resipi pertama ialah nasi dal menggunakan periuk tekanan," kata Marina memulakan sesi memasak.

"Campak kesemua bahan mentah iaitu beras basmati, kacang dal, pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis, halia kisar, garam, minyak sapi, minyak, daun pandan dan air dalam periuk tekanan serta tetapkan masa memasak.

"Tekan butang Rice diikuti butang Start. Dalam masa 14 minit, nasi dal siap. Selepas itu, tuang tairu dan masak selama lima minit lagi. Sebelum masak sepenuhnya, hiaskan dengan bawang goreng. Semuanya boleh disiapkan dalam kurang setengah jam," kata Marina sambil menunjukkan masa memasak yang belum melepasi 30 minit.

KUIH bakar yang siap sedia untuk dihidangkan.


Sama seperti hidangan pertama, dia turut membimbing petugas media dengan masakan kedua iaitu ayam masak merah, juga menggunakan periuk tekanan.

Sekali lagi mengumpul semua bahan mentah seperti bawang merah, bawang putih, hali, ayam, pelaga, cengkih, puri tomato dan pes cili, petugas media hanya diarah untuk menutup periuk dan menekan butang Chicken diikuti Start. Selepas 25 minit, masakan tersebut hampir siap. Kemudian, tairu dimasukkan dan digaul bersama kacang pis dan daun ketumbar.

"Anda tidak perlu lagi mencari kuali dan dapur. Tiada lagi percikan minyak panas atau kesan minyak masak pada dinding, tiada bau, tidak perlu takut hangus dan sebagainya. Sebaik sahaja memasukkan kesemua bahan, kita hanya perlu mengatur tempoh masa yang sewajarnya dan tunggu ia masak. Sangat mudah dan sesuai untuk ibu moden kini," tambah Marina.

Turut memeriahkan sesi masakan itu ialah hidangan pencuci mulut, kuih bakar menggunakan penggoreng tekanan udara Philips dan pengat barli menggunakan mesin pembuat susu soya Philips.

Secara purata, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan, dua hingga tiga orang setiap kumpulan. Mereka berjaya menyiapkan semua masakan dalam masa kurang daripada dua jam.

"Selaku sebuah syarikat penjagaan kesihatan dan kelestarian hidup, Philips memperakui bahawa pengguna masa kini mempunyai kesedaran yang lebih tinggi mengenai diet mereka. Philips membantu menyediakan makanan kegemaran melalui kaedah yang mudah dan mesra serta menikmati makanan yang rendah lemak," kata Pengurus Kanan Pemasaran Philips Consumer Lifestyle, Usman Qureshi.

Malah, peralatan menggoreng tekanan udara, Philips Viva Airfryer HD9220 dilihat satu inovasi paling menyihatkan apabila Chef Marina memberi jaminan bahawa masakan boleh disediakan tanpa minyak atau dengan beberapa titis minyak sahaja.


HIDANGAN yang dihias dengan penuh kreatif oleh peserta yang terdiri daripada pengamal media.


Menariknya mengenai penggoreng itu, teknologi Rapid Air menggoreng makanan tanpa minyak dan melaras suhu untuk hasil terbaik. Ia juga membolehkan masakan dimasak serentak.

Mesin pembuat susu soya Koleks Philips Avance pula memiliki prestasi memotong yang canggih dan penapisan yang mudah. Mata pisau berkembar berbentuk boomerang di dalam jag memberikan pemotongan halus manakala lima program di dalamnya membolehkan pengguna menikmati pelbagai jenis minuman berasaskan bijirin.

"Saya amat teruja apabila mendapat tahu tentang peralatan dapur Philips. Saya kagum dengan kemampuannya mengekalkan kelazatan makanan dan juga kandungan nutrisi daripada bahan masakan segar. Tambahan pula ia amat mudah digunakan," kata Marina dalam temu bual selepas sesi memasak itu.

Tuhan bukan hanya ada di Masjid Nabawi

Posted:

Tuhan bukan hanya ada di Masjid Nabawi

Tuhan bukan hanya ada di Masjid Nabawi


JEMAAH haji Malaysia haruslah merebut peluang melakukan ibadah sebanyak mungkin ketika berada di Tanah Suci.


SALAM dari Madinah al-Munawarrah. Hati yang damai atau tenang adalah ahli syurga. Allah SWT telah nyatakan melalui surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaKu!"

Begitulah. Rumah kecil kami di Jabal Uhud menerima tetamu hampir setiap malam. Mereka adalah jemaah haji atau umrah. Sesekali sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga muncul.

Setiap kali bertemu mereka, pasti ada yang akan menyatakan betapa beruntungnya kami sekeluarga kerana dapat bermukim di Madinah. Ia sering dikaitkan dengan ketenangan dan kedamaian hati di Madinah.

Malah, ramai juga jemaah menyebut: "Saya sering terkenangkan Madinah. Merinduinya. Jadi saya berusaha untuk datang ke sini setiap tahun. Hati saya tenang dan damai di sini."

Tentu sekali ia rasa yang bukan luar biasa. Hampir setiap orang yang pernah berkunjung ke sini mempunyai perasaan tersebut.

Sebenarnya mengikut satu hadis, baginda SAW pernah berdoa agar Allah memberikan rasa cinta kepada mereka yang pernah berada di Madinah.

Malah baginda memohon agar Allah memberikan rasa cinta Madinah - jika boleh - melebihi rasa cinta baginda kepada Mekah. Tentu sekali ia doa yang dimakbulkan.

Allah ya Allah. Saya sering menyatakan kepada jemaah, jika benarlah rasa damai atau tenang itu lebih terlangsung di Madinah berbanding Malaysia, maka saya fikir kebanyakan rakyat Malaysia benar-benar menjadi hamba Allah kelas kedua.


MASJID Nabawi sentiasa dirindui oleh jemaah haji dan umrah yang pernah menjejakkan kaki ke sana.


Bagaimanapun ia tidak begitu. Jelas, Allah tidak pernah membezakan hambanya berdasarkan bangsa, warna kulit, pangkat, darjat, kaya atau miskin. Malah damai di hati tidak sekali-kali bergantung kepada lokasi.

Hakikatnya, tidak semua orang mampu hadir ke Madinah setiap tahun. Perjalanan lebih 14,000 kilometer Kuala Lumpur-Madinah-Kuala Lumpur memerlukan banyak kelapangan.

Pertama, kelapangan kewangan. Kos umrah sekitar RM4,000 hingga RM6,000 seorang. Kedua, kelapangan masa. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab khusus yang perlu dijaga. Banyak perkara wajib yang mesti dilaksanakan di Malaysia.

Lalu jika damai di hati lebih mudah didapati di Madinah, maka kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa bergantung kepada keadaan di luar kawalan mereka.

MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akbar. Benar, perasaan damai di hati ketika berada di Madinah amat terasa. Kenapa? Jawapannya sangat mudah. Allah telah nyatakan berulang kali betapa mereka yang hatinya damai atau tenang merupakan orang yang beriman dan bertakwa.

Saya memberi misal yang sangat mudah. Hampir kesemua jemaah haji dan umrah menunaikan solat fardu berjemaah di masjid. Tumpuan mereka sangat fokus dengan ibadat ini.

Mereka tidak begitu di Malaysia. Saya solat Subuh di lebih 30 buah masjid ketika bercuti pada musim panas yang lalu. Purata jemaah menghadiri solat berjemaah hanyalah sekitar satu hingga satu setengah saf sahaja.

Hati saya bertanya, di mana perginya tuan-tuan haji yang hampir 30,000 orang setiap tahun menunaikan fardu haji? Di mana kaki umrah yang melebihi 100,000 orang setiap tahun? Tidak mampukah mereka untuk hadir ke masjid?

Begitulah. Hati mereka pastinya tidak tenang dan damai. Kedamaian yang dicari bukan dengan meninggalkan solat berjemaah. Solat berjemaah di masjid, insyaAllah boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Dua tahun di Madinah mengajar saya banyak perkara. Misalnya saya mengetahui jemaah wanita Malaysia - jemaah haji dan umrah - sangat berilmu. Mereka menutup aurat dengan sempurna ketika berada di dalam Masjid Nabawi.

Hampir kesemuanya memakai stoking dan sarung lengan. Tentu sekali mereka mengetahui batas-batas aurat yang boleh dibawa solat dan diperagakan kepada umum.


BEBERAPA petugas Tabung Haji di Madinah diraikan dengan menu nasi Arab oleh Muhd. Kamil dan isteri di rumah mereka di Jabal Uhud.


MasyaAllah, Subhanallah. Sejurus sahaja mahu meninggalkan Madinah, sebahagian mereka telah kembali kepada cara berpakaian asal yang tidak boleh dibawa solat.

Malah wajah mereka dilukis semula bagi menampakkan kecantikan kepada manusia lain. Mereka tidak tahu betapa hodohnya wajah-wajah ini di sisi Allah. Lalu damaikah hati mereka apabila pulang ke Malaysia?

Saya sering berpesan kepada suami-suami agar bertanya kepada isteri yang begitu perangainya, adakah Tuhan ini ada di Masjid Nabawi sahaja?

Allah ya Allah. Saya terasa sebak. Apakah kaum keluargaku termasuk dalam golongan yang tidak damai di hati?

Sambutlah salam tulus ikhlas dari kami di Madinah. Jika berada di sini, hubungilah saya melalui talian 05 0212 7721. InsyaAllah jika diberi kelapangan olehNya dapatlah kita menikmati nasi Arab di rumah kecil kami di Jabal Uhud.

Jumpa lagi minggu hadapan. Kami mohon keampunanMu ya Allah.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved