Ahad, 22 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


10 minit di laluan Rafah-Gaza

Posted:

10 minit di laluan Rafah-Gaza

10 minit di laluan Rafah-Gaza

NUR SAKINAH HANANI MOHD. AZMI atau lebih mesra dengan panggilan Nani ialah remaja yang berperwatakan pendiam dan pemalu.

Namun, gadis yang berumur 16 tahun ini menyimpan memori yang kekal dalam ingatannya. Empat bulan lalu, dia pernah melalui pengalaman mendebarkan apabila terpaksa menyusuri terowong maut dari Mesir ke Gaza dengan hanya ditemani oleh rakan bapanya yang dikenali sebagai Sani Araby al-Kahery atau lebih mesra dengan panggilan Abang Sani.

Pengalaman berharga selama 10 minit itu diabadikan Nani di dalam sebuah novel berbahasa Melayu setebal 107 muka surat bertajuk, The Tunnel Girl untuk dikongsi bersama pembaca.

Memetik satu perenggan di dalam novel tersebut, Nani menulis: "Kini aku hanya dapat merasa tidak lebih dari sekitar 10 minit berada dalam terowong. Secebis rasa azab, sekelumit rasa sempit, sepintas rasa ngeri, sedetik rasa takut dan setitik rasa derita. Yang sedikit daripada sebuah kesengsaraan yang sudah berlarutan sejak 1948."

Nani telah merasai berjalan dalam terowong berlantaikan pasir dan lampu mentol dengan nyawa menjadi taruhan.

Namun bagi Nani, pengalaman yang dilaluinya itu bukanlah tandingan kepada penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi tentera Israel sejak sekian lama.

Pengalaman berharga Nani itu bermula apabila dia bersama ibu bapa, Mohd. Azmi Abdul Hamid dan Masadah Sajadi masing-masing berusia 57 tahun serta kakaknya, Ilham Syatirah, 24, mengikuti rombongan Program Ziarah Gaza, Mesir dan Umrah pada Mei lalu.


WANITA Palestin di Beit Lahia, utara Gaza menggunakan keldai sebagai pengangkutan.


Pertama kali

Program itu merupakan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Puji Travel & Tour bersama Ahli Jawatankuasa dan Jamaah Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor. Bapa Nani iaitu Mohd. Azmi ialah Presiden Mapim.

Menurut Nani, pada mulanya dia tidak merancang untuk menyertai rombongan itu kerana terikat dengan pelajaran, namun selepas mengetahui jadual rombongan itu jatuh pada cuti persekolahan selama dua minggu, dia turut serta.

"Alhamdulillah, ayah bersetuju dengan cadangan saya pergi bersama dan saya berasa amat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke luar negara," katanya ketika ditemui di Kiosk Palestin di SP Plaza, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Perjalanannya bersama lebih 80 peserta rombongan berjalan lancar. Rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir pada 24 Mei lalu sebelum meneruskan perjalanan ke pejabat imigresen Mesir untuk urusan masuk ke Gaza.

"Segala-galanya lancar sehinggalah saya dan seorang peserta rombongan yang dikenali sebagai Abang Sani menerima berita buruk apabila prosedur untuk masuk ke Gaza tidak mendapat kelulusan. Ini bermakna rancangan untuk masuk ke Gaza gagal.

"Pada saat itu, hati saya berdebar kencang dan air mata mula bergenang memikirkan saya sebagai peserta termuda akan ditinggalkan di situ bersendirian bersama Abang Sani," ujarnya.

Cerita Nani lagi, keadaan menjadi kalut apabila dia dan Abang Sani diminta keluar dari bangunan imigresen itu segera kerana pejabat sudah mahu ditutup. Sementara, peserta rombongan lain termasuk ibu bapa dan kakaknya diarah meneruskan perjalanan kerana pasport sudah dicop pegawai imigresen.

"Ayah bertegas tidak mahu meninggalkan saya tetapi disebabkan peraturan imigresen yang ketat, ayah terpaksa pergi. Ketika itu seorang pelajar Palestin yang tinggal di Malaysia yang juga salah seorang peserta rombongan mencadangkan saya dan Abang Sani masuk ke Gaza melalui terowong.

"Saya tidak lagi dapat memikirkan apa-apa dan tidak dapat menggambarkan rupa terowong tersebut," ujarnya.

Nani terus mengekori Abang Sani keluar dari bangunan imigresen itu dan menuju ke lokasi yang tidak diketahuinya.


Sani Araby Al-Kahery dan Nani pernah melalui terowong penyeludupan ini sewaktu terkandas di pejabat imigresen Mesir.


Gelagat orang Arab

Menurut Nani, sepanjang perjalanan suasana persekitaran terasa begitu asing. Antaranya gelagat beberapa orang Arab yang bertengkar sesama mereka dan kereta kebal di sana sini sebelum sebuah kereta menghampiri mereka.

Selepas Abang Sani berbincang sesuatu dengan pemandunya, Nani masuk ke dalam kereta. Mereka kemudiannya dibawa ke sebuah rumah. Di rumah tersebut sudah ada empat orang yang sedang menunggu mereka.

Setelah melangkah masuk ke rumah tersebut, Nani begitu terkejut kerana rumah kosong itu hanya mempunyai sebuah lubang besar dan tangga di lantai.

Pada masa itu perasaannya bercampur baur. Rasa cemas, takut dan bimbang tiba-tiba bersarang di dalam hati. Nani memikirkan nyawanya boleh melayang pada bila-bila masa saja kerana terowong penyeludupan ke Gaza itu menjadi sasaran bedilan bom Israel.

Meskipun perasaan takut menyelubungi anak bongsu daripada tujuh beradik itu, Nani memberanikan diri kerana keluarganya sedang menunggu di Gaza.

Ditemani seorang pemandu arah, Nani mengekori Sani. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa sekitar 10 minit itu mereka hanya mendiamkan diri.

Hasil pemerhatian Nani, terowong itu hanya diterangi cahaya mentol yang diletakkan di sepanjang jalan. Lebarnya hanya cukup untuk dua orang berselisih.

"Di kiri dan kanan dinding terowong dilekatkan papan dan tiada kayu penyangga. Ini bererti terowong ini mudah runtuh.

"Kami tidak tahu panjang sebenar terowong ini dan yang pasti ia amat mengerikan jika ia terlalu panjang," luahnya.

Pasport diperiksa

Sepanjang perjalanan itu, mereka berselisih dengan beberapa lelaki Arab yang memberi salam.

Perjalanan yang penuh mendebarkan itu berakhir apabila Nani terlihat kelibat seseorang di penghujung terowong. Perasaannya ketika itu amat gembira kerana individu tersebut merupakan salah seorang peserta rombongan yang menanti mereka di hujung terowong.

Meskipun melalui terowong, Nani perlu menjalani prosedur yang sama seperti memasuki negara asing. Di hujung terowong pasportnya diperiksa sebelum dia dibawa bertemu kedua-dua ibu bapa dan kakak bersama peserta rombongan lain di sebuah restoran di Gaza.

"Bermula dari saat itu, ayah mula menggelarkan saya sebagai gadis terowong," ujarnya sambil tersenyum.

Di Gaza, Nani dan rombongannya dibawa melawat ke tapak pertanian Green House. Ia merupakan projek tanaman yang berjaya dibangunkan dengan bantuan dana rakyat Malaysia melalui Salimah Malaysia, Orang Kota Bharu dan Mapim.

Rombongan juga sempat menziarahi pejuang-pejuang Palestin yang syahid. Para syuhada menjadi inspirasi perjuangan rakyat Gaza seperti As-Syahid Ahmed Ismail Hasan Yassin dan As-Syahid Abdul Aziz Rantisi.

MENGABADIKAN kenangan bersama ibu, Masadah berlatar belakang piramid di Kaherah.


Acara kemuncak program mereka ialah perasmian Masjid Umar Abdul Aziz oleh Perdana Menteri Gaza, Dr. Ismail Haniyeh. Masjid itu merupakan yang kedua dibangunkan Mapim.

Usai kembara di Gaza, hati Nani kembali berdebar apabila dia dan Sani perlu menyusuri sekali lagi terowong maut itu untuk pulang ke Mesir.

"Terowong yang sama akan kami lalui untuk ke Mesir dan suasananya tidak jauh berbeza berbanding empat hari lalu. Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami bertemu semula kumpulan rombongan di Mesir," katanya.

Menurut Nani, terdapat lebih 1,000 terowong yang menghubungkan Mesir dengan Gaza. Ada antara terowong yang boleh dilalui oleh lori dan haiwan ternakan bagaimanapun kebanyakannya telah dimusnahkan Israel dengan bom.

"Melalui terowong ini bukan sahaja berbahaya, bahkan kami dikenakan bayaran tertentu dan laluan maut ini merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada rakyat Palestin. Ia merupakan nadi ekonomi Gaza," ujarnya.

Menurut Nani, tidak pernah sedikit pun terlintas dalam fikirannya untuk membukukan pengalaman melalui terowong tersebut sehinggalah seorang peserta rombongan memberikan idea.

Penulis dan penceramah motivasi, Mejar Mohammad Qayyum A. Badaruddin, 45, memintanya berkongsi pengalaman itu dengan pembaca.

Berkat sokongan keluarga terutama bapa, novel tersebut dapat disiapkan dalam masa tiga minggu. Novel itu mengandungi 18 bab. Ia dijual pada harga promosi RM10, manakala harga sebenar di Semenanjung Malaysia ialah RM12.50, Sabah dan Sarawak RM13.50.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan novel The Tunnel Girl pada harga promosi RM10 boleh menghubungi ibu Nani, Masadah Sajadi di talian 012-4753 245.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Majlis kesyukuran sambut kepulangan anak

Posted:

Majlis kesyukuran sambut kepulangan anak

Majlis kesyukuran sambut kepulangan anak

MASHITAH (berdiri tiga dari kanan) bersama suaminya, Abdul Shakor (duduk kanan) serta dua orang anaknya, Fatin Sajeeda (berdiri, dua kanan) dan Ameerah (berdiri, kanan) bergambar bersama tetamu pada majlis kesyukuran di Taman Harmonis, Gombak baru-baru ini.


SYUKUR. Lebih 100 tetamu menghadiri majlis kesyukuran dan jamuan makan anjuran bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sempena kepulangan dua anaknya dari luar negara di kediamannya di Taman Harmonis, Sri Gombak, Selangor baru-baru ini.

Beliau berkata, majlis itu bagi meraikan kepulangan dua anaknya Ameerah Suad Abdul Shakor, 24, dan Fatin Sajeeda, 22, yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam bidang perubatan dan perakaunan, selain meraikan rakan-rakan diplomat luar negara.

"Majlis ini penting kerana bagi meraikan kejayaan anak sulung Ameerah dan Fatin Sajeeda yang masing-masing menamatkan pengajian dari Universiti Sains dan Teknologi Jordan serta Universiti Queensland Australia.

Turut hadir pada majlis itu suami Mashitah, Datuk Abdul Shakor Abu Bakar dan keempat-empat anaknya.

Hari Akademik KPTM meriah

Posted:

Hari Akademik KPTM meriah

Hari Akademik KPTM meriah


SEBAHAGIAN pelajar yang membuka gerai jualan pada Hari Akademik KPTM Bangi baru-baru ini.


MERIAH. Warga Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi menjayakan Hari Akademik 2013 di dewan besar kolej itu di Bandar Baru Bangi, Selangor baru baru ini.

Pengisian majlis tersebut dimuatkan dengan pelbagai program termasuk perbincangan akademik antara para pelajar dan pensyarah.

Ibu bapa juga berpeluang berjumpa dengan pensyarah kolej bagi membincangkan prestasi anak mereka.

Pada hari tersebut juga, pelbagai gerai jualan yang dikendalikan pelajar KPTM turut dibuka.

Hari Akademik merupakan salah satu aktiviti tahunan KPTM dalam langkah merapatkan hubungan antara tenaga pengajar dan waris pelajar.

Gotong-royong bina taman mini PDK

Posted:

Gotong-royong bina taman mini PDK

Gotong-royong bina taman mini PDK


ROHANA (tengah) bergambar bersama wakil Puspanita Kementerian Kewangan, belia serta ahli jawatankuasa PDK Penyayang Bukit Changgang, Banting baru-baru ini.


BERSATU HATI. Aktiviti gotong-royong membina taman mini sempena Program Khidmat Masyarakat 1 Malaysia For Youth (1M4U) diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Penyayang Bukit Changgang, Banting, Selangor baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kementerian Kewangan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari disertai kira-kira 175 peserta yang terdiri daripada ahli Puspanita tersebut, belia serta ahli jawatankuasa PDK berkenaan.

Menurut Pengerusi Puspanita itu, Puan Sri Rohana Sulaiman, program itu diadakan untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada PDK tersebut dalam usaha memberi keselesaan kepada mereka yang terlibat.

"Ia adalah satu khidmat masyarakat yang dijalankan pihaknya bagi membantu mereka yang memerlukannya," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Budak lemas di sungai

Posted:

Budak lemas di sungai

Budak lemas di sungai

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
dan AINSAFRE BIDIN
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengangkat mayat Abdul Rahman yang ditemui mati lemas di Sungai Bidor, Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN - Kelekaan seorang remaja menyaksikan rakan-rakan mandi di Sungai Bidor berakhir dengan tragedi apabila dia mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai itu di Kampung Ayer Hitam, Changkat Jong dekat sini semalam.

Mayat Abdul Rahman Abdul Aziz, 13, ditemui anggota bomba dan penyelamat di tengah-tengah Sungai Bidor selepas lebih dua jam mangsa tergelincir dari tebing sungai itu pada pukul 2.15 petang.

Ketua Bomba dan Penyelamat Perak Selatan, Abd. Samat Hashim berkata, sebelum kejadian mangsa keluar bersama lima rakan sekampungnya untuk mandi-manda di Sungai Bidor yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Bagaimanapun, sampai di sungai itu, Abdul Rahman yang tidak pandai berenang cuma duduk di tebing sambil melihat rakan-rakannya mandi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Simpan dadah dalam peti besi

Posted:

Simpan dadah dalam peti besi

Simpan dadah dalam peti besi

SUSPEK yang ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Farlim, Ayer Itam semalam.


GEORGE TOWN - Polis membongkar operasi makmal dadah yang berselindung di sebalik perniagaan melebur emas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Farlim, Ayer Itam di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 2 pagi dan berakhir lewat petang itu, polis turut menahan tiga lelaki dipercayai suspek utama kegiatan itu.

Difahamkan polis terpaksa memecah pintu jeriji premis berkenaan dan pemeriksaan di dalam premis itu menemui 12 butir peluru dan pelbagai bahan kimia serta peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

Keadaan bertukar kecoh seketika apabila salah seorang suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair kimia yang disimpan di tempat kejadian.

Bagaimanapun, lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis Johor tubuh pasukan khas tangani jenayah larikan ATM

Posted:

Polis Johor tubuh pasukan khas tangani jenayah larikan ATM

Polis Johor tubuh pasukan khas tangani jenayah larikan ATM


SALAH sebuah mesin ATM di Taman Johor Jaya, Johor yang dipecah penjenayah baru-baru ini.


JOHOR BAHRU - Polis Johor menubuhkan pasukan khas yang turut dianggotai pihak pengurusan bank bagi menangani jenayah melarikan mesin teler automatik (ATM) di negeri itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mesyuarat khas yang dipengerusikan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim akan diadakan bersama pihak bank untuk mencari pendekatan terbaik bagi mengelak kejadian terbabit daripada terus berleluasa.

Menurut beliau, pada masa yang sama pihaknya akan sentiasa memantau bagi menghalang cubaan melakukan jenayah seumpama itu.

"Terdapat kekurangan daripada pihak bank yang menyebabkan beberapa kejadian seumpama itu berlaku sepanjang tahun ini, dengan kes terbaru membabitkan tindakan melarikan mesin ATM di Taman Tasek di sini semalam (kelmarin)," kata beliau kepada kepada pemberita di sini semalam.

Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya juga akan meneruskan Ops Cantas Khas bagi mengesan saki baki penjenayah di negeri itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kuasa Ozil

Posted:

Kuasa Ozil

Kuasa Ozil

SAGNA (kanan) menyumbang gol ketiga Arsenal ketika bertemu Stoke semalam.


LONDON – Pemain termahal Arsenal, Mesut Ozil sekali lagi memberi impak besar kepada pasukan baharunya itu dalam membantu kemenangan berharga 3-1 ke atas Stoke City di The Emirates malam tadi sekali gus melonjakkan The Gunners menerajui Liga Perdana England.

Ozil, 24, yang dibeli dari Real Madrid dengan harga 50 juta euro (RM213.9 juta) pada penghujung jendela perpindahan musim panas lalu terlibat dalam ketiga-tiga jaringan Arsenal.

Seawal minit kelima, satu sepakan percuma yang diambil oleh Ozil tepat kepada penjaga gol Stoke, Asmir Begovic yang sekadar menampan bola tersebut.

Bola yang muntah itu kemudian jatuh di depan kaki Aaron Ramsey yang tidak melepaskan peluang membuat satu rembatan padu yang gagal diselamatkan untuk Arsenal mendahului 1-0.

Memasuki minit ke-26, Stoke berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan menarik pemain Amerika Syarikat, Geoff Cameron.

Sepuluh minit kemudian, Arsenal sekali lagi di depan menerusi jaringan Per Mertesacker yang menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil Ozil.

Selepas itu, pada minit ke-72, Ozil sekali lagi membuat hantaran cantik menerusi sepakan percuma yang kemudian disempurnakan oleh Bacary Sagna di depan pintu gol Stoke. – Agensi

Selesa dianggap underdog

Posted:

Selesa dianggap underdog

Selesa dianggap underdog

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PEMAIN ATM, Hairuddin Omar (kiri) diasak pertahanan Sime Darby, Firdaus Faudzi pada aksi Kumpulan A kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.


PENTAS suku akhir Piala Malaysia 2013 sudah berada dalam genggaman Sime Darby.

Meskipun gembira dengan kejayaan anak-anak buahnya memperbaiki pencapaian yang sekadar terkandas di peringkat kumpulan musim lalu, pengendali The Giant Killer, Ismail Zakaria tetap enggan mendabik dada.

Menurut beliau, cabaran ketika melayan kunjungan juara Liga Premier, Sarawak dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 28 September depan tidak seharusnya dipandang mudah.

Meskipun mengakui sudah masak dengan corak permainan Bujang Senang apabila sama-sama beraksi dalam saingan Liga Premier musim ini, Ismail mahu barisan pemainnya memburu bekalan selesa sebelum kembali berkunjung ke Kuching dalam aksi suku akhir kedua pada 5 Oktober nanti.

"Sarawak satu pasukan yang berbeza kali ini berbanding ketika bertemu mereka dalam saingan Liga Premier.

"Mereka dilihat cukup kuat ketika beraksi di laman sendiri terutamanya ketika membelasah Perak 6-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D (kelmarin).

"Jadi, kami perlu memburu bekalan selesa di Selayang jika enggan berputih mata memburu slot ke separuh akhir," kata Ismail kepada Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Ismail juga selesa dianggap pasukan underdog ketika berdepan Sarawak.

"Saya lebih suka dianggap sebagai pasukan bukan pilihan sekali gus meredakan tekanan yang bakal dihadapi pemain ketika berdepan Bujang Senang," katanya.

Ismail memberitahu, beliau bakal mempertaruhkan pasukan terbaik ketika berdepan Sarawak nanti termasuk menagih khidmat pemain import, Karlo Primorac dan Togaba Kontiwa Komlan.

"Pemain cukup bersemangat apabila berjaya menjejak kaki ke suku akhir buat kali pertama, jadi saya percaya mereka akan memperbaiki kesilapan terutamanya sentuhan penyudah yang kurang menjadi ketika peringkat kumpulan sebelum ini.

"Pada masa sama, saya juga memuji kebangkitan mereka yang tidak kenal erti putus asa apabila kembali bangkit mengikat kedudukan seperti mana ketika berdepan Angkatan Tentera Malaysia (1-1) dan Johor (2-2) sebelum ini," katanya.

Sime Darby berjaya menempah slot suku akhir Piala Malaysia selepas muncul naib juara Kumpulan A selepas berkongsi sembilan mata dengan naib juara musim lalu, ATM.

Jika berjaya melepasi halangan Bujang Senang, pemenang antara Pahang dan PKNS dijangka menanti Sime Darby di peringkat separuh akhir kelak.

Chong Wei tepati ramalan

Posted:

Chong Wei tepati ramalan

Chong Wei tepati ramalan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


CHONG WEI memegang trofi kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2013 di Tokyo semalam.


PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2013 di Tokyo semalam.

Jaguh berusia 30 tahun itu mengesahkan gelaran keempat Terbuka Jepun selepas menumpaskan pemain tuan rumah, Kenichi Tago 23-21, 21-17 pada aksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kemenangan itu merupakan gelaran kelima kejohanan berstatus siri super selepas kejayaannya mengungguli Terbuka Korea Selatan dan Terbuka Malaysia pada Januari lalu, Terbuka India (April) serta Terbuka Indonesia (Jun).

Pada aksi 55 minit itu, Tago turut mempamerkan aksi yang sengit, namun kebangkitan yang dipamerkan ketika ketinggalan 5-8 ternyata tidak menggugat corak permainan Chong Wei.

Chong Wei turut dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemenangan set pertama apabila Tago berjaya mengheret ke mata penentuan selepas keputusan terikat 21-21.

Perlawanan set kedua turut menyaksikan kedua-dua pemain perseorangan itu berentap dengan sengit apabila saling mendahului antara satu sama lain sebelum terikat 17-17.

Begitupun, Chong Wei tampil dengan lebih konsisten apabila meraih empat mata berturut-turut untuk menutup set kedua itu dengan keputusan 21-17.

Chong Wei kini mempunyai rekod 14-0 ke atas Tago dan kali terakhir mereka bertemu ketika Tago tewas pada aksi final Terbuka India di New Delhi lima bulan lalu.

Dalam pada itu, Jepun menguasai aksi final perseorangan wanita apabila Akane Yamaguchi menundukkan rakan senegaranya, Shizuka Uchida 21-15, 21-19 untuk gelaran pertama tuan rumah sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1984.

Kategori beregu lelaki pula dimenangi juara kejohanan dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang menewaskan Chai Biao-Hong Wei 22-20, 21-16.

Aksi beregu campuran menyaksikan pasangan dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei menang tanpa beraksi apabila pencabarnya yang juga rakan senegaranya, Xu Chen-Ma Jin menarik diri.

Ia gara-gara masalah kesihatan yang dialami Xu Chen kerana demam panas.

Begitupun, Ma Jin yang turut beraksi dalam acara beregu wanita dan bergandingan dengan Tang Jinhua meraih kemenangan apabila menumpaskan pasangan Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl 21-11, 21-14.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Aidh berkarya di sebalik tirai besi

Posted:

Aidh berkarya di sebalik tirai besi

Aidh berkarya di sebalik tirai besi

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF

KETUA Pusat Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM, Prof. Dr. Muhamad Rahimi Othman (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Aidh Abdullah di kampus UiTM Shah Alam baru-baru ini.


DIPENJARA selama 10 bulan, kira-kira 15 tahun lalu, seorang ulama Arab Saudi, Dr. Aidh Abdullah al Qarni menempuh kehidupan yang penuh dengan kesedihan sepanjang tempoh menjalani hukuman itu.

Beliau yang dilahirkan di selatan Arab Saudi hanya mampu menatap gerigi besi penjara tanpa merasai kasih sayang ibu bapa, isteri dan anak-anak yang amat dirinduinya.

Pemikir Islam itu dilaporkan ditahan kerana dituduh menerbitkan beberapa bait syair berkaitan politik.

Pada suatu hari, beliau terdengar seorang pemuda yang sedang menunaikan solat dalam sebuah masjid yang terletak di luar penjara membaca surah Luqman ayat 17 yang berbunyi;

"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)".

Sebaik sahaja terdengar ayat tersebut, Aidh Abdullah tiba-tiba tersedar daripada dibuai rasa sedih dan jiwanya kembali bersemangat seolah-olah disuntik penawar.

Lantas, beliau terus memegang sebatang pen dan kertas, lalu menulis beberapa solusi untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan yang menyebabkan manusia sering bersedih dalam kehidupan mereka.

Setelah dibebaskan, beliau menyambung tulisannya dalam tempoh beberapa tahun sehingga terbitlah sebuah buku berjudul La Tahzan iaitu bermaksud Jangan Bersedih yang kini merupakan buku paling laris di Asia Barat, Indonesia dan Malaysia.

Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia termasuk bahasa Melayu.

Buku itu membimbing pembaca supaya tidak melawan arus kehidupan, menentang takdir dan menolak dalil-dalil dalam al-Quran dan sunah.

Ia juga membuatkan pembaca merasa lebih tenang, percaya kepada kemampuan diri, mengembangkan potensi dan melupakan kepahitan hidup.

"Apa yang ditulis dalam buku ini adalah situasi yang amat istimewa. Saya menulis buku ini seperti dengan darah dan roh saya sendiri," kata Aidh Abdullah ketika memberi ceramah khas di Majlis Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam baru-baru ini.

Ceramah beliau dalam bahasa Arab telah diterjemahkan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hakim Zainal ke dalam bahasa Melayu. Majlis tersebut anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM.


MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderamata buku La Tahzan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia daripada Aidh Abdullah (kiri) di pejabatnya baru-baru ini.


Rasa gembira

Penulis buku motivasi Islam terkenal di dunia itu berkata, buku berkenaan dinamakan La Tahzan kerana ia diambil daripada ayat al-Quran yang difirmankan oleh Allah iaitu;

"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita". (Surah Ali Imran ayat 139).

Ayat ini disampaikan Allah kepada Nabi Muhammad ketika bersama-sama sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq memasuki Gua Tsur sebelum melakukan hijrah ke kota Yatsrib, Madinah.

"Sebelum menulis buku ini, saya berada dalam kesedihan, namun selepas selesai menulis, 90 peratus perasaan saya gembira dan baki 10 peratus sahaja rasa sedih," ujarnya kepada kira-kira 100 orang yang hadir mendengar ceramah khas beliau.

Selain menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk menggarapkan buku tersebut, Aidh Abdullah turut menjadikan ratusan buku dari pelbagai negara termasuk Eropah sebagai bahan rujukan.

Selain itu katanya, gaya penulisan dalam buku La Tahzan sangat unik kerana ia tidak mengikut bab sebaliknya mengisahkan tentang sesuatu cerita di samping mempelbagaikan gaya dan bentuk bahasa.

Menerusi kaedah itu, beliau berpendapat, pembaca tidak akan cepat bosan, malah lebih seronok membacanya.

"Ini cara tulisan baharu yang bukan berasaskan bab. Kaedahnya seolah-olah merujuk kepada al-Quran yang tidak mempunyai bab sebaliknya kisah-kisah tertentu yang dibawa," jelasnya.

Antara kandungan dalam buku berkenaan ialah Hari ini milik anda, Allah akan mengganti yang lebih baik, Jalani hidup seadanya, Sabar itu indah, Jangan bersedih, Jadilah diri anda dan Hindari kegelisahan serta stres.

Selain buku itu, beliau turut menghasilkan puluhan buku lain antaranya bertajuk Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, Kisah Kerasulan Nabi Muhammad, Keagungan Allah dan Sakaratul Maut.

Dalam ceramahnya, Aidh Abdullah sempat memberi beberapa tip penting kepada hadirin untuk menghilangkan kesedihan antaranya dengan cara mendalamkan rasa iman kepada Allah, menunaikan solat pada waktunya dan sentiasa membaca al-Quran.

Di samping itu ujarnya, manusia juga perlu menerima qada dan qadar dengan hati terbuka serta sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah seperti melihat, makan dan mempunyai kesihatan yang baik.

"Hasil kajian mendapati ramai orang daripada yang cuba membunuh diri merupakan golongan yang meninggalkan solat dan tidak taat kepada perintah Allah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap buku tersebut dapat memberi panduan berguna kepada semua orang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.

Budaya makan telur penyu

Posted:

Budaya makan telur penyu

Budaya makan telur penyu

Oleh ALIF ABU BAKAR

HIDANGAN telur penyu menjadi antara menu biasa di sesetengah restoran di Terengganu. - Gambar hiasan


"RUGILAH kalau tak pernah rasa telur penyu. Sedap sangat lagi kalau makan dengan nasi panas," kata seorang wanita berusia 65 tahun, Fatimah Mansor dengan penuh semangat ketika bercerita tentang keenakan telur penyu yang popular dalam kalangan penduduk Pantai Timur khususnya di Terengganu.

Membesar di negeri Darul Iman sememangnya menjadikan Fatimah antara warga emas yang masih menghargai telur penyu sebagai juadah tempatan paling istimewa, meskipun amalan pemakanan itu mula ditentang generasi muda.

"Dahulu, kalau orang datang bertandang ke rumah, memang dijamu dengan telur penyu. Tak payah rebus pun tak apa sebab rasanya lebih sedap dimakan begitu sahaja," kata Fatimah sehingga boleh menyebabkan tekak berasa mual.

Seorang lagi anak jati Terengganu yang berbeza generasi, Mohd. Nazaruddin Ramly, 27, mengakui pernah memakan telur penyu ketika berusia 11 tahun. Eksekutif komunikasi yang berasal dari Kampung Gelugor, Kerteh itu menyifatkan pengalaman sekali seumur hidup tersebut sebagai kemestian yang perlu dirasai setiap warga Terengganu.

"Ayah saya memang kerap bawa balik telur penyu. Selalunya ia diberikan orang yang mengutip telur di pantai. Namun secara jujur, kami sekeluarga tidak pernah membeli telur penyu.

"Lagipun dahulu telur penyu mudah diperoleh dan penduduk setempat anggap ia satu makanan biasa. Namun perlahan-lahan, ia mula dipandang sebagai satu bentuk kesalahan,"kongsinya yang mengatakan rasa telur penyu agak masin dan sangat enak.

Menurut beliau, kepupusan penyu yang semakin ketara sekarang mendorong ramai golongan muda, termasuk dirinya menolak untuk membeli dan memakan telur penyu

"Malah keluarga saya juga tidak lagi memakannya,"ujar Mohd. Nazaruddin.

SELAIN keropok ikan, Romlah turut menjual telur penyu di gerainya di Pasar Payang.


Pasaran

Tanggapan orang awam terhadap pengharaman penjualan telur penyu di Terengganu pula ternyata berbeza-beza. Ada yang tahu tentang kewujudan undang-undang itu dan ada yang langsung tidak ambil pusing isu nasional yang kerap kali dibangkitkan namun masih dipandang sepi.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang), Kuala Terengganu mendapati, peniaga masih bebas menjual telur penyu secara terbuka. Pengharaman jualan telur penyu di negeri itu hanya khusus terhadap spesies penyu belimbing dan sekali gus membenarkan telur penyu jenis lain diperdagangkan tanpa sekatan.

Seorang peniaga telur penyu yang telah 40 tahun berniaga di Pasar Payang, Romlah Hassan, 70, memberitahu, harga telur penyu ditetapkan mengikut musim penyu bertelur. Bulan Jun, Julai dan Ogos dikatakan mencatatkan pendaratan penyu tertinggi dan pada waktu itu, harga telur agak murah berbanding waktu lain.

"Masa murah, telur penyu Terengganu dijual pada harga RM4 sebiji manakala telur dari Sabah dan Sarawak boleh didapati serendah RM3 sebiji," dedah Romlah yang menambah, waktu pagi adalah masa paling ramai orang membeli telur penyu.

Fahmi Izudin, 21, yang juga antara pemborong telur penyu di Pasar Payang berkata, kebanyakan telur Terengganu datangnya dari Pulau Redang. Ujarnya: "Itu apa yang orang katalah, saya tidaklah berapa pasti."

Undang-undang

Penjualan berleluasa telur penyu di dalam negara khususnya di negeri Terengganu dikatakan berpunca daripada ketiadaan undang-undang yang mengharamkan penjualan telur penyu di Semenanjung Malaysia.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Juanita Joseph memberitahu: "Sabah dan Sarawak sahaja yang melindungi penyu secara 100 peratus termasuk mengharamkan penjualan telur penyu setiap spesies.

"Pada tahun 2005, beberapa kawasan pantai yang menjadi sarang utama penyu di Pulau Redang telah digazet oleh kerajaan. Ia mengakibatkan bekalan telur penyu untuk dijual berkurangan.

"Kesannya, penyeludupan telur penyu dari Sabah dan Sarawak dipercayai meningkat ekoran ketiadaan undang-undang pengharaman penjualan telur penyu di Semenanjung."

Modus operandi penyeludupan makanan eksotik itu bagaimanapun masih belum dapat dipastikan secara terperinci. Namun berdasarkan pemerhatian penduduk di Pulau Redang, kata Juanita, telur yang dijual sebenarnya bukanlah dari Sabah atau Sarawak.


PERLINDUNGAN yang tidak menyeluruh terhadap penyu di kebanyakan negeri menyebabkan rakyat di negara ini kurang prihatin bagi menjaga kelangsungan hidup haiwan itu.


Ia diperoleh dari pantai-pantai Terengganu yang tidak digazetkan kerajaan. Andaian tentang asal-usul telur tersebut juga boleh dipertikaikan berikutan ketiadaan bukti bagi menyokong kenyataan pembekal dan penjual telur yang mengatakan ia datang dari Sabah dan Sarawak.

"Pada tahun lalu, Unit Penyelidikan Penyu (Seatru) UMT membuat kajian genetik bagi menentukan asal-usul telur penyu yang dijual di Pasar Payang. Hasil yang ditemui mendapati kebanyakan telur sememangnya datang dari Terengganu.

"Bagaimanapun keputusan itu belum muktamad kerana sampel yang dikaji adalah terlalu kecil. Kami masih lagi meneruskan kajian ini sehingga data yang diperoleh itu lengkap dan boleh diterima secara saintifik," jelas Juanita.

Harga telur

Ketika ditanya mengenai perbezaan harga telur penyu yang dikatakan datang dari Sabah dan Sarawak dan dijual lebih murah berbanding telur dari Terengganu, Juanita mengatakan, ia sekadar taktik perniagaan yang dijalankan penjual.

Dakwaan yang mengatakan telur penyu Terengganu lebih sedap dari telur penyu dari Sabah disebabkan tekstur pasir di Terengganu lebih halus berbanding di Sabah dan Sarawak juga tidak relevan.

Hakikatnya ia adalah stigma tidak berasas semata-mata. Telur yang mahal (Terengganu) merupakan telur yang masih segar. Ia mungkin diperoleh daripada penyu yang bertelur pada sebelah malam dan pagi sebelum dijual di pasar.

Telur lama (Sabah dan Sarawak) pula boleh dikenal pasti menerusi warna yang sudah kekuningan dan kemik. Memandangkan ia telur lama, rasanya sudah tentu kurang sedap. Kebiasaanya penjual akan menjeruk telur yang lama menjadi telur masin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kong Cho Ha sekali lagi pertahan jawatan Ketua MCA Bahagian Lumut

Posted:

Kong Cho Ha sekali lagi pertahan jawatan Ketua MCA Bahagian Lumut

Kong Cho Ha sekali lagi pertahan jawatan Ketua MCA Bahagian Lumut

22/09/2013 9:15pm

IPOH - Penyandang jawatan ketua MCA Bahagian Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha sekali lagi mengekalkan jawatan itu apabila mengalahkan pencabarnya bekas ketua Pemuda bahagian Ding Siew Chee pada pemilihan peringkat bahagian hari ini.

Kong yang juga Setiausaha Agung parti menang dengan majoriti 245 undi apabila meraih 266 undi berbanding Ding yang hanya mendapat 21 undi, manakala tiga lagi undi rosak.

Bekas Menteri Pengangkutan itu yang berjaya mempertahankan jawatan tersebut sejak memegangnya pada tahun 2001, melahirkan penghargaan kepada kesemua perwakilan yang memberi kepercayaan untuk beliau terus memimpin MCA di Lumut.

"Dengan 90 peratus undi kepada saya, kita akan berusaha untuk terus menyatupadukan anggota. Adalah penting juga untuk saya menyakinkan kepada mereka bahawa MCA adalah satu pasukan yang kuat sekali lagi," katanya di sini hari ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Datuk Tan Chin Meng turut mengekalkan jawatan ketua bahagian Ipoh Barat apabila meraih kemenangan selepas mendapat 230 undi berbanding pencabarnya Lee Yook Tin, bekas pengerusi cawangan Taman Mewah yang menerima 39 undi. - Bernama

Mayat seorang pelajar lemas di Sungai Bidor ditemui

Posted:

Mayat seorang pelajar lemas di Sungai Bidor ditemui

Mayat seorang pelajar lemas di Sungai Bidor ditemui

22/09/2013 9:14pm

IPOH - Mayat seorang pelajar lelaki yang dilapor lemas selepas tergelincir di Sungai Bidor di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini ditemui petang tadi.

Abdul Rahman Abdul Aziz, 13, yang berasal dari Kampung Ayer Hitam dikatakan tergelincir dari tebing sungai itu ketika melihat rakan-rakannya mandi pada pukul 12.15 tengah hari.

Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Zon Perak Selatan, Abdul Samad Hashim berkata, mayat remaja itu ditemui pada pukul 4.27 petang tidak jauh dari tempat dia dilapor tergelincir.

"Mangsa dipercayai hanya melihat rakan-rakannya mandi dari tebing sungai kerana tidak tahu berenang tetapi dia dilapor tergelincir ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat dijalankan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah serta empat anggota Rela.

Difahamkan, Abdul Rahman cuba diselamatkan oleh seorang daripada rakannya, namun gagal kerana arus sungai terlalu deras.

Mayat remaja itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. - Bernama

Polis bongkar makmal proses dadah dalam kedai lebur emas

Posted:

Polis bongkar makmal proses dadah dalam kedai lebur emas

Polis bongkar makmal proses dadah dalam kedai lebur emas

22/09/2013 9:12pm

GEORGE TOWN - Polis membongkar makmal dadah yang berselindung di sebalik perniagaan melebur emas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Farlim, Ayer Itam di sini awal hari ini.

Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, polis turut menahan tiga lelaki dipercayai menjadi suspek utama kegiatan itu.

Difahamkan polis terpaksa memecah pintu besi premis berkenaan dan pemeriksaan lanjut menemui 12 butir peluru dan pelbagai bahan kimia serta peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

Keadaan bertukar kecoh seketika apabila salah seorang suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair kimia yang terdapat di tempat kejadian dan lelaki itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Kemudian pada 1.30 petang, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dikerah ke tempat kejadian untuk membantu polis memecah peti besi setinggi hampir dua meter yang menjadi tempat simpanan dadah yang telah siap diproses.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan esok. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Banjir, tanah runtuh ragut lebih 100 nyawa di Mexico

Posted:

Banjir, tanah runtuh ragut lebih 100 nyawa di Mexico

Banjir, tanah runtuh ragut lebih 100 nyawa di Mexico

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan sebuah jambatan di Acapulco runtuh pada Khamis lalu.


ACAPULCO - Lebih 100 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat di Mexico.

Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong berkata, angka korban bencana tersebut setakat ini seramai 101 orang.

Sejumlah 68 lagi mangsa hilang selepas banjir lumpur melanda kampung La Pintada, dekat sini, dalam negeri Guerrero.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto turut berada di kawasan bencana di sini.

Negara Amerika Tengah itu dibadai ribut tropika Ingrid dan Manuel yang merosakkan berpuluh-puluh ribu kediaman dan menyebabkan banjir di sejumlah buah bandar.

Lebih 40,000 pelancong dengan kebanyakannya rakyat Mexico terkandas di bandar peranginan di sini selepas dilanda ribu berkembar itu selama lima hari.

Dalam pada itu, ribut tropika Manuel bertukar menjadi taufan dan membadai negeri Sinaloa, barat laut Mexico pada Khamis lalu yang menyebabkan lebih 100,000 orang terjejas.

Sebanyak tiga orang terbunuh dalam bencana itu.

Negeri Guerrero paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 65 kematian dicatatkan.

Dalam perkembangan berkaitan, banjir lumpur melanda kampung La Pintada yang dihuni 400 orang semasa penduduk menyambut hari kemerdekaan pada Isnin lalu.

Bencana itu menenggelamkan sebahagian rumah, sebuah sekolah dan gereja sebelum aliran lumpur itu mengalir ke sungai. - AFP

Taufan Usagi membadai Filipina, Taiwan

Posted:

Taufan Usagi membadai Filipina, Taiwan

Taufan Usagi membadai Filipina, Taiwan


SEBUAH motosikal tiga roda di bandar Hengtsun, Taiwan terbalik akibat ditiup angin kencang yang dibawa Taufan Usagi.


MANILA - Taufan Usagi membawa hujan lebat dan angin kencang ke Filipina dan Taiwan semalam dengan menumbangkan pokok, mencetuskan ombak gergasi dan memutuskan bekalan elektrik.

Taufan berkenaan merupakan ribut paling kuat pernah melanda rantau Asia sepanjang tahun ini.

Usagi membadai Kepulauan Batanes di utara Filipina selama semalaman sebelum menyebabkan banjir di sebuah kampung di Taiwan dan memaksa penerbangan Hong Kong, Cathay Pasific membatalkan semua penerbangannya.

"Ini merupakan taufan paling kuat yang melanda Kepulauan Batanes dalam tempoh 25 tahun," kata seorang pegawai tempatan, Dina Abad.

"Deruan angin melanda pada tengah malam dan menyebabkan ombak setinggi 8 meter yang menenggelamkan bot-bot nelayan," tambahnya.

Menurut pegawai berkenaan, banyak pokok kelapa patah atau tumbang ditiup angin manakala menara kawalan lapangan terbang di kepulauan tersebut rosak teruk.

Setakat pukul 5 petang semalam, Usagi berada 160 kilometer ke barat Batanes dengan membawa tiupan angin selaju 210 kilometer sejam.

Menurut biro kaji cuaca di sini, taufan berkenaan bergerak menuju ke selatan China.

Di daerah Pintung, Taiwan, ribut itu menyebabkan banjir di sebuah kampung di pulau itu sekali gus memaksa pihak tentera memindahkan berpuluh-puluh penduduk.

Pusat Operasi Kecemasan di Taiwan menyatakan, enam orang cedera di Pulau Kinmen akibat ditimpa pokok-pokok tumbang.

Taufan itu turut menyebabkan 45,000 kediaman terputus bekalan elektrik manakala bekalan air ke 5,000 isi rumah juga tergendala.

Usagi dijangka melanda kawasan pantai di wilayah Guangdong, Zhejiang dan Fujian di China hari ini.

Terdahulu, hampir 23,000 bot nelayan berlindung di wilayah Fujian menjelang ketibaan ribut dahsyat itu.

Pihak berkuasa turut memindahkan lebih 4,000 orang yang tinggal di kawasan pesisir pantai berkenaan. - AFP

Kecoh orang ramai berebut iPhone

Posted:

Kecoh orang ramai berebut iPhone

Kecoh orang ramai berebut iPhone


SEORANG anggota polis berkawal di hadapan sebuah kedai Apple di Pasadena, California kelmarin.


PASADENA, California - Suasana perkhemahan terbuka di luar sebuah Kedai Apple di sini bertukar kecoh kelmarin apabila dua lelaki ditangkap kerana bergaduh manakala taktik seorang lelaki mengupah beberapa gelandangan untuk beratur bagi mendapatkan telefon pintar baharu iPhone memakan diri, kata pihak berkuasa.

Orang ramai berkhemah di luar Kedai Apple sejak malam kelmarin sementara menunggu premis berkenaan dibuka pada keesokan harinya,

Seorang pegawai polis tempatan, Leftenan Jason Clawson berkata, berpuluh-puluh penghuni sebuah rumah amal yang diupah untuk membeli iPhone tidak dibayar oleh seorang lelaki yang mengupah mereka.

"Mereka kemudian mengasak lelaki berkenaan," kata Clawson.

Seorang lelaki gelandangan berkenaan ditahan selama 72 jam selepas dia berlari ke jalan raya dalam keadaan marah, kata Clawson.

Rakaman berita televisyen menunjukkan polis meleraikan beberapa pergaduhan kecil dan cuba menenangkan pelanggan yang marah.

Dominoe Moody, 43, memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa dia dibawa menaiki sebuah van sejauh 10 kilometer dari Los Angeles ke sini bersama beberapa gelandangan lain oleh seorang lelaki.

Mereka diminta beratur selama semalaman untuk menunggu kedai itu dibuka.

Moody dijanjikan upah AS$40 (RM131) tetapi menyatakan, dia tidak dibayar kerana lelaki itu ditahan polis selepas dia menyerahkan iPhone yang dibelinya kepada individu tersebut.

Kekecohan itu berlaku selepas orang ramai membuat aduan kerana berang melihat taktik lelaki itu.

"Ini tidak adil. Saya berdiri di luar kedai ini sepanjang malam," kata Moody kepada akhbar itu sambil menambah, dia tiada pengangkutan untuk kembali ke Los Angeles.

Lelaki berkenaan yang memegang sebuah beg sarat berisi iPhone baharu versi 5S dan 5C, diusir oleh polis pada pukul 9.30 pagi kelmarin.

"Kami tidak menahannya kerana dia tidak melakukan sebarang jenayah," kata Clawson.

Dalam kejadian berasingan beberapa jam lebih awal di kedai sama , dua lelaki ditahan kerana bertumbuk ketika beratur untuk membeli iPhone.

Tidak ada kecederaan serius dilaporkan. Polis menganggarkan sekurang-kurangnya 200 orang berada di kaki lima di luar kedai itu sejak malam kelmarin.

Menurut Clawson, pihak pengurusan kedai itu mengupah dua anggota polis bandar ini untuk mengawal orang ramai.

Model iPhone baharu 5S dan 5C berada dalam pasaran seluruh dunia sejak kelmarin. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Sakit darah sebabkan limpa membesar

Posted:

Sakit darah sebabkan limpa membesar

Sakit darah sebabkan limpa membesar

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

PENYAKIT mielofibrosis boleh dikesan melalui ujian darah.


HADI (bukan nama sebenar) yang berasal dari Cheras, Selangor mudah berasa letih, sakit di bahagian rusuk dan pinggang selain kurang selera makan sejak beberapa tahun lalu.

Lelaki yang berusia 30 tahun itu kemudian berjumpa dengan seorang doktor di sebuah klinik bagi mengetahui tentang tahap kesihatannya.

Dia kemudian hanya diberikan ubat-ubatan biasa.

Namun, sakitnya masih tidak sembuh.

Rasa sakit itu menyebabkan Hadi sering mengambil cuti sakit selain menjejaskan kualiti kehidupannya bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Justeru, lelaki yang memegang jawatan sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta itu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar.

Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk ujian darah, dia disahkan menghidap mielofibrosis.

Situasi yang sama juga dialami oleh seorang wanita bernama Sarah (nama samaran) yang sering sakit tulang manakala badannya mudah lebam dan berdarah.

Sarah yang berusia 58 tahun menghidap anemia (sejenis penyakit kekurangan sel darah merah).

Wanita yang gemar melancong itu juga dikesan menghidap mielofibrosis. Namun, dia mengambil ubat-ubatan terbaharu selain menjalani terapi radiasi.

Sarah kembali pulih dan dia dapat meneruskan aktiviti kegemarannya iaitu melancong..

Pakar Perubatan Haematologi dari Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor, Dr. Ng Soo Chin memberitahu, punca penyakit mielofibrosis belum dapat diketahui sepenuhnya.


PENYAKIT mielofibrosis biasanya dihidapi golongan warga emas berusia lebih 50 tahun. - Gambar hiasan


Rawatan segera

"Namun, ia dapat dikesan melalui ujian darah," katanya baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Soo Chin menjelaskan, mielofibrosis merupakan sejenis penyakit darah yang menyebabkan tulang sumsum menjadi keras kerana sel-sel induk tumbuh secara tidak normal.

"Keadaan itu mengakibatkan sel-sel induk yang normal berkurangan kuantitinya yang menyebabkan proses pembentukan sel darah terjejas.

"Ia akan menyebabkan pesakit mudah letih, limpa dan buah pinggang membesar manakala berat badan menyusut secara drastik.

"Penghidap juga berasa kurang selera makan, berpeluh pada waktu malam, kulit gatal dan badan mudah lebam serta berdarah," ujarnya.

Soo Chin berkata, pada kebiasaannya mielofibrosis menyerang golongan lelaki dan wanita yang berusia 50 hingga 80 tahun.

Menurutnya, terdapat juga kes yang melibatkan pesakit yang berusia lebih 30 tahun.

Bagaimanapun, katanya, kes itu agak kecil.

Soo Chin memberitahu, penyakit itu tidak disebabkan pemakanan yang tidak sihat, keturunan atau sejarah penyakit lain.

"Namun, sekiranya tidak dirawat dengan segera. penyakit ini boleh menyebabkan leukimia akut (AML) yang menyebabkan jangka hayat hidup penghidapnya adalah selama tujuh atau lapan tahun sahaja," katanya.

Bercerita mengenai kaedah rawatan, Soo Chin memberitahu, ada dua kaedah yang digunakan iaitu pesakit diberikan ubat-ubatan atau diberi sesi terapi radiasi.

"Sebelum ini, pemindahan sumsum tulang adalah satu-satunya rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit itu tetapi ia mengakibatkan pesakit mengalami komplikasi.

"Selain itu, mereka juga berasa amat sakit.

"Justeru, pengambilan ubat-ubatan adalah salah satu alternatif yang utama (untuk mengubatinya)," kata Soo Chin.

Menurutnya, selepas menggunakan ubat-ubatan moden sejak beberapa tahun, limpa yang membesar itu akan semakin mengecil.

"Simptom-simptom penyakit itu seperti sakit tulang dan badan mudah lebam serta berdarah juga tidak akan dihidapi lagi (jika mengambil ubat-ubatan moden)," kata Soo Chin.

Awasi demam anak anda

Posted:

Awasi demam anak anda

Awasi demam anak anda


AWASI demam anak anda sekiranya disertai gejala seperti cirit-birit, kekejangan dan muntah yang berterusan. – Gambar hiasan


PERUBAHAN cuaca akan menyebabkan kanak-kanak kecil mudah mendapat demam tetapi ada beberapa gejala penyakit itu yang perlu diambil serius oleh ibu bapa.

Menurut pakar kanak-kanak dari Rumah Sakit Ibu dan Anak Evasari di Jakarta, Indonesia, Dr. Frieda Handayani, semasa demam, kanak-kanak berusia tiga bulan hingga lima tahun mudah dijangkiti kuman dan tubuh mereka boleh menjadi kejang kerana suhu badan yang tinggi.

"Jika anak demam dan mengalami kekejangan yang berterusan ia boleh mengganggu fungsi otak mereka," katanya seperti dilaporkan akhbar dalam talian, Kompas.com baru-baru ini.

Menurut Dr Frieda, kanak-kanak itu juga akan diserang cirit-birit dan muntah tiga hingga empat kali sehari.

Justeru, katanya, ibu bapa perlu memberi perhatian yang terhadap penjagaan anak mereka mendapati terdapat tan da-tanda awal demam itu dengan tidak diselubungi perasaan cemas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Siti, dialah lentera timur itu

Posted:

Siti, dialah lentera timur itu

Siti, dialah lentera timur itu

Ayam rintik di pinggir hutan

Nampak dari tepi telaga

Nama yang baik jadi ingatan

Seribu tahun terkenang juga

TERKENANG-KENANG vokal merdu nyanyian penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.

Suaranya yang lunak menuju tepat di telinga khalayak sekali gus meninggalkan kesan. Huruf hidup yang keluar dari kotak suaranya dirasakan ikhlas dari hatinya.

Kali ini, dia membawakan sesuatu yang dekat dengan jiwa. Lebih tepat lagi, dia membawa cahaya muzik, alunan, irama dan melodi serta jiwa Melayu ke Istana Budaya.

Serapan jiwa Melayu itu pastinya lebih menghadirkan debar kerana ia merupakan mimpi yang menjadi realiti setelah diulit dalam diri selama 18 tahun nan lalu.

Tarikh 20 hingga 22 September merupakan satu titik di mana mimpinya berleluasa atas nama Konsert Lentera Timur Datuk Siti Nurhaliza.

"Saya rasa puas hati sangat kerana penantian sudah menjadi kenyataan. Tiga tahun lalu, saya suarakan impian saya untuk mengadakan konsert tradisional dan kini di Istana Budaya bersama Orkestra Tradisional Melayu, semuanya berjalan lancar. Saya bersyukur," ujarnya merendah diri.

Dididik dari kecil

Segala rentak di bawah lembayung kemelayuan dibawa dengan gah di mimbar Istana Budaya. Daripada makyong ke ghazal mahupun joget, tidak dilupa nafas baharu dalam dikir yang diberi nama dikir timur.

Justeru selepas dua hari dipentaskan, semuanya mengalir dengan jujur daripada pihak produksi, kerjasama dan aliran suara serta jiwa Siti itu sendiri. Manakan tidak, pohon yang tumbuh dari kecil sudah beranting kemelayuan yang punya akar yang cukup tulen dan kuat. Malam ini, malam terakhir untuk roh Melayu itu disalurkan kuat ke jiwa umum.

Sang biduanita muda ini mengimbas betapa dari kecil dia sudah ditadah dan dilestarikan dengan keindahan budaya Melayu.

"Datuk saya dulu suka mengalunkan violin. Dia panggil cucu-cucu dan perdengarkan lagu-lagu Melayu. Waktu itu, sudah tumbuh kecintaan terhadap lagu-lagu Melayu klasik. Kemudian disusuli dengan nyanyian ibu saya yang sering mengumandangkan lagu-lagu lama seperti Sri Mersing," senyumnya mengingat momen lalu yang sebenarnya akar utuh buat jati dirinya.

"Lagu pertama yang saya nyanyikan sewaktu tadika ialah Sirih Pinang. Maknanya elemen kemelayuan itu sudah ada," tambah isteri tercinta Datuk Mohamad Khalid Jiwa ini.

Budaya Melayu

Senyumnya terukir cantik memberitahu bahawa dalam kesempatan konsert itu, dia menerokai keindahan makyong yang belum pernah dicuba sebelum ini. Dia juga puas melontarkan dikir timur yang mengangkat loghat Pahang, tanah lahirnya yang diletakkan atas predikat unik.

Lalu penulis menanyakan empunya diri, tidakkah dia lelah mengalun lagu-lagu tradisional baik dalam album mahupun persembahan semasa?

"Saya sudah mempunyai empat album tradisional, ia agak mudah dari segi nyanyian. Melalui konsert ini, saya lebih mendalami kemelayuan itu daripada tarian. Saya bertemu dengan kelembutan dalam setiap lenggok tarian yang digemalaikan. Melayu itu lembut dan penuh lenggok," katanya dalam nafas puas.

"Kelainan juga ditemui dalam aspek muzik orkestra yang dibawakan oleh Orketsra Tradisional Malaysia. Khalayak boleh lihat instrumen klasik yang dibawa dan dibunyikan dalam Konsert Lentera Timur ini," jelasnya tentang konsert kerjasama dengan Istana Budaya ini.

Larut dalam jiwa Melayu yang kuat dalam dirinya, lalu dilontarkan soalan tentang pandangannya terhadap sesetengah orang Melayu yang malu dan alergi terhadap lagu, filem malah untuk berbahasa Melayu itu sendiri.

Siti senyum lagi, menjawab dalam tenang dan angguk tanda faham dengan situasi yang dimaksudkan. "Perkara itu tidak boleh dipaksa namun, kita perlu mendedahkan budaya dan bahasa Melayu kepada generasi sekarang.

"Memang lagu-lagu Melayu dinyanyikan tetapi dalam acara-acara tertentu. Semua itu perlu bermula dari alam persekolahan supaya mereka menghargai keindahan budaya, bahasa dan produk Melayu. Mungkin ia boleh diajar melalui tarian dan lagu-lagu," katanya.

Dia juga meletakkan tugasan melestarikan kekuatan budaya Melayu kepada anak-anak seni. Lebih-lebih lagi kepada artis yang sedang diangkat sebagai ikon oleh generasi masa kini.

BERSYUKUR dengan realisasinya mimpi Konsert Lentera Timur di Istana Budaya, Siti mengimpikan pula sebuah konsert di Opera House Sydney di Sydney, Australia.


"Saya melihat Loque sebagai anak seni yang punya jati diri yang kuat. Baru-baru ini, kami terlibat dalam lagu Tanah Airku Tanah Airmu Jua dan dia membawakan elemen bunyi lama dalam lagu tersebut. Saya dan suami juga gemarkan lagu nyanyiannya bersama Azlina Aziz, Batu Belah Batu Konkrit. Bagi saya, dia memang kreatif dan usahanya wajar dipuji," jelasnya.

Meletakkan Datuk Sharifah Aini sebagai salah seorang ikon kemelayuan yang unggul, Siti melihat biduanita tersebut berjaya dalam membawakan lagu-lagu tradisional dalam jiwa dan menggunakan suara yang cukup indah.

"Kita perlu ada artis muda yang menjadi ikutan dan tampilkan budaya kita dalam lagu. Jika tidak betul-betul asli atau klasik, mungkin boleh masukkan elemen tradisional dalam lagu," ujarnya mencadangkan penyelesaian.

Bina yakin diri

Bila Siti Nurhaliza, seorang penyanyi dan penghibur melintas di atas panggung, seisi ruang sudah terasa auranya. Lantas apabila pembuluh suara dilagukan, satu panggung boleh terdiam, menghayati. Itu kuasa yang ada padanya. Layaknya, dia dipanggil seri panggung.

Lalu diajukan lagi soalan, dari mana datangnya segala keyakinan dirinya itu. Penyanyi itu juga diajukan soalan tentang cara dia mengumpul segala keberanian sehingga jarang sekali melihat khilafnya sewaktu berdiri cantik menyalurkan getar vokalnya nan indah. Bukan sekadar memuji semberono, buktinya sudah ada di mana-mana.

Ketawa, menutup mulut. Dia menjawab dalam getar ketawa berbaki: "Kalau Beyonce ada alter ego di atas pentas dan menjadi Sasha Fierce, begitu juga Siti. Saya melihat contoh yang baik daripada Beyonce, atas keyakinannya sewaktu konsert. Saya ada satu alter ego di atas pentas. Siti di atas pentas bukanlah Siti versi khalayak lihat di luar. Jujurnya, saya seorang yang pemalu dan segan. Tetapi, bila di pentas, secara automatik saya naik syeikh.

"Bila berhadapan dengan penonton, saya lihat khalayak perlu saya tawan. Perlu bagi sesuatu yang mereka katakan 'wow'. Saya yang kendalikan suasana dan perlu rasa begitu."

Wanita berhoroskop Capricorn ini mengaku semuanya mengalir dan membesar dengan waktu dan pengalaman. Jujurnya, dia sendiri kelakar melihat aksinya yang dulu-dulu, betapa semua pembelajaran berjalan dengan waktu dan kematangan.

"Semuanya saya ambil sebagai pengalaman. Membesar dengan persembahan dan pentas. Malah, sebenarnya persembahan seperti Minggu Setiausaha dan makan malam memberi ruang belajar yang banyak kerana terlibat dengan pelbagai pihak. Kita perlu buat orang rasa selesa dengan kerja kita," jujurnya kembali membumi.

Peralihan waktu memang benar memberi pengalaman dan pengajaran buat Siti Nurhaliza. Namanya cukup besar dan budinya terhadap industri persis pantun yang disebut tadi. Namun satu yang kekal dan perlu jadi tanda aras buat anak-anak seni muda sekarang iaitu jati diri dan perasaan membuminya yang cukup tegar dalam pembuluh darahnya. Sekali lagi, bukan pujian semberono tetapi buktinya sudah nyata. Siti Nurhaliza, dialah lentera timur itu.

Hans bikin filem di Singapura

Posted:

Hans bikin filem di Singapura

Hans bikin filem di Singapura

HANS ISAAC lihat sudut positif walaupun tarikh pementasan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya terpaksa ditunda.


PERTENGAHAN Ogos lepas filem arahan, lakonan dan terbitan Hans Isaac, Lemak Kampung Santan gagal meraih sambutan menggalakkan. Kecewa dan terkilan, Hans hampir terduduk dan membuat keputusan mahu menarik diri daripada terus menghasilkan filem.

Namun, pengumuman komedi Lawak Ke Der musim ketiga menjadi penyembuh luka buat lelaki yang hangat dikaitkan sebagai kekasih pelakon Neelofa itu untuk kembali bersemangat. Belum sempat pulih sepenuhnya, dia teruji lagi. Kali ini, persembahan teater komedi yang dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 3 hingga 6 Oktober nanti terpaksa ditunda ke bulan Disember.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, perubahan tarikh itu harus dilakukan demi memberi laluan untuk acara sambutan kunjungan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada 4 Oktober depan. Sementelahan pula, dua pelakon Lawak Ke Der 3, Nabil dan Jambu terikat dengan sebuah acara rasmi pada 6 Oktober.

Ketika produksi berkenaan berkorban untuk memberi laluan kepada acara penting itu, muncul pula desas-desus mengatakan penundaan tersebut berlaku akibat masalah dalaman. Jualan tiket tidak laku serta kurang sokongan peminat lantaran ketiadaan regu lawak popular, Jozan dalam persembahan itu. Desas-desus itu sedikit sebanyak mencengkam emosi Hans sebagai teraju utama persembahan tersebut.

"Memang pada mulanya berasa tertekan bahkan terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu memandangkan tiket sudah dijual. Tapi, saya harus berfikir secara rasional. Tidak semua perkara akan berlaku mengikut apa yang kita rancangkan, jadi saya harus akur.

"Cuma apa yang saya tegaskan, semua khabar angin yang mendakwa Lawak Ke Der 3 ditunda disebabkan pelawak-pelawak buat perangai, tiket tak laku kerana penonton mahukan Jozan, semua itu tidak berasas sama sekali.

"Dakwaan itu tidak benar kerana memang persembahan itu ditunda kerana kami harus beri laluan untuk acara penting negara," katanya yang berdepan pertembungan tarikh dan lokasi akibat Istana Budaya harus menyediakan Panggung Sari untuk persembahan kesenian oleh Permata Seni Negara pada tarikh yang sepatutnya menjadi malam persembahan Lawak Ke Der 3 nanti.


BARISAN pelawak yang bakal beraksi dalam Lawak Ke Der 3. Dari kiri Yus Jambu, Nabil Ahmad, Douglas Lim, Harith Iskander dan Taukey Jambu.


Berhubung soal jualan tiket yang dikatakan tidak mendapat sambutan, Hans menjelaskan perkara sebaliknya.

"Apa yang kami tahu, jualan tiket amat memberangsangkan kerana penonton sudah sedia maklum tentang kredibiliti persembahan kami. Saya langsung tidak bimbang mengenai jualan tiket kerana yakin produk itu berbaloi untuk ditonton. Harga tiket juga sangat berpatutan," ujar Hans.

Dia juga menyifatkan penundaan tersebut bakal memberi impak ke atas persembahan komedi itu.

Tambah Hans: "Penundaan ini mungkin boleh mendatangkan kesan positif. Kami akan ada lebih banyak masa untuk publisiti, latihan yang lebih efektif serta skrip yang lebih teliti. Saya lihat ada hikmah lain juga memandangkan jadual persembahan yang baharu itu jatuh pada musim cuti sekolah. Ini sekali gus boleh meningkatkan peluang ibu bapa membawa anak-anak untuk turut sama menonton."

Dalam pada itu, Hans yang masih serik untuk menerbitkan filem tempatan membuat satu perkhabaran terbaharu. Kecewa di negara sendiri, dia memilih untuk ke Singapura demi penggambaran sebuah filem terbaharu berjudul Carmina.

"Keputusan saya untuk tidak lagi terbitkan filem di Malaysia masih muktamad tapi, saya akan menghasilkan sebuah filem Inggeris pada Februari tahun depan khas untuk festival antarabangsa. Filem itu akan menjalani penggambaran di Singapura.

"Saya tidak protes industri filem negara. Namun, saya menemui cara baharu untuk buat filem. Saya pilih Singapura kerana ruang berkarya di sana lebih bebas. Filem itu nanti agak sensitif dan saya sedar, filem begitu sukar untuk mendapat pelepasan.

"Negara kita banyak undang-undang tapi, saya juga tidak mahu filem saya dipotong untuk tayangan umum. Pengisian Carmina yang serius pastinya tiada pasaran di Malaysia, buat apa hendak membazir di sini," katanya yang mengabadikan kehidupan mendiang ibunya sendiri, Carmina Anciano Isaac dalam filem berkenaan.

Anuar Zain kekal eksklusif

Posted:

Anuar Zain kekal eksklusif

Anuar Zain kekal eksklusif


ANUAR ZAIN semasa sidang media bersama wakil Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar dan Desa di Bangsar pada Selasa lalu.


PADA hari-hari biasa, suasana petang di sebuah restoran popular yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur tidak semeriah seperti petang Selasa lalu. Kehadiran lelaki berkemeja putih yang diselimuti jaket kuning itu ternyata membawa aura ceria. Pada usia 43 tahun, dia masih mengusung pesona sebagai seorang bintang.

Anuar bakal mengadakan persembahan yang diberi nama Eksklusif Bersama Anuar Zain sempena Malam Jalinan Mesra 2013 anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Makan malam yang akan berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur itu bertujuan mengutip dana untuk diagihkan kepada badan kebajikan.

Selesai pengumuman rasmi yang menjadi teras pertemuan itu, Anuar cukup sedar, keterbukaan tentang karier dan kehidupan harus dikongsi lagi bersama khalayak.

Mencakupi konsert, pembikinan album baharu yang masih dalam proses, kegilaan membeli-belah, penjagaan kesihatan, tidak terkecuali isu media sosial dan hal berumah tangga, itu semuanya dijawab dalam nada profesional. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sedetik Lebih itu menyusun bicara penuh hemah, dan sesekali dia ketawa diusik soalan wajib yang sampai sekarang tidak bertemu jawapan konkrit.

Anuar mengaku, untuk kekal dan terus menyanyi sampai ke saat ini harus punyai strategi ampuh. Dia memutuskan menjadi seorang yang kekal menyimpan privasi dan pemilih dalam banyak perkara.

"Macam dalam soal media sosial, saya tiada Twitter, Instagram dan cuma ada satu akaun rasmi Facebook, Anuar Zain Network yang baru dibuka setahun lalu. Itu pun diuruskan oleh pihak pengurusan saya, saya selesa begini dan masih tidak berhajat mengikuti gaya hidup sebegitu," ujarnya melihat media sosial lebih banyak mengundang negatif berbanding positif.

"Apabila saya tiada Instagram atau Twitter, penaja kurang yakin terhadap jumlah peminat yang menyokong saya, tetapi selepas konsert pada Februari lalu, impaknya mula terasa. Alhamdulillah," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved