Jumaat, 23 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Menu utama majlis kenduri kendara

Posted:

Menu utama majlis kenduri kendara

Menu utama majlis kenduri kendara

BENARLAH kata orang, tak kenal maka tak cinta atau belum cuba belum tahu. Begitulah apa yang dirasakan oleh pesara tentera, Mhd. Nasir Ismail, 54, tatkala pertama kali mencuba juadah tradisi Pahang iaitu sambal hitam belimbing buluh.

Sewaktu mula-mula melihat sambal yang dihidangkan kepadanya ketika berhijrah ke Merapoh, Kuala Lipis, Pahang terbit rasa kurang selesa di benak fikirannya.

Sambal tersebut kelihatan kotor di mata Mhd. Nasir kerana warnanya yang hitam dan tidak secantik hidangan lain yang pernah dinikmati sebelum ini.

Namun, sebaik menjamah masakan tradisional yang cukup terkenal di negeri kelahiran penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin itu, Mhd. Nasir menarik balik kata-katanya.

"Rasa sambal hitam belimbing buluh ini memang terbaik kerana membuka selera dengan rasanya yang pedas dan masam.

"Sudah cukup syarat bagi saya jika lauk pada hari itu cuma sekadar sepinggan nasi dan sambal hitam belimbing buluh," ujar lelaki yang berasal dari Sik, Kedah dan berpindah ke Merapoh pada tahun 1999.

Tambahnya, sambal tersebut sukar dicari di negeri-negeri lain dan sekiranya dia mempunyai urusan di luar kawasan, perkara pertama yang akan dicarinya dahulu sekembali ke Merapoh ialah sambal berkenaan.

SAMBAL hitam belimbing buluh sudah mencukupi untuk menjadi pelengkap selera walaupun dimakan dengan nasi. sahaja.


Masakan tradisi

Belia Kampung Merapoh, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 30, berkata, tidak ramai generasi muda di kampungnya yang mengetahui cara penyediaan sambal tersebut. Antaranya mungkin disebabkan kurang pendedahan terhadap masakan tradisi itu.

"Saya mula mengenali sambal hitam belimbing buluh ketika menginjak remaja dan terus menyukainya.

"Rupa-rupanya sambal tersebut menjadi hidangan wajib orang di sini setiap kali ada majlis kenduri kendara, doa selamat dan hari raya," katanya yang mengakui tidak mengetahui tentang cara memasak sambal kegemaran penduduk setempat itu.

Kadangkala, Mohd. Faizal yang gemar melakukan aktiviti lasak pasti akan membawa sambal berkenaan sebagai bekalan makanan dan pembuka selera ketika masuk ke hutan atau mendaki Gunung Tahan di Kuala Lipis.

Penduduk asal Kampung Merapoh, Maznah Abdullah, 56, sempat mempelajari masakan tradisi itu daripada orang-orang lama sewaktu membantu kerja-kerja memasak di majlis kenduri.

BELIMBING buluh berubah warna menjadi kehitaman setelah dipanaskan tanpa air selama berjam-jam.


"Kami selalu bergotong-royong membuat sambal hitam belimbing buluh apabila ada sebarang majlis keramaian di kampung ini. Di situlah saya belajar cara-cara hendak memasaknya.

"Cara penyediaannya mudah tetapi agak leceh kerana tempoh memasak sambal ini agak panjang. Ia disebabkan belimbing buluh terpaksa direbus tanpa air sehingga warnanya bertukar hitam iaitu kira-kira selama lima jam," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Difahamkan, sambal hitam belimbing buluh boleh tahan selama berbulan-bulan jika dimasak dengan betul dan disimpan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti belimbing buluh, ikan bilis, lada api, garam, bawang putih, bawang merah dan bawang besar.

Belimbing buluh dan garam hendaklah dimasukkan ke dalam periuk dan direbus dengan api sederhana. Rebusan tersebut mengambil masa selama beberapa jam bergantung kepada kuantiti belimbing yang digunakan.

Kemudian, air belimbing yang terhasil ditoskan dan belimbing itu diasingkan sebelum ditumbuk dengan lesung. Ikan bilis yang siap dibersihkan turut ditumbuk sederhana halus untuk digaul bersama belimbing.

Seterusnya, bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah, bawang besar dan cili dikisar halus. Akhirnya, kesemua bahan kisaran, belimbing dan ikan bilis yang siap ditumbuk perlu digaul sebati dan digoreng garing.

Ikan bilis yang disyorkan mestilah bukan daripada jenis yang terlalu kasar atau terlalu halus bagi mendapatkan tekstur sambal yang kering dan berderai.

Resipi tradisi tersebut berpotensi untuk dikomersilkan sebagai produk industri kecil sederhana kerana bahan-bahan asasnya mudah didapati dan boleh disimpan untuk satu jangka masa lama.

Kerabu bronok identiti Langkawi

Posted:

Kerabu bronok identiti Langkawi

Kerabu bronok identiti Langkawi


BRONOK perlu dihiris nipis-nipis untuk dijadikan kerabu.


PULAU Langkawi yang terkenal sebagai destinasi pelancongansebenarnya menyimpan rahsia di sebalik hidupan lautnya. Hidupan laut yang dikenali sebagai bronok diolah menjadi makanan eksotik iaitu kerabu.

Bronok merupakan spesies hidupan laut seakan-akan gamat atau timun laut. Ia hidup di kawasan pantai yang berselut seperti Langkawi. Teksturnya licin seperti sotong. Ia juga mempunyai beberapa warna seperti coklat kehitaman atau merah jambu. Bersifat kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut.

Bronok agak unik kerana sifatnya yang alah kepada haba. Ia akan cair menjadi air masin jika dipanaskan. Mungkin ada yang tidak berselera menikmati bronok selepas melihat fizikal sebenarnya yang seakan-akan lintah gergasi.

Namun, bagi sesetengah orang, kerabu bronok merupakan hidangan yang cukup menyelerakan.

Bagi penduduk setempat pulau legenda itu, kerabu bronok menjadi hidangan wajib pada majlis kenduri-kendara.

Kerabu tersebut cukup enak dimakan bersama nasi putih yang panas berserta lauk-pauk.

Bahan asas

Menurut pembuat kerabu bronok, Jah Ahmad, 84, untuk menyediakan kerabu tersebut, pangkal kepala dan ekor bronok perlu dipotong untuk membuang isi perutnya sebelum dihiris nipis.


ANTARA bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kerabu bronok.


"Sebaik-baiknya gunakan pisau tajam untuk menghirisnya nipis-nipis," katanya untuk menghasilkan kerabu bronok memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi.

Menurut Jah, selepas dihiris nipis, bronok perlu dibersihkan beberapa kali sebelum ditapis.

Bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan kerabu bronok menggunakan bahan yang sama seperti membuat kerabu lain. Antaranya termasuklah sambal kelapa, bawang, cili, lengkuas, kerisik dan daun gajus yang diracik halus. Bahan-bahan tersebut digaul dengan bronok yang sudah dibersihkan.

Jah yang berpengalaman lebih enam dekad menyediakan kerabu itu menjelaskan, penyediaan kerabu bronok boleh dipelbagaikan mengikut selera dan kreativiti masing-masing.

Seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Li berkata, bronok boleh didapati dalam dua cara. Pertama, mengutipnya sendiri di tepi pantai dengan kaedah menyelam, kedua, menaiki bot atau sampan hingga ke tengah laut.

Li, anak jati Pulau Langkawi memberitahu, kebanyakan nelayan lebih gemarkan kaedah kedua kerana mereka menggunakan jaring panjang yang boleh sampai ke dasar laut.

"Cara ini juga sangat mudah dan menjimatkan masa. Dalam masa beberapa minit, kita boleh memperoleh banyak hasil tangkapan,"katanya bronok hanya boleh didapati pada musim tertentu sahaja.

Bronok kini menjadi sumber pendapatan Li dan hasil tangkapannya dijual di pasar.

Menurut seorang penggemar tegar kerabu bronok, Ashah Itam, 59, kerabu merupakan makanan yang sinonim kepada masyarakat Langkawi.


ANTARA bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kerabu bronok.


Namun, tidak ramai pelancong yang mengetahui kewujudannya kecuali mereka yang pernah tinggal dalam komuniti Langkawi. "Kerabu bronok merupakan hidangan yang menyelerakan, sama ada dimakan bersama nasi putih atau diratah begitu sahaja. Bronok lebih enak dijadikan kerabu berbanding memakannya secara mentah," katanya.

Ashah yang berasal dari Langkawi, berkata, dia gemar menyediakan sendiri kerabu bronok berbanding membelinya di kedai makan ataupun restoran. Dia turut mencadangkan para pelancong yang datang ke Langkawi supaya tidak melepaskan peluang mencuba makanan tersebut. Kini, kerabu bronok boleh didapati di kebanyakan kedai makan atau restoran di sekitar Langkawi.

Menurut seorang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terlibat dalam pembikinan dokumentari Bronok, Suliza Kasno, 23, pengalaman mencari bronok sukar dilupakan kerana ini adalah kali pertama dia mengenali lebih dekat dengan hidupan laut yang unik ini.

"Walaupun bronok agak menggelikan jika disentuh, tetapi ia cukup enak apabila disajikan sebagai kerabu walaupun rasanya agak masin dan kenyal. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Terlepas tali gantung

Posted:

Terlepas tali gantung

Terlepas tali gantung

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

INILAH kenderaan yang dipercayai membawa Azilah dan Sirul ketika meninggalkan Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam. Gambar kecil, Hakim Mohd. Zaki.


PUTRAJAYA – Pembunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu terus menjadi misteri selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada tuduhan tersebut.

Keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Hakim Datuk Linton Albert dan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat itu sekali gus mengetepikan sabitan serta hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Hakim Tengku Maimun yang membacakan penghakiman sebanyak empat muka surat berkata, Hakim Mahkamah Tinggi didapati tersilap dan terkhilaf ketika menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua perayu.

"Melihat kepada keseluruhan kes, kami berpendapat kesan kumulatif kepada salah arah oleh Hakim Mahkamah Tinggi menjadikan sabitan terhadap mereka adalah tidak selamat," kata beliau.

Kedua-dua perayu yang berdiri di kandang pesalah kelihatan terpaku selepas mendengar keputusan sebelum Sirul kedengaran mengucapkan terima kasih kepada mahkamah manakala Azilah pula meraup muka tanda lega.

Azilah, 37, Sirul, 41, didakwa membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan pukul 1 pagi 20 Oktober 2006. Jika sabit kesalahan, kedua-dua boleh digantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tahu kematian kakak pada hari ke-3

Posted:

Tahu kematian kakak pada hari ke-3

Tahu kematian kakak pada hari ke-3

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


YOP PENG menunjukkan gambar kakaknya yang maut dalam nahas bas henti-henti di Jalan Genting Highlands.


KUALA LUMPUR – Kebimbangan seorang wanita mengenai kakaknya yang dilaporkan tidak hadir ke tempat kerja terjawab apabila wanita itu, Yap Moi, 60, merupakan seorang daripada 37 mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas henti-henti di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands pada Rabu lalu.

Yap Yop Peng, 57, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas majikan Yap Moi menghubunginya apabila usaha mencari wanita itu yang bekerja sebagai tukang cuci gagal.

"Majikan kakak saya telah menyemak akaun banknya dan mendapati dia (Yap Moi) ada melakukan transaksi di sebuah bank di Genting Highlands.

"Selepas mendapat tahu dia pergi ke sana, saya datang ke hospital dan terkejut apabila mendapati kakak saya merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan tersebut," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.3

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Operasi angkat bangkai bas ambil masa tiga jam

Posted:

Operasi angkat bangkai bas ambil masa tiga jam

Operasi angkat bangkai bas ambil masa tiga jam


SEBUAH kren seberat 200 tan digunakan untuk mengangkat bangkai bas yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands semalam.


KUALA LUMPUR – Operasi mengeluarkan bangkai bas yang terjunam kira-kira 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands, Rabu lalu selesai pada pukul 12.45 tengah hari semalam selepas hampir tiga jam operasi dijalankan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd. Mansor Mohd. Nor berkata, operasi yang disertai kira-kira 160 anggota keselamatan termasuk bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) itu bermula pukul 10 pagi.

"Kita mengambil masa selama dua jam 45 minit untuk membawa naik bas seberat tiga tan itu dengan menggunakan sebuah kren," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian berhampiran pusat peranginan tanah tinggi itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Model Proton paling premium

Posted:

Model Proton paling premium

Model Proton paling premium

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my

INTERNET membuatkan banyak benda dalam hidup ini menjadi kurang eksklusif dan tiada kejutan. Sebagai contoh, jika dahulu, pengguna terpaksa menunggu hari pelancaran rasmi untuk melihat sesebuah kereta baharu, kini semuanya boleh dilihat jauh lebih awal.

Dilihat dari segi positifnya, pengguna dilengkapi dengan lebih banyak maklumat. Maka, tidaklah pembelian kereta dibuat atas dasar dengar cakap orang atau termakan kata-kata manis jurujual di bilik pameran.

Model terbaharu pengeluar kenderaan nasional, Proton iaitu Suprima S tidak terkecuali. Sejak beberapa bulan lalu, berpuluh-puluh keping 'gambar curi' model berkenaan disiar di internet. Malah, gambar kereta itu diangkut oleh trak, lengkap dengan pelekat namanya pun sudah tersiar.

Jadi, apa yang tinggal ketika majlis perasmian adalah harga sebenar yang ditawarkan, varian dan perincian-perincian lain. Bosan juga bukan?

Proton memperkenalkan model Suprima S selepas 18 bulan menawarkan sedan yang dikatakannya sebagai yang terbaik setakat itu, Proton Preve. Harus diakui bahawa Preve menjadi bukti kesungguhan Proton untuk menghilangkan stigma negatif orang ramai terhadap produk keluarannya.

Proton sebenarnya berada dalam keadaan yang unik. Ketika ramai yang menjadi pengutuk setianya, tidak kurang juga yang tidak pernah jemu menyokong jenama kereta tempatan itu.

Suprima S tampil sewaktu Proton perlu memenuhi ekspektasi menggunung daripada pengguna tempatan. Tidak boleh salahkan pengguna 100 peratus. Mereka mempunyai semua alasan untuk memberi reaksi sedemikian. Apatah lagi selepas ia diambil alih oleh pemilik barunya, DRB Hicom dan usia Proton menceburi sektor automotif sudahpun mencecah lebih 25 tahun.


GARIS badan pada bahagian tepi jentera menonjolkan sifat sportynya.


Sedar atau tidak, rakyat Malaysia sebenarnya mahu melihat sejauh mana DRB Hicom mampu menukar nasib Proton dan menjadikannya satu jenama yang disegani. Bukan sekadar bergantung kepada jualan domestik untuk meneruskan kelangsungan jenamanya.

Nama Suprima diambil daripada perkataan bahasa Inggeris "Supreme" yang membawa makna agung. Sementara S pula bermaksud Sport.

Biarpun dibina berasaskan kepada model Preve, Proton tidak mahu Suprima S dikaitkan dengan sedan tersebut. Ia seolah-olah memberi isyarat bahawa hatchback itu mungkin menjadi pemula kepada satu rangkaian model lain yang lebih sporty.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive dan Premium, jentera itu dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohammed.

Di bawah tangan pasukan pereka Proton, rekaan Suprima S hadir sebagai sebuah hatchback yang tidak mengecewakan. Berpaksikan kepada hala tuju rekaan terbaharu dikenali sebagai Proton Wings, Suprima S jelas memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang kemas serta moden.

Bahagian hadapan diserlahkan menerusi rekaan lampu utama jenis projektor bersama butiran LED yang nipis. Gril radiatornya kini menggunakan gril honeycomb berwarna hitam untuk kelihatan lebih sporty. Rekaan perumah lampu kabus pula dikatakan berfungsi untuk mengalirkan udara bagi tujuan penyejukan enjin.

Rekaan bahagian belakang Suprima S nampak ringkas dengan sepasang lampu LED. Penampilan itu disempurnakan dengan penggunaan rim aloi bersaiz 17 inci untuk model Premium, manakala Executive pula 16 inci.

RUANG simpanan kargo model ini cukup luas.


Ada sebab kenapa Suprima S menerima penarafan lima bintang oleh Australia NCAP. Hatchback itu dilengkapi sistem keselamatan aktif dan pasif. Ia terdiri daripada sistem brek ABS, EBD, ESC, kawalan cengkaman dan ISOFIX.

Malah, enam beg udara menjadi ciri standard untuk kedua-dua varian Suprima S, pertama pada model Proton.

Suprima S dikuasakan oleh unit enjin sama seperti yang ada pada Preve. Enjin Campro bersesaran 1.6 liter dengan sistem pengecas soft turbo itu mampu menjana kuasa sebanyak 138hp @ 5,000 rpm. Sementara kuasa tork 205Nm pula boleh diperoleh ketika rpm mencecah takat 2,000 hingga 4,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear Punch VT3 CVT tujuh kelajuan.

Proton menyatakan bahawa transmisi CVT itu telah menerima talaan baru bagi disesuaikan dengan profailnya sebagai sebuah jentera sporty. Kalau mahu varian manual, anda kena tunggu kerana versi itu akan ditawarkan oleh Proton tidak lama lagi.

Menyentuh tentang prestasi pula, hatchback segmen C itu berupaya mencapai kelajuan 0-100km/j dalam tempoh 9.9 saat dengan kelajuan maksimum 190mk/j. Penggunaan bahan api pula dianggarkan sebanyak 9.1 liter untuk setiap 100km.

Sebenarnya angka itu sedikit tinggi jika dibandingkan dengan Preve yang mencatatkan bacaan 8.2 liter untuk setiap 100km. Sebabnya, Suprima S adalah 35 hingga 55kg lebih berat berbanding Preve berikutan penggunaan cermin lebih besar. Selain mungkin tahap ketegaran kerangka yang telah dipertingkatkan.

Selepas lama menghilang, Proton mengembalikan emblem "Handling by Lotus" kepada Suprima S. Saya yakin, ramai yang percaya dengan kualiti pengendalian jitu model-model keluaran Proton.


SUSUN atur butang kawalan pada stereng dan papan pemuka Suprima S mudah dicapai oleh pemandu.


Setup chasis hatchback ini terdiri daripada sistem suspensi jenis topang MacPherson untuk roda hadapan. Ia dipadankan dengan suspensi multi-link dan bar penstabil bagi roda belakang. Input pemandu pula diserahkan kepada stereng kuasa hidraulik yang menjanjikan kualiti pengendalian memuaskan.

Disifatkan sebagai model Proton paling premium setakat ini, Suprima S hadir dengan pelbagai ciri inovatif. Sebagai contoh, sistem audio Android dengan kemampuan WiFi untuk melayari internet, ciri Hill Hold Assit dan banyak lagi.

Bunyi daripada sistem audio Android yang pertama untuk OEM di Malaysia itu disalurkan menerusi enam unit pembesar suara (Premium).

Bagi mereka yang berminat, Suprima S boleh anda miliki pada harga bermula RM76,338 (Executive) hingga RM79,988 untuk model Premium.

Ini adalah harga di atas jalan, lengkap bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000 kilometer (km). Selain program Free Road Assist Proton selama lima tahun.

Sebenarnya, Suprima S memasuki daerah yang sudah pun dihuni oleh pesaing-pesaing seperti Honda Jazz, Ford Fiesta dan Kia Rio. Di atas kertas, ini nyata bukan satu tugas yang mudah.

Dibina untuk kembara

Posted:

Dibina untuk kembara

Dibina untuk kembara

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my


XJ6 Diversion boleh dikategorikan sebagai jentera mudah dikendalikan biarpun anda seorang penunggang amatur.


SEKITAR pertengahan tahun 2011 menyaksikan Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) mengorak langkah menceburi segmen motosikal kelas pertengahan menerusi pengenalan model XJ6 Diversion.

Model yang dilancarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan itu merupakan salah satu daripada tiga varian dalam rangkaian keluarga XJ6 iaitu semi fairing.

Dua lagi varian lain yang tersedia di pasaran global ialah XJ6 (naked) dan XJ6 Diversion F. Tidak lupa juga beberapa versi yang dilengkapi sistem brek antikekunci (ABS).

Model XJ6 Naked telah menemui peminat tempatan pada tahun lalu dan telah diuji awal bulan Jun lalu. Kolum tunggang uji kali ini mengetengahkan model naik XJ6 Diversion 2013.

Perbezaan utama antara model naik taraf dan edisi 2011 tidak begitu signifikan. Ia hanya melibatkan transformasi kosmetik iaitu cat baharu, perumah lampu isyarat membelok dan pemegang tempat duduk belakang.

Tiada sebarang perubahan dilakukan pada enjin XJ6 Diversion edisi 2013. Hamburan kuasa masih diperoleh daripada enjin empat silinder sebaris. Ledakan kuasa didapati masih linear dan sama seperti varian naked. Kuasa kilas mudah diperoleh pada pusingan enjin seminit (RPM) rendah.


PANEL meter yang diasingkan daripada hendal memaparkan pelbagai maklumat semasa kepada penunggang.


Sesi tunggang uji kali ini diadakan di kawasan bandar, laluan lebuh raya dan jalan lama dari Kuala Lumpur menuju Ipoh, Perak sebelum kembali semula ke ibu kota.

Pada awalnya, saya memiliki satu persepsi bahawa varian XJ6 Diversion sedikit sukar untuk dikemudi di laluan sempit berbanding model naked. Mungkin tanggapan itu disebabkan oleh saiz fairing hadapan yang sedikit besar dan gagal melihat roda hadapan apabila duduk di atas pelana jentera.

Tanggapan itu sebenarnya tidak benar setelah saya mengharungi kesesakan di Jalan Kuching di ibu kota pada waktu puncak. Apa yang pasti, ia bukan mendatangkan masalah besar untuk jentera ini menyelinap masuk antara barisan kenderaan empat roda.

Cuma perhatian perlu diberikan pada cermin pandang belakang kerana saiznya agak besar dan sedikit terkeluar. Jika leka, berkemungkinan perumah cermin itu akan bergesel pada cermin pandang sisi kereta.

Tetapan suspensi belakang berjaya memuaskan hati saya. Ia melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kadar rendamannya selari dengan corak tunggangan saya. Jika ia terlalu keras atau lembut, anda boleh mengubah tetapan secara manual.

Laluan di jalan lama benar-benar melonjakkan keseronokan tunggangan jentera seberat 205 kilogram ini. Aspek kestabilan boleh diberi pujian. Responsnya agak lincah dan tidak banyak tenaga diperlukan untuk mengemudi jentera di kawasan selekoh.


TIADA sebarang talaan baharu diberikan kepada rangkaian kuasa asal XJ6 Diversion


Berbekalkan ergonomik ketinggian pelana dan posisi hendal, motosikal bersesaran 600cc ini boleh dikategorikan sebagai produk untuk mereka yang ingin menaik taraf jentera sedia ada.

XJ6 Diversion mudah mencecah paras kelajuan 200 kilometer sejam (km/j) dan kesan tamparan angin disalurkan keluar menerusi penghadang angin yang berada di hadapan instrumen meter.

Pengisian dua kali tangki petrol penuh membolehkan saya mencapai jarak tunggangan sejauh 738km. Secara purata, satu liter menawarkan jarak perjalanan sejauh 20km.

Setakat ini, sudah lebih 1,000 unit motosikal itu dijual kepada pelanggan sejak diperkenalkan pada 2011.

Mungkin angka jualan itu masih kecil namun ia tidak bermakna XJ6 Diversion bukan sebuah model motosikal yang bagus. Cubalah tunggang dahulu. Silap-silap boleh terpikat.

Nissan Almera Impul

Posted:

Nissan Almera Impul

Nissan Almera Impul

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN
geartinggimedia@gmail.com


BUMBUNG Almera mewarisi rekaan model Nissan 370Z.


NISSAN Almera merupakan produk terlaris Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) selaku pengedar dan pemasang rasmi kenderaan Nissan di Malaysia.

Buktinya boleh dilihat di atas jalan raya. Bilangan pemandu Almera nyata jelas. Faktor penting jualannya adalah harga yang berpatutan, saiz besar dan keyakinan pengguna terhadap jenama Nissan itu sendiri.

Faktor lain ialah Almera merupakan produk paling baharu jika dibandingkan dengan pesaing lain seperti Toyota Vios, Honda City dan Proton Persona.

Sewaktu Almera mula-mula diperkenalkan, saya baru sahaja selesai memandu uji Nissan Grand Livina Impul. Pada waktu itu, saya sempat meminta pegawai ETCM untuk memberikan slot pandu uji Almera Impul berbanding Almera standard.

Model talaan Impul sebenarnya lebih saya gemari memandangkan karakternya yang lebih sporty. Bagaimanapun, saya diberi peluang untuk memandu uji Almera standard dahulu dan ternyata ada hikmahnya.

Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, ETCM berjaya mengarus perdanakan aksesori sporty yang membuka satu lagi pasaran iaitu pemandu muda.

Manakan tidak, melalui Nissan Grand Livina terdapat tiga aksesori rasmi iaitu Nismo, Impul dan Autech. Ketiga-tiga jenama tersebut bukan nama picisan kerana mereka sendiri terlibat dalam perlumbaan besar seperti Super GT Jepun.

Jika dahulu peminat peralatan prestasi perlu menjelajah kedai half-cut atau membeli aksesori 'cap ayam' untuk memberi kelainan pada kenderaan, kini mereka boleh menempah di bilik pameran. Tambahan pula peralatan tersebut baharu dari kilang dan telah diuji terlebih dahulu.


KAPASITI ruang kargo sedan ini agak luas untuk simpanan barang sewaktu pulang ke kampung halaman.


Dari luar, kit badan Impul berjaya mengubah karakter standard Almera. Peralatan Aero Kit Impul terdiri daripada gril, spoiler bawah bampar depan dan belakang, spoiler bonet belakang serta skirt sisi.

Jujurnya, saya masih lagi gagal untuk menghadam bahasa rekaan Almera yang konservatif. Ia tidak sama dengan bahasa rekaan pengeluar Jepun lain yang tajam dan menangkap.

Rekaan bahagian depan dan sisi nampak seperti ada konflik dengan wajah depan yang comel digabungkan dengan sisi yang berkotak.

Namun, Aero Kit Impul berjaya mengubah semua itu. Selepas merenung panjang, baru saya nampak terdapat pengaruh rekaan Nissan 370Z pada badan Almera terutama bagaimana bumbung dan tiang C mendarat ke bonet belakang.

Almera nampak seperti sebuah sedan kecil tetapi saiznya adalah besar. Jika diletakkan bersebelahan dengan Proton Persona, Almera kelihatan lebih besar. Bahasa rekaan Almera sebenarnya menarik untuk dikaji dan dibahas.

Memandu uji Nissan Almera talaan Impul sememangnya memberikan pengalaman berbeza. Kereta itu dilengkapi suspensi sport Impul terdiri daripada penyerap hentak dan spring yang merendahkan Almera sebanyak 25 milimeter.


ALMERA memperoleh kuasa daripada enjin jenis 1.5 liter CVTC.


Dari segi pemanduan dan pengendalian, Almera standard sudah pun mempunyai set suspensi yang bagus dalam menyerap hentakan lopak dan bonggol cuma olengannya kurang mantap.

Set suspensi Impul berjaya memadam talaan tersebut, di samping mengekalkan keberkesanan menyerap hentak dan mampu memberi keyakinan tinggi sewaktu mengambil selekoh. Cuma mungkin individu yang tidak biasa akan mengadu mengenai kekerasan suspensi sport.

Hubungan antara jalan raya dan kereta ditemukan oleh roda aluminium Impul HS-06 yang dipadankan dengan tayar Goodyear Eagle F1 Directional 5 bersaiz 205/50 R16. Kombinasi rim dan tayar yang senyap dan tidak keras cemerlang serta sesuai untuk pemanduan sporty.

Jurutera Impul boleh dipuji dalam mendapatkan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi dalam penalaan semula sedan keluarga ini.

Mengenai kuasa pula, enjin Almera disegarkan semula dengan penggunaan peredam bunyi Impul Blast 2. Perubahan yang dirasakan tidak banyak, selain daripada bunyi ekzos yang tidak ketara dan boleh dikatakan sekadar ada. Namun ia tetap diperlukan bagi mengubah sedikit karakter enjin 1.5 liter CVTC yang linear.

Sewaktu memotong atau mendaki bukit apabila transmisi ditukar secara automatik, enjin terasa kasar dan bunyi yang kuat memasuki kabin. Semasa memandu dalam keadaan biasa, bunyi enjin cukup senyap.

Konsep rekaan yang tinggi menjadikan Almera terasa luas terutama pada bahagian penumpang belakang. Kerusinya pula selesa untuk diduduki dan tiada masalah untuk membawa penumpang untuk menempuh perjalanan jauh.


TONA gelap ruangan dalam meningkatkan lagi elemen sporty produk ETCM.


But juga boleh tahan dan senada dengan budaya rakyat kita yang suka pulang ke kampung. Dari segi gajet pula, Almera versi Impul didatangkan dengan sistem navigasi, kamera undur dan pemain DVD dengan paparan skrin sentuh.

Cuma yang menjadi isu adalah paparan sistem navigasi yang tidak berapa intuitif dan boleh ditambah baik. Almera yang dipandu uji juga dilengkapi dengan penyaman udara digital dan butang penghidup enjin (push start button).

Kesimpulannya, Nissan Almera talaan Impul berjaya mengubah karakter luaran, pemanduan dan pengendalian standard terutama untuk pelanggan muda atau mereka yang muda di hati.

Saiz kabin dan but yang luas menjadikan Almera kereta yang ideal untuk semua. Dilema kebanyakan golongan ini ialah kereta yang nampak jauh lebih tua daripada usia pemandu itu sendiri dan di sinilah aksesori memainkan peranannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Giliran Zolkples ‘hentam’ Butler

Posted:

Giliran Zolkples 'hentam' Butler

Giliran Zolkples 'hentam' Butler

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

Butler


"SIAPA Peter (James) Butler? Setakat yang saya kenal, beliau suka mencetuskan masalah dan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebolehan beliau."

Demikian tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong ketika mengulas mengenai kenyataan bekas jurulatih Kelantan, Terengganu dan T-Team itu yang mempertikai pelantikan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara baru-baru ini.

"New Director or Youth Development! Don't know him, however give him a chance - obviously cheap option but what do you expect here #belucky." Itu antara kata-kata Butler yang mempertikai pelantikan Teong Kim dalam laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini,

"Segalanya sudah jelas. Pemilihan Teong Kim dilakukan menerusi proses terperinci, malah melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Pandangan saya terhadap Butler sangat mudah. Seandainya dia seorang yang bagus, sudah pasti dia berada dalam senarai yang harus dipertimbangkan.

"Sebaliknya nama beliau tidak pernah disebut sebagai calon layak melatih mana-mana program di bawah kendalian MSN," kata Zolkples di Bukit Jalil semalam.

Dengan beberapa kontroversi yang dicetuskan Butler sebelum ini, Zolkples menganggap pengendali kelahiran Halifax, England itu sebagai pencetus masalah (trouble maker).

"Tengok saja sejarah dia yang bukan saja di sini tetapi di negara luar seperti Thailand dan Indonesia yang dikhabarkan penuh dengan masalah.

"Ada saja kontroversi yang tercetus setiap kali beliau mengendalikan pasukan atau kelab bola sepak.

"Jangan lupa juga bagaimana dia memporak-perandakan dan menghentam pengurusan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT).

"Tapi kalau dah syok sendiri, kita pun tak boleh buat apa," katanya.

Zolkples turut memberi amaran jika Butler terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan mencemarkan imej negara, jurulatih berusia 47 tahun itu akan berdepan tindakan undang-undang.

"Pihak berwajib harus lihat adakah perlu beliau terus berada di negara kita," katanya.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan kenyataan Butler menerusi laman Twitter miliknya sehingga mencetuskan kemarahan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh.

Elak fokus Harimau Muda terjejas

Posted:

Elak fokus Harimau Muda terjejas

Elak fokus Harimau Muda terjejas

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Muda bergambar kenangan pada majlis pelancaran rasmi Pesta Bola Merdeka 2013 di Kuantan, Pahang semalam.


PENGENDALI Harimau Muda A, Ong Kim Swee ada sebab dan alasan tersendiri meminta pasukan negeri atau kelab supaya tidak mengganggu barisan pemainnya dengan menawarkan kontrak sebelum Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini.

Menurut Kim Swee, ia bagi mengelakkan konsentrasi para pemainnya terjejas akibat terlalu memikirkan hal itu sehingga melebihi perjuangan buat negara.

"Ia satu perkara biasa jika ada pemain ditawarkan kontrak dan mendapat ganjaran yang lebih baik.

"Setakat ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah berbincang mengenai isu ini dan (akan) menyelesaikan kontrak pemain skuad Harimau Muda A, B dan C.

"Lagipun pemain daripada skuad Harimau Muda mendapat kelonggaran dan boleh didaftarkan bila-bila masa," kata Kim Swee.

Kim Swee berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran Pesta Bola Merdeka ke-41 di Kuantan, Pahang semalam yang dirasmikan Timbalan Presiden FAM, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pada kejohanan yang julung kali diadakan di luar Kuala Lumpur itu, Malaysia akan diwakili Harimau Muda A dan bakal beraksi bersama tiga lagi skuad Bawah 23 tahun - Singapura, Thailand dan Myanmar.

Ditanya kemasukan tujuh pemain bagi memperkuatkan skuad Harimau Muda A menghadapi Pesta Bola Merdeka kali ini, Kim Swee melahirkan rasa gembira dengan situasi terkini itu.

Pada masa sama, beliau mengharapkan kesemua pemain terbabit cergas sepenuhnya memandangkan mereka juga pertama kali dapat disatukan dalam satu pasukan.

Tujuh pemain terbabit ialah Fadhli (Harimau Muda A), Wan Zack Haikal Wan Noor (Ryukyu FC), K. Reuben (Angkatan Tentera Malaysia), Mohamad Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS), Mohd. Zubir Azmi, Nik Shahrul Azim Abd. Halim (Kelantan) dan Junior Eldstal (Sarawak).

Sebelum ini, Kim Swee berdepan dengan masalah kecederaan melibatkan enam pemain iaitu Gray Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan, Fandi, Amer Saidin, Syahid Zainon dan Nurridzuan Abu Hassan yang tidak dapat beraksi pada Pesta Bola Merdeka kali ini.

"Walaupun pemain terbabit mengalami kecederaan panjang tetapi mereka masih berada pada landasan baik dan dijangka boleh pulih sebelum Sukan SEA di Myanmar nanti," jelas Kim Swee.

Ditanya mengenai peluang skuad kendaliannya memburu kejuaraan pada Pesta Bola Merdeka kali ini, Kim Swee menjelaskan, ketiga-tiga lawan mereka masih dianggap pencabar kuat.

"Ini dapat dilihat dengan persediaan baik oleh Singapura, Thailand dan Myanmar yang menjadikan kejohanan ini sebagai platform untuk menghadapi Sukan SEA nanti,"katanya.

Kali terakhir Pesta Bola Merdeka diadakan ialah pada 2008 dan Vietnam muncul juara menewaskan Malaysia yang ketika itu dibimbing B. Sathianathan menerusi sepakan penalti 6-5.

PSM hukum tujuh pemain skuad Elit

Posted:

PSM hukum tujuh pemain skuad Elit

PSM hukum tujuh pemain skuad Elit

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengambil tindakan terhadap tujuh pemain skuad Elit A ekoran masalah disiplin.

Hasil mesyuarat khas Jawatankuasa Pembangunan Skuad Elit yang berlangsung selama lima jam bermula 9 malam hingga 2 pagi di Kompleks Majlis Sukan Negara, Keramat, Kuala Lumpur semalam, seorang pemain digugurkan daripada skuad kebangsaan manakala dua lagi pemain digantung.

Pemain apit kanan, Mohd. Khairol Zaman Hamir Akhbar, 19, (gambar) menerima hukuman paling berat apabila disingkirkan daripada skuad kebangsaan.

Pemain apit kiri, Mohd. Syafiq Abdul Rahman dan tekong, Muhd. Zulkifli Abd. Razak pula digantung daripada mengikuti latihan skuad kebangsaan sehingga satu keputusan dikeluarkan daripada Jawatankuasa Tatatertib PSM.

Empat lagi pemain - Muhammad Syahmi Husin (tekong), Mohd. Hanafiah Dolah (apit kanan), Izurin Refin (tekong) dan Mohd. Muqlis Borhan (apit kiri) dilepaskan, namun masing-masing menerima surat amaran bersyarat.

Jawatankuasa Pembangunan Skuad Elit yang dipengerusikan Penolong Setiausaha 1 PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin berkata, tindakan itu dikenakan disebabkan masalah disiplin dan 'lari' lebih awal ketika beraksi dalam Liga Thailand.

"Pada malam ini (awal pagi semalam), kami hanya ada satu agenda yang dibincangkan iaitu berkenaan surat tunjuk sebab yang diberikan (kepada pemain-pemain terbabit).

"Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat, seorang digugurkan dan dua lagi pemain digantung daripada skuad Elit.

"Kes ketiga-tiga pemain itu dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib atas kesilapan berat yang dilakukan, namun empat lagi pemain diberikan surat amaran bersyarat," kata Tengku Adnan.

Turut hadir pada mesyuarat semalam ialah Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail dan Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Arshad Yahaya.

Biarpun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai kesalahan yang dilakukan kesemua pemain terbabit, Ahmad menegaskan, tindakan itu disebabkan oleh masalah disiplin.

"Bagi kes Khairol Zaman, dia digugurkan daripada skuad Elit, kemudian dicadangkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PSM agar dia digantung daripada terlibat dengan sepak takraw untuk satu tempoh tertentu.

"Jika Jawatankuasa Tatatertib beri (hukum gantung) tiga bulan, maka tiga bulan (digantung), kalau 2 tahun hingga 5 tahun, maka dia akan digantung untuk tempoh tersebut," jelas Ahmad.

Sebelum ini, seramai 13 pemain skuad Elit dihantar menyertai 3 kelab Thailand - Kalasin, Nakhon Pathom dan Chonburi pada 27 April lalu, namun ada dalam kalangan mereka pulang lebih awal sebelum liga itu berakhir Ahad lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Memohon maaf ujian maruah diri

Posted:

Memohon maaf ujian maruah diri

Memohon maaf ujian maruah diri


PEMBERIAN maaf mampu melegakan emosi seseorang kerana rasa ketidakpuasan hati tidak terbuku.


MEMBERIKAN kemaafan merupakan pengorbanan terbesar dalam hidup manusia. Ia juga bakal menentukan sama ada kita mampu mengekalkan sebuah persahabatan atau terus mempunyai musuh yang berkekalan.

Walaupun kemaafan sesuatu yang kelihatan mudah, hakikatnya ia tidak semudah yang dijangka. Apatah lagi, apabila pelakunya telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan dan maruah diri.

Memohon maaf juga bukan perkara mudah. Ia menguji maruah diri. Apatah lagi memohon maaf itu sendiri seolah-olah mencabar ego diri untuk mengaku salah dan silap kepada orang lain.

Ia sesuatu yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang sanggup menerima kesilapan diri sendiri sekalipun ia mungkin hal yang memalukan.

Aidilfitri ini merupakan peluang terbaik untuk kita semua melakukannya, sama ada memberi maaf atau memohon maaf. Benarlah, kita tidak mampu melupakan kejadian tertentu yang telah berlaku sepanjang perhubungan kita dengan individu lain.

Bagaimanapun, memberi dan memohon maaf merupakan jalan terbaik untuk kesejahteraan psikologi.

Di manakah letaknya proses kemaafan ini? Dikatakan bahawa kemaafan berada pada tahap kognitif, iaitu sejauh mana pemikiran kita menafsirkan sesuatu kejadian yang telah berlaku.

Ada orang yang mudah memaafkan hal yang besar, sebaliknya ada individu yang sangat sukar memaafkan kesilapan yang kecil.

Ia bergantung kepada sejauh mana mental kita memproses besar atau kecilnya sesuatu perkara. Ia juga bergantung kepada personaliti seseorang manusia.

Kesanggupan memberi maaf

Kajian-kajian psikologi jelas menunjukkan bahawa ada dua implikasi utama dalam kesanggupan seseorang memaafkan orang lain.

Mereka yang sanggup memberi maaf didapati akan lebih bersikap simpati dan menolong mereka yang dimaafkannya sebaliknya, mereka yang tidak sanggup memberikan kemaafan, didapati akan terus gelisah dalam hidupnya.

Bahkan, ada yang meneruskan kemarahan dengan melakukan tingkah laku agresif lain seperti membalas dendam dan melakukan tindakan di luar batas undang-undang.

Mereka yang memaafkan juga didapati mampu melakukan aktiviti sosial dengan baik, bukan sahaja terhadap mereka yang dimaafkannya, tetapi juga terhadap orang lain.

Bagaimanapun, mereka yang tidak sanggup memberi maaf didapati lebih bersikap antisosial dan mengasingkan diri daripada masyarakat.

Umumnya, ahli psikologi percaya bahawa memaafkan orang lain bergantung sama ada individu itu dihadapkan dengan emosi negatif atau positif pada waktu kesalahan itu berlaku.

Misalnya, orang yang dihadapkan dengan emosi negatif, contohnya dimarahi, dihina atau emosi mereka telah diganggu dengan teruk, mereka ini didapati sangat sukar untuk memaafkan pelakunya.

Sebagai contoh, kecurangan dalam hubungan atau perceraian dalam rumah tangga. Ia menjadi hal yang sangat sukar untuk dimaafkan kerana peristiwa yang berlaku melibatkan emosi negatif.

Sebaliknya, dalam keadaan tertentu kemaafan sangat mudah diberikan, khususnya apabila mangsa mempunyai emosi positif terhadap pelakunya.

Misalnya, dalam keadaan kemalangan jalan raya yang tidak disengajakan, walaupun mangsa berasa tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku, mereka biasanya lebih mudah memaafkan pihak yang satu lagi. Lebih-lebih lagi jika pihak bertentangan mengalami musibah yang lebih teruk.

Begitu jugalah sekiranya mereka yang bersalah memohon maaf daripada mangsa. Pelaku ini akan dinilai secara positif, atau dalam erti kata lain sebagai manusia yang bertimbang rasa dan bertanggungjawab.

Ini akan menjadikan mereka lebih mudah dimaafkan berbanding mereka yang terus mengekalkan sifat ego diri walaupun telah membuat kesilapan.

Bagi sesetengah individu, kemaafan diberikan kerana ia menggambarkan 'kebaikan' imej diri terhadap keluarga, sahabat atau masyarakat. Kita berasa bersalah sekiranya tidak memberikan kemaafan kepada orang lain.

Dalam agama Islam, memohon maaf dan memberi kemaafan merupakan satu sifat yang sangat terpuji. Justeru, Aidilfitri yang sedang diraikan ini merupakan peluang terbaik untuk kita semua bermaaf-maafan.

PCMC diiktiraf hospital terbaik dunia

Posted:

PCMC diiktiraf hospital terbaik dunia

PCMC diiktiraf hospital terbaik dunia


NORHAYATI menunjukkan sebahagian daripada karya seninya yang dipamerkan di lobi PCMC.


PUSAT Perubatan Prince Court (PCMC) telah dinobatkan sebagai salah sebuah hospital terbaik di dunia bagi sektor pelancongan perubatan oleh Medical Travel Quality Alliance (MTQUA) baru-baru ini.

MTQUA merupakan sebuah badan yang menggalakkan rawatan dan penjagaan yang berkualiti serta selamat untuk pelancongan perubatan di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif PCMC, Dr. Chong Su-Lin memberitahu, PCMC telah menerima beberapa pengiktirafan lain sejak tujuh tahun lalu, tetapi kali ini merupakan yang tertinggi.

Pengiktirafan ranking dunia itu telah diumumkan pada 8 Mei 2013 dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh MTQUA di Bangkok, Thailand dan Scottsdale, Arizona di Amerika Syarikat.

"Kami amat gembira apabila diiktiraf sebagai hospital terbaik di dunia oleh MTQUA bagi pelancongan perubatan dan kami amat menghargainya.

"Terima kasih diucapkan kepada syarikat induk PCMC iaitu Petronas kerana telah meletakkan kepercayaan terhadap PCMC dan pihak pengurusan sehingga mendapat pengiktirafan sebegini," katanya.

Kaedah perubatan terbaik

Menurutnya, pengiktirafan PCMC sebagai nombor satu di dunia bermakna pihaknya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan akan lebih komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Malaysia serta pelancong perubatan dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia, Dr. Mary Wong berkata, PCMC diiktiraf sebagai sebuah hospital terbaik dunia berikutan kemampuannya menyediakan kaedah rawatan perubatan yang terbaik.

"Bukan mudah untuk menjadi hospital terbaik di dunia kerana banyak negara di seluruh dunia mempromosikan perkhidmatan hospital masing-masing.

"Selain mempunyai perkhidmatan kesihatan terbaik, hubungan doktor dan pesakit juga rapat. Doktor meluangkan lebih banyak masa bersama pesakit dan ini mungkin kriteria yang membuatkan PCMC menjadi hospital terbaik," jelasnya.

Menurut Mary, tahun lalu jumlah pesakit asing yang mendapatkan rawatan di negara ini meningkat kepada 6,071 orang berbanding tahun sebelumnya iaitu 5,083 orang.

Pameran karya seni

Sementara itu, PCMC buat kali pertama telah membuka ruang untuk memaparkan karya-karya seni di kawasan permaidani hitam di lobi.

"Saya harap paparan karya seni ini akan merangsang penyembuhan ke atas minda dan badan pesakit serta para tetamu.

"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penglibatan seseorang dalam bidang seni sama ada sebagai pemerhati atau pelukis boleh meningkatkan mood, emosi dan keadaan psikologi seseorang," kata Su-Lin.

Kira-kira 25 karya Sir Roy Calne bertajuk The Art of Giving telah dipaparkan awal bulan Mei lalu dan ia telah mendorong pelukis tempatan tampil dengan hasil karya mereka.

PCMC juga mempunyai doktor yang kreatif iaitu Pakar Bius, Dr. Syed Rozaidi Wafa.

Turut menghiasi dinding hospital itu ialah lukisan dari Galeri Petronas. Karya seni yang dipamerkan di lobi PCMC kini merupakan karya Norhayati Md. Yusoff daripada koleksi besar Galeri Petronas.

Norhayati yang juga ahli Persatuan Cat Air Malaysia telah mengambil bahagian dalam pelbagai pameran berkumpulan dan pernah mempamerkan hasil karyanya di Korea Selatan (2006) dan China (2008).

Kini, hasil karya seninya menghiasi dinding beberapa organisasi besar dan menjadi hiasan dinding rumah orang kenamaan di dalam Malaysia dan luar negara.

Keceriaan buat warga emas

Posted:

Keceriaan buat warga emas

Keceriaan buat warga emas


JENNY memberikan topeng muka kepada warga emas di Rumah Orang Tua Ampang, Selangor, baru-baru ini.


BERIKUTAN masalah jerebu yang melanda negara baru-baru ini, Procter & Gamble (P&G) dan Guardian bekerjasama membantu 100 buah rumah kebajikan yang terletak di kawasan paling terjejas.

Menurut Pengarah Jualan P&G Malaysia, Jenny Chew, meningkatkan kehidupan komuniti merupakan falsafah yang dikongsi kedua-dua syarikat berkenaan.

"Kami menyedari penghuni rumah kebajikan tidak mudah mendapatkan produk yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat jerebu.

"Oleh itu, kami bekerjasama dengan menjadikan bantuan ini sebagai sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat kami," katanya.

Tambahnya, biarpun duduk di dalam bangunan, bau kuat jerebu boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Semburan Ambi Pur Air Effects merupakan cara terbaik untuk menyingkirkan bau tidak menyenangkan sepenuhnya.

"Kami berharap bauan yang menyegarkan ini dapat membawa ketenangan dan keceriaan ke rumah kebajikan berkenaan," ujarnya.

Pengurus Besar Operasi Guardian Malaysia, Ricky Soon memberitahu, golongan warga emas dan kanak-kanak paling mudah terdedah kepada kesan jerebu.

"Kami gembira dapat berhubung dengan mereka yang memerlukan dengan memberikan mereka topeng muka N95.

"Apabila melangkah keluar, sekurang-kurangnya mereka mendapat perlindungan daripada udara tercemar. Guardian berasa bangga dapat menyertai projek yang bermakna ini," katanya.

Satu majlis penyerahan ringkas dianjurkan di Rumah Orang Tua Ampang baru-baru ini.

Bagi memastikan penghuni rumah kebajikan berkenaan mendapat maklumat penuh mengenai penggunaan yang betul semburan Ambi Pur Air Effects dan topeng muka N95, kakitangan P&G dan Guardian bergilir-gilir menunjukkan demonstrasi produk.

"Kami tersentuh dengan kebaikan kakitangan kedua-dua syarikat dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengingati kami.

"Sumbangan ini akan membantu memberikan persekitaran kehidupan yang lebih baik di dalam dan di luar rumah.

"Sesuatu yang menggembirakan apabila melihat ada syarikat mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dalam komuniti," kata penjaga rumah orang tua berkenaan, Cheah Soon Seong.

P&G dan Guardian juga mengagihkan bekalan semburan Ambi Pur Air Effects dan topeng muka N95 kepada 100 rumah kebajikan terpilih di kawasan paling terjejas akibat jerebu termasuk di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Waris dicari untuk kenal pasti mayat mangsa kemalangan bas

Posted:

Waris dicari untuk kenal pasti mayat mangsa kemalangan bas

Waris dicari untuk kenal pasti mayat mangsa kemalangan bas

23/08/2013 9:48pm

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberikan gambaran dua mayat yang belum dikenal pasti, terlibat dalam kemalangan bas di Genting Highlands Rabu lepas.

Jurucakap HKL berkata, dua mayat berikut adalah seorang lelaki bermirip

wajah Cina dan seorang wanita yang disyaki warga Afrika.

"Mayat lelaki itu berketinggian 170cm, mempunyai kulit belakang tangan yang tebal dipercayai bekerja sebagai seorang buruh dan meninggalkan barangan peribadi iaitu dua anak kunci kereta di mana salah satu daripadanya dipercayai kereta model Nissan, dan sebuah 'key chain' berwarna hijau," katanya kepada pemberita di bilik mayat hospital itu di sini.

Menurutnya, mangsa juga memakai rantai leher berwarna perak, kemeja-T

berwarna kelabu jenama Spaldin dan seluar panjang berwarna hijau serta seluar pendek berwarna biru di dalamnya.

Nahas bas yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan

Genting Highlands mengorbankan 37 penumpang termasuk pemandu bas manakala 16

lagi cedera.

Sementara itu, mayat wanita pula berketinggian 161cm, berkulit gelap,

memakai rambut palsu berwarna hitam serta pewarna kuku berwarna merah kegelapan

"Mangsa memakai jaket berwarna hitam, berseluar merah jambu dan bertali pinggang serta memakai subang berwarna emas dan rantai berwarna perak," kata jurucakap itu.

Beliau juga menerangkan keadaan fizikal mayat lelaki itu berbadan gempal

manakala mayat wanita pula bertubuh kurus. - Bernama

Pahang congak peluang kutip tiga mata

Posted:

Pahang congak peluang kutip tiga mata

Pahang congak peluang kutip tiga mata

23/08/2013 9:29pm

KUANTAN - Pahang harus lebih berwaspada jika berhajat mengutip tiga mata penuh ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi malam esok.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika dihubungi hari ini berkata, keupayaan Negeri Sembilan menumbangkan Terengganu 2-0 di gelanggang lawan Selasa lalu menggambarkan keupayaan skuad Rusa itu tidak boleh dipandang ringan.

Bagaimanapun, Dollah menyatakan, kejayaan melakar kemenangan terhadap Negeri Sembilan juga bakal memberi momentum positif kepada skuad kendaliannya untuk mara lebih jauh pada kempen Piala Malaysia musim ini. - KOSMO!

Real sudah mula cetak jersi Bale

Posted:

Real sudah mula cetak jersi Bale

Real sudah mula cetak jersi Bale

23/08/2013 9:27pm

MADRID - Real Madrid dilaporkan telah mencetak jersi nama pemain sayap Wales, Gareth Bale untuk dijual kel marin, sekali gus membayangkan perpindahan rekod dunia pemain itu dari Tottenham Hotspur semakin hampir di lengkapkan.

Perbincangan di antara kelab gergasi Sepanyol itu dengan Spurs berhubung perpindahan Bale ke Santiago Bernabeu kini dipercayai memasuki peringkat terakhir.

Media di Sepanyol dilaporkan telah menerbitkan satu gambar dalam penjualan jersi di laman web Real Madrid yang memaparkan nombor 11 dengan nama Bale. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lakar wajah di ladang jagung untuk kempen pilihan raya

Posted:

Lakar wajah di ladang jagung untuk kempen pilihan raya

Lakar wajah di ladang jagung untuk kempen pilihan raya


Lakaran ladang jagung yang dihasilkan seorang petani sangat menarik perhatian untuk tatapan orang ramai di Chester, Nwe Jersey. - AP


CHESTER — Seorang petani di negeri New Jersey, Amerika Syarikat menghasilkan lakaran dua wajah ahli politik tempatan di ladang jagung miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lukisan tersebut sempena kempen pilihan raya untuk memilih Gabenor New Jersey.

Petani itu, Dale Davis menanam jagung pada corak batas yang berbentuk wajah calon Parti Republikan, Chris Christie dan pencabarnya, Barbara Buono daripada Parti Demokratik.

Davis menanam jagung berkenaan di Ladang Stony Hill miliknya di sini pada Jun lalu.

Menurut peladang tersebut, dia berbuat demikian kerana mahu menarik perhatian orang ramai.

"Lakaran wajah pada ladang jagung ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini. Mereka akan dikenakan sedikit bayaran," kata Davis.

"Pilihan raya gabenor akan berlangsung pada 5 November depan," tambahnya. – AP

Alat pemetaan cakerawala hilang ditemui semula

Posted:

Alat pemetaan cakerawala hilang ditemui semula

Alat pemetaan cakerawala hilang ditemui semula

STOCKHOLM – Sebuah alat pengiraan astronomi zaman silam atau astrolab telah dipulangkan ke sebuah muzium di Sweden kelmarin, kata kurator muzium berkenaan.

Katanya, alat yang dicipta pada kurun ke-16 itu digunakan untuk memerhatikan kedudukan cakerawala.

Alat astrolab itu ditemui semula selepas ia dicuri 14 tahun lalu.

"Ia dipulangkan semula hari ini (kelmarin) dan ia telah dipamerkan," kata kurator Muzium Skokloster, Bengt Kylsberg.

Alat Astrolab itu diperbuat daripada tembaga dan perak di Jerman pada 1590. Ia ditandatangani oleh perekanya Martinus Weiler.

Alat berkenaan digunakan untuk menentukan masa dan memeta bintang-bintang di cakerawala. Alat itu dianggarkan bernilai lebih 400,000 euro (RM1.7 juta)

Kylsberg berkata, objek tersebut berada dalam keadaan baik apabila ia dipulangkan.

Komputer kuno itu hilang pada 1999 dan ditemui semula beberapa bulan lalu apabila seorang pengumpul barang antik di Itali cuba untuk menjualnya.

Pengumpul berkenaan meminta meminta peguamnya untuk mendapatkan nasihat Pendaftar Kehilangan Barangan Seni (ALR) di internet mengenai objek seni yang hilang.

Dia memulangkan alat berkenaan selepas objek tersebut berada dalam senarai barangan seni yang hilang atau dicuri.– AFP

Guna dron untuk halau angsa

Posted:

Guna dron untuk halau angsa

Guna dron untuk halau angsa



OTTAWA – Pihak berkuasa Kanada menggunakan pesawat kawalan jauh atau dron untuk mengusir kawanan angsa daripada mencemari sebuah kawasan perkelahan popular di sini.

Sebelum ini, pantai berkenaan dicemari najis angsa-angsa tersebut.

Dinamakan hexakopter, pesawat bersaiz 66 sentimeter itu sebelum ini digunakan oleh pemiliknya, Steve Wambolt untuk mengusir makhluk perosak seperti belalang.

Pesawat kawalan jauh itu terbang setiap pagi pada untuk menghalau kawanan angsa yang mengotori air Sungai Ottawa di timur bandar raya ini.

"Dron ini sangat efektif," kata Pegawai Dewan Bandar raya Ottawa, Bob Monette.

Menurutnya, pelbagai kaedah yang digunakan sebelum ini seperti penggunaan anjing terlatih dan bunyi letupan gagal untuk menghalau angsa tersebut.

Malah, beberapa tahun lalu, majlis perbandaran Ottawa pernah menggunakan bahan kimia berbau busuk untuk mengusir haiwan itu tetapi masih gagal.

Monette berkata, sejak menggunakan dron tersebut Julai lalu, bilangan angsa di lokasi berkenaan telah menurun daripada beratus ekor kepada hanya beberapa belas. – AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved