Isnin, 29 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dambakan kedamaian di tanah air

Posted:

Dambakan kedamaian di tanah air

Dambakan kedamaian di tanah air

ADA parut yang masih belum sembuh. Ada luka berdarah semula. Memetik kata-kata Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said: "Dalam banyak-banyak luka, luka perang itu lambat sekali sembuhnya."

Begitulah yang dialami sebahagian daripada 1.8 juta penduduk di tiga wilayah di selatan Thailand, yang masih berperang dengan pihak pemerintah yang berpusat di Bangkok.

Perang yang tiada kesudahan itu sudah meragut 6,500 nyawa berdasarkan kepada perangkaan Deep South Watch, sebuah badan hak asasi yang berpangkalan di Bangkok.

Kesumat penduduk di Narathiwat, Yala dan Pattani terhadap pemerintah Thailand, lebih khusus kepada tentera seragam ada asasnya.

Apabila Ramadan menyapa, peristiwa berdarah Tak Bai, Narathiwat pada 24 Oktober 2004 seolah-olah cukup jelas pada pandangan mata.

Dianggarkan 78 penduduk Islam yang letih berpuasa, menahan lapar dahaga dilayan tanpa rasa hormat, sebaliknya disusun seperti bata, sehingga nafas sesak hujung nyawa, mati di tangan tentera.

Tidak cukup penyeksaan dan kezaliman itu, jemaah di Masjid Kerisik (Krue Sae) yang sedang khusyuk solat Subuh, pada 28 April 2004 dikejutkan dengan bedilan senapang canggih.

Pondok dicurigai

Dakwa tentera yang melepaskan bedilan, terdapat militan berlindung di masjid menyembunyikan senjata terlarang. 107 orang maut dalam insiden di masjid kebanggaan di Pattani itu. Pihak yang dituduh mendalangi peristiwa itu tentunya kumpulan pejuang atau pemisah seperti yang dilabel tentera Thailand. Antara kumpulan pemisah yang aktif termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN), Barisan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Ronda Kecil Kampung (RKK) dan 6 kumpulan kecil yang lain.


MENGAJI Al-Quran dan menuntut ilmu berdasarkan amalan hadis menjadi silibus Sekolah Pondok Miftahul Islam, Sungai Padi, Narathiwat.


Tidak terkecuali, sekolah-sekolah pondok dicurigai menjadi markas untuk melahirkan pejuang mengangkat senjata menentang kerajaan.

Dua peristiwa iaitu Tak Bai dan Masjid Kerisik, paling diingati oleh mereka yang masih meneruskan denyut kehidupan pada hari ini.

"Dua insiden yang dicatat dalam sejarah Thailand ini akan kekal jadi sebab banyaknya berlaku keganasan di tiga wilayah bergolak iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala. Sehingga sampai pada satu tahap, kita tidak tahu apa punca sebenar. Mungkin angkara pemisah, barangkali juga disumbang dadah dari sempadan jiran, malah tidak mustahil perjuangan dahulu kerana mahu menuntut keadilan," kata seorang pensyarah di Universiti Princess of Naradiwas, Wan Imran Wan Jaafar semasa ditemui baru-baru ini.

Kenyataan Wan Imran itu ada asasnya. Tiga kali melawat ke wilayah tersebut dalam tempoh dua tahun, rata-rata penduduk, penganalisis, tentera dan pemerhati politik ternyata bingung dengan punca sebenar kesukaran mengembalikan keamanan di selatan Thailand.

"Bagi saya, jika anak saya tidak ke Tak Bai sekali pun, dia akan mati. Kita manusia, akan mati di mana-mata. Mahu marah kepada tentera, anak saya tetap mati juga,'' kata Deraman Ti Mat Shah, bapa yang kehilangan anak dalam peristiwa di Tak Bai.

Deraman yang bekerja sendiri kini menjaga seorang lagi anaknya yang cacat akibat diheret dan dibelasah tentera dalam peritiwa berkenaan.

Kepada Hatikah Kalo, marah-marah kepada tentera tiada gunanya kerana apa yang lebih penting ialah masa depan mereka yang masih hidup, bukannya orang yang sudah lenyap kembali ke kampung akhirat menemui Pencipta-Nya.

"Marah ada, sakit hati pun ada apabila dapat tahu bapa saya ditembak di Masjid Kerisik," katanya sambil menambah marah dan sakit hati itu semakin mencengkam apabila anaknya kini tahu cerita sebenar.

Namun, dia sedar marah dan sakit hati itu tidak membawanya ke mana-mana. Malah, dia juga terpaksa menerima bantuan yang dihulurkan tentera dengan harapan, budi ditanam, jasa ditabur, dendam terlerai.

Ambil hati

Tentera pula, apabila dipersalahkan dengan begitu banyak kejadian buruk yang menimpa umat Islam, mereka cuba mengambil hati penduduk.

Antaranya ke sekolah menjadi guru kedua, menyemai semangat supaya tidak membenci pihak kerajaan. Malah, tentera juga mahu penduduk terlibat dengan ekonomi, supaya hasilnya dapat nikmati penduduk.

Pada sisi lain, mereka menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk, yang hilang mata pencarian akibat keganasan.

"Soal keselamatan ini bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Ia sebenarnya serampang dua mata untuk membantu mengawal kes keganasan, pada masa sama, membantu meningkatkan ekonomi penduduk yang rata-ratanya mendakwa mereka tidak dilayan dengan adil oleh pihak pemerintah," kata Komander Pasukan Khas Tentera Pattani, Mejar Jeneral Sawat Tukplang.

Namun di sebalik usaha itu tersebut, keganasan masih marak di tiga wilayah selatan Thailand. Kalau tiada pembunuhan di Narathiwat, ada saja laporan letupan bom di Yala, begitu juga berita keganasan di Pattani. Mangsanya terdiri daripada penduduk kampung yang beragama Islam, imam, sami Buddha dan petugas kerajaan selain anggota tentera. "Dia orang baik, kenapa bunuh dia, orang yang tembak dia itu singkat akal fikirannya," kata Aishah Samanun, isteri yang mempersoalkan kematian suaminya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di Yala.


PEMANDANGAN yang tenang di Kampung Air Tempayan, Narathiwat.


Siri dialog

Putaran keganasan tanpa henti sejak tahun 2004 di selatan Thailand itu menyebabkan pelbagai pihak mencari jalan untuk mengembalikan keamanan di wilayah itu. Antara yang terpanggil, Malaysia sebagai negara jiran di perbatasan. Sebab itu, siri dialog untuk keamanan selatan Thailand dimulakan sesegera mungkin di Kuala Lumpur selepas lawatan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinatwatra. Siri pertama yang diselia Malaysia bermula pada 28 Mac 2013 diikuti 29 April dan ketiga 13 Jun lalu. Siri dialog seterusnya akan diadakan selepas Aidilfitri.

Semasa dialog diadakan, siri keganasan masih berlaku di selatan Thailand. Pegawai dan anggota tentera dibunuh, begitu juga guru sekolah. "Keganasan yang masih berlaku ini bukan hanya disebabkan oleh puak pemisah, ada kemungkinan ia angkara dadah dan mafia," kata bekas anggota pejuang Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO), Mahama Jamae yang kini menjadi Ketua Kampung Kanua, Narathiwat.

Di pihak tentera, mereka menuduh pergolakan tersebut merupakan angkara BRN. BRN seperti yang didakwa tentera tidak mematuhi persetujuan yang dibincangkan di Kuala Lumpur.

Tetapi BRN juga ada asas tertentu sekalipun mereka mendalangi serangan semasa dialog berlangsung. BRN mahu tuntutan mereka dipenuhi terlebih dahulu. Di laman YouTube, pemimpinnya menggariskan secara terperinci sembilan tuntutan yang perlu dipenuhi Bangkok jika mahu rundingan diteruskan. Antaranya ialah mengiktiraf bahasa Melayu, kumpulan mereka bukan pemisah sebaliknya pejuang; mahu Malaysia menjadi perantara keamanan dan bukannya fasilitator.

Hasilnya, gencatan senjata dipersetujui sepanjang bulan Ramadan. Tentera mahu BRN tidak melakukan sebarang aktiviti keganasan selama 30 hari. Tentera pula perlu mengurangkan bilangan anggota yang berkawal di tiga wilayah. Kawalan keselamatan yang ketat itu mengakibatkan penduduk kampung lebih curiga kepada pihak keselamatan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program amal Briged Sukarelawan Khidmat Negara

Posted:

Program amal Briged Sukarelawan Khidmat Negara

Program amal Briged Sukarelawan Khidmat Negara

AHLI Briged Sukarelawan Khidmat Negara bergambar kenangan selepas mengecat madrasah di Kampung Changkat, Gombak baru-baru ini.


SERAMAI 40 orang belia daripada Briged Sukarelawan Khidmat Negara menyertai program menanam pokok, memasak bubur lambuk dan mengecat madrasah di Kampung Changkat, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Pengarah projek, Muhammad Rahimi Abd. Samad berkata, tujuan program itu diadakan bagi merapatkan silaturahim dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Turut hadir pada program tersebut ialah wakil Pengarah Bahagian Sukarelawan dan Alumni, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Sharifah Radziah Syed Segap.

PIBG Maktab Sabah bantu pelajar miskin

Posted:

PIBG Maktab Sabah bantu pelajar miskin

PIBG Maktab Sabah bantu pelajar miskin


FATIMAH SHARA (kanan) membantu pelajar Maktab Sabah mencuba songkok di Emadira Textile Mall, Kota Kinabalu baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 10 pelajar miskin dan anak yatim Maktab Sabah menerima sumbangan pakaian raya sempena program amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) maktab berkenaan.

Program memasuki tahun kedua itu diadakan di Emadira Textile Mall, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor berkata, sumbangan itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar terbabit mendapat pakaian baharu menjelang Aidilfitri.

"Semua perbelanjaan yang digunakan adalah hasil sumbangan warga maktab terbabit termasuk pelajar, guru-guru dan PIBG sendiri dalam memastikan para pelajar dapat bergembira menyambut hari lebaran nanti.

"Selain itu, ia secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan persaudaraan di antara mereka," katanya.

Kembara Merdeka agih sumbangan kepada 10 masjid

Posted:

Kembara Merdeka agih sumbangan kepada 10 masjid

Kembara Merdeka agih sumbangan kepada 10 masjid


RAMLY (tiga dari kanan) dan Marzuki (tiga dari kiri) melepaskan peserta Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan di Bukit Bunga, Jeli baru-baru ini.


KEMBARA. Sempena Ramadan dan menjelang bulan kemerdekaan Ogos nanti, Jabatan Penerangan Malaysia menjelajah ke seluruh negeri Kelantan dalam Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Ramly Yusoff melakukan pelepasan peserta di Bukit Bunga, Jeli baru-baru ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Jeli, Asisten Superintendan Marzuki Mat.

Dalam program tersebut, mereka turut mengagihkan sebanyak 3,000 kotak buah kurma, 2,000 naskhah surah Yasin, 5,000 helai bendera Malaysia dan 3,000 sejadah untuk 10 masjid atau surau terpilih.

Ramly berkata, program itu disertai oleh kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Selain itu, kita juga menyumbangkan barangan keperluan asas dan duit raya kepada mereka yang kurang bernasib baik," katanya.

Kembara itu menjelajah ke seluruh Kelantan bermula 21 Julai lalu hingga 29 Julai ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tragedi selepas bincang saham

Posted:

Tragedi selepas bincang saham

Tragedi selepas bincang saham

ANGGOTA polis mengangkat mayat Hussain yang mati ditembak di dada dan rusuk kiri di sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon semalam.


KUALA LUMPUR - Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini semalam.

Kejadian pukul 2 petang itu berlaku ketika Hussain Ahmad Najadi, 75, pergi ke tokong berkenaan bersama isterinya. Tokong itu terletak tidak jauh dari kawasan Bukit Bintang di sini.

Mangsa merupakan warga Iran dan mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.

Hussain mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri manakala isterinya parah ditembak di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga bekas pegawai GLC ditahan

Posted:

Tiga bekas pegawai GLC ditahan

Tiga bekas pegawai GLC ditahan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga bekas pegawai tertinggi subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berkenaan salah guna kuasa, yang dipercayai membawa kepada kerugian berjuta-juta ringgit dalam projek industri makanan.

Dua daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 50-an ditahan di ibu negara pada sebelah semalam manakala yang ketiga, juga berusia 50-an, ditangkap di Johor Bahru malam semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan penahanan itu memberitahu ketiga-tiga mereka pernah memegang jawatan Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi (COO) serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

23 premis makanan kotor, penuh lipas ditutup berkuat kuasa serta-merta

Posted:

23 premis makanan kotor, penuh lipas ditutup berkuat kuasa serta-merta

23 premis makanan kotor, penuh lipas ditutup berkuat kuasa serta-merta

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


SALAH seorang pegawai memeriksa penutup periuk ayam goreng dipenuhi lipas di sebuah restoran di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Sebanyak 23 premis makanan di sini yang mengabaikan tahap kebersihan termasuk membiarkan bahan-bahan masakan terdedah sehingga dimasuki lipas telah diarah tutup berikutan satu operasi bersepadu pihak berkuasa semalam.

Turut dikenakan tindakan ialah pemilik sebuah rumah di Seberang Jaya kerana menjadikan kediamannya sebagai tempat memproses cincau yang beroperasi secara haram selain diragui kebersihannya.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi itu bertujuan menggempur pengusaha makanan yang masih berdegil dan mengambil mudah soal kebersihan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Masa untuk Rajagobal berundur

Posted:

Masa untuk Rajagobal berundur

Masa untuk Rajagobal berundur

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kanan) dikritik hebat selepas Harimau Malaya dibelasah 0-5 kepada pasukan kedua tercorot Liga Jepun, Shonan Bellmare pada Sabtu lalu.


SITUASI Harimau Malaya semakin kritikal selepas mempamerkan persembahan tidak menentu sepanjang mengharungi siri perlawanan persahabatan di Jepun sejak 23 Julai lalu.

Ramai pemerhati menganggap rekod dua kemenangan daripada 12 perlawanan persahabatan di pentas antarabangsa itu tidak dapat memberikan satu keputusan yang positif buat skuad negara.

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu diaibkan dengan kekalahan 0-5 kepada pasukan kedua tercorot Liga Jepun, Shonan Bellmare Sabtu lalu.

Kekalahan itu tidak dapat membendung kemarahan khususnya dalam kalangan peminat-peminat Harimau Malaya.

Rajagobal turut dikecam hebat selepas ranking skuad negara statik di tangga ke-159 dunia kerana Harimau Malaya lebih berminat mengadakan aksi pemanas badan dengan pasukan berstatus kelab.

Ramai pengkritik menganggap tindakan tepat untuk menyelamatkan maruah skuad negara ialah dengan memecat Rajagobal yang cukup sinonim dengan pendekatan mahu menguji pemain atau bereksperimen.

Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan (gambar kecil) berkata beliau menganggap tindakan untuk memecat Rajagobal bukan satu jalan penyelesaian tetapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah boleh menilai keupayaan bekas jurulatih Selangor itu.

"Saya rasa, prestasi pasukan negara selepas meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos dan Piala AFF Suzuki 2010 tidak mampu bertahan sehingga sekarang.

"Rajagobal dilihat semakin 'kuat' biarpun beliau sering menerima kritikan dan pandangan sinis daripada bekas-bekas pemain serta jurulatih kebangsaan.

"Pecat jurulatih bukan satu titik noktah atau sesuatu yang baik buat pasukan tetapi pengurusan (FAM) perlu memandang serius terhadap teguran daripada pihak luar.

"Tidak hanya berminat untuk mencuba pemain bagi mewakili negara tetapi paling mustahak, beliau harus mengambil berat mengenai ranking skuad negara dan pandangan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Timbalan Presiden FAM) serta Setiausaha Agung FAM yang baharu, Datuk Hamidin Mohd. Amin," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, Tengku Abdullah menggesa Rajagobal memantapkan skuad kendaliannya bagi menghadapi perlawanan penting termasuk menentang Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.

Baginda bertitah, ia bukan masa terbaik buat Rajagobal untuk terus menguji skuad kendaliannya selain mendesak Harimau Malaya mempamerkan persembahan lebih menyakinkan.

Sementara itu, pemain legenda Kelantan, Dali Omar tampil dengan nada berbeza apabila beliau menganggap jurulatih berusia 57 tahun itu telah kehabisan idea untuk mengembalikan reputasi Harimau Malaya.

"Kalau saya, sudah lama pecat (Rajagobal) dan perkara ini sepatut berlaku dua tahun lalu. Dulu beliau pernah berjanji nak letak jawatan secara sukarela.

"Saya sangat menyokong kenyataan Tengku Abdullah. Bagi saya, taktik Rajagobal sudah hancur. Jangan nak eksperimen lagi. Mungkin (kaedah) itu sesuai dengan budak sekolah sahaja," katanya.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menyokong penuh kenyataan Dali dengan menegaskan, Rajagobal perlu berundur dengan cara hormat.

"Rajagobal memang bagus tetapi beliau sudah sampai ke tahap tepu. Setiap orang ada batas dan tahapnya.

"Sejujurnya, beliau tidak boleh lagi untuk membimbing Harimau Malaya. Nasihat saya, berundurlah. Orang akan marah jika anda kekal lebih lama.

"Kita perlukan seseorang yang lebih baik," ujarnya.

Lions XII tidak tertekan

Posted:

Lions XII tidak tertekan

Lions XII tidak tertekan

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


SHAHRIL (kanan), salah seorang daripada tiga pemain yang melebihi usia 23 tahun dalam skuad Lions XII.


JUARA Liga Super, Lions XII tidak mahu mendabik dada.

Wakil dari Singapura itu lebih selesa jika dianggap sebagai pasukan bukan pilihan pada kempen Piala Malaysia 2013 yang bakal membuka tirainya 20 Ogos nanti.

Jurulatihnya, V. Sundramoorthy berkata, status selaku juara Liga Super bukan jaminan buat mereka untuk berasa selesa pada kempen Piala Malaysia itu.

Menurutnya, sudah menjadi tradisi dalam saingan paling berprestij di Malaysia itu, semua pasukan perlu bekerja keras untuk menjadi juara.

"Pasukan saya dibarisi pemain muda bawah 23 tahun dan mereka perlu bekerja keras dalam saingan Piala Malaysia. Saya juga melihat kami akan beraksi tanpa sebarang tekanan.

"Bagi saya, pasukan-pasukan elit lain yang dibarisi pemain senior dan pemain-pemain import yang hebat, perlu lebih merasai tekanan. Bagi kami, sebagai sebuah pasukan muda, kami lebih selesa beraksi sebagai sebuah pasukan bukan pilihan," kata Sundramoorthy ketika ditemui Kosmo!, baru-baru ini.

Tegasnya, beliau turut berpuas hati dengan undian Piala Malaysia kali ini yang menyaksikan Lions XII diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Perak, Sarawak dan Kedah.

Sundramoorthy berkata, beliau meletakkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan, sekali gus mara ke suku akhir.

"Selepas melepasi peringkat kumpulan dan beraksi di suku akhir, barulah kami mencongak peluang seterusnya dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

"Selain itu, walaupun kami tidak pernah tewas dalam saingan Liga Super ketika beraksi di gelanggang sendiri, sukar untuk saya nyatakan dalam saingan Piala Malaysia nanti. Dalam bola sepak, apa juga perkara boleh berlaku dan ia sangat sukar untuk dijangka.

"Saya berpendapat, jika kami menampilkan aksi yang sama (dalam Liga Super) ketika beraksi di Stadium Jalan Besar itu nanti, tidak mustahil sasaran awal ke suku akhir tidak sukar untuk dicapai," katanya.

Dalam saingan kali ini, hanya tiga pemain tonggak yang melebihi usia 23 tahun membantu pasukan Lions XII iaitu ketua pasukan, Shahril Ishak, Isa Halim dan Baihakki Khaizan, manakala selebihnya adalah para pemain skuad Bawah-23 (B-23) tahun Singapura.

Jang harap keajaiban

Posted:

Jang harap keajaiban

Jang harap keajaiban

Oleh NORZASRUDIN MOHEMED NOR
zasrudin@kosmo.com.my


NAZRIN (dua dari kanan) dikaitkan dengan dua pasukan gergasi Liga M selepas menampilkan aksi yang memberangsangkan bersama Negeri Sembilan sepanjang musim ini.


NEGERI Sembilan mengharapkan keajaiban pada kempen Piala Malaysia 2013.

Diundi bersama tiga pasukan gergasi pantai timur termasuk juara bertahan, Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam Kumpulan C, peluang anak-anak buah pengendali sementara, Ridzuan Abu Shah untuk melepasi peringkat kumpulan dianggap sukar.

Tambahan pula, prestasi skuad Hoben Jang Hoben musim ini tidak mencapai tahap sebenar selepas sekadar menghuni tangga tercorot pada kempen Liga Super, sekali gus tersingkir pada saingan Liga Premier musim depan.

Selain itu, mereka juga terpaksa menewaskan Sabah pada aksi playoff untuk mengesahkan slot ke pertandingan paling berprestij di Malaysia itu.

Namun, Ridzuan yang mengambil-alih tugas Divaldo Alves dari Portugal pada Mei lalu ada strategi tersendiri untuk menghadapi cabaran itu.

"Kalau dilihat daripada keputusan undian, memang kami berada dalam satu 'kumpulan maut'. Saya akui, ini adalah satu kumpulan yang sukar.

"Namun, berdasarkan pencapaian ketika-tiga pasukan itu sepanjang musim ini, hanya Kelantan boleh dianggap konsisten dan menjadi pencabar utama.

"Saya bukan menafikan kekuatan Terengganu dan Pahang tetapi saya rasa, kami mampu memberikan saingan yang sengit kepada mereka. Kami juga memiliki beberapa pemain yang hebat dan sedang meningkat naik.

"Apa yang patut kami lakukan adalah berusaha bersungguh-sungguh dan menampilkan aksi yang terbaik," kata Ridzuan kepada Kosmo! semalam.

Ridzuan berkata, misi pertamanya ketika ini adalah memujuk pemain sayap, Mohd. Nazrin Mohd. Nawi yang diburu dua pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) iaitu Kelantan dan Johor Darul Takzim supaya kekal dengan pasukan itu musim depan.

Pemain kelahiran Tumpat, Kelantan berusia 25 tahun itu menjadi watak utama yang membantu Negeri Sembilan selaku juara tiga kali (pada 1948, 2009 dan 2011) itu melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia musim ini.

Nazrin yang ketika ini bersama skuad Harimau Malaya di Jepun meledakkan hatrik ketika Negeri Sembilan menewaskan Sabah 4-0 pada aksi playoff di Stadium Shah Alam, 10 Julai lalu.

"Saya akan berbincang dengan Nazrin sebaik dia balik dari Jepun nanti. Saya akan cuba memujuknya supaya kekal dengan kami musim depan. Saya memang mahu dia kekal di sini.

"Selain itu, dia perlu ingat bahawa namanya menjadi sebutan ketika dia bermain dengan kami. Jadi, saya harap dia tidak akan mengecewakan kami," kata Ridzuan.

Ridzuan berkata, beliau tidak ada hak untuk menghalang Nazrin daripada meninggalkan pasukan itu tetapi berharap dia akan memikirkan semula tawaran yang diterima.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pesta Raya Kuala Lumpur

Posted:

Pesta Raya Kuala Lumpur

Pesta Raya Kuala Lumpur

ANEKA fesyen dan barangan keperluan ditawarkan di Plaza Dataran Merdeka untuk menyambut Aidilfitri.


PLAZA Dataran Merdeka (PDM), Kuala Lumpur kini kembali beroperasi sepenuhnya sejak 12 Julai lalu. Ikon baharu bagi pelancongan Kuala Lumpur itu merupakan plaza bawah tanah sehenti yang diubah suai mengikut nilai peradaban moden.

Juga dikenali dengan nama Dataran Underground, ruangan tersebut merangkumi lebih 50 buah kedai dan kios, sebuah auditorium dan sebuah dewan teater yang menawarkan kemudahan untuk penganjuran acara serta aktiviti kemasyarakatan.

Sempena pembukaan rasmi plaza itu, Peninsular Advantage Sdn. Bhd. dengan kolaborasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan disokong oleh Persatuan Pereka Bumiputra (BDA), bekerjasama menganjurkan Pesta Raya Kuala Lumpur (PRKL).

Pesta yang turut mendapat kerjasama bas pelancongan signatur Kuala Lumpur, Hop-On-Hop-Off itu menjadi antara usaha sektor pelancongan untuk menarik perhatian pelancong asing mengenali kebudayaan masyarakat setempat menjelang perayaan Aidilfitri.

"Acara ini begitu istimewa dan yang pertama seumpamanya diadakan di premis ini. Ia bertujuan memberi pengalaman beli-belah yang selesa kepada pengunjung," ujar pengarah PRKL, Bon Zainal Harun yang juga seorang pereka fesyen ternama negara.

Terdapat pelbagai barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri disediakan termasuk pakaian moden, resort, kasual, sedia pakai dan pakaian Muslimah. Pengunjung berpeluang membeli pakaian hasil sentuhan pereka fesyen tanah air termasuk Bon Zainal, Amir Luqman, Hazree Wahid, Zattera Apparel, Jarumas, Saiful Sin dan Amelia Hassan.

Aksesori Syawal yang menarik seperti selendang dan tudung juga boleh diperoleh di pesta tersebut.

Masakan bonda di Restoran Puteri Pencala TTDI

Posted:

Masakan bonda di Restoran Puteri Pencala TTDI

Masakan bonda di Restoran Puteri Pencala TTDI


HABSAH (kiri) dan Rubiah Suparman menunjukkan juadah siput sedut masak lemak dan laksa Johor yang ditawarkan di Restoran Puteri Pencala TTDI.


BAGI yang tercari-cari hidangan masakan bonda, halakan langkah kaki anda mengunjungi Restoran Puteri Pencala yang terletak di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Jauh daripada hiruk-pikuk kota, Restoran Puteri menjanjikan barisan hidangan yang lazat sesuai dengan temanya iaitu Sinar Ramadan.

Menu restoran ini akan ditukar setiap hari dan menampilkan hidangan signatur termasuk masakan bonda seperti siput sedut masak lemak cili padi, ikan pari asam pedas, daging salai lemak cili api, ayam kari kentang, kerabu mangga, kerabu pucuk paku, sup cendawan, sup daging berempah, soto ayam, laksa Johor, rojak buah dan rojak tauhu.

Dalam pada itu, jika anda mahu masakan bergoreng, stesen gerai masakan panas turut disediakan dan anda boleh membuat pesanan sama ada mahu mi goreng, kuetiau goreng, ayam bakar Puteri, ikan percik santan atau ayam goreng panas.

Bagi yang menggemari pencuci mulut, anda tidak akan kecewa dengan pilihan yang ditawarkan iaitu bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur jagung dan variasi kuih Melayu seperti seri muka, kuih lapis, kuih koci, talam pandan dan lima jenis minuman.

"Mereka tidak perlu bersusah payah memasak di rumah kerana boleh merasai masakan yang selalunya dimasak di rumah di Restoran Puteri ini," kata salah seorang pengasas Restoran Puteri iaitu Habsah Hasan yang juga penulis lirik terkenal.

Istimewa Ramadan The Manhattan Fish Market

Posted:

Istimewa Ramadan The Manhattan Fish Market

Istimewa Ramadan The Manhattan Fish Market


PLATTER Fisherman ini lengkap dengan makanan laut, kentang goreng dan sayur.


SEMPENA Ramadan tahun ini, The Manhattan Fish Market melancarkan promosi baharu yang memberikan lebih banyak pilihan makanan dan insentif tambah nilai khusus untuk tempahan bawa pulang.

Pengurus Operasinya, David Lee berkata, The Manhattan Fish Market menyediakan menu-menu popular dalam kategori Greatest Hits yang dilancarkan pada awal Jun lalu.

Antara pilihan menu tersebut ialah platter makanan laut Manhattan Flaming, platter Fisherman, Salad Golden, Sea-esta makanan laut bersama sup pedas, ikan dan kentang.

Selain itu, The Manhattan Fish Market juga menyediakan persembahan secara langsung oleh pelajar-pelajar berbakat di restoran terpilih.

Persembahan lagu-lagu popular secara langsung ini dijadual akan berlangsung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sehingga 4 Ogos nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rakyat Kemboja keluar mengundi

Posted:

Rakyat Kemboja keluar mengundi

Rakyat Kemboja keluar mengundi

ORANG RAMAI cuba mencari nama mereka dalam senarai pengundi di sebuah pusat mengundi di Phnom Penh semalam.


PHNOM PENH – Rakyat Kemboja keluar mengundi semalam dalam pilihan raya yang dilihat akan memberikan mandat lima tahun lagi kepada Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Asia Tenggara, Hun Sen.

Pihak pembangkang yang diterajui Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) mendakwa, pilihan raya kali ini dicemari taktik kotor pemerintah.

Menurut CNRP, hampir sejuta nama didapati hilang daripada senarai pengundi pada pengundian tahun ini. Pihaknya juga telah memfailkan aduan berhubung kejadian membeli undi dan perbuatan pasukan keselamatan yang berkempen untuk Hun Sen.

Pemimpin tersebut dilantik sebagai Perdana Menteri Kemboja pada 1985.

"Tentera dan polis menakut-nakutkan pengundi di banyak kawasan di negara itu," kata pertubuhan hak asasi yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, Human Rights Watch dalam satu kenyataan.

Parti pemerintah, Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang diterajui Hun Sen berkeyakinan tinggi akan menang besar dalam pilihan raya kali ini.

Malah, Hun Sen tidak berkempen untuk pilihan raya kali ini kerana beliau pasti partinya akan menang.

CPP sebelum ini memiliki 90 daripada 123 kerusi Parlimen, manakala CNRP mempunyai 29 kerusi.

Lebih 9.6 juta orang layak mengundi dengan keputusan penuh pilihan raya berkenaan dijangka diketahui dalam tempoh beberapa minggu. – REUTERS

Penyokong Mohamed Morsi ikrar teruskan bantahan

Posted:

Penyokong Mohamed Morsi ikrar teruskan bantahan

Penyokong Mohamed Morsi ikrar teruskan bantahan


SEBAHAGIAN penyokong Morsi melaungkan slogan dalam bantahan di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi berikrar untuk meneruskan protes semalam, sehari selepas pertempuran yang meragut sekurang-kurangnya 72 nyawa di ibu kota Mesir di sini.

Keganasan dilaporkan turut berlaku di beberapa lokasi di Mesir sejak kelmarin termasuk di Terusan Suez dan bandar Port Said.

Insiden berdarah di ibu kota Mesir itu menerima kecaman dari dalam dan luar negara termasuk daripada sekutu utama tentera Mesir, Amerika Syarikat (AS).

Susulan insiden dekat Masjid Rabaa Al-Adawiya itu, pihak berkuasa Mesir memberi amaran akan menyuraikan penunjuk perasaan 'tidak lama lagi'.

Lokasi tersebut menjadi tempat penyokong setia Morsi berhimpun sejak seminggu lalu.

Namun, amaran itu gagal menakutkan penyokong setia Morsi yang meneruskan bantahan mereka.

Mereka mahu pihak tentera mengembalikan jawatan pemimpin tersebut.

Seorang jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, penunjuk perasaan marah tetapi tidak akan berganjak selepas insiden berdarah kelmarin.

"Jika kami mati, kami akan menemui Tuhan dan kami mati demi perjuangan yang benar.

"Sama ada kami mati atau berjaya," kata Gehad.

Keganasan awal kelmarin yang menyaksikan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan merupakan insiden berdarah paling teruk sejak Morsi digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu.

Kementerian Kesihatan Mesir menyatakan, 72 orang terbunuh di kota raya ini kelmarin dengan sembilan lagi mati di Iskandariah sehari sebelum itu.

Sebanyak 1,000 orang dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Penyokong Morsi menuduh pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup ke atas penunjuk perasaan tetapi dinafikan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Keganasan yang berterusan sejak kelmarin juga menyebabkan 15 orang cedera.

Agensi berita MENA melaporkan, mereka cedera dalam pertempuran semasa majlis pengebumian seorang penyokong Morsi di Port Said semalam.

Dalam pada itu, keganasan kelmarin menerima kecaman antarabangsa termasuk oleh AS, Britain, Kesatuan Eropah dan Turki.

Mereka mahu tentera Mesir berhenti menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan selain menghormati hak rakyat mengadakan bantahan aman.

Insiden itu turut dikecam oleh Sheikh Universiti Al-Azhar, Ahmed Al-Tayeb yang mahu siasatan menyeluruh dilakukan untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. - AFP

Ribuan lebah serang pasangan kekasih

Posted:

Ribuan lebah serang pasangan kekasih

Ribuan lebah serang pasangan kekasih

PANTEGO - Sekitar 30,000 ekor lebah menyerang sepasang kekasih dan kuda padi mereka di Texas Utara dan menyengat haiwan peliharaan tersebut sehingga mati.

Akhbar tempatan, Star-Telegram melaporkan kelmarin bahawa Kristen Beauregard, 44, disengat 200 kali manakala teman lelakinya pula disengat sebanyak 50 kali.

Namun, dua kuda mereka, Chip dan Trump tidak dapat diselamatkan.

"Serangga itu mengejar kami dan mengekori kami," kata Beauregard berhubung insiden tersebut yang berlaku pada Rabu lalu.

"Kuda-kuda itu menerima terlalu banyak sengatan dan mati," kata seorang doktor haiwan, Patricia Tersteeg.

Serangga itu turut membunuh lima ekor ayam dan menyengat anjing pasangan itu sebelum dihapuskan oleh pasukan bomba.

Setakat ini, pihak berkuasa tidak pasti punca lebah-lebah itu keluar dari sarangnya.

Ujian juga sedang dilakukan untuk mengesahkan sama ada lebah itu merupakan lebah pembunuh atau lebah Afrika. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pengasas bank mati ditembak di tokong

Posted:

Pengasas bank mati ditembak di tokong

Pengasas bank mati ditembak di tokong

29/07/2013 8:17pm

KUALA LUMPUR - Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong di Lorong Ceylon di sini hari ini.

Kejadian pukul 2 petang itu berlaku ketika Hussain Ahmad Najadi, 75, pergi ke tokong berkenaan bersama isterinya.

Hussain mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri manakala isterinya parah ditembak di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

Wanita berusia 49 tahun itu kini stabil selepas dirawat di Hospital Tung Shing di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa ke tokong tersebut untuk bertemu seorang lelaki atas urusan jual-beli saham.

"Motif sebenar masih lagi belum dikenal pasti, namun kita percaya ia ada kaitan dengan perniagaan.

"Kita percaya terdapat tiga suspek berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun terlibat sama termasuk rakannya yang menunggu di luar tokong," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan cubaan membunuh. - KOSMO!

Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin didakwa hilang

Posted:

Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin didakwa hilang

Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin didakwa hilang

29/07/2013 5:58pm

GEORGE TOWN - Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini dilapor hilang hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, penjaga tokong berkenaan memberkas seorang lelaki yang sedang memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Kuan Yin untuk mencuri berlian itu.

"Lelaki berusia 35 tahun itu dipukul sebelum diserah kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata bagaimanapun berlian berusia 200 tahun itu tidak ditemui bersama suspek.

Polis sedang mengambil keterangan daripada penjaga tokong yang melaporkan kehilangan berlian itu untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

Kompleks penginapan sementara HKL bernilai RM4 juta bakal dibina

Posted:

Kompleks penginapan sementara HKL bernilai RM4 juta bakal dibina

Kompleks penginapan sementara HKL bernilai RM4 juta bakal dibina

29/07/2013 5:51pm



Jamil Khir


KUALA LUMPUR - Sebuah kompleks penginapan berharga RM4 juta bagi memberi kemudahan penginapan sementara kepada pesakit dan keluarga pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibina penghujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembinaan kompleks itu, yang dibiayai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mampu menempatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa.

"Tumpuannya bagi pesakit HKL yang datang dari jauh dan bagi mereka tidak berkemampuan. Kita dalam perbincangan akhir bersama HKL dan tender pembinaannya akan dibuka sebelum penghujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri MAIWP kepada empat hospital di sini hari ini.

Sumbangan MAIWP bernilai RM1 juta itu diagihkan kepada HKL, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya, masing-masing menerima RM300,000 manakala Hospital Putrajaya menerima RM100,000.

Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP berkata kompleks itu akan dibina berdekatan bangunan Pusat Perubatan Malaysia, Jalan Pahang, di sini manakala caj harian penginapan akan ditetapkan kemudian. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Dugaan penuh kenikmatan

Posted:

Dugaan penuh kenikmatan

Dugaan penuh kenikmatan

Oleh Haryati Karim
haryati.karim@kosmo.com.my

TANGGAL 13 Disember 2012 pasti tidak akan dilupakan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kerana pada tarikh itu suaminya, Datuk Khalid Mohd. Jiwa terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di New Zealand.

Kini selepas tujuh bulan kemalangan berlaku, Siti mampu tersenyum melihat kesihatan suaminya yang semakin pulih dan bersyukur dengan dugaan yang diberi Allah kepadanya sekeluarga.

"Sepanjang kami berkahwin, kehidupan sentiasa gembira dan tahun lalu kami diberi dugaan oleh Allah dengan kamala- ngan Datuk K. Memang tidak sangka perkara sebegitu akan berlaku.

"Kini selepas tujuh bulan, saya rasa sungguh cepat masa berlalu. Empat bulan pertama selepas kemalangan saya memberi perhatian dengan menjaga suami sahaja.

"Sedihlah tetapi bila saya kenang semula saat saya menjaganya, bagi saya itu satu nikmat kerana saya dapat berbakti pada suami. Bila suami sihat saya pula rasa pelik.

"Sebelum ini saya lakukan semua untuknya seperti suapkan makan, mencukur janggut dan memandikannya kerana selepas pembedahan, Datuk K hanya mampu terbaring sahaja," kata Siti.

Bercerita tentang Ramadan kali ini, saban tahun Siti pasti menjalani ibadah puasa di Mekah.

Namun tahun ini, Siti hanya menyambut Ramadan di tanah air sahaja disebabkan faktor kesihatan suaminya.

"Terkilan juga kerana setiap tahun saya dan suami pasti akan menunaikan umrah dan merasai nikmat puasa di Mekah. Tahun ini berbeza kerana kesihatan suami tidak mengizinkan.

"Sungguhpun begitu, saya tetap rasa seronok sebab dapat menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga," katanya yang akan beraya di Kuala Lumpur, Kedah dan Pahang.

Siti juga sempat menceritakan pengalaman kali pertamanya ke bazar Ramadan bersama anak-anak tirinya.

"Memang sudah lama sangat tidak ke bazar Ramadan dan tahun ini, kali pertama kami bersama-sama ke situ. Cukup seronok sebab berpeluang berkumpul bersama semua keluarga dan membeli makanan di bazar.

"Selama ini kami hanya akan berbuka di rumah atau saya akan sibuk menghadiri majlis berbuka puasa, langsung tidak berkesempatan ke bazar Ramadan.

"Sekali-sekala dapat peluang seperti itu, bagi saya itu satu pengalaman yang bermakna," ujarnya.

Nikmat hidup semula

- Datuk K

Selepas mempunyai pengalaman hampir dengan maut dan kini semakin sihat, Datuk K memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana membenarkan dirinya kekal bernafas di muka bumi ini.

Ceritanya yang ditemui dikediamannya baru-baru ini, ketika terbaring di katil hospital, pelbagai perkara berlegar dalam mindanya seperti kematian, lumpuh mahupun kecacatan kekal.

"Waktu saya tidak berdaya, saya terfikir adakah saya akan mati? Ketika itu saya banyak berdoa kepada Allah supaya panjangkan nyawa saya kerana saya belum bersedia untuk mengadap-Nya, amalan juga belum cukup.

"Saya katakan, kiralah segala amalan kebaikan yang pernah dilakukan dan panjangkan umur saya. Apa yang membuatkan saya kuat pada waktu itu, saya fikir tiga orang anak saya dan Siti yang memerlukan saya," ucapnya.

Sambung Datuk K, melihat keadaannya yang semakin pulih dan mampu menjalani tugas harian seperti biasa, membuatkannya lebih menghargai kehidupannya hari ini.

"Ramai rakan saya yang mengalami kecederaan seperti saya, mereka akan meninggal dunia atau lumpuh. Saya bersyukur kerana masih berpeluang menjalani ibadah puasa bersama keluarga. Sebelum ini saya tidak sedar betapa cepat masa berlalu dan betapa cepat nyawa kita boleh diambil

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan ujian Allah kepada saya. Kemalangan itu juga menyedarkan saya betapa saya mempunyai seorang isteri yang cukup baik, dia tinggalkan kerjanya demi menjaga saya sahaja," ujarnya jujur.

Beritahu Datuk K lagi, dia cukup terharu dengan cara Siti menjaganya sepanjang ter- lantar di atas katil tanpa mampu melakukan sebarang kerja termasuk menguruskan dirinya sendiri.

"Sebenarnya saya tersentuh dengan cara Siti menjaga saya sepanjang saya terbaring di atas katil. Dia menjaga saya dengan penuh kasih sayang sedangkan waktu itu saya seperti orang kurang upaya.

"Dalam kehidupan ini, susah untuk saya berjumpa dengan orang yang baik seperti- nya. Sebagai suami, saya doakan syurga yang teratas buat Siti," balas Datuk K.

Cuti bersama Siti

Datuk K yang masih menjalani rawatan fisioterapi setiap hari dan bersenam di gim lima hari seminggu mengatakan, doktor memberi masa selama tiga bulan untuk dia pulih sepenuhnya.

"Walaupun saya diberi ubat tetapi kata Tun Mahathir yang datang melawat saya di hospital, terapi dan senaman lagi penting. Ubat hanya membantu kesihatan kita hanya 30 peratus sahaja.

"Sebab itu saya merawat diri sendiri de- ngan bersenam untuk membina semula otot selain berurut secara tradisional. Sekarang mungkin orang lihat saya sihat tetapi tangan kanan saya masih bengkak dan leher saya masih belum pulih sepenuhnya," turut Datuk K.

Bercerita tentang sambutan Aidilfitri kali ini, katanya, selain beraya di rumah keluarga, dia merancang untuk memberi keju- tan buat isteri tercinta.

Menurutnya, Aidilfitri yang tiba jatuh dalam bulan ulang tahun perkahwinan yang ketujuh bersama Siti.

"Kebetulan bulan raya tahun ini bersaaman dengan dengan ulang tahun perkahwinan kami iaitu 21 Ogos. Saya ingin membawanya pergi bercuti dan berehat kerana saya lihat dia pun penat bekerja.

"Mungkin selepas sambutan raya baru kami pergi bercuti. Lokasinya masih belum tahu, jika saya beritahu bukan kejutanlah namanya tetapi Siti ada menyebut dua tiga tempat yang dia ingin pergi, saya lihat dahulu mana yang sesuai," katanya tentang kejutan ulang tahun perkahwinan buat Siti.

Serina tak menang tangan

Posted:

Serina tak menang tangan

Serina tak menang tangan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my



KETIKA bertemu dengan pelakon Serina Redzuawan pada majlis berbuka puasa anjuran Aquilla Emas dan Hotel Federal, Kuala Lumpur baru-baru ini, ternyata dia kelihatan sedikit kurus berbanding beberapa bulan lalu.

Berkesempatan menemuinya selepas majlis berakhir, Serina mengakui yang berat badannya kini sudah menyusut sebanyak 12 kilogram sejak tiga bulan lalu berbanding 80 kilogram sebelum ini.

"Secara jujurnya saya tidak melakukan sebarang diet memandangkan saya seorang yang kuat makan. Namun begitu, saya cuma mengamalkan pengambilan makanan tambahan daripada produk kecantikan keluaran sendiri iaitu Anggun Serina.

"Sebagai seorang selebriti pastinya penampilan perlu dijaga dan diutamakan dan sudah tentu saya risau apabila berat badan naik. Kini saya berasa lega kerana mampu menurunkan semula berat badan yang ideal," ujarnya.

Bagaimanapun, anak kepada chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu mendedahkan, faktor lain yang menyebabkan berat badannya susut disebabkan jadualnya yang terlalu sibuk sebagai pelakon, penerbit drama dan ahli perniagaan.

Ujarnya, kini dia sedang sibuk menguruskan syarikat produksi miliknya iaitu YKS Film Makers Sdn. Bhd. yang memang aktif menerbitkan drama bersiri dan telemovie.

"Sebelum ini saya cuma sekadar bergelar seorang pelakon sahaja tetapi kini saya turut bertindak sebagai seorang penerbit. Sekarang ini barulah saya dapat merasai sendiri pengalaman untuk menghasilkan sesebuah program.

"Kalau boleh saya memang tidak mahu mengharapkan sesebuah projek itu datang sendiri. Sebaliknya, saya sendiri yang akan menghasilkan kertas kerja dan turun padang berjumpa dengan pihak stesen televisyen," jelasnya.

Selektif pilih tawaran

Selain sibuk sebagai seorang penerbit, Serina turut memberi fokus kepada perniagaannya setelah membuka sebuah farmasi Cosway yang terletak di Kota Damansara.

Ujarnya, setelah hampir setahun membuka farmasi berkenaan, sambutan daripada para pelanggan sangat memuaskan. Namun begitu, dia bernasib baik kerana perniagaan tersebut dikongsi bersama rakannya yang bertindak sebagai pengurus.

"Dalam masa terdekat ini juga saya bakal membuka sebuah restoran khusus untuk makanan char kuetiau. Restoran yang diberi nama Char Kueh Teow Simply Delicious Penang Mai dibuka berhampiran dengan farmasi saya," ujarnya.

Melihat kepada kesibukannya dalam menjalankan pelbagai bentuk perniagaan, Serina turut ditanya sama ada dia masih lagi aktif berlakon atau sebaliknya memandangkan kelibatnya di kaca televisyen semakin berkurangan.

Tidak menafikan dia kini memang semakin kurang bergiat aktif dalam bidang lakonan, Serina menjelaskan bahawa sekarang dia terpaksa lebih selektif dalam memilih setiap tawaran yang diterima.

"Kalau melihat kepada jadual harian saya, memang tak menang tangan dibuatnya. Jadi, itu yang menyebabkan aktiviti lakonan saya menjadi terhad dan saya akan menerima skrip dan watak yang sesuai sahaja," jelasnya.

Tidak abai

Memandangkan jadual hariannya yang begitu padat, timbul persoalan tentang bagaimana dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada dua cahaya mata iaitu Tristen Tareef, 3, dan Isabella Saffiya, 2.

Tegas Serina, meskipun mengakui mempunyai masa yang terhad dalam menjalani kehidupan seharian tetapi dia tidak mengabaikan peranannya sebagai ibu dan isteri kepada Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

"Tidak dinafikan dengan kesibukan saya sepanjang hari pastinya akan membuatkan diri berasa letih. Namun begitu, keletihan itu akan hilang sekiranya berada di samping anak-anak tercinta.

"Biasanya dalam seminggu saya akan mengambil masa dua hari untuk bercuti. Waktu tersebut akan digunakan sebaik-baiknya untuk meluangkan masa bersama suami dan anak di rumah atau keluar berjalan-jalan bersama mereka," jelasnya.

Menurutnya, dia juga agak beruntung kerana mempunyai seorang suami yang cukup memahami kerjayanya sekarang dan memberi kebebasan buat dirinya untuk bekerja kuat.

"Suami memang mengizinkan saya untuk melakukan apa sahaja yang digemari. Cuma, dia ada berpesan supaya saya tidak sesekali melupakan peranan dalam kehidupan berumah tangga," ujarnya mengakhiri perbualan.

Salling saman syarikat insurans

Posted:

Salling saman syarikat insurans

Salling saman syarikat insurans


SALLING menyifatkan dirinya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat insurans.


BINTANG siri TV, Glee, Mark Salling dilaporkan telah memfailkan saman terhadap syarikat insurans kediamannya, State Farm Insurance.

Dia mendakwa syarikat tersebut telah menipunya dan gagal memberikan sokongan ketika dia didakwa di mahkamah atas tuduhan penderaan seksual pada awal tahun ini. Salling sebelum ini didakwa bekas kekasihnya, Roxanne Gorzela atas tuduhan memaksanya melakukan hubungan seks tanpa penggunaan kondom pada tahun 2011.

Salling bagaimanapun menafikan dakwaan Gorzela dengan mendakwa yang model majalah Playboy itu memasuki kediamannya di Los Angeles, California tanpa kebenaran sebelum menyerang dirinya pada dada, tangan dan muka.

"Bagaimanapun, sekarang ini, Mark (Salling) telah memfailkan saman terhadap syarikat insurans kediamannya, State Farm Insurance atas dakwaan gagal memberi sokongan kepadanya ketika dia menghadapi kes mahkamah dengan Roxanne Gorzela.

"Salling sehubungan itu menuntut ganti rugi daripada State Farm Insurance," ujar sumber kepada TMZ.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved