Selasa, 16 Julai 2013

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Pantau denyut jantung dari jarak jauh

Posted:

Pantau denyut jantung dari jarak jauh

Pantau denyut jantung dari jarak jauh

Oleh ADLAN JAAFAR

DR. SULAIMAN CHE RUS, 60-an, tidak sedarkan diri pada bulan Ogos tahun lalu ketika pulang selepas mengerjakan solat di Seremban, Negeri Sembilan.

Dia disahkan menghidap penyakit arteri koronari dan telah menjalani pembedahan selama 12 jam. Sebuah peranti perentak jantung (pacemaker) turut dimasukkan ke dalam tubuhnya.

Selepas keluar dari hospital, dia dibekalkan dengan sebuah peranti yang dipanggil Merlin.Net untuk dipasang semasa dia sedang tidur.

"Alhamdulliah setakat ini, belum ada sebarang panggilan yang memerlukan saya ke hospital. Jika terasa lain, saya hanya perlu membuat panggilan ke hospital," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Merlin.Net di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Merlin.Net merupakan sebuah peranti pemancar (transmitter) yang membolehkan sebuah sistem pemantauan jarak jauh antara doktor dan pesakit dibuat.

Pemeriksaan berkala

Sulaiman yang bekerja sebagai Pegawai Perubatan di Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berseloroh, dinding di IJN perlu selalu dicat kerana terdapat banyak kesan daki.

Kesan tersebut disebabkan oleh masalah masa menunggu yang kerap dihadapi pesakit menyebabkan pengiring mereka perlu bersandar atau meletakkan kaki di dinding kerana penat.

Sememangnya pesakit jantung memerlukan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan jantung berfungsi dengan baik.

Peranti pacemaker perlu diperiksa pada waktu tertentu iaitu sehari selepas implan, sebulan kemudian, tiga kali setahun, dan dua kali setahun bagi tahun berikutnya.


MERLIN.NET merupakan sistem pemantauan menyeluruh jarak jauh yang mampu mengurangkan jumlah lawatan ke hospital.


Apabila pesakit berasa ada sesuatu yang tidak kena, mereka boleh ke IJN pada bila-bila masa.

Menurut Konsultan Kanan Pakar Kardiologi IJN, Datuk Dr. Razali Omar, lebih kurang 40 orang sehari membuat pemeriksaan di IJN, manakala kira-kira 200,000 pesakit luar melakukan pemeriksaan dalam tempoh setahun.

Bilangan tersebut dijangka terus meningkat berdasarkan data pesakit dan jumlah kunjungan ke IJN.

Dari tahun 1996 hingga 1999, IJN mempunyai pesakit seramai 990 orang dengan jumlah rawatan susulan sebanyak 4,478 kali, manakala terbaru, dari tahun 2006 hingga 2012, pesakit bertambah menjadi 2,938 orang dengan rawatan susulan 27,233 orang.

Bilangan pesakit yang bertambah seiring rawatan susulan itu menyebabkan masa seseorang pesakit banyak terbuang setiap kali menunggu.

Masa menunggu

Pesakit yang membuat pemeriksaan tanpa memerlukan rawatan mengambil masa purata 30 minit dan ia membentuk bilangan paling ramai.

Bagi yang memerlukan rawatan susulan pula mengambil masa paling kurang satu jam atau lebih, menyebabkan pesakit seterusnya menunggu lebih lama lagi.

"Sistem pemantauan jarak jauh membolehkan kami memberi fokus masa dan usaha untuk kumpulan pesakit yang berada pada tahap kompleks," ujar Razali pada majlis pelancaran Merlin.Net.

Sistem pemantauan Merlin.Net merupakan peranti yang dibangunkan oleh St. Jude Medical. Ia adalah rangkaian penjagaan kesihatan pesakit yang mengabungkan data daripada peranti seperti pacemaker dan kaedah implan implantable cardioverter defibrillator (ICD) dengan data pesakit sedia ada.

Sistem itu dapat mengesan data dengan tepat, informasi yang relevan dan membolehkan pakar perubatan mengesan trend serta membuat keputusan dengan cepat berdasarkan keperluan pesakit.

Sistem yang pertama kali digunakan di Malaysia itu secara keseluruhannya akan mengumpul dan menyimpan data sejak prosedur implan dijalankan diikuti setiap rawatan susulan yang dibuat serta data yang dipancarkan daripada peranti di rumah pesakit.

Pemindahan data melalui pemancar Merlin@home ke laman web dibuat dengan cara pakar perubatan memasukkan log masuk pada mana-mana peranti yang menyokong laman web.


PERENTAK jantung ini memberikan maklumat menggunakan Merlin@Home.


Amaran ketika kecemasan

Data-data dihantar daripada Merlin@home menggunakan talian telefon rumah ke sistem Merlin.Net di IJN.

Cara penggunaanya amat mudah, ia perlu dipasang berdekatan katil menggunakan bekalan elektrik selain talian telefon semasa pesakit tidur.

Pada waktu itu, pemancar membuat pemeriksaan secara automatik. Apabila peranti selesai dibaca, Merlin@home secara automatik mendail dan menghantar maklumat.

Ketika alat pemancar sedang menghantar data, pemanggil yang membuat panggilan ke talian telefon akan menerima isyarat sibuk, sama seperti panggilan telefon lain.

Ia tidak akan mengganggu sebarang penggunaan telefon biasa ketika pemancar berhenti menghantar data, jadi pesakit perlu biarkan ia masih berada di plug.

Jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan perhatian doktor serta-merta atau mesin itu memerlukan penyelenggaraan, amaran akan dihantar ke sistem Merlin.Net. Ia seterusnya dipancar ke pakar perubatan berkenaan dengan menggunakan e-mel, faks atau SMS.

Sistem amaran Merlin.Net juga tidak terhad kepada kedua-dua situasi tersebut, tetapi boleh mengesan pemfibrilan atrium (AF), takikardia atrium (AT) dan segmen ST. Segmen ST merupakan perubahan pada rentak jantung elektrik.

Sistem bunyi digital kawalan iPhone

Posted:

Sistem bunyi digital kawalan iPhone

Sistem bunyi digital kawalan iPhone


SISTEM bunyi ini boleh disambung menggunakan teknologi wayarles.


TIDAK cukup sekadar mempunyai susunan pembesar suara berkuasa tinggi, ia perlu dilengkapi sistem bunyi digital terbaik.

Justeru, Bosch melancarkan sebuah sistem bunyi digital matriks Plena yang direka sesuai untuk semua persekitaran sama ada perniagaan, pendidikan mahupun bersuka ria.

Teknologinya dibangunkan untuk pengguna menikmati kualiti audio premium selain tidak berkompromi terhadap kualiti ucapan dan muzik.

Ia mudah dan cepat dipasang tanpa penggunaan gulungan wayar serta sambungan berpateri. Plena mempunyai sistem kawalan fleksibel antara pemprosesan isyarat digital (DSP) dan amplifier.

Bagi tujuan kawalan suara dan seleksi sumber lagu, panel kawalan boleh dipasang pada dinding, manakala bagi tujuan kawalan pelbagai zon secara serentak, antara muka untuk Windows yang mempunyai grafik memudahkan penggunaannya.

Selain kedua-dua cara kawalan itu, aplikasi mobil untuk iPad dan iPhone dapat memberikan kepuasan kawalan secara maksimum kepada pengguna.

Aplikasi mesej segera sampaikan ucapan

Posted:

Aplikasi mesej segera sampaikan ucapan

Aplikasi mesej segera sampaikan ucapan

Oleh KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN


KAD hari raya semakin terpinggir dengan kehadiran pelbagai kaedah menghantar ucapan yang lebih mudah seperti e-mel, SMS, Whatsapp, WeChat dan Facebook.


TRADISI kunjung-mengunjung sanak saudara dan sahabat handai ketika Aidilfitri telah diamalkan oleh umat Islam, bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia.

Amalan bermaaf-maafan menjadikan tradisi itu lengkap dan membawa pengertian sambutan hari raya yang sebenar. Namun, tidak semua insan yang bernasib baik dapat meraikan Aidilfitri bersama orang tersayang.

Ada yang terpaksa berjauhan daripada keluarga dan kampung halaman kerana tuntutan kerja serta terpaksa berhari raya di perantauan kerana melanjutkan pengajian.

Mereka yang tidak dapat bersama-sama keluarga pada Aidilfitri atau tidak dapat menziarahi rakan taulan yang tinggal berjauhan lazimnya akan menitipkan kad ucapan hari raya menerusi kiriman pos.

Penulis masih teringat betapa hangatnya tradisi menghantar kad raya sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an. Kebiasaannya, penerima pasti mengumpul kad yang diterima dan menggantungkannya pada ranting pokok hiasan di dalam rumah atau di dinding.

Ketika itu, kad raya menjadi sebahagian daripada hiasan perayaan. Setelah telefon bimbit mula digunakan secara meluas, ramai yang meninggalkan tradisi menghantar kad raya dan mula menghantarkan SMS sebagai tanda ingatan.

Bagi yang inginkan ucapan yang lebih interaktif, mereka boleh memilih untuk menghantar MMS.

Pelbagai hasil kreativiti dapat dilihat daripada ucapan raya berbentuk seloka malah imej yang dihasilkan menerusi penggunaan teks ASCII.

Semasa internet mula-mula diperkenalkan di negara ini, ramai yang menghantar e-mel yang dikepilkan dengan kad ucapan buatan sendiri.

Ada juga yang memilih menggunakan perkhidmatan kad ucapan elektronik percuma seperti di laman web www.123greetings.com.


TERDAPAT pelbagai aplikasi mobil mesej segera seperti LINE yang boleh menghantar teks dan audio.


Pelbagai medium

Kad yang lazimnya diselitkan dengan animasi dan lagu itu boleh dihantar dengan hanya memasukkan butiran penerima seperti alamat e-mel, nama dan ucapan yang ingin ditujukan khusus kepada penerima.

Dengan capaian jalur lebar bergerak 3G/HSDPA dan 4G pada waktu ini, aplikasi mesej segera, Whatsapp, LINE, BlackBerry Mesengger dan WeChat membolehkan pengguna menghantar ucapan tanpa sebarang kos tambahan kecuali kos akses internet itu sahaja.

Ia menjadi lebih menarik kerana ucapan yang dihantar bukan sekadar teks, sebaliknya pengguna boleh memilih untuk menghantar gambar, video atau audio ucapan hari raya.

Aplikasi seperti Skype pula membolehkan pengguna komputer, tablet mahupun telefon pintar membuat panggilan video kepada keluarga tersayang.

Ia pasti memberikan seribu makna terutamanya bagi mereka yang berada jauh di perantauan. Selain itu, ledakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi salah satu platform untuk umat Islam menyampaikan ucapan Aidilfitri dan memohon maaf daripada ahli keluarga dan teman-teman mereka.

Secara peribadi, penulis masih menyukai kad yang boleh disentuh berbanding kad maya. Ia lazimnya lebih dihargai berbanding ucapan yang dihantar secara talian.

Bagaimanapun, usaha yang diperuntukkan bagi menghantar sekeping kad hari raya fizikal melebihi usaha yang digunakan untuk menekan butang supaya kad maya sampai ke penerima pada masa nyata.

Namun begitu, selari dengan arus informasi dan perubahan teknologi, penulis terpaksa akur yang medium ucapan elektronik itu sememangnya memudahkan insan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada lebih ramai penerima dalam masa yang singkat tanpa mengira kedudukan geografi mereka.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca Kosmo! yang beragama Islam dan seterusnya meraikan hari kemenangan dengan ketibaan Syawal.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Tradisi popular zaman-berzaman

Posted:

Tradisi popular zaman-berzaman

Tradisi popular zaman-berzaman

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

PERBANDINGAN secara lahiriah sudah memadai untuk dijadikan ukuran terhadap ketinggian nilai klasik sepasang baju Melayu berbanding pakaian tradisional lain. Bukan cuba bersikap etnosentrik iaitu semangat patriotik dan bangga, namun siapa pun pasti terpesona dengan lelaki yang menyarung persalinan tradisi itu.

Menyingkap titik permulaan baju Melayu, sejarah menyatakan bahawa ia diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah yang merupakan sultan ketiga memerintah empayar Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1424 hingga 1444.

Sejarah Melayu turut mendedahkan bahawa pada asalnya baju Melayu direka dengan potongan sendat dan singkat. Usaha seorang pembesar memanjang dan membesarkan pesak baju Melayu akhirnya kekal menjadi ikutan hingga ke hari ini.

Selepas hampir 600 tahun menjadi persalinan kebanggaan kaum Adam berdarah Melayu, pakaian tradisi itu telah melalui pengolahan fungsi dan ciri praktikal sejajar arus semasa.

Bermula sebagai busana golongan diraja, ia kemudiannya menjadi pakaian harian ringkas orang kebanyakan. Tidak lama kemudian golongan lelaki menjadikan baju Melayu untuk ke masjid bagi mendirikan solat Jumaat. Pengaruh besar pakaian tradisional itu akhirnya menjadikan ia persalinan rasmi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Jika dahulu, rekaan baju Melayu lebih ringkas dan bersifat ala kadar, hari ini prinsip itu telah mengalami anjakan drastik. Baju Melayu pelbagai motif, warna dengan menggunakan material berbeza mula menjadi pilihan lelaki-lelaki Melayu di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Fabrik kapas atau kapas campuran yang menjadi material asli pakaian itu kini ditukar kepada satin, organza dan pelbagai seleksi fabrik moden. Rekaan polos tanpa cantuman motif atau corak pula ditambah dengan jalur atau cetakan sederhana bagi memberi suntikan moden.

"Konsep baju Melayu sekarang masih mengekalkan ciri tradisional. Bagi membentuk elemen moden, saya tambahkan lapisan pada bahagian lengan dengan corak berjalur.

"Seluar direka polos dan ditambah perincian pada poket dari segi alur. Potongan baju dan seluar pula lebih langsing agar tampak melekap cantik pada tubuh si pemakai," luah pereka fesyen busana lelaki tempatan, Fairuz Ramdan, ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Cita rasa

Menurut Fairuz, kapas satin menjadi pilihan untuk koleksi baju Melayu Bespoke cekak musang. Bagaimanapun pelanggan masih boleh memilih material mengikut cita rasa masing-masing. Beliau menawarkan 22 pilihan warna untuk baju Melayu ini termasuk merah pic, merah tembikai, hijau dan kuning.

Berbeza daripada kebiasaan, kemeja kasual berilhamkan baju Melayu turut disediakan kepada mereka yang mahukan gaya santai pada pagi Syawal. Elemen tradisional masih dikekalkan Fairuz pada bahagian potongan kolar.

FAIRUZ (kiri) menawarkan 22 pilihan rona menarik untuk koleksi baju Melayu Bespoke.


"Ia menggunakan kolar Mandarin dan bagi menyesuaikan dengan tema raya, rekaan asasnya diambil daripada baju Melayu manakala perinciannya dipinjam daripada kemeja," tambah Fairuz.

Menggunakan kain kapas dan linen, kemeja tersebut sempurna dipadankan bersama seluar panjang fabrik kapas twil. Agar tidak kekok, Fairuz menyarankan ia disatukan dengan seluar khaki agar gaya santai itu dapat diselaraskan.

"Jean perlu dielakkan kerana ia boleh mengubah penampilan menjadi kasar dan tidak sesuai untuk hari raya. Tamat musim perayaan, barulah anda boleh memadankan kemeja ini dengan seluar pendek bagi membentuk gaya resort.

"Kelebihan kemeja ini, ia boleh mengalami transisi musim dan kekal relevan sepanjang masa," jelas Fairuz.

Pilih kolar

Pemilihan kolar baju Melayu pula antara pertimbangan dangkal yang sering dibuat lelaki. Rata-rata kaum Adam tidak tahu perbezaan antara cekak musang dan teluk belanga. Bagi mereka, kedua-duanya sama dan tidak mendatangkan sebarang perubahan kepada penampilan.

Tanggapan itu perlu dikikis jika mahu kelihatan bijak dan segak dalam baju Melayu. Baju Melayu cekak musang menceritakan bahawa ia menjadi pakaian rasmi raja dan golongan bangsawan.

Bilangan butang juga dikisahkan mengandungi tafsiran tertentu. Baju Melayu tujuh butang khas untuk kerabat diraja dan baju berbutang lima pula dikaitkan segelintir ulama sebagai perlambangan rukun Islam.


CONTOH lakaran baju rekaan Fairuz.


Bilangan poket

Baju Melayu teluk belanga kebanggaan negeri Johor pula hadir dengan satu kancing sahaja. Berpandukan ceritera asal, ia mula diperkenalkan Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor ke-21) ketika pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga, Singapura berpindah ke Tanjung Puteri, Johor Bahru pada tahun 1866.

Begitu juga dengan bilangan poket. Baju Melayu teluk belanga dua kocek kemudiannya ditambah menjadi tiga pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Johor ke-22) atas cadangan Menteri Besar Johor pertama, Allahyarham Jaafar Muhammad.

Disebabkan itu, baju Melayu pada masa kini dihasilkan dengan tiga poket. Dua pada bahagian bawah dan satu di dada kiri.

Seorang lagi pereka pakaian lelaki negara, Waridi Hamdan tampil berbeza dengan baju Melayu teluk belanga berpoket satu. Katanya: "Saya hapuskan dua poket pada bahagian bawah kerana pada pandangan saya, ia membuatkan penampilan tampak serabut apabila dikenakan dengan samping.

"Apabila baju dimasukkan ke dalam samping, dua poket bawah sering terkeluar. Jadi tidak salah ia dibuang untuk kesempurnaan gaya malah ia lebih praktikal untuk kaum Adam moden yang gemar mengisi barang keperluan di dalam beg kepit.

"Poket atas pula saya sembunyikan agar selaras dengan keseluruhan baju."

Menyentuh koleksi baju Melayu rekaan Waridi, moden kontemporari menjadi pilihan pereka berusia 33 tahun itu sempena Aidilfitri tahun ini. Biarpun moden, potongannya masih kekal tradisional lengkap dengan pesaknya.

Penggunaan rona-rona terang dengan gabungan polos dan motif berjalur menghidupkan penampilan kreatif si pemakai. Gaya menjadi sempurna apabila dipadankan bersama seluar berjalur dan polos pada bahagian bawah.

"Saya menggunakan material kapas Pakistan kerana ia ringan dan sesuai dengan cuaca Malaysia. Ia sedikit jarang dan pemakai disarankan menyarungkan singlet atau baju T kosong pada bahagian dalam.

"Kaki seluar yang polos pula saya terapkan fabrik kapas sutera dan dipadankan samping sama jenis fabrik dan tona. Untuk baju Melayu ini, hanya samping polos sesuai dikenakan agar penampilan dapat diseimbangkan dengan baju Melayu yang berat motifnya,"

Busana tradisi Radzuan dan AEON

Posted:

Busana tradisi Radzuan dan AEON

Busana tradisi Radzuan dan AEON

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@ kosmo.com.my


KEHALUSAN busana tradisional menjadi ilham kepada Radzuan (tengah) dalam menghasilkan koleksi edisi terhad kolaborasi bersama AEON.


MENAMPILKAN ciri pakaian Melayu klasik yang selesa dan penuh kesopanan, Busana Tradisi oleh Radzuan Radziwill merupakan hasil kolaborasi istimewa pereka fesyen terkenal tanah air itu bersama AEON Co. (M) Bhd. (AEON).

Koleksi tersebut diilhamkan daripada kehalusan pakaian tradisional Melayu dan setiap corak dipadankan dengan pemilihan fabrik yang sesuai. Ia sekali gus meningkatkan keindahan rekaan koleksi ini untuk digayakan pada musim perayaan.

Pemilihan warna-warna terang dan berani yang digabungkan dengan tenunan halus serta kain sutera sifon menyerlahkan keunikan setiap rekaan yang terdiri daripada baju kurung pesak berpoket, baju kurung Riau, baju kurung Kedah dan baju kebaya untuk wanita.

KEBAYA rona hijau zamrud menyerlahkan keanggunan wanita Melayu.


Sementara itu, rekaan baju Melayu cekak musang dan teluk belanga menggunakan fabrik serupa mampu menyerlahkan gaya si jejaka tatkala keluar menziarahi sanak saudara.

Koleksi eksklusif itu dijual pada harga RM299 bagi busana wanita manakala untuk lelaki berharga RM199 sepasang.

"Ini merupakan peluang terbaik untuk kedua-dua pihak dalam mengangkat pakaian sedia dipakai ke peringkat seterusnya. Saya harap semua penggemar fesyen terutamanya peminat saya tidak akan ketinggalan untuk memiliki koleksi busana edisi terhad ini," kata Radzuan sewaktu majlis pelancaran di AEON Setiawangsa baru-baru ini.

JEJAKA nampak tampan memakai baju teluk belanga.


Dalam pada itu, AEON juga tidak kurang hebatnya dengan tawaran pakaian siap koleksi hari raya mereka. Jenama seperti Puteri, Guy's Vision, J Kids dan J Baby sedia untuk menemui para pelanggan setia mereka.

Menggunakan fabrik kapas dan perincian renda serta manik, koleksi ini masih mampu memikat hati. Bagi pakaian wanita, ia dijual pada harga RM59 hingga RM259, RM49 hingga RM109 (lelaki) dan RM49 hingga RM89 untuk kanak-kanak.

Kesemua koleksi ini boleh didapati di 15 cawangan AEON yang terpilih termasuklah di Seberang Prai, Ipoh, Taman Equine, Cheras Selatan, Taman Maluri dan AU2 Setiawangsa.

Ranggi Muslimah moden

Posted:

Ranggi Muslimah moden

Ranggi Muslimah moden

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

FABRIK likra berkualiti tinggi mendapat permintaan tinggi.


PAKAIAN luar (outer wear) berciri Islamik menjadi keutamaan butik dalam talian Eimteeyax yang menjual pakaian Muslimah.

Antara koleksi pakaian luar popular mereka, EB Everyday dicipta menggunakan material likra berkualiti tinggi agar sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Potongan labuh dan menutup aurat selengkapnya membuatkan item utama Eimteeyax itu sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan.

"Rekaannya difokuskan kepada Muslimah moden dan pakaian luar kami perlu ditempah awal. Saiz bagi item ini juga telah disediakan kerana ia tergolong dalam pakaian separa siap dijahit.

"Mereka yang mahukan gaya ranggi bolehlah memilih pakaian luar dengan cetakan abstrak manakala untuk penampilan ringkas, kami juga ada item polos," jelas pengasas Eimteeyax, Imtiyaz Subhi, 23.

PERSALINAN serba hitam tampak menarik kala dipadankan bersama tudung EB Everyday.


Di bawah koleksi EB Everyday, kesemua item direka dengan cetakan flora dan berwarna-warni. Namun pelanggan masih boleh memilih koleksi signatur Eimteeyax rona hitam putih iaitu EB Exclusive.

Gaya korporat

"EB Exclusive disediakan untuk wanita yang mahukan gaya korporat, elegan dan moden tetapi masih mahu mengekalkan rupa klasik," tambah Imtiyaz.

Selain pakaian luar, butik Eimteeyax turut menawarkan dres berlapis pelbagai material seperti sifon dan kapas. Variasi tudung juga boleh dimiliki termasuk koleksi tudung EB Everyday yang diperbuat daripada kapas.

Tudung EB Everyday direka dengan saiz lebih besar daripada tudung biasa bagi memberi perlindungan ekstra kepada si pemakai. Paling menarik, ia tidak perlu digosok dan boleh dipakai terus.

CORAK polos nampak cantik dipadankan bersama busana labuh bercetak flora.


"Tudung premium kami pula menjadi item utama dalam koleksi tudung. Ia dihasilkan menggunakan 100 peratus sutera China yang berkilat. Terdapat lima rekaan untuk tudung ini termasuk cetakan digital.

"Sempena Ramadan dan Syawal, kami menawarkan potongan 10 peratus ke atas koleksi tudung Eimteeyax kecuali tudung sutera bermula sejak bulan Jun lalu sehingga Ogos ini," umum Imtiyaz.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Konsep gerai pilihan SDCC

Posted:

Konsep gerai pilihan SDCC

Konsep gerai pilihan SDCC

SDCC menyediakan lebih 30 gerai sepanjang bulan Ramadan ini.


SEPANJANG bulan Ramadan ini, pastinya ia membuka peluang kepada restoran, hotel mahupun gerai untuk menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa.

Nyata, senario itu memudahkan golongan bekerja selain bagi mereka yang gemar berbuka puasa di luar.

Tidak terkecuali, Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC), Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang menampilkan kelainan dengan menawarkan pelbagai jenis juadah berkonsep gerai kepada pengunjungnya sepanjang bulan puasa ini.

Chef Eksekutif, Zainuddin Abu Hassan berkata, pihaknya menyediakan lebih 30 gerai bagi menyambut kemeriahan sambutan bulan Ramadan bersama-sama pengunjung.

"Gerai-gerai tersebut menawarkan hidangan istimewa seperti sotong sumbat bakar, kambing tandori, balik ekmek (burger ikan Turki), ayam Mexico, daging fajitas dan kacang pol (makanan ruji rakyat Mexico yang terdiri daripada ayam atau daging yang dipanggang dengan tepung tortilla dan keju cair dalam pinggan panas)," katanya ketika ditemui di SDCC baru-baru ini.


UDANG masak lemak pasti membangkitkan selera anda ketika berbuka puasa.


Sementara itu, SDCC tidak ketinggalan menyajikan seleksi signatur yang popular sepanjang bulan Ramadan seperti sup gear box, masakan kawah, bubur lambuk herba, nasi kandar, nasi mandi kambing dan pelbagai jenis sate.

Malah, bagi menyemarakkan lagi suasana semangat 1Malaysia, Zainuddin berkata, pihaknya juga menyediakan masakan panas seperti sizzling, mi periuk tanah liat, ikan bakar kunyit, ayam bakar percik, murtabak dan nasi ayam Ying Yang.

"Hidangan berbeza itu dapat memenuhi cita rasa pelanggan yang mahukan kelainan sepanjang bulan Ramadan ini," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, bagi pelanggan yang menitikberatkan soal pengambilan kalori, mereka boleh mengunjungi sudut diet di restoran berkenaan.

"Mereka boleh memilih sandwic segar seperti tuna dengan hirisan bawang, daging ayam belanda, daging bakar dan ayam teriyaki (sejenis sandwich Jepun)," ujarnya lagi.

Tujuh jenis air AO 701 Series

Posted:

Tujuh jenis air AO 701 Series

Tujuh jenis air AO 701 Series

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my


AO Synergy Holdings mengeluarkan penapis air AO 701 Series yang menawarkan air tahap alkali, air tulen dan air tahap berasid.


AIR merupakan nutrien paling penting kepada manusia. Ia membentuk kira-kira 55 hingga 57 peratus daripada berat badan dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh.

Selain berperanan untuk melarutkan sisa metabolisme seperti asid urik dan urea ke buah pinggang, air juga menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan.

Justeru, tidak hairanlah, pengambilan air berkualiti dalam jumlah mencukupi penting bagi membolehkan tubuh menjalankan fungsinya dengan sempurna.

Baru-baru ini, AO Synergy Holdings Sdn. Bhd., pakar dan peneraju industri air ion berakali di Malaysia memperkenalkan produk terbaharunya, AO 701 Series, model penapis air pintar dan mesra pengguna bagi kegunaan isi rumah.

Pengurus Besarnya, Janice Yap berkata, AO 701 Series diperbuat daripada platinum yang dibakar dengan tujuh plat titanium kebuk elektrolisis serta membran seramik.

Ia dilengkapi satu hos besi fleksibel bersama pemegang yang memudahkan kawalan aliran air.

"Ia menawarkan empat jenis tahap air alkali, satu tahap air bersih yang ditulenkan dan dua jenis tahap air berasid.

"Setiap satu jenis air itu mempunyai fungsi yang berbeza terhadap badan dan kegunaan harian.

"Pada masa yang sama, model ini juga turut dilengkapi paparan hablur cecair (LCD) dengan indikator warna tahap pH, amaran bunyi dan melodi bagi memudahkan penggunaannya," katanya.

Tambah Janice, sumber air yang diminum orang ramai selama ini kebanyakannya dicemari dengan debu, pasir, karat, bahan buangan industri, logam berat, racun serangga, bakteria dan virus.

Jelas beliau, jika bahan-bahan asing dan kimia memasuki sistem tubuh manusia, ia berpotensi menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut.

Dijual pada harga RM9,888 seunit, penapis air AO 701 Series kini boleh didapati di semua pengedar sah AO Water di seluruh negara.

Selari dengan sambutan Hari Bapa, 10 pelanggan pertama di setiap negeri yang membeli produk AO 701 Series berpeluang membawa pulang satu lagi penapis air AO 2000 Series bernilai RM3,5888 secara percuma selagi stok masih ada.

Jelajah seluruh negara

Dalam perkembangan berkaitan, Janice berkata, pihaknya turut mengadakan kempen Brighter Life With AO Water di seluruh negara bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengambilan air yang berkualiti dan mengamalkan diet seimbang sebagai amalan gaya hidup sihat.

"Sejajar dengan kempen ini, kami turut mempelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AO Water dan meneroka peluang perniagaan yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut hubungi pejabat AO Water di talian 03 6257 6100/ 3298 atau hubungi talian perkidmatan pelanggan di nombor 1300-2222-98 atau layari laman web www.aowater.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Beblawi umum pemegang jawatan menteri kanan Mesir

Posted:

Beblawi umum pemegang jawatan menteri kanan Mesir

Beblawi umum pemegang jawatan menteri kanan Mesir

HAZEM EL-BEBLAWI


KAHERAH - Perdana Menteri sementara Mesir, Hazem El-Beblawi telah mengisi beberapa jawatan kanan menteri kabinet di negara itu kelmarin bagi mengembalikan pemerintahan awam berikutan penyingkiran bekas Presiden, Mohammed Morsi pada 3 Julai lalu.

El-Beblawi, 76, seorang pakar ekonomi dilantik sebagai perdana menteri sementara pada minggu lepas untuk mengambil alih pentadbiran di bawah perlembagaan sementara hingga pilihan raya parlimen diadakan sekitar enam bulan lagi.

Beliau melantik seorang pakar ekonomi lulusan Universiti Boston, Amerika Syarikat (AS), Ahmed Galal sebagai menteri kewangan.

Bekas duta Mesir ke AS, Nabil Fahmy pula dilantik memegang portfolio menteri luar.

Dalam pada itu, bekas diplomat kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohamed ElBaradei mengangkat sumpah sebagai timbalan presiden, jawatan yang ditawarkan kepadanya pada minggu lepas.

Tiada keganasan jalanan yang serius sejak seminggu lalu hingga kelmarin.

Beberapa hari selepas penyingkiran Morsi, pertempuran di antara tentera, penyokong Morsi serta penentang bekas presiden itu mengorbankan lebih 90 orang.

Sementara itu, Ketua Tentera, jeneral Abdel Fattah al-Sisi dalam ucapannya di hadapan sejumlah pegawai tentera kelmarin memberikan kewajaran rampasan kuasa tersebut.

Katanya, Morsi telah kehilangan legitimasi disebabkan oleh demonstrasi besar-besaran terhadapnya.

Abdel Fattah menyatakan beliau cuba mengelak untuk mengambil tindakan unilateral apabila meminta Morsi mengadakan pungutan suara. Namun, cadangan itu ditolak. - Reuters

Emma Watson serius bercinta

Posted:

Emma Watson serius bercinta

Emma Watson serius bercinta


EMMA WATSON serius bercinta dengan penyanyi, Will Adamowicz.


LOS ANGELES - Aktres jelita, Emma Watson didakwa sudah bersedia menjalinkan hubungan serius dengan teman lelakinya, Will Adamowicz selepas dua tahun bersama.

Sumber yang rapat dengannya memberitahu majalah hiburan Star Magazine bahawa Watson, 23, telah membawa kekasihnya mengunjungi beberapa kedai barangan kemas baru-baru ini.

"Watson mahu membeli cincin berlian yang dilihatnya di internet," kata sumber itu.

Menurutnya, Adamowicz seorang yang pemalu dan tidak mempunyai bajet untuk membeli sebentuk cincin berlian yang mahal.

"Namun, tidak mengapa kerana Watson seorang gadis sederhana dan tidak memerlukan berlian yang besar," katanya.

Pasangan itu berkenalan ketika mereka belajar subjek bahasa Inggeris di Universiti Oxford.

Mereka sering dilihat bersama sejak Festival Muzik dan Seni Coachella di California tahun lalu - Agensi.

Enam pekerja intip rekod Kim Kardashian dipecat

Posted:

Enam pekerja intip rekod Kim Kardashian dipecat

Enam pekerja intip rekod Kim Kardashian dipecat


GAMBAR fail 22 Oktober 2012 menunjukkan penyanyi Kanye West dan teman wanitanya, Kim Kardashian menghadiri satu acara amal di New York. - Agensi


LOS ANGELES - Enam pekerja Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini dipecat kerana didapati mengakses rekod perubatan bintang realiti televisyen, Kim Kardashian.

Portal hiburan TMZ.com melaporkan Kardashian melahirkan bayi pertamanya bersama penyanyi popular, Kanye West pada 15 Jun lalu.

Jurucakap pusat perubatan Cedars-Sinai, Sandy Van berkata, kejadian mengintip rekod perubatan Kardashian itu berlaku antara 18 Jun hingga 24 Jun lalu untuk mendapatkan maklumat berhubung bayi tersebut bagi tujuan komersial.

Menurutnya, seramai lima orang dikesan terlibat dalam perbuatan tersebut.

Menurut Persatuan Perubatan Amerika Syarikat, kesalahan mengakses rekod pesakit tanpa kebenaran boleh menyebabkan pesalah didenda AS$50,000 (RM158,000) dan mungkin dikenakan tuduhan jenayah. - Agensi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat bayi perempuan ditemui di masjid

Posted:

Mayat bayi perempuan ditemui di masjid

Mayat bayi perempuan ditemui di masjid

16/07/2013 12:38pm

KULAIJAYA - Para kariah di Masjid Saleng di sini yang baru menunaikan solat Subuh dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan di sini pada pukul 6.05 pagi tadi.

Bayi yang telah meninggal dunia itu telah dibungkus dengan kain putih bersama satu sampul surat. - KOSMO!

Kerajaan kaji satu kadar levi bagi semua sektor pekerja asing

Posted:

Kerajaan kaji satu kadar levi bagi semua sektor pekerja asing

Kerajaan kaji satu kadar levi bagi semua sektor pekerja asing

16/07/2013 12:17pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji penetapan satu kadar bayaran levi pekerja asing sama untuk semua sektor bagi membendung penghijrahan mereka dari satu sektor ke sektor lain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata,

masalah penghijrahan itu antaranya disebabkan majikan tidak mampu membayar kadar levi bagi sektor tertentu.

"KDN, Kementerian Sumber Manusia dan beberapa agensi kawal selia lain masih merancang untuk mengenakan satu nilai levi seperti mana yang dilaksanakan negara luar agar penghijrahan pekerja dapat dikurangkan," katanya menjawab pertanyaan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, seramai 744 pekerja asing ditahan kerana menyalahgunakan permit kerja ekoran masalah penghijrahan itu setakat ini pada tahun ini. - Bernama

Enam rumah musnah dalam kebakaran

Posted:

Enam rumah musnah dalam kebakaran

Enam rumah musnah dalam kebakaran

16/07/2013 11:56am

SIBU - Enam rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Tiong Hua di sini tengah malam tadi.

Kebakaran pada pukul 12.20 tengah malam itu dikatakan bermula daripada

sebuah rumah kosong di kawasan itu, yang didakwa penduduk setempat sering dijadikan tempat untuk kumpulan tertentu mengadakan barbeku.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Sri Wong Soon Koh dan anggota Dewan Undangan Negeri Pelawan David Wong Kee Woan melawat kawasan kebakaran pagi ini.

Kebakaran itu adalah yang kedua dalam tempaoh 24 jam di Sibu. Terdahulu pada 11.03 pagi, 16 kedai di Jalan Tukang Besi musnah dijilat api. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tekad Tasha, Shamin

Posted:

Tekad Tasha, Shamin

Tekad Tasha, Shamin

PENYANYI kacak yang juga bekas vokalis kumpulan Umbrella, Zarul atau nama penuhnya Zarul Husin menerusi sebuah artikel dalam blognya melabelkan pendatang baharu industri hiburan tempatan, Tasha Manshahar dan Syed Shamim sebagai Uji Rashid dan Hail Amir versi 2013.

Menambahkan hujah terhadap label yang diberikannya itu, ujar Zarul, biarpun imej yang ditampilkan Tasha menyamai konsep Yuna, Najwa Latif dan Ainan Tasnim, namun kelainan dan barangkali kelebihan sudah tentu adalah kerana dia tampil berkolaborasi secara duo bersama Shamim.

Tasha dan Shamim memperkenalkan diri mereka sekitar setahun yang lalu di laman YouTube menerusi lagu pengenalan mereka, Mr Saxobeat iaitu lagu solo dendangan penyanyi dan model Romania, Alexandra Stan yang dinyanyikan semula oleh mereka secara berduet.

Kian mendapat tempat di hati peminat muda dan pelayar laman sosial YouTube, Tasha dan Shamim mengakui terkejut kerana tidak pernah sesekali menyangka mereka akhirnya bergelar artis rakaman.

Ini kerana hasil pendedahkan di YouTube tersebut, mereka dilamar menjadi artis rakaman FMC Music Sdn. Bhd. Ia sesuatu yang boleh dibanggakan memandangkan sekarang ini, syarikat-syarikat rakaman tempatan jarang menerbitkan album baharu.

"Sejujurnya saya agak terkejut pada mulanya tapi lama-kelamaan sudah dapat membiasakan diri. Tidak terduga sebenarnya untuk menjadi artis secara serius kerana lagu-lagu yang kami nyanyikan semula hanya untuk suka-suka.

"Sehinggalah pihak FMC Music Sdn. Bhd. melamar kami untuk menandatangani kontrak menjadi artis rakaman mereka. Alhamdulillah, di sinilah kami sekarang," kata Tasha yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran single Be Mine dan Cuba Teka di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak sengaja

Mengulas lanjut perjalanan mereka menjadi artis, kata Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd. Manshahar, 21, yang masih menuntut di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur, minat dalam muzik telah menyatukan dia dan Shamim.

"Kami berjumpa di universiti dan saya senior Shamim lebih setahun. Dari sekolah lagi saya selalu bermain instrumen muzik seperti gitar dan keyboard, apabila dapat tahu dia (Shamim) mahir dalam bidang muzik kami mula berkenalan.


TASHA dan Shamim akui terkejut mereka kini bergelar artis rakaman.


"Selepas itu, kami selesa dan sering merakamkan lagu bersama-sama. Malah, video pertama kami pun hanya dirakamkan menggunakan telefon bimbit dan dimuat naik dalam YouTube sekadar main-main.

"Tidak sangka pula ramai yang memberikan perhatian dan reaksi positif terhadap persembahan kami. Mulai dari situ, kami mula merakamkan video lain dan sekarang sudah ada lebih 30 buah video nyanyian semula dan single pertama kami, Be Mine berada di laman YouTube," ujarnya.

Diusik soalan nakal adakah kolaborasi duo Tasha dan Shamim atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 20, bukan sekadar minat sama tetapi mungkin kerana bercinta, mereka tertawa kecil.

Sambil tersipu-sipu malu, Shamim menjawab: "Memang kami bercinta. Tapi bercinta dalam lagu."

Kolaborasi

Barangkali artis kelahiran YouTube solo telah dibuktikan kejayaannya menerusi Yuna atau paling tidak pun Najwa Latif, namun sejauh manakah cabaran dan hala tuju artis Youtube yang bergerak secara duo?

Empat fakta yang dibimbangkan Tasha dan Shamim sepanjang bergerak sebagai artis duo! Kata mereka, ketidakserasian, gosip-gosip liar, aliran muzik yang sukar diterima dan tidak mampu menyanyi lagi antara faktor yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan mereka.

Jelas Shamim dia tidak takut akan dugaan hari mendatang sebagai artis duo YouTube kerana sementelahan dia atau Tasha, masing-masing mampu menyanyi solo.

"Sebelum ini kami pernah memuat naik video kami menyanyi solo tapi kebanyakan maklum balas diterima peminat mahukan kami berduet.

"Lagipun, konsep duo berbeza dengan artis-artis sebelum ini. Insya-Allah selagi diterima kami akan menyanyi bersama sampai bila-bila, sekarang pun kami masih dalam peringkat percubaan untuk tampil berdua.


PASANGAN duet ini muncul dengan dua single yang masing-masing berjudul Be Mine dan Cuba Teka.


"Buat masa sekarang, belum ada sebarang perancangan untuk bergerak solo tapi ada merancang untuk mengeluarkan lagu secara solo," jelas anak kelahiran Negeri Sembilan itu.

Sementara itu, untuk kekal relevan dalam industri hiburan ujar Tasha dia berpegang pada fakta 'perlu pandai membawa diri'.

"Daripada mana datang seseorang artis itu tidak menjadi hal tapi bagaimana cara membawa diri dan sanggup bekerja keras adalah pokok cerita.

"Disiplin, kesanggupan dikritik dan berjiwa kental juga perlu untuk berkekalan," tambah penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah itu.

Batasan waktu

Kedua-duanya mengakui jadual pembelajaran yang padat sebagai penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi sedikit sebanyak membataskan peluang mereka untuk tampil lebih ke hadapan.

"Pelajaran dan nyanyian berjalan seiring. Keluarga saya telah tetapkan syarat untuk saya tamatkan pelajaran terlebih dahulu sebelum fokus menyanyi.

"Kerana belajar juga waktu kami terhad. Waktu malam dan hari minggu saja peluang untuk kami menumpukan perhatian kepada bidang muzik, selebihnya adalah bersama buku.

"Faktor masa juga menyebabkan single Be Mine yang terlebih awal dikeluarkan terpaksa dilancarkan serentak secara rasmi bersama single kedua, Cuba Teka.

"Untuk bercakap hala tuju saya sebagai seorang penyanyi dan bakal guru, ia bergantung pada penerimaan orang ramai. Selagi saya diperlukan saya akan terus menyanyi.

"Tapi kalau saya tidak boleh menyanyi kelak saya masih boleh menjadi guru," ujar Tasha yang mengakui popularitinya membantu pengajaran dalam bilik darjah sepanjang praktikal.

Ranbir, Katrina sah bercinta

Posted:

Ranbir, Katrina sah bercinta

Ranbir, Katrina sah bercinta


RANBIR dan Katrina dirakam penuh intim di Ibiza (foto kiri) dan ketika tiba berdua-duaan di lapangan terbang Dubai (foto kanan).


AKHIRNYA bukti bergambar mengesahkan hubungan cinta antara dua pelakon muda popular Bollywood, Ranbir Kapoor dan Katrina Kaif. Kebenaran tentang jalinan cinta Ranbir dan Katrina akhirnya terdedah menerusi foto-foto yang dirakam oleh paparazi baru-baru ini.

Salah satu foto menampilkan Ranbir dan Katrina berpelukan mesra di kepulauan Ibiza, Sepanyol yang mana mereka ketika itu bercuti di sana bersama pengarah Ayan Mukherji. Foto-foto yang memaparkan momen keintiman pasangan tersebut juga turut dirakam di Dubai.

Sebelum ini, Ranbir dan Katrina yang sejak tiga bulan lalu digosip bercinta tidak pernah membuat ulasan tentang perkara tersebut. Malah sebelum ini juga, biarpun muncul dalam majlis rasmi bersama-sama, mereka mengelak untuk dirakam pihak media.

"Namun, mungkin impak daripada lakonan penuh serasi Ranbir dan bekas kekasihnya, Deepika Padukone dalam filem, Yeh Jawaani Hai Deewani membuatkan Katrina berasa terancam dan kini mahu umum mengetahui tentang hubungan cinta antaranya dengan Ranbir," ujar sumber kepada IANS.

Datuk Shake cari penajaan konsertnya

Posted:

Datuk Shake cari penajaan konsertnya

Datuk Shake cari penajaan konsertnya

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

DATUK SHAKE memerlukan penaja untuk menjadikan konsert jelajahnya satu realiti.


SETIAP kali pulang ke Malaysia, penyanyi Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh atau lebih sinonim dengan panggilan Datuk Shake sering diajukan pertanyaan mengenai konsert yang akan dianjurkan.

Ini kerana Shake yang sudah berkelana di luar negara dan menggembangkan karier nyanyian di Perancis dan Amerika Syarikat selama 37 tahun jarang membuat persembahan di Malaysia.

Penyanyi tersebut yang ditemui semasa rakaman program nyanyian Pulanglah Hari Raya Bersama Dato Shake terbitan Astro baru-baru ini mengakui kali terakhir dia mengadakan konsert di negara ini sekitar tahun 1986.

"Kalau mengikut perancangan, saya memang bakal mengadakan siri jelajah konsert di seluruh Malaysia pada pertengahan tahun ini, tetapi saya terpaksa menangguhkannya dahulu.

"Puncanya disebabkan agak sukar untuk mendapatkan penaja memandangkan berlakunya Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) pada Mei lalu. Jadi, konsert saya itu tidak dapat direalisasikan," jelasnya.

Meskipun perancangan untuk penganjuran konsertnya itu tertangguh, Shake menyatakan bahawa dia tetap mahu mengadakannya pada tahun ini dan mensasarkan pada bulan Disember sebagai permulaan siri jelajah konsertnya.

Jelasnya, selepas Hari Raya Aidilfitri nanti dia akan mula sibuk merangka dan menghasilkan kertas kerja untuk konsertnya dalam usaha untuk mendapatkan penaja.

"Dalam siri jelajah konsert ini saya sasar untuk mengadakannya di tujuh buah lokasi, termasuk satu konsert di Sabah memandangkan permintaan yang ramai di negeri tersebut.

"Sudah tentu saya cukup teruja kerana sudah agak lama tidak menghiburkan para peminat di Malaysia. Saya harap konsert tersebut mampu mengubat rindu buat mereka," jelas penyanyi yang popular menerusi lagu Anugerah Dari Kegagalan itu.

Memandangkan penganjuran sesebuah konsert itu memerlukan kos yang agak besar, Shake menyatakan sudah tentu dia memerlukan sokongan pihak penaja untuk menjayakannya.

DATUK SHAKE bakal muncul dengan program Pulanglah Hari Raya Bersama Dato Shake yang akan disiarkandi saluran Astro Prima pada hari raya pertama.


Ujar Shake, dia seboleh-bolehnya tidak mahu meletakkan harga tiket yang terlalu mahal kerana mahu seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira status dan menyaksikannya.

"Tidak guna kalau saya letakkan harga tiket dengan harga yang mahal, tetapi hanya sedikit yang datang. Saya lebih suka membuat konsert dengan kehadiran penonton yang ramai," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi tersebut memberitahu para peminat boleh menyaksikan persembahannya yang terkini menerusi program nyanyian Pulanglah Hari Raya Bersama Dato Shake yang akan disiarkan di saluran Astro Prima pada hari raya pertama.

Menurut Shake, program nyanyian tersebut agak istemewa kerana persembahannya turut diiringi lapan orang pemuzik iaitu empat dari Perancis dan empat dari Malaysia.

"Program ini akan berlangsung kira-kira lebih sejam dan saya akan mempersembahkan sebanyak 14 buah lagu popular saya. Cuma ada sebuah lagu raya yang dinyanyikan iaitu Musafir Di Aidifitri dan sebuah lagu Perancis, Tu Sais Je T'aime (You Know I Love You)," jelasnya.

Disiplin

Apabila kali pertama berpeluang dapat bersua muka dengan penyanyi kelahiran Johor itu, tidak sangka usia Datuk Shake sekarang ini sudah menjangkau 63 tahun.

Ketika ditanya apakah tip atau rahsia dia masih lagi kekal cergas dan mempunyai stamina untuk beraksi di pentas, penyanyi itu memberitahu bahawa disiplin merupakan kriteria utama.

"Dengan usia yang semakin meningkat sudah tentu tenaga akan semakin berkurangan. Namun begitu, perkara tersebut dapat diatasi apabila saya melakukan senaman setiap hari.

"Selain itu, jangan selalu keluar malam dan mengambil minuman keras serta sembahyang lima waktu juga tidak boleh tinggal. Semua perkara yang saya sebutkan itu memang berkait rapat dengan disiplin," tegasnya.

Pada masa yang sama, Shake berpesan kepada mana-mana penyanyi yang mahu mencuba nasib di luar negara supaya lebih kuat mengharungi segala cabaran yang terpaksa dilalui sekiranya mahu berjaya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved