Isnin, 27 Mei 2013

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Perkongsian jaya Rizman Ruzaini, Fiziwoo

Posted:

Perkongsian jaya Rizman Ruzaini, Fiziwoo

Perkongsian jaya Rizman Ruzaini, Fiziwoo

Oleh ALIF ABU BAKAR

JEJAK ke menara gading di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak tidak lama dahulu telah mempertemukan dua individu kreatif dalam seni reka pakaian.

Permulaan persahabatan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil, 29, dan Rizman Nordin, 29, terjalin saat ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Keakraban yang terjalin diteruskan sehingga ke UiTM Shah Alam, Selangor ketika kedua-duanya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen.

"Mungkin disebabkan kami berdua datang dari utara dan berasal daripada keluarga susah menjadikan kami serasi. Kami duduk menyewa bersama di Shah Alam, malah hasil kerja kami ketika belajar dahulu pun mempunyai banyak persamaan," ujar Ruzaini yang berasal dari Taiping, Perak.

Perancangan awal Ruzaini bukanlah untuk bergelar seorang pereka fesyen. Usai menamatkan pengajian, lelaki itu mahu menjadi pensyarah. Bayangan bagi menempa nama dalam industri seni tidak pernah diutamakan kerana kurang yakin dengan kebolehannya. Impian itu amat bertentangan dengan Rizman yang terlebih awal mengimpikan kerjaya gemilang sebagai pereka fesyen.

Ekoran keserasian dalam bekerja yang ditampilkan Rizman dan Ruzaini, timbul cakap-cakap orang sekeliling yang mencadangkan mereka bergabung membentuk satu jenama fesyen. Selepas melalui pertimbangan dan perbincangan wajar, kedua-duanya bersetuju bergabung di bawah jenama Rizman Ruzaini.

Busana Ziana Zain

"Kami bermula pada tahun 2005 dan ketika itu masih menuntut di tahun akhir pengajian. Projek pertama kami adalah menghasilkan busana untuk Ziana Zain bagi satu majlis anugerah. Gembiranya tidak terkata ketika Ziana berani mengambil risiko dan meletakkan kepercayaan kepada kami yang pada masa itu tidak dikenali sesiapa.

"Alhamdulillah bermula daripada situ, perlahan-lahan hasil kerja kami mula diberi perhatian. Malah tidak lama selepas Ziana tampil dalam persalinan kami, Datuk Siti Nurhaliza menerusi pengurusnya meminta kami mereka pakaian untuk satu majlis anugerah.

"Saya masih ingat kesusahan yang kami hadapi ketika itu. Berbekalkan RM150 yang dipinjamkan arwah ayah, kami berjaya menghasilkan sehelai busana yang tampak elegan dan eksklusif buat Siti Nurhaliza," singkap Ruzaini ketika ditemui Stailo di butiknya di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Kejayaan demi kejayaan ditempa duo tersebut. Antaranya ialah Anugerah Pereka Popular yang berjaya disandang Rizman Ruzaini selama tiga tahun berturut-turut. Berkat kesungguhan dan kejujuran yang dipraktikkan dalam konteks kerja mereka, nama Rizman Ruzaini hari ini mampu berdiri megah. Pelanggan-pelanggan mereka juga bukan calang-calang, malah menjadi kegemaran artis-artis wanita kelas pertama.

Mungkin ramai berpendapat, apabila dua pereka kreatif bekerjasama, pasti timbul perselisihan pendapat dan pertentangan idea. Rizman dan Ruzaini tidak menolak masih ada pertelagahan idea sesama mereka, namun segalanya mampu dikawal dan diselesaikan secara bernas.


DARI kiri: Ruzaini dan Rizman telah bekerjasama selama lapan tahun.


40 lakaran

"Pembahagian tugas amat kami tekankan. Contohnya, apabila ada koleksi baharu hendak dikeluarkan, kami akan berbincang mengenai tema terlebih dahulu. Katalah sebanyak 20 helai pakaian diperlukan dalam koleksi tersebut, setiap daripada kami perlu menghasilkan 40 lakaran.

"Proses ini mengambil masa selama sebulan sebelum kami berbincang kembali dan membentangkan idea yang telah dilakar. Kemudian, kami akan mengolah 20 helaian akhir berdasarkan 40 lakaran awal tadi," ujar Rizman yang berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Selain daripada pembahagian kerja, Rizman dan Ruzaini turut sepakat dalam mengendalikan urusan butik, pelanggan dan selebriti. Apabila ada sesi fotografi bersama artis dan majlis-majlis tertentu, Rizman memainkan peranannya untuk turun padang bagi membawa baju dan menguruskan segala persiapan artis.

Ruzaini pula lebih kepada pengurusan butik dan pekerja. Begitu juga dengan pertemuan bersama pelanggan. Kedua-dua mereka memiliki pelanggan tersendiri tetapi setiap pakaian yang direka perlu berpandukan garis panduan jenama Rizman Ruzaini.

"Selama lapan tahun kami bekerja bersama dan setakat ini belum pernah timbul pertelagahan serius. Dahulu mungkin agak kritikal kerana segala perkara kami uruskan dari awal hingga akhir. Kini kami mempunyai lapan pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses penghasilan pakaian," tambah Rizman yang mendedahkan bahawa jenama mereka bakal tampil dengan koleksi CT Scarf hasil kolaborasi bersama Siti Nurhaliza menjelang hujung tahun ini.

Kejayaan pereka antarabangsa, Gianfranco Ferre dan Giorgio Armani pula menjadi sandaran pereka duo tempatan yang sedang mencipta nama, Fiziwoo berganding bahu. Meskipun Hafizi Radzi Woo, 24, dan Izree Kai Haffiz, 29, berlainan latar belakang pendidikan, kedua-duanya berjaya menggegarkan industri fesyen tanah air masa kini.

Seperti Ferre yang merupakan seorang arkitek pada asalnya, begitu juga Izree yang memiliki Ijazah Seni Bina Arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Kepakaran dalam bidang seni bina memacu Izree untuk berkolaborasi dengan Hafizi yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen UiTM Shah Alam.

"Pada mulanya, kami berdua hanyalah kawan baik. Ketika jenama Fiziwoo masih dikendalikan saya seorang, Izree selalu membantu saya ketika pertunjukan fesyen, memberi pendapat saat koleksi baharu dihasilkan dan mengikuti saya ke majlis-majlis fesyen.

"Semenjak itu, kami mempunyai keserasian dari segi cara kerja, ideologi dan falsafah meskipun berbeza jurusan pelajaran.

"Namun kecintaan terhadap fesyen mengatasi perbezaan itu dan kami percaya gabungan fesyen dan arkitek mampu menghasilkan idea rekaan yang unik," ujar Hafizi yang bergabung dengan Izree pada penghujung tahun 2011 dan membuat penampilan sulung bersama di pentas Minggu Fesyen Malaysia Antarabangsa (MIFA) pada tahun yang sama.

Di bawah jenama Fiziwoo, Hafizi dan Izree menghamparkan kreativiti mereka. Skop tugas Izree lebih kepada pengurusan, pemasaran, penjenamaan, strategi dan perancangan serta promosi jenama. Sehubungan itu, tugas-tugas rekaan, kajian dan produksi produk banyak terletak di atas bahu Hafizi.


HAFIZI (kiri) dan Izree (kanan) mula berkolaborasi di bawah jenama Fiziwoo pada tahun 2011.


Dapat perhatian

Biarpun berlainan tugasan, kesefahaman tetap diutamakan. Malah Hafizi dan Izree mengakui bekerja berdua membantu sesuatu kerja disiapkan dengan pantas.

"Tolak ansur dan bersikap rasional menjadi pegangan kami saat melaksanakan tugas," dedah Izree ketika ditemui Stailo di kediaman merangkap butik Fiziwoo di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor.

Kelibat dua tulang belakang Fiziwoo itu di kebanyakan acara fesyen sering mengundang perhatian. Selain respons positif pemerhati fesyen terhadap hasil kerja mereka, penampilan kemas dan hampir sedondon Hafizi dan Izree juga membuatkan orang menganggap mereka kembar.

Tambah Hafizi: "Apabila bekerja berdua kami dapat mengisi kekosongan yang ada. Ia bermaksud setiap daripada kami mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Sehubungan itu, gabungan ini dapat melengkapkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan sedia ada.

"Selain itu, jenama Fiziwoo juga dapat berkembang pantas kerana pelbagai kerja mampu dijalankan secara serentak. Idea juga dapat dikongsi bersama ketika merangka sesuatu.

"Sudah menjadi kebiasaan apabila hendak menghasilkan koleksi baharu, kami akan menjalankan proses perkongsian idea dan pengawalan kualiti. Ketika inilah berlaku percanggahan ideologi tetapi menerusi penapisan, kami dapat memutuskan idea yang terbaik."

Busana ratu sehari Atelier Rinaldi

Posted:

Busana ratu sehari Atelier Rinaldi

Busana ratu sehari Atelier Rinaldi

BAJU kebaya diberi sentuhan moden dengan penekanan hiasan kerawang corak bunga-bungaan.


BUSANA indah beralun hamparan jemeki tampak anggun apabila disarungkan ke tubuh pengantin pada hari persandingan. Idea kreatif para pereka memberi ilham kepada mereka untuk bergaya bak seorang puteri.

Pereka muda, Rico Rinaldi, 26, hadir dengan 12 koleksi istimewa buat pengantin wanita yang dinamakan sebagai Atelier Rinaldi. Dia yang terkenal dengan rekaan perincian minimalis mengambil kiasan, " I'm not a Princess not yet a Queen" bagi melatari helaian busana hari persandingan.

Memandangkan ia merupakan detik bermakna buat si pengantin, Rico berpendapat, mereka selayaknya menyarungkan persalinan yang tidak terlalu ringkas, tetapi perlu menghindar rekaan yang sarat dan berlebihan. Melalui koleksi baharu tersebut, pemenang Piala Seri Endon 2009 itu memberi impak mewah dalam fasa terkini.

Graduan Seni Rekaan Fesyen dan Peruncitan, Universiti Limkokwing itu mengambil masa satu bulan setengah untuk menyiapkan rekaan yang penuh dengan nilai estetika. Garapan sentuhan berseni dapat dilihat pada setiap busana terutamanya penekanan terhadap perincian.

Elemen dramatik dapat dilihat menerusi seni manik yang menghiasi 12 busana tersebut. Setiap helaian ditaburi dengan batuan jemeki, kristal, sulaman manik dan manik akrilik bagi menimbulkan pesona mewah kepada pengantin.

Berpeluang mengikuti kursus Customized Pattern Making and Fitting di London Fashion School of Art meninggalkan signaturnya menerusi koleksi ratu sehari kali ini. Rekaan yang mempunyai bentuk baju ringkas dan mudah digayakan ini banyak menggunakan fabrik sifon, renda perancis, satin pengantin, krep sutera dan satin sutera. Masih menerapkan percikan unsur kemelayuan, baju kurung dan kebaya adalah antara rekaan yang diberi suntikan modenisasi dalam koleksi terbaharu tersebut.- HAFIZ AHMAD.

Kebaikan alam semula jadi Elianto

Posted:

Kebaikan alam semula jadi Elianto

Kebaikan alam semula jadi Elianto


TUMBUHAN semula jadi seperti sand lily menjadi ramuan utama produk Elianto.


KULIT yang mengalami proses penuaan akibat terlalu kerap terdedah kepada sinaran cahaya matahari cenderung menghasilkan bintik-bintik hitam. Tekanan pula membuatkan kulit kelihatan tidak bermaya dan kusam.

Kajian yang dijalankan oleh syarikat kosmetik, Elianto, telah menemui kebaikan daripada alam semula jadi iaitu sand lily. Ia berupaya mengurangkan kesan tekanan pada kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam dan mencegah pigmentasi.

Melalui penemuan itu, terhasil rangkaian produk kecantikan terbaharu yang dinamakan Lumino White.

Dirumus dan dihasilkan di Switzerland, rangkaian produk Lumino White menggunakan dua ramuan aktif utama iaitu sand lily dan Vitamin PP untuk mengurangkan bintik-bintik hitam dengan berkesan serta mencegah pigmentasi.

Antara produk yang terdapat dalam rangkaian tersebut ialah Pembersih Muka Lumino White, penyegar, pati intensif, pelindung UV SPF20 dan krim malam.

Wajah bersinar

Pembersih muka Lumino White berfungsi menanggalkan mekap, kotoran dan minyak berlebihan selain membuka pori-pori yang tersumbat.

Ia menjadikan kulit wajah lebih bersih dan cerah bersinar. Sand lily berupaya mengurangkan bintik-bintik hitam serta memperbaiki tona kulit tidak sekata. Pada masa sama Vitamin PP membantu membersihkan kulit dan mengecutkan saiz bintik-bintik pigmentasi.

Selepas membersihkan wajah, aplikasikan penggunaan penyegar kerana ia dapat mengembalikan kelembapan kulit.

Penyegar Lumino White tanpa alkohol yang diperkaya dengan air bunga jagung organik dapat mengoptimumkan proses pembaharuan sel. Aloe vera yang terkandung dalam produk itu berfungsi memberi keselesaan dan melembapkan kulit.

Pati Intensif Lumino White mempunyai kepadatan yang ringan mampu bertindak dari dalam untuk meningkatkan kesegaran kulit.

ELIANTO memperkenalkan Lumino White yang dihasilkan mengembalikan kelembapan dan kesihatan kulit.


Di samping itu, ia dapat menghentikan pembentukan melanin dan mencegah pigmentasi kepada kulit wajah. Produk itu juga menentang kesan tekanan dialami pada waktu siang menerusi kebaikan Pro-Vitamin B5 yang mengandungi bahan antioksida bagi melindungi dan melembutkan kulit.

Sinaran cahaya matahari boleh menyebabkan berlakunya beberapa kerosakan kepada kulit wajah. Amalan menggunakan produk pelindung dapat membantu mengurangkan kesan pigmentasi dan kerengsaan pada wajah.

Pelindung UV SPF20 Lumino White melindungi kulit dengan spektrum UVA/UVB yang luas dan ramuan penghalang cahaya matahari.

Ia mengandungi agen penghalang kedutan bagi meningkatkan penghasilan kolagen dan melambatkan proses penuaan.

Sifat antimikrobial pada Caprylyl Glycol dan tindakan antipigmentasi oleh Pro-Vitamin B5 membantu melindungi kulit daripada penuaan pramatang, menghalang pigmentasi dan menjadikan kulit semakin cerah bersinar.

Waktu tidur merupakan tempoh masa terbaik untuk membaiki sel-sel kulit yang rosak. Gunakan krim malam Lumino White yang dapat mencegah penghasilan melanin berlebihan dan melembapkan kulit dengan berkesan. Ia mencerahkan kulit secara menyeluruh dan sekata serta mengurangkan bintik-bintik gelap. Minyak Almond yang ada dalam produk ini mampu melembutkan dan membekalkan khasiat untuk kulit sepanjang hari. Selain itu, Shea Butter berfungsi melambatkan proses penuaan. Ciri-ciri antioksida dalam Vitamin E pula melindungi kulit daripada sinaran UV sementara pencerah kulit ekstrak tumbuhan Alpine berupaya mengecutkan dan mengurangkan pigmentasi semasa tidur.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cita rasa autentik Thai

Posted:

Cita rasa autentik Thai

Cita rasa autentik Thai

Oleh LILY YEAN

ALFRED menawarkan sajian cita rasa asli Thai sesuai untuk golongan sederhana.


KEENAKAN sajian Thai mudah menambat selera segenap lapisan masyarakat di negara ini. Hidangannya yang pedas dan masam menyebabkan ramai yang kecur air liur apabila membayangkan kelazatan tom yam.

Menyedari populariti dan permintaan tinggi hidangan Thai di Malaysia, Pengurus Restoran Golden Orchid Oriental Thai Cuisine, Alfred Foo, 33, cuba mengetengahkan hidangan yang mengekalkan cita rasa Thai asli bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Katanya, keenakan cita rasa masakan Thai yang sebenar dapat dinikmati kerana restoran tersebut menggunakan khidmat chef yang didatangkan khas dari negara Gajah Putih itu.

"Tukang masak dari Thailand dipilih bagi mengekalkan rasa asli masakan tradisi negara tersebut selain memastikan pelanggan yang datang berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.

"Selain itu, pekerja kami juga terdiri daripada rakyat tempatan bagi memastikan tiada sebarang masalah komunikasi antara pekerja dan pelanggan," katanya ketika ditemui Kosmo! di restorannya di Damansara Jaya baru-baru ini.

Menurut Alfred, antara masakan Thai yang menjadi pilihan pelanggan ialah tom yam, kari hijau, kerabu mangga, ikan keng som, sambal udang petai dan kari merah ayam.

"Hidangan kerabu mangga sering menjadi pilihan sebagai juadah pembuka selera memandangkan ia rangup dan tidak memuakkan. Selain itu, pelanggan juga menggemari hidangan klasik Thailand iaitu tom yam dan kari hijau yang boleh didapati dalam pilihan daging atau ayam.," ujarnya.

Tambahnya, bagi pengunjung yang menggemari rasa pedas dan masam, boleh mencuba juadah ikan keng som yang pastinya menjanjikan rasa asli Thai yang unik dan lazat.


RESTORAN Golden Orchid Oriental Thai Cuisine di Damansara, Petaling Jaya mengalu-alukan kedatangan pengunjung.


"Ikan stim ala Thai ini dihidangkan di atas periuk dengan api kecil bagi mengekalkan kesegaran ikan," katanya.

Jelas Alfred, Restoran Golden Orchid Oriental Thai Cuisine turut menawarkan makanan set tengah hari pada harga berpatutan yang jauh lebih murah berbanding dengan restoran lain yang menjual makanan khusus.

"Kami menawarkan set makanan tengah hari dari RM9.90 hingga RM13.90 termasuk minuman dan buah-buahan.

"Harga yang ditawarkan ini jauh lebih rendah berbanding restoran lain yang menjual makanan khusus seperti kami. Ini amat sesuai bagi golongan yang berpendapatan sederhana," tambahnya.

Dari segi makan malam pula, harga yang ditawarkan juga tidak mahal. Pelanggan hanya perlu berbelanja antara RM30 hingga RM40 untuk menjamu makanan kegemaran mereka.

Restoran Golden Orchid Oriental Thai Cuisine beroperasi dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan waktu perniagaan dilanjutkan dari pukul 5.30 petang hingga 10 malam pada setiap hari Ahad hingga Khamis. Masa perniagaan bagi hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum pula bermula dari pukul 5.30 petang hingga 11 malam.

Untuk maklumat lanjut layari facebook.com/mygoldenorchid/info.

Nilai warisan seni oud

Posted:

Nilai warisan seni oud

Nilai warisan seni oud

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

BUKU Oud Warisan Seni Dari Timur Tengah dikaryakan hasil daripada pengalaman lebih 10 tahun Raja Zulkarnain bermain oud.


MEMBUKA helaian demi helaian buku bertajuk Oud Warisan Seni Dari Timur Tengah amat mengujakan terutamanya bagi sesiapa yang mungkin tidak mengenali apa itu oud.

Merupakan salah satu peralatan muzik klasik dari Asia Barat, oud dalam bahasa Arab bermaksud kayu iaitu ranting atau tangkai mudah lentur. Dalam erti kata lain, ia bermakna sepotong kayu.

Di nusantara termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, oud juga dikenali sebagai gambus. Ironinya, oud dan gambus ialah dua peralatan muzik berbeza meskipun rupanya hampir sama.

Menurut penulisnya, Raja Zulkarnain Raja Mohd. Yusof, 41, buku itu dihasilkan bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai oud dengan lebih mendalam kepada masyarakat.

"Di Malaysia, kita mengenali oud sebagai gambus yang popular di Johor, namun hakikatnya ia dua benda yang berbeza. Atas sebab itulah saya mengambil inisiatif menulis buku Oud Warisan Seni Dari Timur Tengah berdasarkan pengalaman sepanjang belajar kesenian oud di Mesir," kata Raja Zulkarnain ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1971, Raja Zulkarnain mula mengenali oud ketika melanjutkan pengajian di Institut Persembahan Muzik Kontemporari, London, England dalam jurusan Persembahan Gitar selama dua tahun bermula 1998 hingga 2000.

Selepas tamat belajar, Raja Zulkarnain masih menetap di London dan ketika itulah beliau terpandang oud di sebuah kedai muzik di sana.

"Pandangan kali pertama terus membuatkan saya jatuh cinta lantas membelinya pada harga RM1,800. Kemudian, pemilik kedai memperkenalkan saya dengan guru muzik dari Iraq yang mahir dalam kesenian oud.

"Apabila pulang ke Malaysia pada tahun 2003, saya bekerja sebagai ahli muzik di Majlis Perbandaran Subang Jaya. Di situlah saya terjumpa dengan Allahyarham Fadzil Ahmad yang digelar Raja Gambus yang seterusnya melantik saya menjadi tutornya di Akademi Seni Kebangsaan yang kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)," terang Raja Zulkarnain.

Pada 2004, Raja Zulkarnain merantau ke Kaherah, Mesir selama tiga bulan untuk mendalami muzik di sebuah tempat bernama Bayt el-Oud Oud. Ia merupakan sekolah pondok untuk sesiapa yang berminat mempelajari kesenian oud.


CINTA Raja Zulkarnain terhadap alat muzik oud membawanya banyak mengembara ke Mesir.


Selepas itu, setiap tahun Raja Zulkarnain tidak pernah melepaskan peluang untuk berbuat demikian apabila tiba cuti semester di Aswara. Di sana dia banyak menimba ilmu tentang oud dari Naseer Shamma, seorang guru muzik berpengalaman dari Iraq, Nehad Sayed dan Mustafa Antar (Mesir).

"Boleh dikatakan, semua bahan yang diperoleh dikumpulkan dalam tempoh 10 tahun termasuk sejak saya berada di London.

"Buku ini mengemukakan satu informasi padat berkenaan alat muzik oud untuk memberi pendedahan dan pengetahuan khusus dalam kaedah pembelajaran serta permainan yang lebih teratur," jelas bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Merangkumi beberapa bab termasuk sejarah asal, cara pembuatan, gaya permainan dan teori muzik dari Asia Barat, buku itu sesuai untuk dibaca oleh semua penggemar alat muzik unik tersebut.

Buku itu telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan mula dipasarkan pada Januari lalu. Ia dijual pada harga RM35 senaskhah di Semenanjung Malaysia manakala RM40 bagi Sabah dan Sarawak.

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Raja Zulkarnain melalui e-mel di zulkarnainyusof@gmail.com atau laman sosial Facebook di group page Oud: Warisan Seni Dari Timur Tengah.

Kasut merah jambu Barbie

Posted:

Kasut merah jambu Barbie

Kasut merah jambu Barbie

Oleh NIZHA PERIASWAMY


KASUT balet merah jambu yang dipakai Kristyn akan membawanya ke dunia fantasi baharu.


BARBIE Entertainment baru-baru ini mengeluarkan cakera video digital (DVD) bertajuk Barbie In The Pink Shoes. yang mengisahkan perjalanan hidup seorang penari balet, Kristyn Farraday.

Dalam filem itu, watak Kristyn dibawakan oleh Barbie merupakan seorang penari balet yang mempunyai impian besar.

Impian Kristyn adalah untuk mementaskan tarian di sebuah pentas besar yang diiktiraf ramai. Suatu hari sekolah tariannya dibawa menyertai satu sesi latihan tarian milik sebuah syarikat tarian terkenal. Ketika itu, Kristyn mendapati kasut baletnya koyak.

Kristyn dan rakannya, Hailey menuju ke sebuah pusat beli-belah untuk mendapatkan kasut baharu dan menemui sepasang kasut berwarna merah jambu yang bersinar-sinar di atas rak kasut.

Apabila mereka memegang kasut berkenaan, Kristyn dan Hailey telah dibawa ke sebuah dunia magis yang diperintah oleh seorang wanita jahat, Snow Queen.

Terjebak dalam dunia itu, Kristyn dan Hailey berubah menjadi penari balet dari Giselle dan Swan Lake. Mereka perlu menari balet bagi menentang kejahatan Snow Queen. Menariknya, mereka turut dibantu oleh seorang lelaki kacak, Prince Siegfried.

Dalam pementasan tersebut, Kristyn telah menyarungkan kasut merah jambu yang membawa imej balet Giselle dan Swan Lake.

Patung Krisytn yang melalui transformasi dalam kasut merah jambu kini boleh didapati di pasaran.

Ia dilengkapi elemen-elemen khas seperti pakaian Kristyn boleh ditukar hanya dengan memusingkan patung tersebut.

Selain itu, watak Giselle juga mempunyai keunikan tersendiri terutama dari segi pakaian, warna dan lengkap bertiara.

Patung Barbie watak Kristyn boleh didapati pada harga RM89.90 manakala Giselle RM59.90. Watak tambahan, Prince Siefried pula berharga RM54.90.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Berlakon bukan sebab duit

Posted:

Berlakon bukan sebab duit

Berlakon bukan sebab duit

KERJAYA tetap sebagai penganalisis pelaburan di sebuah bank terkenal di ibu kota Kuala Lumpur memaksa pelakon Redza Minhat bijak menguruskan waktu dan membahagikan dua dunia.

Buktinya, sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini memaksa bintang utama filem KIL itu memperuntukkan seketika ruang masa selepas waktu pejabat untuk ke Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Melewati pukul 7 malam, Redza atau nama sebenarnya Shah Redza Minhat, 30, tiba bersama pasangan pelengkap filem KIL, Cristina Suzanne Stockstill.

Pastinya kekangan masa yang merantai Redza melewati perjalanan seninya selama lebih lima tahun menyebabkan ramai pihak melabelkan pelakon kelahiran Ayer Tawar, Perak itu sebagai cerewet.

Menjelaskan perkara itu, kata Redza, dia terpaksa meletakkan diri dalam situasi yang tidak terlalu terbuka kerana lakonan bukan kerjaya utamanya.

"Saya bukan cerewet tetapi saya mempunyai tanggungjawab lain selain dunia lakonan. Tengok sahaja fotografi hari ini, kita terpaksa buat selepas pukul 7 malam," getusnya.

Ditanya pula sejauh manakah keterbukaan Redza berhubung kisah peribadi, keluarga dan dunia lain selain berlakon, jawab Redza, dia meletakkan sedikit batasan kepada peminat dan media.

"Perkara peribadi saya letakkan sedikit saja toleransi untuk dipaparkan kepada umum kerana saya tidak begitu selesa membincangkannya kepada umum.

"Tiada apa-apa pun yang menarik mengenai kehidupan saya. Hidup saya normal seperti orang lain, kalau tiada projek teater atau filem saya akan meluangkan masa bersama keluarga, "tuturnya.

Tambah Redza: "Tapi mahu atau tidak orang akan mengenali saya juga akhirnya dan saya perlu menjaga kelakuan serta lebih berhati-hati."

Bagi yang terlepas perkembangan kehidupan Redza, pelakon yang terkenal dengan watak Faqir menerusi filem Pisau Cukur itu telah mempunyai seorang cahaya mata bernama Ali yang kini berusia setahun hasil perkongsian hidup dengan Aidira Khaidir dua tahun lalu.

Kerja percuma

Menyeimbangkan dua dunia iaitu berlakon dan seorang pekerja profesional di sebuah institusi kewangan kata Redza tidak susah asalkan didorong oleh minat.

"Sesetengah orang akan bercuti pada hari minggu tapi tidak bagi saya kerana hanya waktu itu saya berpeluang melakukan perkara yang saya suka iaitu berlakon.

"Saya berlakon bukan untuk duit. Malah, banyak projek saya lakukan secara percuma kerana minat. Kerja tetap saya adalah prioriti. Kadangkala saya terpaksa menolak lima tawaran serentak dalam satu-satu masa," jelasnya.

Redza menyifatkan berlakon memberikannya kepuasan dan pengalaman yang sukar diperoleh daripada bidang lain.

"Seni lakonan memuaskan hati saya dan mencipta kemahiran yang saya tidak boleh dapat dari tempat lain malah berlakon memberikan kesan luar biasa untuk berfikir lebih meluas. Bagi saya, seni itu boleh belajar.

"Saya kagum dengan individu yang hebat berlakon kerana bidang itu membentuk keyakinan dan mencipta perspektif serta jaringan sosial baharu," ujar Redza yang tidak menyifatkan berlakon sebagai kerja separuh masa.

REDZA bergandingan dengan aktres jelita, Cristina Suzanne menerusi filem KIL.


KIL

Berdebar dalam masa sama takut menantikan filem pertama yang meletakkan Redza dalam posisi pelakon utama tidak melemahkan semangatnya untuk terus terbabit dalam bidang seni.

"Banyak reaksi telah timbul sejak filem KIL ditayangkan kepada pihak media. Ada yang mengatakan muka saya dan Cristina terlalu urban dan intipati cerita yang tidak sesuai dengan masyarakat Timur.

"Namun, saya tidak melihat perkara itu sebagai masalah kerana prinsip saya, selagi penonton tidak menyaksikan sendiri sesebuah naskhah filem jangan sesekali membuat spekulasi. Bayar (tiket) dulu barulah kritik!" tegasnya.

Kata Redza sesebuah filem yang mengutip hasil jualan pecah panggung tidak menentukan sesebuah karya itu bagus, memandangkan industri filem tiada kompas tetap untuk dijadikan panduan.

"Kerjaya sebagai pelakon sebenarnya untuk memuaskan hati pengarah, bukannya penonton. Pengarah mengawal segalanya dan penonton tidak boleh terlalu mudah untuk menilai sesebuah filem itu bagus atau tidak.

"Filem tidak menarik adalah cita rasa, bagus atau tidak adalah objektif," katanya.

Kuasa memilih hak mutlak Que

Posted:

Kuasa memilih hak mutlak Que

Kuasa memilih hak mutlak Que

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN


QUE bersama sebahagian pelakon kanak-kanak Budak Johor kini giat menjalani penggambaran telemovie bercorak sukan bola sepak tersebut.


KIRA-KIRA dua tahun lalu, pelakon berbakat besar, Que Haidar pernah meluahkan hasratnya untuk bersara dari dunia hiburan kerana ingin memberi fokus kepada perniagaan dan keluarganya.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 34, telah berubah fikiran apabila kembali beraksi di dalam sebuah telefilem arahan Hashim Rejab iaitu Budak Johor.

Bertemu dengan Que Haidar ketika dia menjalani penggambaraan di Segambut, Selangor baru-baru ini, Que memberikan respons tentang apakah yang membuatkannya ingin kembali berkecimpung di dalam dunia seni yang sudah lebih 20 tahun diceburinya. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Que.

Kosmo!: Que Haidar, kenapakah anda kembali berlakon, terutamanya dalam telemovie?

QUE HAIDAR: Memang saya ada membuat pengumuman itu, tetapi apabila Hashim Rejab datang kepada saya dan tunjukkan skrip telemovie Budak Johor tiba-tiba hati saya terbuka untuk menerimanya. Mungkin jodoh saya bersama naskhah ini kuat (jelas Que sambil ketawa).

Sejauh mana keseriusan anda dalam bidang lakonan sebenarnya? Tidakkah ia memberi impak kepada kerjaya anda kerana dengan kembalinya anda ke dalam dunia hiburan, ia seperti anda cakap tak serupa bikin?

Sebenarnya lakonan adalah jiwa saya. Apabila saya rasa cerita itu bagus dan kebetulan watak yang ditawarkan itu belum pernah saya lakonkan lagi, jadi apa salahnya saya ingin mencuba.

Seperti dalam naskhah ini, saya pertama kali membawa watak jurulatih bola kepada pasukan kanak-kanak bernama Atan. Saya fikir ini sesuatu yang baharu buat saya, jadi saya terima.

Jujurnya, sebelum ini ada juga produksi lain cuba melamar, tetapi saya menolak kerana merasakan tidak sesuai. Bagaimanapun, kali ini tidak kerana kuasa memilih terletak di tangan saya.

Apakah kekuatan cerita Budak Johor ini sehingga membuatkan hati anda terbuka?

Pertama sekali apabila saya membaca skrip cerita ini, saya dapat rasakan yang jalan cerita ini ada persamaan seperti filem kesukaan saya iaitu Kami lakonan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Ia tentang semangat juang untuk berjaya. Sebab itu saya tidak memerlukan masa yang lama untuk bersetuju berlakon telefilem ini.

POTRET keluarga. Que dan Linda bersama tiga permata hati mereka (dari kiri), Tengku Ratu Haidar, Qalif Khan dan Tengku Cleopatra Haidar.


Jadi selepas ini, jika ada pengarah lain ingin mengambil anda untuk berlakon di bawah arahan mereka, adakah anda akan mempertimbangkannya?

Ya, tengoklah bagaimana kerana saya akan lebih memilih dan demand dengan watak yang ditawarkan. Sebenarnya, saya ingin sekali digandingkan dengan pelakon hebat seperti Sidi Oraza dan Ellie Suriati. Jika ada yang tawarkan gandingan ini, saya tidak mungkin menolaknya.

Selepas telefilem ini, adakah mana-mana lagi tawaran berlakon yang telah anda terima?

Ada, tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan. Jika tiada apa-apa halangan saya mungkin berlakon di bawah arahan pengarah filem Bunohan iaitu Din Said. Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan untuk berlakon di bawah arahan beliau dan nampaknya hasrat saya seperti menjadi kenyataan. Tunggu sahaja pada hujung tahun ini.

Menyentuh mengenai kehidupan peribadi bersama isteri (Linda Jasmine), bagaimanakah dengan perkembangan keluarga anda?

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya bahagia bersama mereka. Jika tiada aral, saya dan Linda ingin menghantar anak sulung, Qalif ke Amerika Syarikat pada tahun depan untuk bersekolah di sana dan menetap bersama kakak Linda. Anak kedua, Tengku Ratu pula akan memasuki kelas tarian balet.

Selain berlakon dan menjalankan perniagaan, apa lagi yang sedang anda lakukan sekarang ini?

Tiada. Kalau tiada kerja saya selesa berada di rumah menjaga anak-anak. Walaupun ada dua orang pembantu rumah, saya dan Linda akan bergilir-gilir untuk memastikan salah seorang daripada kami duduk di rumah. Bergantung kepada kesibukan masing-masing.

Zahid kahwin 7 Jun

Posted:

Zahid kahwin 7 Jun

Zahid kahwin 7 Jun

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ZAHID dan Sarah Julifa mula berkenalan pada sambutan Aidilfitri tahun lepas.


MENJAWAB segala teka-teki yang selama ini bermain-main di minda peminat, juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada awal bulan Jun nanti.

Kata Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 32, dia akan mengahwini gadis bernama Sarah Julifa Jusoh yang telah dikenalinya setahun lalu.

"Ya, memang benar saya akan berkahwin tidak lama lagi. Kami telah berkenalan sejak tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin pada 7 Jun ini.

"Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan.

"Kemudian, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak," ujarnya yang ditemui ketika sidang akhbar pengumuman Akademi Fantasia 2013 di The Venue, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkenalan di Twitter

Menurut Zahid lagi, persiapan menjelang hari bahagianya telah dilakukan serba sedikit, biarpun agak kelam-kabut kerana ia dilakukan pada saat akhir.

"Saya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan inilah masa yang paling sesuai. Saya berharap tidak akan timbul sebarang masalah selepas ini," katanya.

Perkenalan antara Zahid dan Sarah Julifa, 25, bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter.

Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.

Gulai lemak ayam

Ditanya akan kriteria gadis itu yang telah menambat hatinya, jawab Zahid sikap Sarah Julifa yang memahami kerjayanya sebagai seorang artis mengeratkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.

"Dia seorang yang sangat memahami kerjaya saya dan mampu berdikari. Tanpa disedari dia sekali gus telah mengubah kehidupan saya menjadi lebih teratur dan pandai menguruskan masa. Memang dia memiliki peranan sebagai seorang isteri yang selama ini saya cari," katanya.

Zahid menjelaskan mereka mungkin bertunang sama ada sehari atau hari yang sama sebelum bernikah kerana ingin mengelakkan hubungan mereka menjadi terlalu lama.

"Saya malas bercinta lama-lama kerana saya tahu akan timbul banyak cabaran. Dia telah lulus ujian pertama saya untuk memasak gulai lemak ayam dan saya teruja menantikan hari bahagia saya bersamanya," luah Zahid.

Sebelum ini, penyampai radio Era FM itu pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan penyanyi Nita Hamzah sebelum digosipkan akan berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang, Tengku Nurul Mardiana namun, Zahid menepis semua dakwaan itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved