Sabtu, 25 Mei 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Empat kaki pancing hilang di laut

Posted:

Empat kaki pancing hilang di laut

Empat kaki pancing hilang di laut

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

NUR SYAKIRAH bersama dua anaknya menunjukkan gambar suaminya, Mohd. Osman ketika ditemui di Tumpat, Kelantan semalam.


TUMPAT – Empat kaki pancing dilaporkan hilang di laut selepas keluar memancing dengan menaiki sebuah bot sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, dua daripada mereka merupakan adik-beradik bersama sepupu dan seorang rakan mereka.

Menurutnya, mereka ialah Mohd. Fadzuan Suhaimi, 25, dan adiknya, Mohd. Firdaus, 18, berasal dari Kampung Dalam Rhu, sepupu mereka, Mohd. Osman Mohamad, 36, dari Kampung Morak dan pemandu bot, Mohd. Masdi Che Hassan, 39, dari Kampung Kutan dekat sini.

Jelasnya, mereka berlepas pada pukul 2 pagi Jumaat lalu dari jeti Kampung Dalam Rhu di sini dengan menaiki bot yang diperbuat daripada fiber.

"Sehingga kini mereka masih gagal ditemui dan operasi mencari sedang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubur dan Maritim Malaysia (APMM)," katanya ketika dihubungi.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubur, Asisten Superintendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, gerakan mencari mangsa dijalankan sejak pukul 8.30 pagi semalam di perairan negeri ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis kenal pasti suspek bunuh peraih ikan

Posted:

Polis kenal pasti suspek bunuh peraih ikan

Polis kenal pasti suspek bunuh peraih ikan

KOTA BHARU – Suspek kes tembak seorang peraih ikan yang baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Putih malam Khamis lalu telah dikenal pasti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd. Rahim, memberitahu, pihaknya kini sedang giat berusaha mengesannya.

"Polis telah mengenal pasti suspek kejadian ini dan saya berharap semua bersabar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Kosmo! Ahad semalam.

Sebelum ini, Jalaluddin di dalam kenyataannya memberitahu, polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan kejadian yang menimpa mangsa ada kaitan dengan unsur balas dendam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

KDN banteras ‘tentera siber’ sebar fitnah

Posted:

KDN banteras 'tentera siber' sebar fitnah

KDN banteras 'tentera siber' sebar fitnah

BAGAN DATOH – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

"Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved