Khamis, 11 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pemimpin hati batu yang sensitif

Posted:

Pemimpin hati batu yang sensitif

Pemimpin hati batu yang sensitif

BARANGKALI lakonan Meryl Streep dalam filem The Iron Lady pada tahun 2011 cukup kuat bagi menggambarkan rentetan hidup Margaret Thatcher.

Filem arahan Phyllida Lloyd itu berjaya mengangkat Streep sebagai penerima Oscar pada Anugerah Academy Ke-84, Anugerah Golden Globe Ke-69 dan Anugerah Akademi Seni Filem dan Televisyen British Ke-65 (BAFTA) bagi kategori pelakon wanita terbaik.

Watak Wanita Besi Britain yang sinonim kepada bekas Perdana Menteri wanita pertama Britain, Thatcher, dibawa Streep dengan efektif.

Di layar perak, Thatcher digambarkan sebagai seorang wanita yang melalui kesepian hidup sebagai warga emas. Halusinasi terhadap suaminya, Denis Thatcher mengisi hampir keseluruhan filem itu menunjukkan betapa teguhnya kasih wanita itu terhadap Denis yang meninggal dunia pada 26 Jun 2003.

Isnin lalu, 8 April 2013, Thatcher, 87, mengikut jejak suaminya. Wanita yang menjadi perlambangan kepada perubahan drastik ekonomi Britain itu menghembuskan nafas terakhir ekoran serangan strok di Hotel Ritz, London.

Menerusi The Iron Lady, sisi peribadi dan profesional Thatcher dirungkai dengan bernas. Permulaan sebagai anak gadis peniaga kedai runcit yang diberi peluang dalam dunia politik Britain membuktikan azam Thatcher dalam mengejar cita-citanya sebagai ahli politik.

Kebebasan berpolitik

Sebelum menerima lamaran Denis pada tahun 1951, Thatcher menetapkan syarat kepada Denis agar beliau diberi kebebasan berpolitik dan enggan menjadi suri rumah sepenuh masa. Syarat yang dipersetujui itu kemudiannya memberikan pasangan itu sepasang kembar, Mark dan Carol Thatcher pada tahun 1953.

Dalam satu babak, Thatcher (Streep) cuba melawan rayuan dua anaknya yang ingin mengikutnya ke tempat kerja. Situasi itu menunjukkan bahawa hati Thatcher masih tergugat dengan pujukan anak-anaknya namun tetap mengutamakan tanggungjawab terhadap profesionnya.

Enam tahun sebelum Thatcher diangkat sebagai Perdana Menteri Britain, beliau muncul dalam satu rancangan bual bicara di sebuah stesen televisyen, Val meets the V.I.P terbitan BBC TV. Katanya: "Saya tidak akan berpeluang melihat seorang wanita menjadi Perdana Menteri."

Kenyataan itu kemudiannya dijadikan wadah Parti Konservatif yang diketuai Thatcher bermula tahun 1975 untuk direalisasikan. Hasilnya, Parti Konservatif yang merupakan pihak pembangkang ketika itu menang mudah pada pilihan raya 3 Mei 1979, sekali gus memahat nama Thatcher selaku Perdana Menteri wanita pertama di Britain.

Dalam dunia realiti, kewibawaan Thatcher sebagai Perdana Menteri mula dicabar pada awal tahun 1980-an. Tahap pengangguran yang tinggi, masalah kewangan dan sosial Britain yang gagal ditangani Parti Buruh yang memerintah sebelum beliau menekan Thatcher untuk bertindak.

Mungkin kekacauan di Kepulauan Falkland yang tercetus antara Argentina dan Britain menjadi titik tolak bagi Thatcher menunjukkan bahawa beliau bukan pemimpin sembarangan.


RATU ELIZABETH II (kiri) berbual dengan Thatcher (kanan) pada majlis pembukaan bahagian baharu Galeri Potrait Negara di London.


Pada 2 April 1982, tentera Argentina berjaya menawan Kepulauan Falkland dan Thatcher didesak membuat keputusan pantas. Menolak idea rundingan damai, Thatcher mengarahkan Menteri Pertahanan Britain ketika itu, Sir John Nott, melancarkan serangan balas.

"Kita tidak akan beri muka kepada mereka (Argentina). Ketegangan ini dimulakan mereka dan kita akan mengakhirinya," tegas Thatcher yang akhirnya memaksa Argentina menyerah kalah pada Jun 1982 selepas digempur tentera Britain.

Wanita tegas

Meskipun tegas dalam membuat keputusan, kelembutan seorang wanita yang ada pada diri Thatcher masih ketara. Ketika tentera Britain bergadai nyawa di medan Perang Falkland, Thatcher dilihat menangis di belakang pentas selepas menyampaikan pengumuman rasmi berkenaan perang tersebut.

Dikhabarkan, belum pernah seorang Perdana Menteri Britain menitiskan air mata kerana negaranya. Thatcher ialah satu-satunya yang berjiwa sensitif namun masih dilabel sebagai pemimpin berhati batu dalam kalangan penduduk Britain.

Populariti Thatcher melonjak susulan kejayaan Britain menumpaskan Argentina. Rakyat Britain terus meletakkan kepercayaan kepada Thatcher pada pilihan raya umum 9 Jun 1983.

Era kegemilangan Thatcher berterusan apabila sekali lagi memenangi pilihan raya umum pada 11 Jun 1987. Selama tiga penggal berturut-turut, wanita dari Grantham, England itu menghuni kediaman rasmi Perdana Menteri Britain di No. 10, Downing Street, London.

Namun, percubaan Thatcher memperkenalkan cukai kepala mula mencalar kepimpinannya. Usul itu telah mencetuskan rusuhan cukai kepala dalam kalangan rakyat Britain pada bulan Mac 1990.

Berundur diri

Kesan daripada itu membuatkan Kabinet partinya sebulat suara menentang Thatcher. Ketegasan dan semangat perjuangan Thatcher terhenti selepas beliau memutuskan untuk mengundur diri sebagai Perdana Menteri Britain pada 28 November 1990.

"Beliau telah mengangkat martabat wanita di Britain ke tahap membanggakan. Budi Thatcher terhadap negara ini teramat besar dan saya rasa tidak sewajarnya anggota partinya berpaling tadah dan cuba menyingkirkannya.

"Selain Winston Churchill, Thatcher merupakan Perdana Menteri terhebat yang pernah Britain miliki sepanjang abad lepas," kongsi pembantu peribadi Thatcher, Cynthia Crawford yang memegang jawatan itu sejak tahun 1978.

BEKAS Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat Thatcher di pejabat beliau pada tahun 1993.


Tidak disangkal, Thatcher merupakan seorang wanita yang cantik. Dengan ketinggian 166 sentimeter, wanita bermata biru dan berambut perang itu memiliki cita rasa fesyen yang tinggi.

Setiap kali mesyuarat Kabinet diadakan, dewan dipenuhi dengan golongan lelaki yang menggayakan sut formal hitam.

Sudah tentu, sebagai seorang perempuan, hanya Thatcher dilihat berkasut tumit tinggi, menyarung blaus dan skirt serta menjinjit beg tangan Asprey.

Menurut Crawford, Thatcher selesa dengan imej feminin. Beliau tidak pernah sekali memakai seluar sehingga ke penghujung hidupnya. Thatcher gemar berpakaian formal dan kemas walaupun berada di rumah.

Dedah Crawford: "Thatcher mempunyai pakaian kasual yang amat sedikit. Malah beliau juga mengikuti perkembangan fesyen semasa terutama pada era 1980-an. Ketika itu sut wanita dengan pelapik bahu tebal menjadi kegilaan dan Thatcher bersetuju agar pakaian rasminya menjelang pilihan raya 1987 dihasilkan label pakaian Aquascutum.

"Sebagai anak kepada tukang jahit, Thatcher amat arif tentang selok-belok jahitan. Beliau sendiri memberi perincian kepada tukang jahit bagaimana pakaiannya perlu dijahit dan di mana kelepet boleh dibuat.

"Setiap busana mempunyai nama tersendiri. Kebanyakannya dipetik dari tempat di mana beliau pertama kali memakainya. Misalnya, Madrid Pink dan Prague Green. Ia memudahkan saya memilih busana yang hendak dipakai Thatcher pada masa akan datang."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


500,000 terputus bekalan air

Posted:

500,000 terputus bekalan air

500,000 terputus bekalan air

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my

BONGKAH penapis air yang roboh menimpa saluran paip air sehingga pecah di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Setengah juta penduduk di ibu negara dan Gombak dijangka mengalami gangguan bekalan air selama seminggu ekoran paip pecah yang berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak dekat sini kelmarin.

Pengarah Eksekutif Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Yusof Saroji berkata, saluran paip berukur lilit 200 sentimeter yang mendapat bekalan air dari kawasan tadahan air di Kolam Air Dusun Kubung di Selayang dan membekalkan air sehingga ke Wangsa Maju itu pecah pada pukul 10 malam.

"Hujan lebat malam tadi (kelmarin) menyebabkan arus sungai di Batu Caves deras dan menghakis tanah di kawasan tebing sungai tersebut.

"Hakisan itu turut menyebabkan bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran itu pecah," kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian semalam.

Menurut Yusof, kerja-kerja baik pulih dijangka siap hari ini tetapi bekalan air hanya akan pulih secara berperingkat-peringkat dalam tempoh seminggu.

Paip itu membekalkan bekalan air kepada 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kos haji naik, tambang kekal

Posted:

Kos haji naik, tambang kekal

Kos haji naik, tambang kekal


GAMBAR menunjukkan jemaah haji berkumpul di Mina untuk melakukan ibadah melontar jamrah.


JEDDAH - Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dijangka meningkat.

Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Ismee Ismail menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 bagi seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 pada tahun lepas bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.

Ismee yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata, pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu, sekali gus meningkatkan kos sebenar haji.

Katanya, selaras dengan pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah pada musim haji yang lalu sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan dan lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini pada Rabu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Datuk Seri anggota Geng 36

Posted:

Datuk Seri anggota Geng 36

Datuk Seri anggota Geng 36

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

GOMBAK – Penahanan ke atas seorang lelaki bergelar Datuk Seri pada 1 April lalu selepas disyaki menyalurkan dana kepada pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah membongkar satu lagi rahsia lelaki itu apabila dia dikatakan menjadi anggota kumpulan gengster bergelar Geng 36.

Perkara itu terbongkar selepas polis menyoal siasat tiga suspek kes bunuh di Selayang Baru, Selangor pada 23 Mac lalu. Mereka diberkas pada hari Datuk Seri itu ditahan di kawasan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Sumber berkata, walaupun berada dalam kumpulan yang sama, Datuk Seri tersebut mengetuai satu unit berlainan dengan tiga suspek tersebut.

Katanya, siasatan lanjut mendapati tiga suspek kes bunuh berusia antara 30 hingga 40 tahun itu tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan Datuk Seri tersebut dengan pengganas Sulu.

Ketiga-tiga suspek itu kini direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga Sabtu ini.

Difahamkan, mereka akan diserahkan kepada polis Sentul berkaitan kes bunuh yang berlainan di Jinjang, Kepong.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Demi bola sepak Johor

Posted:

Demi bola sepak Johor

Demi bola sepak Johor

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

Sultan Ahmad Shah


TINDAKAN yang saya ambil adalah untuk kebaikan dan kemajuan sukan bola sepak negeri Johor."

Demikian penjelasan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengenai tindakan baginda menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan dua perenggan yang dihantar kepada semua media malam tadi, Tunku Ismail bertitah, baginda bersetuju menerima semula jawatan sebagai Presiden PBNJ setelah menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang minggu lalu yang meminta baginda menarik balik keputusan meletak jawatan.

"Nasihat serta pandangan baginda (Sultan Ahmad Shah) juga mendapat titah perkenan ayahanda saya, Sultan Ibrahim Ismail Su1tan Iskandar," kata baginda.

Baru-baru ini, Sultan Ahmad Shah memaklumkan bahawa Tunku Ismail menerima semula jawatan sebagai Presiden PBNJ selepas dipujuk oleh baginda sendiri, selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim dalam pertemuan hampir sejam yang turut disertai oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Tunku Ismail sebelum ini digantung selama enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M), dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lalu.

Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lalu ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa sebelum Tunku Ismail membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBNJ 3 April lalu.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor, dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Mengulas lanjut, baginda menjelaskan bahawa pendekatan yang dilakukannya itu demi para penyokong Johor yang sentiasa memberi sokongan padu kepada skuad bola sepak negeri tersebut.

"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa pasukan Johor Darul Takzim (DT) telah mengambil pengajaran daripada kesilapan lalu, dan akan diperkukuhkan daripada segenap aspek," titah baginda.

Skuad Johor DT juga akan mengharungi fasa baharu apabila pasukan itu bakal menyaksikan kemasukan pemain-pemain tempatan yang baharu, serta pengambilan beberapa pemain import yang berkualiti.

Sejak Tunku Ismail menerajui PBNJ, bola sepak Johor dilihat kembali meriah apabila penyokong semakin ghairah membanjiri stadium setiap kali skuad dari selatan tanah air itu beraksi.

PBNJ memiliki dua wakil dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan Johor DT beraksi dalam Liga Super dan Johor FA pula bersaing dalam Liga Premier.

Setakat ini, Johor DT menduduki tempat ketiga Liga Super dengan 19 mata manakala Johor FA juga berada di tangga ketiga Liga Premier dengan 22 mata.

Nizaruddin dalam radar ATM

Posted:

Nizaruddin dalam radar ATM

Nizaruddin dalam radar ATM

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


NIZARUDDIN hampir pasti beraksi dengan pasukan ATM.


BEKAS penyerang kebangsaan, Mohd. Nizaruddin Yusof menjadi buruan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum jendela pendaftaran pemain Liga Malaysia (Liga M) ditutup pada 22 April ini.

Pengendali ATM, B. Sathianathan memberitahu, kehadiran Nizaruddin dijangka memberi lebih banyak pilihan buat beliau dalam mengenal pasti jentera serangan terbaik The Gladiators bagi mengharungi baki saingan Liga Super selepas ini.

"Ketika ini, proses bagi mendapatkan khidmat Nizaruddin sedang berjalan lancar dan jika tiada aral, dia akan menyertai kami sebelum jendela pendaftaran pemain ditutup," katanya kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, Nizaruddin, 33, sebelum ini pernah bersama Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis sebelum dilepaskan Selangor PKNS musim lalu.

Anak jati Sentul, Kuala Lumpur itu juga pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan apabila kali terakhir mencetak gol bersama Harimau Malaya ketika membelasah Afghanistan 6-0 pada Pestabola Merdeka edisi 2008.

Apa yang pasti, kehadiran Nizaruddin seolah-olah membayangkan resipi Sathianathan yang kekal menaruh kepercayaan terhadap kemampuan tonggak 'kuda tua' apabila memiliki penyerang berusia seperti Hairuddin Omar dan Marlon Alex James.

"Saya percaya Nizaruddin masih memiliki sentuhan penyudah yang berkesan dan bakal menjadi antara watak penting buat kami pada musim ini," katanya.

Mengulas pertemuan menentang Kelantan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu malam esok, Sathianathan mengakui tugas berat menanti anak-anak buahnya apabila mereka kehilangan Shukor Adan, Fitri Omar, G Jeevananthan dan R. Surendran yang digantung perlawanan gara-gara didapati bersalah bertelagah dengan pemain Selangor pada pusingan pertama Piala FA baru-baru ini.

"Saya juga terpaksa merombak pasukan apabila kehilangan Irwan Fadhli Idrus dan Bruno Martelotto yang masih belum pulih daripada kecederaan.

"Prestasi semasa Kelantan juga tidak kurang hebatnya, jadi kami perlu berwaspada," katanya.

Malaysia pilih jumpa Asia

Posted:

Malaysia pilih jumpa Asia

Malaysia pilih jumpa Asia

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


GANDINGAN Chan Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying akan terus diberi kepercayaan menggalas cabaran negara dalam acara beregu campuran.


SKUAD negara mempunyai peluang yang lebih cerah untuk melangkah ke final sekiranya diundi menentang Pilihan Bintang Asia (Asia) pada majlis undian aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 hari ini.

Jurulatih beregu kebangsaan, Paulus Firman berkata, beliau percaya prestasi skuad negara ketika menentang Asia dan Thailand pada peringkat kumpulan boleh dijadikan 'petunjuk' untuk aksi akan datang.

Terdahulu, Malaysia sekadar terikat 2-2 dengan Thailand pada aksi kedua kejohanan di Surabaya pada 22 Mac lepas, sebelum bangkit menewaskan Asia dengan keputusan 3-1 sembilan hari kemudian di Kuala Lumpur.

Berdasarkan pencapaian di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras itu, Paulus berkata, beliau berharap undian yang akan dijalankan pada hari ini bakal mempertemukan skuad negara dengan Asia.

"Saya harap Malaysia akan diundi menentang Asia kerana berdasarkan keputusan yang lepas, kami meraih mata yang lebih baik jika dibandingkan ketika menentang Thailand.

"Ini kerana peluang dilihat lebih baik tetapi jika keputusan undian berbeza mereka juga harus beraksi dengan baik supaya dapat mara ke final," kata Paulus.

Malaysia berada di tangga kedua peringkat kumpulan Piala Axiata selepas meraih 21 mata di belakang Indonesia selaku pemimpin kumpulan dengan 22 mata.

Kedua-dua pasukan ini akan diundi sama ada menentang Thailand (21) atau Asia (16) yang menghuni tempat ketiga dan keempat.

Malaysia menyenaraikan 12 pemain untuk kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.04 juta) itu, antaranya Datuk Lee Chong Wei, Liew Daren, Chong Wei Feng, Sonia Cheah Su Ya, Tee Jing Yi, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Lim Yin Loo, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong.

Begitupun, Chong Wei tidak akan beraksi kerana dia mahu meluangkan masa bersama isterinya, Datin Wong Mew Choo yang dijangka melahirkan anak pertama mereka pada hari ini.

Ketiadaan Chong Wei sekali gus menceriakan pasukan Indonesia, Thailand dan Asia kerana perseorangan lelaki mereka tidak perlu berhadapan dengan jaguh No. 1 dunia itu.

Sementara itu, pengurus pasukan Asia, Greg Kim Hong Gi percaya Indonesia dan Malaysia akan lebih rasa tertekan menjelang aksi separuh akhir esok.

"Saya tidak mahu membebankan pemain-pemain saya dengan tekanan kerana saya yakin yang sedang tertekan bukan kami tetapi pasukan-pasukan lain.

"Bagaimanapun, kami akan lihat dahulu undian itu nanti sama ada bertemu Indonesia atau Malaysia dan kami juga tidak boleh lari daripada kedua-dua pasukan ini," kata Greg.

Dalam pada itu, Pengarah Hal Ehwal Luar Negeri Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Bambang Roedyanto berkata, Indonesia mempunyai peluang mempunyai peluang lebih baik daripada Malaysia.

"Jika kami bertemu Malaysia di final, jadi kami akan cuba untuk memenangi semua perlawanan. Kemenangan beregu Indonesia (Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan) menewaskan Kien Keat-Boon Heong pada Terbuka Australia telah meningkatkan keyakinan kami.

"Kami belum menentukan barisan pemain tetapi saya pasti pemain yang terbaik akan berada di gelanggang," kata Roedyanto.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Keterujaan pengundi kali pertama

Posted:

Keterujaan pengundi kali pertama

Keterujaan pengundi kali pertama

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

PASTIKAN anda menyemak daftar pemilih di laman web SPR sebelum tarikh pengundian.


SERAMAI 2.5 juta daripada keseluruhan 13.3 juta orang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan pemilih baharu.

Berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan ia mewakili 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.

Golongan muda dilihat bakal memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang dalam PRU-13 bagi 222 kawasan Parlimen dan 505 kawsasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak termasuk Sarawak.

Jumlah tersebut menunjukkan undi kumpulan itu mampu memberi kesan besar kepada parti-parti yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

Justeru, Kosmo! meninjau pandangan pengundi muda yang mengundi buat pertama kali pada PRU-13 ini.

Tan Peng Koon, 26, yang termasuk dalam golongan itu sangat teruja untuk membuang undi buat kali pertama.

Tunai tanggungjawab

Dia yang bekerja di Singapura sanggup mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman di Chukai, Kemaman, Terengganu.

"Peluang mengundi tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana ia menentukan nasib negara pada masa depan.

"Saya juga mendapatkan maklumat berkaitan pilihan raya terutama dalam internet bagi memastikan pilihan yang dibuat nanti tepat," katanya.

Seorang pelajar dari Padang Besar, Perlis, Siti Nur Fathirah Adnan, 24, juga tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila mengetahui namanya termasuk dalam senarai pengundi.

"Saya bersyukur kerana sudah boleh keluar membuang untuk sekali gus menunaikan tanggungjawab kepada negara. Pada masa sama, saya juga rasa gementar kerana takut tersalah membuat pilihan.

"Saya berharap pemimpin yang memperoleh mandat pada PRU-13 ini dapat melakukan perubahan dan penambahbaikan kepada rakyat," ujarnya.

Bagi gadis yang berasal dari Ipoh, Perak, Nur Amira Noor Kamal, 23, pula sudah tidak sabar untuk mengundi pada pilihan raya kali ini.

"Peluang untuk membuang undi besar ertinya pada diri saya kerana satu undi boleh mencorakkan landskap politik negara.

"Saya berharap rakyat Malaysia yang lain turut keluar mengundi sekali gus menunaikan hak dan tanggungjawab kepada negara," jelasnya.

Nurul Atiqah Ismail, 22, pula sanggup menangguhkan segala program yang dirancang semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

"Apabila tarikh pengundian ditetapkan, saya pasti keluar mengundi dan akan menangguhkan aktiviti-aktiviti lain.


GOLONGAN muda merupakan golongan terbesar daripada keseluruhan pengundi baharu yang layak mengundi pada PRU-13 ini. - Gambar hiasan.


"Saya juga akan menonton YouTube tentang hari pengundian bagi mengetahui suasana pada hari tersebut dan perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Selain itu, saya turut mencari maklumat dan membaca berkaitan isu-isu yang dibangkitkan oleh parti-parti bertanding," katanya yang berasal dari Bangi, Selangor.

Sementara itu, Pensyarah kanan Fakuti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Prof. Madya Dr. Ismail Sulaiman berkata, pengundi baharu perlu bijak menilai bagi memperoleh manfaat daripada keputusan yang dibuat kelak.

"Pastikan maklumat yang diterima daripada sumber sahih dan membuat keputusan berdasarkan fakta yang rasional dan realistik.

"Pengundi baharu harus memastikan kad pengenalan sentiasa dibawa bagi membolehkan mereka mengundi. Jangan beri kad pengenalan kepada pihak yang diragui statusnya," ujarnya.

Selain itu, katanya, pengundi baharu juga perlu memastikan lokasi pusat membuang undi.

Bagi pengundi yang menetap di luar kawasan, mereka hendaklah merancang dengan baik perjalanan pergi dan balik.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sepanyol terus unggul dengan status pasukan terbaik dunia

Posted:

Sepanyol terus unggul dengan status pasukan terbaik dunia

Sepanyol terus unggul dengan status pasukan terbaik dunia

11/04/2013 8:24pm

KUALA LUMPUR - Juara Euro 2012, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,538 mata berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola

Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Jerman dan Argentina turut mempertahankan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,428 dan 1,292 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - Bernama

Harimau Malaya naik satu anak tangga ranking terbaharu FIFA

Posted:

Harimau Malaya naik satu anak tangga ranking terbaharu FIFA

Harimau Malaya naik satu anak tangga ranking terbaharu FIFA

11/04/2013 8:21pm

KUALA LUMPUR - Kemenangan tipis 2-1 ke atas Yemen pada saingan Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam bulan lepas, membolehkan skuad Harimau Malaya naik satu anak tangga dalam kedudukan ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Datuk K.Rajagobal naik ke tangga 163 bulan ini berbanding 164 bulan lepas.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 dunia sebelum turun satu anak tangga sebulan kemudian.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Kepulauan Faroe (161), Kepulauan Solomon (162), Bermuda (164) dan Chad (166).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (132), Thailand (140), Filipina (143) dan Myanmar (155).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara. - Bernama

Misha Omar bakal jayakan teater, kahwin tahun hadapan

Posted:

Misha Omar bakal jayakan teater, kahwin tahun hadapan

Misha Omar bakal jayakan teater, kahwin tahun hadapan

11/04/2013 7:55pm

KUALA LUMPUR - Penyanyi Misha Omar menyatakan dia akan tetap mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan setelah tertangguh sebelum ini, katanya yang ditemui di majlis sidang akhbar teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, di sini hari ini.

Misha berkata, antara faktor yang menyebabkan rancangan perkahwinan dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly tertangguh kerana kesibukan jadual kerjaya masing-masing.

"Sepatutnya kami berkahwin pada September 2012, tetapi ia tidak terlaksana kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa membuat persiapan dan tahun ini kami masih lagi sibuk. Jadi, saya berharap agar kami berdua akan dapat disatukan pada tahun hadapan," ujarnya.

Teater Nyonya & The Gang arahan Rosminah Mohd. Tahir dan Siti Rohayah Attan itu bakal dipentaskan pada 14 hingga 20 Jun ini di Istana Budaya. Penonton bakal menyaksikan Misha menjayakannya bersama Amy Mastura, Fara Fauzana, Rozita Che Wan dan Taiyuddin Bakar. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pelajar pekak mengamuk di kolej AS

Posted:

Pelajar pekak mengamuk di kolej AS

Pelajar pekak mengamuk di kolej AS

HELIKOPTER digunakan untuk membawa mangsa serangan Quick ke Hospital Memorial Hermann di Houston, Texas.- AP


CYPRESS, Texas - Seorang pelajar pekak berusia 20 tahun, Dylan Quick menikam 14 orang di kampus Kolej Lone Star Community di sini dalam kejadian yang bermula pukul 11.15 pagi kelmarin.

Pihak berkuasa menyatakan, Quick yang kemudian ditangkap menghadapi tiga dakwaan melakukan serangan di kolej Amerika Syarikat (AS) itu.

Kebanyakan mangsa serangan cedera di muka dan leher. Setakat ini, tiada kematian dalam kejadian itu.

Pihak berkuasa berkata, Quick memberitahu, dia pernah berangan-angan sejak beberapa tahun lalu untuk menikam orang ramai sehingga mati dengan menggunakan pisau lipat.

Quick kemudian ditangkap oleh beberapa rakan pelajarnya selepas mereka bergelut dengannya sebelum ketibaan polis.

Empat orang pelajar yang menangkap Quick ialah Steven Maida, Erik Bertrand, Ryan Ballard dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai James.

Mereka mengejar pelajar tersebut sebelum bertindak menjatuhkan dan menangkapnya.

Kebanyakan mangsa pelajar itu ialah wanita.

Ketika kejadian, ramai pelajar melarikan diri daripada mengelak menjadi mangsa Quick.

Mangsa-mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat.

Motif Quick menikam mangsa itu masih belum diketahui. - Agensi

Kapal nelayan China terkandas di terumbu karang

Posted:

Kapal nelayan China terkandas di terumbu karang

Kapal nelayan China terkandas di terumbu karang


KAPAL nelayan China itu membawa seramai 12 orang.- AFP


MANILA - Sebuah kapal nelayan China ditemui pihak berkuasa Filipina terkandas di kawasan Terumbu Tubbataha di Laut Sulu yang terletak dalam perairan Filipina pada Isnin lalu.

Kapal itu yang membawa 12 orang nelayan dipercayai dari Fujian.

Sebelum ini sebuah kapal tentera pembersih periuk api, USS Guardian turut terkandas di terumbu tersebut.

Semua nelayan China itu yang kini ditahan berdepan hukuman penjara selama 12 tahun dan didenda sehingga AS$300,000 (RM908,999) kerana menangkap ikan secara haram.

Kapal nelayan itu ditunda ke Pulau Palawan.

Terumbu itu telah disenaraikan sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Badan kapal tentera USS Guardian itu telah dipotong dan diangkut dengan kren ke dalam kapal tunda Archon Tide pada 30 Mac lalu selepas ia terkandas sejak 17 Januari lalu. - Agensi

Bangkai harimau kumbang dipijak penduduk di Nepal

Posted:

Bangkai harimau kumbang dipijak penduduk di Nepal

Bangkai harimau kumbang dipijak penduduk di Nepal


SEKUMPULAN orang mengusung bangkai haiwan itu.- AP


GOTHATAR, Nepal - Sekumpulan penduduk yang berang memijak bangkai seekor harimau bintang yang mati ditembak polis di sini semalam.

Mereka memijak bangkai tersebut kerana haiwan tersebut sebelum ini berkeliaran sehingga menyebabkan penduduk hidup dalam ketakutan.

Menurut laporan, seramai 15 orang cedera termasuk tiga anggota polis dan dua pegawai dari Jabatan Perhutanan selepas diserang haiwan itu.

Bangkai haiwan itu juga diarak penduduk yang gembira dengan kematian harimau tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Alasan Pierre pilih Mikail

Posted:

Alasan Pierre pilih Mikail

Alasan Pierre pilih Mikail

BAKAT seni yang mengalir dalam darah keluarga aktor dan pengarah Pierre Andre bukan satu perkara baharu. Ibunya, Khatijah Tan merupakan seorang pelakon terkenal, terbaharu, adiknya Mikail Andre pula terjun ke dunia lakonan.

Barangkali akan ada yang berkata, disebabkan kedudukan Pierre sebagai pengarah, dia bebas memilih sesiapa sahaja termasuk adiknya sendiri untuk memegang watak utama dalam filem ke-11 arahannya, Perempuan Muka Surat Tujuh.

Menjawab persoalan tersebut, Pierre, 28, menegaskan, pemilihan dilakukan berdasarkan bakat serta kesesuaian watak - bukan atas dasar ikatan kekeluargaan.

"Sebelum memilih Mika (panggilan untuk Mikail), saya telah terfikir beberapa nama pelakon, tetapi selepas menilai dengan teliti Mika mempunyai karakter yang saya inginkan dalam watak utama itu.

"Walaupun dia masih muda, tetapi apabila berlakon, ekspresi wajahnya terutama matanya yang mempunyai karakter tersendiri menarik minat saya untuk memilih dia," kata Pierre yang ditemui pada majlis doa selamat filem tersebut di pejabat Metrowealth, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tegas Pierre, sebelum ini dia juga pernah melalui perkara yang sama ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang lakonan dan memegang status pengarah buat kali pertama.

"Ketika mula berlakon dan mengarah, orang akan kata, patutlah saya boleh dapat peluang mengarah sebab saya anak Khatijah Tan. Kiranya, saya tumpang nama ibu untuk berdiri dalam bidang seni.

"Sebenarnya tidak, jika saya tidak ada bakat dan kreativiti, mana ada orang ingin laburkan duit kepada saya untuk buat filem.

"Sama juga halnya dengan Mika, jika dia tidak berbakat, meskipun dia adik saya, saya tidak akan ambil dia berlakon walaupun untuk watak sampingan apatah lagi untuk watak utama," ujarnya serius.

Tidak hanya bersesuaian dengan watak, kata Pierre, keserasian antara mereka memudahkan lagi penggambaran filem yang bermula pada 4 April lalu.

"Saya tahu sangat perangai, apa kelebihan dan kekurangannya. Jadi, dia mudah saya bentuk dan bekerjasama untuk filem ini," ujarnya yang akan menamatkan zaman bujang pada bulan Jun tahun ini.

SAMA-SAMA orang baharu. Nina dan Mikail pertama kali mencuba nasib sebagai pelakon filem.


Cabaran

Selain Mika yang diberi watak utama sebagai Putra, heroin filem ini juga merupakan wajah baharu iaitu Nina Iskandar yang merupakan seorang pelakon dari Brunei.

Sedar tanggungjawab yang digalasnya amat besar kerana mempertaruhkan semua wajah baharu, Pierre yakin penonton hari ini lebih bijak menilai filem bukan berdasarkan populariti semata-mata.

"Bukan tidak boleh ambil pelakon yang sudah popular, tetapi asyik-asyik wajah yang sama sahaja di pawagam. Jadi, saya ambil inisiatif untuk memperkenalkan pelakon baharu.

"Bagi saya, kejayaan sesebuah filem bukan terletak kepada populariti pelakon sahaja, tetapi apa yang penting ialah bakat lakonan yang dipersembahkan kepada penonton," katanya.

Ulasnya lagi, pelakon baharu mudah dibentuk di set penggambaran berbanding pelakon yang telah mempunyai pengalaman.

"Sebagai pengarah, pelakon baharu lebih mudah dibentuk kerana pelakon yang berpengalaman mereka sudah mempunyai identiti dan corak lakonan yang tersendiri.

"Kadangkala bagus tetapi ada kalanya menyukarkan proses penggambaran kerana lakonan yang diberikan mengikut acuan mereka sendiri bukannya pengarah," tuturnya.

Bercakap lebih lanjut tentang naskhah Perempuan Muka Surat Tujuh yang ditulisnya sendiri, skrip filem itu sebenarnya sudah lama ditulis untuk sebuah filem pendek.

Bagaimanapun, untuk penggambaran filem, skripnya telah diolah untuk dipanjangkan sesuai dengan durasi filem.

Minat berlakon - Mikail

Melihat raut wajahnya yang ada iras seperti Pierre, perbezaan yang wujud pada Mikail ialah dia kelihatan sedikit garang dan matang walaupun baru berusia 21 tahun. Namun, minatnya dalam dunia seni tidak boleh disangkal sementelah sejak di sekolah menengah lagi, dia sudah aktif berteater.

"Saya memang minat berlakon. Selepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya ikut abang kerja di belakang tabir untuk beberapa buah filem sebelum saya menyuarakan hasrat untuk berlakon.

"Mulanya saya hanya diberi watak yang kecil sahaja, cukup untuk merasa bagaimana beraksi di hadapan kamera. Selepas berjaya meyakinkan abang, saya diberi peranan yang lebih besar sebagai pelakon pembantu sebelum diberi watak utama," kata Mika yang telah berlakon dalam filem Hantu Dalam Botol Kicap, 1 Lawan 1, Dua Kalimah, Longkai dan Chantek.

PIERRE ANDRE yang bakal berkahwin pada bulan Jun ini masih mahu terus aktif sebagai pengarah pada masa akan datang.


Memiliki abang dan ibu yang bekerja dalam bidang seni merupakan batu loncatan untuknya lebih mudah dikenali ramai tetapi, Mika enggan dirinya terlalu bergantung kepada reputasi abangnya dan ibunya untuk membina kerjaya sebagai pelakon.

"Abang dan bonda (Khatijah Tan) merupakan idola saya dalam bidang lakonan. Mereka banyak memberi saya inspirasi terutama bonda yang tidak jemu memberikan saya tunjuk ajar.

"Buat masa sekarang, mereka berdua masih menjadi orang rujukan utama dalam segala hal kerana saya masih baharu, tetapi jika boleh saya mahu membina kerjaya dengan bakat serta kebolehan saya sendiri," ungkapnya.

Disoal tidakkah dia teringin untuk bergelar pengarah dan penulis skrip seperti abangnya suatu hari nanti, sambil tersenyum, Mikail berkata belum tiba masanya untuk dia memikul tanggungjawab seberat itu.

"Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu saya akan ikut jejak langkah abang tetapi apa yang saya tahu, abang saya lebih bijak kerana dia mampu melakukan dua tiga kerja dalam satu masa yang sama.

"Malah, minat saya pula lebih terarah kepada bidang lakonan berbanding menjadi penulis skrip atau pengarah. Jadi lebih baik saya berlakon sahaja buat masa sekarang," tuturnya jujur.

Mahali, lelaki paling rapat - Tasha Shila

Posted:

Mahali, lelaki paling rapat - Tasha Shila

Mahali, lelaki paling rapat - Tasha Shila

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

TASHA pertama kali bersua dengan Mahali pada majlis hari jadinya yang ke-27 pada 25 Januari lepas.


KISAH cinta antara selebriti dengan pemain bola bukan lagi kisah baharu. Malah, ada antara selebriti tersebut mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak.

Begitupun, ada juga sesetengah selebriti yang berkahwin dengan pemain bola sepak tidak dapat mempertahankan bahtera perkahwinan dan berakhir dengan perceraian.

Antara selebriti yang berkahwin dengan pemain bola sepak termasuklah pelakon Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan serta penyanyi dan pelakon, Haleeda dengan Azman Adnan.

Tidak ketinggalan Zack Haikal dengan penyanyi, Zetty. Begitu juga Azman Adnan dengan Asfarina Muhamad atau As Feminin, Salwa Abdul Rahman dan Subadron Azi serta Shahril Arshad dan Noraini Morat.

Sementara, Safiq Rahim pula pernah digosip bercinta dengan seorang pelakon dan pengarah muda, Nurul Ain Nordin.

Terkini, pelakon sensasi, Tasha Shilla pula dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.

Tasha, 27, dan Mahali, 24, mula dikaitkan mempunyai hubungan selepas kedua-duanya saling mengucapkan sayang - baik melalui perkataan mahupun simbol, ketika berhubung menerusi Twitter masing-masing baru-baru ini.

Sehubungan itu, kelmarin, Mahali membuat kenyataan media bahawa dia kini dalam proses mengenali hati budi Tasha.

Cemburu

Tasha ketika dihubungi Kosmo! semalam lantas memberikan kenyataan pertamanya tentang isu tersebut.

Akui Tasha, Mahali merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya buat masa ini.

Menolak hubungan rapatnya dengan Mahali bakal membuatkan ada hati yang cemburu, luah Tasha, dia berhak berkawan dengan sesiapa sahaja.

Ini kerana bagi Tasha, hubungannya bersama Datuk J yang digembar-gembur selama ini hanyalah gosip semata-mata.

Mengulas kenyataan terbuka Mahali tentang hubungan mereka itu, ujar Tasha: "Seperti apa yang disebut Mahali (kami dalam proses mengenali hati budi), saya juga akui memang kami sedang berkawan.

"Dia juga merupakan antara lelaki yang paling rapat kerana saya memang jenis suka berkawan.

"Hubungan rapat saya dengan dia tidak akan membuatkan hati sesiapa yang tersinggung kerana gosip dengan Datuk J sebelum ini adalah tidak benar."

Perkataan sayang


UCAPAN sayang antara Tasha dan Mahali menerusi Twitter baru-baru ini menjadi pencetus kepada pendedahan tentang hubungan rapat antara mereka berdua kepada pengetahuan umum.


Begitupun, jelas Tasha, dia baru mengenali Mahali selama lima bulan dan terlalu awal untuk mereka memasuki fasa bercinta.

Pelakon drama bersiri Cinta Bertamu di Abu Dhabi berharap agar hubungan rapatnya dengan Mahali tidak diperbesar-besarkan.

"Kami masing-masing masih muda dan ingin mengejar karier," jelasnya.

Bercerita tentang bagaimana dia mengenali Mahali, ujar Tasha, dia mendapat tahu melalui surat khabar bahawa pemuda kelahiran Selangor itu menyukai lakonannya.

Selepas itu, seorang peminat Tasha menjemput Mahali ke majlis sambutan hari jadi yang ke-27 pada 25 Januari lalu dan mereka mula berkenalan dan berkawan.

Tasha turut ditebak tentang persolan kenapa dia dan Mahali masing-masing mengungkap perkataan sayang di Twitter jika hubungan mereka hanya sekadar kawan?

Jawabnya, sudah sememangnya dirinya merupakan seorang yang suka mengungkap perkataan sayang kepada peminat-peminatnya termasuk Mahali.

"Memang di Twitter, saya akan panggil semua peminat-peminat dengan perkataan sayang. Itu tanda penghargaan saya kepada peminat. Mahali juga salah seorang peminat saya. Sebab itulah itu saya memanggil dia sebagai sayang.

"Saya memang menghargai dan gembira apabila mendapat tahu seorang pemain bola sepak berbakat seperti Mahali meminati lakonan saya," tutur Tasha yang turut mengakui dirinya juga meminati Mahali kerana bakat pemain bola sepak kebangsaan itu ketika beraksi di padang.

Terlanjur bercerita mengenai persahabatan yang terjalin, Tasha turut ditanya adakah dia pernah keluar berdua bersama Mahali.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Natashasheila Abd. Razak itu enggan mengulas lanjut dan hanya menyebut perkataan no comment.

Tambah Shilla, komitmennya terhadap lakonan dan komitmen Mahali di padang bola sepak juga membataskan mereka untuk kerap menghubungi antara satu sama lain.

Noniswara pasrah cerai lagi

Posted:

Noniswara pasrah cerai lagi

Noniswara pasrah cerai lagi

Oleh HARYATI KARIM

SAAT bahagia. Noniswara bernikah dengan Rosman empat tahun lalu. Kini, mereka sedang dalam proses perceraian di mahkamah.


RUMAH tangga pelakon Noniswara Baharudin, 43, dengan Datuk Rosman Ridzwan, 54, yang bakal memasuki usia empat tahun pada 1 Ogos depan sudah tidak mampu diselamatkan dikatakan akibat orang ketiga.

Mereka berdua sudah tidak tinggal sebumbung sejak tujuh bulan yang lalu menyebabkan pelakon itu tekad memfailkan kes perceraian terhadap suaminya di mahkamah syariah pada Februari lalu.

Perbicaraan kes perceraian itu telah pun berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebelum ini.

Pada hari ini, 11 April perbicaraan itu diadakan di lokasi yang sama bagi menentukan status terkini mereka.

Pelakon itu tidak mempunyai anak bersama Rosman, tetapi mempunyai tiga orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulunya.

Rosman pula mempunyai lima orang anak daripada perkahwinan sebelum ini.

Noniswara yang ditemui baru-baru ini mengakui masih bersedih dengan apa yang berlaku dan cuba untuk mencari kehidupan yang baharu. Ikuti temu bual Noniswara bersama Kosmo!

Kosmo!: Bagaimanakah dengan kehidupan Noniswara sekarang selepas kes perceraian anda di mahkamah?

Kes penceraian saya masih berjalan di mahkamah, kehidupan saya seperti biasa sahaja. Saya masih sibuk dengan penggambaran lakonan.

Apakah perasaan anda apabila perkahwinan kedua juga gagal di tengah jalan?

Jujur saya katakan, tiga bulan pertama masalah ini berlaku, saya hanya menangis. Memang saya sedih, siapa yang tidak sayangkan perkahwinan. Alhamdulillah, sekarang saya sudah menerima hakikat dan reda dengan segala yang berlaku. Sekarang saya kena gembira supaya hati saya tidak bersedih lagi.

Sebelum memfailkan kes perceraian, adakah anda berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga anda?

Memang saya berusaha untuk selamatkan rumah tangga, tetapi apa yang saya boleh buat jika jodoh saya sampai di sini sahaja.

NONISWARA berharap kes perceraiannya dengan Rosman berjalan lancar supaya dia dapat memulakan kehidupan baharu.


Adakah anda kenal orang ketiga yang dikatakan punca kemelut dalam hubungan antara anda dan Rosman?

Saya tidak mahu komen tentang orang ketiga itu. Apapun, saya sentiasa maafkan suami dan orang ketiga itu. Tidak perlulah saya beri komen siapakah yang bersalah. Sekarang, saya hanya mahu sebuah kehidupan yang baharu.

Selepas apa yang berlaku, adakah anda serik untuk berkahwin lagi?

Saya tidak boleh kata serik kerana perkahwinan itu satu ibadat. Cuma, buat masa ini saya belum fikirkan tentang perkara itu kerana masih berstatus isteri orang dan masalah saya juga belum selesai lagi.

Andai ditakdirkan anda bertemu jodoh sekali lagi, apakah kriteria lelaki pilihan anda?

Saya akan elak lelaki yang curang dan tidak setia. Sudah pasti saya mahukan seorang lelaki yang setia, baik dan taat pada agama supaya boleh membimbing saya. Sebelum itu harus kenal mengenali terlebih dahulu. Hal jodoh ini, saya serahkan kepada takdir.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved