Selasa, 5 November 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Iktiraf bakat pelukis muda

Posted:

Iktiraf bakat pelukis muda

Iktiraf bakat pelukis muda

HANED (belakang enam dari kanan) bergambar bersama para pemenang Cabaran Seni Pelancongan.


POTRET pengarah dan penerbit filem terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad menjadi subjek utama dalam lukisan karya pelukis muda, Nazmi Ismail, 25 yang bertajuk Beautiful Mind.

Pemilihan itu berikutan filem-filem yang diarahkan oleh Yasmin mengangkat nilai-nilai perpaduan masyarakat Malaysia yang hidup harmoni di bawah satu pemuafakatan.

"Semasa hayatnya, kebanyakan filem yang dihasilkan berteraskan konsep kesepaduan masyarakat berbilang kaum. Ia bertepatan dengan tema yang cuba saya sampaikan," ujarnya ketika ditemui usai penyampaian hadiah cabaran Seni Pelancongan (1MCAT) di Auditorium Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Karya Nazmi diangkat sebagai penerima tempat ketiga kategori terbuka bersama tiga pelukis muda yang lain dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu.

Seorang lagi pemenang tempat ketiga kategori terbuka, Muhammad Syahrin Mohd. Nazri, 25, telah menghasilkan lukisan bertajuk The Passion Is Under Construction yang dilukis di atas medium kepingan aluminium.

"Lukisan ini menonjolkan idea futuristik berdasarkan penggunaan bahan-bahan yang berada dalam kehidupan seharian. Saya mengibaratkan ia sebagai pengantaraan hidup kita yang sentiasa diselubungi kerja," ujarnya.

Pertandingan yang memasuki edisi ketiga itu mengangkat karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis muda dalam dua kategori iaitu pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan terbuka.

Kurang aspek teknikal

Kriteria pemenang dinilai menerusi keaslian hasil, mesej positif, penekanan unsur kontemporari, penggunaan material dan persembahan keseluruhan.

"Ramai bakat muda di negara kita mempunyai kemampuan lukisan yang baik tetapi mereka masih kurang dalam beberapa aspek teknikal.

"Terdapat beberapa lukisan yang tidak bersesuaian dengan tema pertandingan ini, menyebabkan kami sepakat untuk tidak meletakkan lukisan di tempat pertama untuk kedua-dua kategori," ujar salah seorang juri, Bibi Chew.

Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara, Haned Masjak berkata, pertandingan tersebut dapat dijadikan platform untuk mengiktiraf bakat pelukis-pelukis dan penggiat seni tempatan.

"Melalui pertandingan ini, ia akan menarik lebih ramai golongan muda menceburi bidang seni lukis, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama seni," ujarnya.

Kheng Leng juara cabaran Energizer

Posted:

Kheng Leng juara cabaran Energizer

Kheng Leng juara cabaran Energizer

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


CHENG (empat dari kanan) bergambar dengan pemenang-pemenang pertandingan akhir Energizer Power Seal Mission 500K di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.


'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'. Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menceritakan betapa bertuahnya seorang pegawai pemasaran apabila dia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 baru-baru ini.

Ang Kheng Leng, 31, yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang diumumkan sebagai pemenang selepas mengalahkan 12 peserta lain pada pertandingan akhir Energizer Power Seal Mission 500K yang diadakan di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

Kheng Leng yang merupakan penyandang juara pada pertandingan sama tahun lalu menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Jenama Energizer Malaysia, Dunstan Cheng.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Kheng Leng berkata, dia berasa cukup bertuah dan tidak menyangka akan muncul sebagai juara sekali lagi selepas kejayaan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 pada pertandingan lalu.

"Saya merancang menggunakan wang kemenangan untuk melancong bersama keluarga di samping membelikan hadiah istimewa kepada mereka.

"Tanpa sokongan mereka saya mungkin tidak sampai ke tahap ini," katanya.

Tambah Khee Leng, pertandingan akhir pada tahun ini lebih sengit dan menguji kekuatan mental serta fizikal setiap peserta yang perlu melepasi 10 halangan dan permainan.

"Paling mencabar ialah permainan Power Obstacle yang memaksa peserta membawa replika bateri Energizer Max sambil melepaskan diri daripada halangan bertali yang direntang di hadapan mereka.

"Saya terpaksa melepasi setiap tali dengan berhati-hati kerana sebarang kesilapan menyebabkan peserta terpaksa mengulanginya dari awal sekali gus terdedah kepada risiko penyingkiran," katanya.

Pertandingan itu berlangsung selama 10 minggu pada 15 Julai hingga 20 September lalu yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM500,000.

Orang ramai boleh menyertai pertandingan itu dengan menghantar penyertaan berserta bukti pembelian produk Energizer atau bermain permainan video di laman sosial Facebook Energizer.

Pada pertandingan akhir itu, seramai 13 peserta dari Malaysia dan Singapura terpilih untuk melepasi 10 halangan yang ditetapkan dalam 10 pusingan penyingkiran.

Peserta yang tersingkir pada setiap pusingan berpeluang memenangi hadiah antara RM1,500 hingga RM7,000 setiap seorang.

Peserta terakhir berpeluang merebut salah satu daripada puluhan sampul mengandungi nilai hadiah wang kemenangan yang diletakkan dalam sebuah bilik khas.

Sementara itu, Dunstan berkata, penganjuran pertandingan yang memasuki edisi kedua itu menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 4,000 penyertaan daripada orang ramai termasuk dari Singapura.

Ujarnya, ia juga sebagai tanda penghargaan jenama itu kepada pelanggan-pelanggan setianya selama ini.

"Antara halangan yang ditetapkan ialah Power Seal, Light up Power, Power Pyramid dan Power Up Big Ben.

"Biarpun tampak mudah dan menghiburkan, namun ia tetap mencabar mental dan fizikal di samping menguji pengetahuan peserta tentang bateri Energizer.

"Pada masa yang sama, kami juga mahu mempromosikan bateri terbaharu Energizer Operation Power Seal dengan teknologi power seal yang bebas merkuri selain mampu bertahan sehingga 10 tahun," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved