Selasa, 12 November 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal bukan pilihan Pahang

Posted:

Rajagobal bukan pilihan Pahang

Rajagobal bukan pilihan Pahang

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Dollah (dua dari kiri) bersama pemain dan pegawai skuad Tok Gajah meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam baru-baru ini.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menepis spekulasi bahawa jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal akan mengisi tempat Dollah Salleh selaku ketua jurulatih skuad Tok Gajah musim depan.

Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim menegaskan, Rajagobal tiada dalam senarai selaku pengganti Dollah yang dilaporkan hampir pasti membimbing Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kempen Liga Premier tahun depan.

"Namanya (Rajagobal) langsung tiada dalam senarai kami. Saya tidak tahu bagaimana beliau dikaitkan dengan jurulatih baharu Pahang.

"Pada pendapat saya, banyak jurulatih tempatan yang layak tetapi kami menanti titah daripada Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

"Sebelum isu Dollah (yang dikaitkan dengan PDRM) timbul, PBNP sudah lama merancang membawa pengendali dari luar negara iaitu Bruno Metsu yang pernah membawa Ghana beraksi pada Piala Dunia.

"Malangnya, usaha PBNP tidak kesampaian apabila jurulatih kelahiran Perancis itu meninggal dunia pada September lalu.

"Sehubungan itu, PBNP tidak mahu terburu-buru untuk menamakan mana-mana individu sebagai pengganti Dollah.

"Apa yang pasti bukan Rajagobal. PBNP akan mengumumkan pengganti Dollah minggu depan jika beliau tekad meninggalkan Pahang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketiadaan Dollah sudah pasti dirasai skuad Tok Gajah selepas mereka berjaya mengakhiri penantian 21 tahun dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia minggu lalu.

Pahang mengesahkan kejuaraan selepas membenam juara bertahan, Kelantan 1-0 menerusi jaringan tunggal Matias Conti pada aksi final di Stadium Shah Alam.

Mengulas mengenai persiapan Pahang musim depan, Fuzzeimi berkata, skuad Tok Gajah tetap mahu memperkemas lagi barisan sedia ada.

"Kami akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan jurulatih atau pemain-pemain berpotensi bagi menguatkan skuad Pahang musim depan," katanya.

PBNJ terima keputusan Norfarhan

Posted:

PBNJ terima keputusan Norfarhan

PBNJ terima keputusan Norfarhan

NORFARHAN membatalkan hasrat untuk menyertai Johor DT musim depan atas sebab-sebab peribadi.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendedahkan tonggak Kelantan, Norfarhan Muhammad telah menandatangani perjanjian untuk mewakili Johor Darul Takzim (Johor DT) musim depan.

Bagaimanapun, Norfarhan telah membuat keputusan untuk menarik diri pada saat-saat akhir atas sebab-sebab peribadi.

"Polisi PBNJ hanya fokus kepada para pemain yang benar-benar ingin berbakti kepada pasukan Merah Biru.

"Dengan ini, PBNJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Norfarhan dengan pasukan pilihannya," jelas PBNJ dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media semalam.

Dua musim bersama Kelantan, Norfarhan telah merekodkan 29 gol, sekali gus menjadikan dia antara pemain yang mempunyai pengaruh besar di Kelantan.

Norfarhan juga menjadi watak penting The Red Warriors ketika final Piala FA musim ini apabila menjaringkan gol tunggal bagi membantu Kelantan menewaskan Johor DT 1-0.

Dalam perkembangan berbeza, PBNJ membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim yang mengatakan penyerang Harimau Malaya itu wajar berhijrah jika masih sayangkan kariernya.

"Para pemain bola sepak perlu berhati-hati dengan individu seperti ini, mereka lebih berminat mencari pendapatan sampingan dalam urusan perpindahan pemain antara kelab," kata kenyataan itu lagi.

Berhubung dengan kritikan berterusan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kenyataan itu melaporkan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyokong sepenuhnya tindakan menteri berkenaan.

"Beliau (Khairy) layak menyuarakan pendapat kerana selaku Menteri Belia dan Sukan, beliau telah diberi mandat oleh kerajaan untuk mentadbir hala tuju sukan negara ini, termasuk bola sepak.

"Selain itu, beliau juga membuat teguran dengan niat yang baik demi kemajuan sukan bola sepak tanah air," katanya.

Sengketa ATM, Felda United belum selesai

Posted:

Sengketa ATM, Felda United belum selesai

Sengketa ATM, Felda United belum selesai

NAMPAK gayanya, 'perang' antara Felda United dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum berakhir.

Biarpun sebelum ini Felda mendedahkan bahawa mereka telah berjaya mendapatkan khidmat dua tonggak ATM - Hairuddin Omar dan Norfazly Alias, The Gladiators pantas memberikan respons apabila mendakwa perjanjian tersebut tidak sah.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan menjelaskan, Hairuddin atau lebih dikenali sebagai Hai-O dan Norfazly masih menjadi milik The Gladiators.

Sebelum ini, kedua-dua pemain itu dikatakan telah menandatangani borang C302 bersama The Settlers.

Borang C302 adalah perjanjian antara pemain dan sesebuah pasukan.

Begitupun, pengendali Felda, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Hai-O dan Norfazly sah milik Felda selepas kedua-dua pemain itu menandatangani borang C302.

"Saya tahu borang C302 itu apa. Dah ada pemain yang menandatangani borang C302 sebelum ini. Jadi, borang itu sah dan diakui bahawa kami berjaya mengikat mereka.

"Rujuklah perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekalipun, mereka tahu apa fungsi borang C302. Seperti saya katakan tadi, jika mahu 'pusingan U' tiada masalah," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa kedua-dua pemain itu telah bersetuju untuk menyertai Felda, namun membuat 'pusingan U' pada saat-saat akhir.

Situasi itu jelas menimbulkan kemarahan Irfan sehingga menjejaskan perancangannya untuk membawa Felda kembali beraksi dalam saingan Liga Super pada 2015.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved