Jumaat, 1 November 2013

Kosmo Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Tha Heist jual gaya Amerika

Posted:

Tha Heist jual gaya Amerika

Tha Heist jual gaya Amerika

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my

IKLIM ekonomi global yang suram pada tahun 2009 menjadi pendorong kepada Scott Colosimo untuk menzahirkan impiannya mencipta motosikal mampu milik untuk semua orang. Colosimo ialah pengasas syarikat Cleveland CycleWerks (CCW).

Semuanya bermula apabila Colosimo hilang pekerjaan sebagai pereka hampagas di sebuah firma alat penjagaan di Amerika Syarikat (AS). Dia kemudiannya berganding bahu bersama dua rakan iaitu Jarrod Streng dan Curtis Ray.

Perjalanan CCW bukannya mudah terutama apabila Colosimo berdepan kesukaran mendapatkan komponen motosikal daripada pengeluar-pengeluar alat ganti dan aftermarket yang berpangkalan di negara Uncle Sam itu.

Pendek kata, rata-rata syarikat di AS enggan menerima tempahan barangan dalam volum kecil, malah ada yang memandang lekeh kesungguhan Colosimo untuk membangunkan CCW.

Akibat hampa dengan respons yang diterima, Colosimo mengambil keputusan untuk mencuba nasib di China. Kali ini, senarionya berbeza. Dia menerima sambutan memberangsangkan untuk memperoleh komponen bagi menjayakan rancangan produksi motosikal.

Tindakan Colosimo itu mengundang kutukan daripada sekelompok pengguna AS yang skeptikal terhadap produk keluaran China. Mereka mempersoal tindakan Colosimo membina motosikal di China tetapi melabelnya sebagai buatan Amerika.

Malah dalam laporan portal Crain's Cleveland Business, Colosimo ada menerima e-mel daripada individu yang berkata: "Saya harap motosikal awak meletup dan menyebabkan awak terbunuh."

Pun begitu, ada juga pihak yang memberi sokongan moral kepada Colosimo agar dia terus menjayakan impiannya. Dalam tempoh empat tahun sahaja, CCW membuktikan keupayaannya menembusi beberapa pasaran motosikal termasuk di Australia, New Zealand, Kanada, Republik Czech, Finland, Jerman, Itali, Mexico, Slovakia, Afrika Selatan, Switzerland, Rusia, Jepun dan terbaharu, Malaysia.

Tahun lalu, CCW berjaya menjual sebanyak 9,000 unit motosikal dan pencapaian itu hampir dua kali ganda berbanding 2010 (5,000 unit). Bagi tahun 2013, unjuran jualan Colosimo ialah 12,000 buah motosikal.


ENJIN yang digunakan adalah jenis Honda CG yang diimport dari China.


Apa yang menarik mengenai produk CCW ialah jenis motosikal yang dihasilkan. Motosikal jenis Chopper dan Bobber yang dicipta boleh dihasilkan mengikut selera para pelanggan. CCW turut menawarkan komponen motosikal dan aksesori pelbagai rupa dan warna.

Untuk pasaran Malaysia, motosikal CCW diedarkan oleh Soul Machines Sdn. Bhd. (Soul Machines). Syarikat itu juga dilantik sebagai pengedar tunggal bagi Brunei. Produk CCW pertama menemui pelanggan tempatan adalah model Tha Heist.

Pasang di Sarawak

Pengarah Urusan dan Pengasas Soul Machines, Joseph Tu ketika ditemui memberitahu CCW Tha Heist dihasilkan menerusi fasiliti pengeluaran di Sarawak.

Lebih tepat lagi, fasiliti dimaksudkan itu kilang sama yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran motosikal jenama Daiichi. Apa yang menarik perhatian penulis ialah keupayaan motosikal sebegini meraih perhatian para pembeli di negara ini.

Ini bukan trend lazim dalam pasaran domestik ketika ini. Rata-rata pengeluar lebih cenderung ke arah pengenalan jentera berteknologi tinggi dan baharu, bukannya satu produk kejuruteraan semula.

Persoalan itu disambut baik oleh Pengerusi Eksekutif Bike Empire Sdn. Bhd. (Bike Empire ), Datuk SM Zulkifli SM Amin. Katanya, Tha Heist mengisi vakum berbeza daripada produk easy rider dan bobber premium sedia ada di negara ini.

Pendek kata, Tha Heist menawarkan model asas pada harga mampu milik, senang diselenggara, kos penjagaan rendah dan boleh dinaik taraf dengan mudah.

Tha Heist memperoleh kuasa daripada enjin empat lejang silinder tunggal sejukan udara berkapasiti 225cc. Transmisi yang diberikan sebagai padanan adalah lima kelajuan. Kadar kelajuan maksimum adalah sekitar 113 kilometer sejam.


JOSEPH (tengah) bersama SM Zulkifli (kiri) dan Mohd. Khairul Naem pada majlis pelancaran CCW Tha Heist di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Sebenarnya enjin yang digunakan pada model itu merupakan enjin Honda CG yang diimport dari syarikat Lifan Industry (Group) Co. Ltd. di China.

Selayang pandang, motosikal itu kelihatan amat ringkas tetapi tetap menarik dengan lampu hadapan dan meter laju bulat serta tempat duduk tunggal yang amat nipis.

Tindakan menyerlahkan lagi sifat bobber disempurnakan menerusi pemasangan madgad klasik dan rim jejari berukuran 21 inci di hadapan serta 18 inci di belakang.

Buat masa ini, Soul Machines mempunyai empat pengedar eksklusif di Sarawak (CycleNation dan RigidWerx Inc.), Selangor (Bike Empire) dan Pahang (Titanium Biker).

Ketua Pegawai Operasi Bike Empire, Mohd. Khairul Naem Mokhtar berkata, Tha Heist disasarkan kepada peminat easy rider dan bobber serta mereka yang mahu kelainan pada motosikal sedia ada.

Malah sebagai strategi promosi dan pengembangan perniagaan produk CCW, Mohd. Khairul Naem bakal menyediakan khidmat penyewaan motosikal kepada orang ramai.

Rancangan itu bakal dilaksanakan sekitar bulan Februari tahun hadapan sekali gus menyemarakkan industri pelancongan bermotosikal di Malaysia.

Bike Empire berhasrat menjual antara 250 hingga 500 unit motosikal baharu itu pada tahun ini. Untuk tahun 2014, unjuran jualan adalah sekurang-kurangnya 80 buah setiap bulan.

Rancangan tahun hadapan pula bakal menyaksikan tambahan produk dalam portfolio CCW menerusi ketibaan model cafe racer dan bobber berkapasiti tinggi. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Hyundai i10 2014

Posted:

Hyundai i10 2014

Hyundai i10 2014

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN
garaj@kosmo.com.my


BUKAN sekadar pembaharuan kosmetik, generasi baharu i10 juga mempunyai enjin dengan prestasi yang dipertingkatkan.


KEYAKINAN pengguna terhadap kehebatan kereta buatan Korea seperti Kia dan Hyundai cukup sekadar dengan melihat jumlahnya yang semakin banyak di atas jalan raya.

Malah, model kompak Hyundai i10 sudah memasuki kitaran kedua melalui pelancaran model pengganti. Model itu dianggap sebagai ikon kemajuan Hyundai di dalam segmen kereta bandar dan memiliki peralatan dan ciri-ciri kereta segmen lebih tinggi.

Model baharu itu mempunyai ruang dalaman yang lebih luas. Saiz ruang kaki pemandu dan penumpang berjumlah 1,890mm. Kapasiti bonet juga ditingkatkan lebih daripada 10 peratus kepada 252 liter.

Rahsia saiz yang lebih besar itu berpunca daripada penggunaan platform baharu yang mempunyai jarak roda 5mm lebih panjang. Suspensi belakang juga diubah kedudukannya untuk kawalan kereta yang lebih tepat pada semua jenis permukaan jalan.


SKEMA warna jingga hitam mencerminkan sifat keremajaan dan pasti menarik minat pembeli muda.


Hyundai i10 baharu juga turut ditala untuk mempunyai dinamik pemanduan yang lebih baik dengan bunyi yang lebih rendah supaya piawaiannya sama dengan kereta segmen B.

Berbeza dengan Kia yang terkenal dengan Peter Schreyer, Hyundai lebih merendah diri mengenai perekanya. Pasukan pereka Hyundai Eropah yang diketuai oleh Ketua Pereka Thomas B├╝rkle berjaya menghasilkan bentuk yang dinamik menggunakan tema fluidic sculpture yang merupakan falsafah rekaan Hyundai bagi menyerlahkan ciri-ciri olahragawan dan saiz luaran yang luas.

Untuk nadi kuasa pula, i10 bakal ditawarkan dengan dua opsyen enjin petrol bersesaran 1.0 liter dan 1.2 liter. Enjin 1.0 liter berkuasa 66ps dengan tork 94Nm manakala enjin 1.2 liter pula berkuasa 87ps dengan tork 120Nm.

Dari segi chasis pula, sebanyak 29.2 peratus struktur menggunakan besi tegangan tinggi (HT steel) berbanding 9 peratus pada i10 generasi lama.


REKAAN bahagian belakang kelihatan lebih menarik berbanding model i10 sedia ada.


Ia bukan sahaja mempengaruhi tahap keselamatan kereta tetapi turut menambah baik daya penyerap bunyi, gegaran dan kekasaran (NVH).

Peralatan dalaman i10 tidak kurang hebatnya apabila dilengkapi kawalan suhu automatik, stereng kulit dengan pemanasan, kawalan pemanduan (cruise control), sistem pengawasan tekanan tayar (TPMS), kawalan penstabilan elektronik (ESC) dan enam beg udara.

Untuk pasaran Eropah, i10 baharu dipasang di kilang Hyundai yang terletak di Izmit, Turki. Model baharu itu dijangka memasuki pasaran tempatan pada tahun hadapan. Bagaimanapun pengedar tempatan masih tidak memberi sebarang petunjuk tepat.

Hyundai i10 perlu dikekalkan harganya seperti sekarang atau lebih murah agar dapat bersaing dengan model sekelasnya yang semakin popular di pasaran.

Toyota Vios NA garang

Posted:

Toyota Vios NA garang

Toyota Vios NA garang

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my


GARA-GARA minat mendalam terhadap dunia modifikasi, Nik Rozaimi sanggup berbelanja besar semata-mata untuk keretanya.


TOYOTA Vios merupakan kereta model import yang pernah mendapat jualan tertinggi untuk kereta jenama bukan nasional.

Malah, kemunculan model itu pada tahun 2003 di pasaran tempatan dengan menggunakan enjin 1.5 liter memberi satu impak kepada industri permotoran di negara ini.

Modifikasi yang ditampilkan pada keluaran kali ini merupakan sebuah Toyota Vios 1.5J dengan transmisi automatik keluaran tahun 2011 milik Nik Rozaimi Nik Zainuddin.

Kereta milik Nik Rozaimi itu, kelihatan biasa dari luaran sama seperti Toyota Vios yang lain. Namun persepsi itu berubah selepas mendengar deruman bunyi enjin kereta itu yang garang.

Nadi yang menggerakkan kereta itu masih 1NZ-FE iaitu enjin standard dengan modifikasi berkonsepkan aspirasi biasa (NA). Pemilik kereta ini mempunyai alasan tersendiri kerana tidak menggunakan enjin turbo.


NADI enjin 1.5 liter Toyota Vios nampak garang dengan penggunaan custome intake manifold Golden Eagle.


Pengubahsuaian yang dilakukan terhadap nadi enjin 1NZ-FE itu dengan menggantikan High Cam Shift jenama JUN 26.4 degree dengan menggunakan Valve Spring jenama BC.

Kereta ini menggunakan injektor 2ZZ milik Toyota Celica manakala throtle body 1ZZ untuk Toyota Altis menggantikan unit asal.

Penggunaan intake custom manifold jenama Golden Eagle pula menambah kelancaran melalui penambahan angin pada kebuk pembakaran enjin kereta itu.

Untuk merasai pemanduan yang sebenar Nik Rozaimi menukarkan sistem transmisi kepada manual dan menaik taraf klac kepada TRD stage 2.

Penukaran kepada lighten flywheel Sideway juga bertujuan untuk memberi respon serta meringankan enjin kereta ini.

Sistem ekzos kereta itu juga telah ditukar keseluruhannya Custom Extractor 4-2-1, Mufler jenama Art - Titanium disambungkan dengan paip besi tahan karat dua inci.

Nik Rozaimi turut memasang Haltech Platinium Sport 1000 untuk membantu sistem komputer Toyota Vios itu menjalankan tugas dengan lebih lancar.


METER optitron TRD telah mengantikan meter asal kereta ini untuk kelihatan lebih menarik di samping tambahan paparan pelbagai maklumat (MID).


Pun begitu, bahagian dalaman Toyota Vios itu masih mengekalkan elemen standard tetapi kemas. Berbeza dengan kebanyakan pemilik kenderaan yang meminati modifikasi. Nik Rozaimi cuma menukar panel meter TRD, gear knob TRD dan pemain LCD .

Kereta itu juga dipasang tiga bar dari jenama Ultra Racing seperti Strut bar 2 point, Anti roll bar 16mm dan Lower arm bar untuk menambah keyakinan ketika melalui selekoh.

Toyota Vios itu juga menyaksikan peningkatan kuasa kepada 130hp selepas menjalani proses talaan.

Bahagian luaran disolek menggunakan kit aksesori depan Vios S Spec, skirting belakang dan sisi TRD Version 1, spoiler Air Master dan gril Belta untuk kelihatan lebih garang.

Bagi melengkapkan keseluruhan modifikasi Nik Rozaimi memilih rim Rays F1 15 inci dengan tayar Toyo T1R 195/55/15.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved