Ahad, 10 November 2013

Kosmo Online - Kesihatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Bekam wajah naikkan seri

Posted:

Bekam wajah naikkan seri

Bekam wajah naikkan seri

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my

SEBANYAK empat hingga 10 gelas bekam digunakan bagi mengeluarkan darah kotor.


BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.

Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya.

Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja sudah meninggalkan kesan, inikan pula berbekam wajah.

Menurut Pengarah Yoyoy Kamphora Spa, Nurul Huda Saparudin, perkhidmatan bekam wajah ditawarkan di spa itu sejak enam tahun lalu.

"Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat.

"Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor," ujarnya.

Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu.


MINYAK gamat digunakan selepas proses bekam wajah berakhir bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


"Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah.

"Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.

"Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan," jelasnya yang mengakhiri proses bekam wajah menggunakan minyak gamat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Penyembuh

Ujarnya, rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.

"Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.

"Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan.


KESAN lebam pada muka akibat berbekam akan hilang dalam masa dua hingga tiga hari.


"Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala," katanya yang turut melakukan bekam wajah setiap bulan.

Katanya, pelanggan akan dikenakan bayaran RM100 bagi keseluruhan pakej bekam wajah itu.

Pelanggan, Nurul Azmira Daud, 22, memberitahu, masalah jerawatnya yang teruk akibat resdung semakin berkurangan selepas menjalani rawatan bekam wajah.

"Sekadar mahu mencuba selepas diberitahu oleh rakan yang spa ini ada menawarkan perkhidmatan bekam wajah.

"Selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan, saya dapati rasa gatal pada muka sudah berkurangan malah jerawat juga tidak seteruk dahulu.

"Mungkin ramai yang tidak mahu melakukan rawatan ini kerana bimbang akan kesan lebam yang ditinggalkan tetapi kesan itu biasanya hilang dalam masa dua hari," ujarnya yang menjalani rawatan bekam wajah seminggu sekali.

Tambahnya, sebelum ini, dia tidak pernah menjalani sebarang rawatan untuk memulihkan masalah jerawat, resdung dan migrain yang dialami.

"Rawatan ini ibarat penyembuh kepada saya kerana saya tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di lokasi yang berbeza.

"Muka saya terasa lebih ringan dan segar selepas menjalani rawatan ini," kata pelajar di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Duduk tegak punca tulang punggung cacat

Posted:

Duduk tegak punca tulang punggung cacat

Duduk tegak punca tulang punggung cacat


BERSANDAR pada kedudukan 135 darjah merupakan posisi duduk yang terbaik. - Gambar hiasan


KEBIASAAN duduk tegak ternyata tidak baik untuk punggung kerana posisi ini menghasilkan tekanan yang boleh menyebabkan perubahan bentuk tulang punggung atau dikenali juga sebagai cacat tulang punggung.

Para penyelidik dari Scotland dan Kanada memberitahu, posisi duduk terbaik adalah bersandar pada kedudukan 135 darjah.

Hasil ini diperoleh selepas kajian dilakukan menggunakan mesin pengimbas resonan magnetik (MRI).

Kajian yang dilakukan di Hospital Woodend, Britain itu membabitkan 22 orang responden yang mempunyai tulang punggung sihat dan mereka kemudiannya menjalani pengimbasan MRI yang memungkinkan responden bebas bergerak, duduk atau berdiri.

Dalam kajian ini, responden duduk dalam tiga posisi. Posisi pertama adalah membongkok, dengan badan bersandar di meja atau seperti sedang mengendalikan konsol permainan.

Posisi kedua adalah duduk tegak 90 darjah manakala posisi terakhir bersandar pada kedudukan 135 darjah, dengan kaki diletakkan di lantai.

Penyelidik mendapati, pergeseran ruas pada tulang terjadi ketika terdapat beban yang ditempatkan pada tulang belakang dan ia mengakibatkan ruas tulang terkeluar daripada susunan.

Pergeseran paling banyak ditemukan pada posisi duduk 90 darjah dan paling sedikit terjadi pada posisi 135 darjah.

"Duduk sesuai dengan posisi anatomi sangat penting kerana posisi duduk yang salah boleh meningkatkan beban pada tulang belakang dan ligamen.

"Akibatnya timbul rasa sakit, bentuk tulang punggung berubah dan pelbagai penyakit kronik," kata ketua penyelidik, Dr. Waseem Bashir dari Jabatan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik di Universiti Alberta, Kanada.

Menurutnya, posisi duduk 135 darjah bagaimanapun boleh menyebabkan seseorang terjatuh.

"Mungkin sebaik-baiknya posisi 120 darjah kerana ia masih memungkinkan kedudukan yang baik antara paha dan punggung," katanya.

Data daripada Persatuan Kiropraktik Britain menyatakan, sebanyak 32 peratus daripada masyarakat menghabiskan waktu dengan duduk selama 10 jam sehari dan selebihnya tidak meninggalkan kerusi pada waktu makan tengah hari manakala yang lainnya juga kembali duduk setibanya di rumah.

Kredit: www.kosmo.com.my

1 ulasan:

Asa Loan on 14 Januari 2017 12:44 PG berkata...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved