Selasa, 26 November 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gunung Sinabung hambur gas

Posted:

Gunung Sinabung hambur gas

Gunung Sinabung hambur gas

BEBERAPA penduduk menyaksikan Gunung Sinabung menghamburkan asap di Tiga Pancur, Sumatera semalam.


JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia semalam meminta penduduk berhampiran Gunung Sina- bung supaya meninggalkan kediaman mereka selepas gunung berapi di Pulau Sumatera itu terus menghamburkan gas panas ke udara.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan mengarahkan penduduk di 17 buah kampung di daerah Karo, Sumatera Utara supaya berpindah ke pusat-pusat perlindungan.

Pihak berkuasa meningkatkan amaran pada tahap tertinggi kelmarin selepas gunung berapi setinggi 1,143 meter itu meletus sembilan kali pada hujung minggu lalu.

Perkembangan tersebut memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka, sekali gus meningkatkan jumlah perpindahan kepada lebih 15,000 orang.

Sebanyak enam letusan berlaku pada awal pagi.

Gunung itu menghamburkan lahar dan gas sehingga 1.5 kilometer ke udara serta debu setinggi 2,000 meter.

Namun, tiada sebarang laporan kematian berlaku sejak Gunung Sinabung kembali aktif pada Septem- ber lalu.

Gunung berapi berkenaan tidak aktif selama 400 tahun sebelum ia meletus semula pada Ogos 2010.

Terdapat hampir 130 gunung berapi yang masih aktif di seluruh ke- pulauan Indonesia. - Agensi

Pelajar sekolah tinggi diupah terima bungkusan dadah

Posted:

Pelajar sekolah tinggi diupah terima bungkusan dadah

Pelajar sekolah tinggi diupah terima bungkusan dadah


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan topi keledar (kiri) yang mengandungi dadah ephedrine yang disembunyikan oleh sindiket dadah antarabangsa.


SYDNEY - Beberapa sindiket dadah antarabangsa mengupah para pelajar menggunakan alamat mereka untuk menerima bungkusan dadah di Australia, lapor beberapa agensi berita semalam.

Menurut pihak berkuasa, sindiket jenayah antarabangsa itu menggunakan para pelajar sekolah tinggi dengan upah melibatkan ratusan dolar.

Pihak Perkhidmatan Perlindungan Sempadan dan Kastam Australia (ACBPS) memberi amaran kepada keluarga dan pegetua sekolah tentang penggunaan pelajar sekolah tinggi itu sebagai cara untuk membawa masuk dadah ke Australia.

Dadah itu dipercayai kerap disembunyikan di dalam topi keledar atau lampu kecil yang dihantar ke alamat rumah para pelajar sebelum ia diserahkan kepada anggota-anggota sindiket dadah tersebut.

Menurut pihak ACBPS, dua remaja berdepan dakwaan menerima bekalan dadah dari sindiket tersebut.

Menurut agensi berita AAP, dua pelajar sekolah tinggi itu dipercayai mendapat upah beberapa ratus dolar untuk menerima bungkusan yang mengandungi dadah yang diharamkan sebelum mereka menghantarnya kepada anggota sindiket tersebut.

Salah satu bungkusan itu mengandungi bahan ephedrine yang boleh menghasilkan dadah ais.

Seorang pengarah wilayah ACBPS, Tim Fitzgerald berkata, anggota sindiket itu akan mendekati para pelajar menerusi Facebook, Twitter atau berkunjung ke sekolah mereka. - Agensi

Seramai 1.12 juta orang rebut 19,000 jawatan kerajaan di China

Posted:

Seramai 1.12 juta orang rebut 19,000 jawatan kerajaan di China

Seramai 1.12 juta orang rebut 19,000 jawatan kerajaan di China


SEJUMLAH calon tiba untuk mengambil peperiksaan menduduki jawatan kerajaan di sebuah universiti di Nanjing kelmarin.


BEIJING - Seramai 1.12 juta orang kelmarin mengambil Peperiksaan Perkhidmatan Kebangsaan untuk mengisi hanya 19,000 jawatan dalam kerajaan China.

Persaingan sengit berlaku dalam Suruhanjaya Hubungan Etnik Kebangsaan apabila 14,384 calon menduduki peperiksaan untuk merebut hanya dua jawatan.

Peperiksaan untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan kerajaan itu telah diperkenalkan pada abad ketujuh semasa negara tersebut mengamalkan pemerintahan beraja.

Jawatan dalam perkhidmataan kerajaan menjadi daya tarikan penduduk China kerana ia menyediakan banyak faedah untuk penjawat awam selain ia dianggap sebagai pekerjaan yang stabil.

Peperiksaan itu diadakan di beberapa buah lokasi seperti di dewan universiti di negara ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved