Isnin, 28 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiada warga Malaysia terjejas dalam ribut di barat daya England, Wales

Posted:

Tiada warga Malaysia terjejas dalam ribut di barat daya England, Wales

Tiada warga Malaysia terjejas dalam ribut di barat daya England, Wales

28/10/2013 10:06pm

LONDON - Kira-kira 1,000 pelajar Malaysia yang menuntut di daerah-daerah terjejas di United Kingdom berikutan ribut St. Jude yang melanda Barat Daya England dan Wales selamat pada masa ini, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin, beliau berkata, banyak kerosakan dilaporkan di sekitar kawasan berkenaan terutama di Cardiff, Swansea and Bristol.

"Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan akibat ribut itu yang melibatkan pelajar kita atau masyarakat Malaysia yang tinggal di kawasan ini," kata beliau.

Terdapat 488 pelajar Malaysia ketika ini di Cardiff, 234 di Bristol dan selebihnya di Swansea.

Zakaria berkata kira-kira 70,000 rakyat Malaysia dianggarkan tinggal di United Kingdom termasuk 14,500 pelajar. - Bernama

Prolintas tawar diskaun tol 20 peratus sempena Deepavali

Posted:

Prolintas tawar diskaun tol 20 peratus sempena Deepavali

Prolintas tawar diskaun tol 20 peratus sempena Deepavali

28/10/2013 9:27pm

KUALA LUMPUR - Prolintas akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya kendaliannya sempena sambutan Hari Deepavali bermula 6 pagi 2 November hingga 6 pagi keesokannya (3 November).

Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, diskaun berkenaan ditawar di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

"Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter - AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman sesawang www.prolintas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai lebuh raya Prolintas," katanya. - Bernama

Moyes intai gelaran Piala Liga buat The Red Devils

Posted:

Moyes intai gelaran Piala Liga buat The Red Devils

Moyes intai gelaran Piala Liga buat The Red Devils

28/10/2013 8:48pm

MANCHESTER - Manchester United kembali mengalihkan tumpuan kepada kempen Piala Liga apabila melayan kunjungan Norwich City pada aksi pusingan keempat di Old Trafford awal pagi Rabu.

Sabtu lalu, skuad kendalian David Moyes nyaris dimalukan Stoke City sebelum meraih kemenangan 3-2 pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford.

Tekanan jelas dirasai skuad The Red Devils pada permulaan musim ini apabila sekadar menduduki tangga ke lapan liga domestik.

Justeru, kejayaan dalam saingan Piala Liga pastinya meredakan tekanan buat Moyes dan barisan pemain Uni ted.

Tanpa berselindung, Moyes mengakui, beliau tidak memandang mudah pertemuan menentang Norwich dalam usaha memburu sekurang-kurangnya satu trofi musim ini.

"Jika boleh, saya mahu memenangi kesemua trofi bersama United.

"Sejak hari pertama datang ke sini, saya mahu memenangi sebanyak mungkin perlawanan yang dilalui mahupun trofi dan itulah yang akan saya lakukan," kata Moyes.

Moyes juga mengakui kejayaan mendakap sekurang-kurangnya satu trofi ini cukup penting bagi meraih semula keyakinan peminat fanatik United yang sering membandingkan beliau dengan pengendali terdahulu, Alex Ferguson.

"Ferguson mengambil masa empat tahun untuk mendakap trofi pertama bersama United, jadi satu piala musim ini sudah mencukupi.

"Jika saya berjaya melakukannya pada musim pertama, sudah tentu ia sesuatu yang cukup membanggakan," kata Moyes.

Dalam pada itu, Moyes juga tidak menolak kemungkinan menaruh kepercayaan kepada Javier Hernandez yang mencetak gol kemenangan United ketika berdepan Stoke tempoh hari.

"Saya harap Hernandez dapat beraksi sejak minit pertama.

"Kami memiliki barisan pemain yang berkualiti, jadi kesemua pemain mampu beraksi dalam kesebelasan utama," jelas beliau. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved