Selasa, 1 Oktober 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rashid azam buka 'buku baharu'

Posted:

Rashid azam buka 'buku baharu'

Rashid azam buka 'buku baharu'

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

RASHID (kanan) bersama rakan sejawatannya, Tey Seu Bock mengendali sesi latihan skuad badminton negara di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.


JURULATIH negara, Rashid Sidek mahu membuka 'buku baharu' dan melupakan persengketaan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas kembali menyambung tugasnya bersama badan induk itu semalam.

Rashid, 45, sebelum ini mencetuskan kontroversi berhubung isu peletakan jawatannya pada 19 September lalu selepas tidak puas hati dengan rombakan struktur kejurulatihan skuad negara yang dilakukan bekas Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG), Tan Aik Mong.

Namun, Rashid bersetuju menarik semula surat peletakan jawatannya selepas Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mengubah kembali struktur kejurulatihan yang dilakukan Aik Mong.

Bagaimanapun, Aik Mong pula meletakkan jawatannya pada 24 September lalu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan BAM kembali semula ke struktur asal sistem kejurulatihan.

Bagi Rashid, selepas semua kemelut tersebut berakhir, beliau kini mahu kembali meneruskan fokusnya untuk melahirkan lebih ramai jaguh dunia di Malaysia sebagai pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei.

"Saya rasa latihan hari ini (semalam) masih seperti biasa, tidak banyak perubahan berlaku setakat ini," jelas Rashid ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

"Saya harap tiada lagi kontroversi yang timbul dan jurulatih juga sudah boleh menumpukan kepada tugas masing-masing dalam meningkatkan prestasi para pemain.

"Bagi saya apa yang penting ketika ini ialah meningkatkan prestasi pemain negara dan fokus saya juga sudah semestinya melahirkan ramai lagi jaguh badminton dunia.

"Esok (hari ini) akan bermula Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur dan meskipun pemain kita akan berdepan sesama sendiri, saya harap akan ada peningkatan ditunjukkan daripada pemain elit dan remaja kita."

Terbuka Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur sehingga 6 Oktober ini, bakal menyaksikan Chong Wei Feng dan Liew Daren tampil sebagai pemain pilihan pertama dan kedua.

Antara pemain negara lain yang turut beraksi ialah Iskandar Zulkarnian Zainuddin, Loh Wei Sheng, Goh Giap Chin, Soong Joo Ven, Soo Teck Zhi, Chong Yee Han, Tan Kian Meng dan Nur Mohd. Azriyn Ayup.

"Setakat ini saya tidak mendapat apa-apa maklumat lagi daripada pengurusan BAM, cuma ikut projek (program latihan) lama.

"Fokus saya buat masa ini ialah mempersiapkan pemain kita supaya lebih bersedia menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang.

"Bukan niat saya untuk membuat kontroversi, namun selepas ini harapnya tiada lagi isu yang berkaitan jurulatih ditimbulkan pada masa hadapan," ujar Rashid lagi.

'Hanya siasat jika ada laporan'

Posted:

'Hanya siasat jika ada laporan'

'Hanya siasat jika ada laporan'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AKSI antara Sarawak dan Perak dalam saingan terakhir Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching pada 21 September lalu.


SEBARANG kemungkinan yang mengaitkan juara Liga Premier, Sarawak dengan dakwaan terlibat dalam skandal mengatur perlawanan tidak pernah dibincangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan bahawa kenyataan itu telah disalah tafsir oleh pihak media.

Menurut beliau, perkara itu tidak pernah dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Integriti ke-11 yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat di Putrajaya kelmarin.

"FAM ingin menjelaskan bahawa isu kemungkinan wujudnya unsur rasuah dalam pasukan Sarawak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

"Jika ada laporan atau desas-desus mengenai kemungkinan itu, barulah Jawatankuasa Integriti akan menyiasat dan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut," kata Hamidin menerusi satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Hamidin memberitahu, setakat ini FAM hanya menerima laporan daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA mengenai kemungkinan wujudnya elemen rasuah ekoran prestasi kurang memberangsangkan skuad Seladang itu dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Ia rentetan kekalahan besar 1-6 Perak kepada Sarawak dalam aksi terakhir Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, 21 September lalu.

Polemik Sarawak turut didakwa terlibat dalam skandal rasuah mula tercetus selepas PAFA menggantung tugas ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah, penolong jurulatih dan pegawai pasukan itu selama dua minggu pada 23 September lalu.

Namun pengurus skuad Bujang Senang, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki menyifatkan dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

Nasib malang hantui Wan Zack

Posted:

Nasib malang hantui Wan Zack

Nasib malang hantui Wan Zack

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PEMAIN sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor dijangka berehat panjang apabila mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada bahagian lutut kanan.

Berita itu jelas memberikan tamparan kepada pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang Sukan SEA di Myanmar Disember depan.

Wan Zack yang kini mewakili kelab Jepun, FC Ryukyu dianggap antara tonggak utama Harimau Muda bagi memburu pingat emas ketiga berturut-turut pada temasya Sukan SEA kali ini.

Kim Swee mengakui, beliau telah dimaklumkan oleh Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu, Sotaro Shinoda berhubung kecederaan serius yang menimpa Wan Zack.

"Saya tidak boleh terburu-buru untuk mengatakan Wan Zack akan terkeluar daripada skuad pada Sukan SEA 2013 di Myanmar nanti.

"Benar, Wan Zack dilihat memiliki peluang tipis jika berdasarkan laporan semasa kecederaan yang dialami, tetapi kita tidak boleh terlalu terburu-buru dalam situasi ini.

"Saya mahu menunggu terlebih dahulu laporan penuh berhubung status kecederaannya dari pihak FC Ryukyu," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kim Swee menambah, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan FC Ryukyu untuk membawa pulang Wan Zack yang kini berada di Okinawa, Jepun bagi mendapatkan rawatan.

"Wan Zack masih di bawah kontrak (FC Ryukyu) dan dia adalah pemain FC Ryukyu, kita harus menghormati majikannya.

"Jadi, kami akan berbincang dahulu dengan FC Ryukyu sebelum mengambil keputusan untuk membawa dia pulang ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal turut mengakui kehilangan Wan Zack bakal memberikan kesan kepada pasukannya menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Shah Alam pada 15 Oktober ini.

"Saya cuma tahu menerusi Twitter (Wan Zack) dan saya akan meminta Tan Cheng Hoe (penolong jurulatih) untuk mendapatkan maklumat mengenai dia

"Bagi saya, Wan Zack adalah watak penting dalam pasukan dan saya harap kecederaannya tidak serius," kata Rajagobal.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved