Rabu, 16 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Memberikan kelembapan dan tidak mengeringkan

Posted:

Memberikan kelembapan dan tidak mengeringkan

Memberikan kelembapan dan tidak mengeringkan

BUNYI mesin memenuhi ruang udara sebuah kilang pembuatan produk yang terletak di Bangi, Selangor itu.

Seorang pekerja kelihatan sedang menyudip kanji sagu sebelum dituang perlahan-lahan ke penggelek.

Bahan yang telah menipis itu terus dilekap mengunakan sejenis kain bulu nipis dan plastik sebelum ditekap mengikut acuan sama ada untuk menghasilkan Hydrogen Patch H2O atau masker muka, Revolutionary Bio-Gel Facial Mask.

Kanji sagu itu dihasilkan daripada pokok rumbia yang banyak didapati di Sarawak. Negeri tersebut kini mempunyai kawasan ladang rumbia komersial seluas 7,700 hektar.

Sebelum ini, sagu banyak digunakan dalam pembuatan bihun dan kuetiau selain kuih tradisonal dikenali sebagai sagu mata ikan, kata Pengarah Urusan Rumbia Bio-Tech Sdn. Bhd. (RBSB), Eddy Ling, 58 yang ditemui di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Sagu yang digunakan sebagai bahan mentah RBSB adalah dari ladang milik Eddy di Sibu, Sarawak.

Hasil penyelidikan selama 10 tahun merangkumi kajian produk, pembungkusan dan pemasaran, satu diproses menjadi bahan penting dikenali sebagai hidrogel. Ia digunakan dalam produk kecantikan dan kesihatan.

"Hidrogel sagu mempunyai potensi yang sangat besar, hidrogel yang diperbuat daripada bahan silikon atau sintetik meninggalkan kesan kering pada permukaan kulit selepas digunakan, tetapi bahan ini tidak," kata Eddy.

Produk yang dihasilkan di kilang tersebut iaitu Hydrogen Patch H2O dan masker muka, Revolutionary Bio-Gel Facial Mask menggunakan jenama Esllon. Hydrogen Patch H2O yang mengandungi 10 keping itu berharga RM70.


SAGU banyak digunakan dalam pembuatan makanan seperti kuetiau, bihun dan pencuci mulut tradisional.


Produk Hydrogen Patch H2O dikatakan membantu mengawal suhu badan pesakit kanser yang kerap terasa panas ketika menjalani prosedur kimoterapi dan radioterapi.

"Struktur dalaman hidrogel sagu mempunyai rangkaian tiga dimensi akan memberikan kesan resonans yang membolehkan oksigen dan nutrisi memasuki bahagian dalam kulit," terang Eddy.

Pengarah Kanan, Program Pengkomersialan dan Perancangan Teknologi, Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Zulkifli Mohamed Hashim berkata, hidrogel sagu merupakan rangkaian polimer polisakarida tautsilang crosslinkable yang mengembang dalam air.

Bahan yang telah dijadikan produk didedahkan pada pancaran elektron atau sinaran gama bagi membentuk hidrogel ikatan silang dan pada masa sama produk disteril.

Ketika proses ikatan silang berlaku, polimer larut air akan membentuk rangkaian antara polimerik dengan molekul kanji sagu sama ada bercantum pada tulang belakang rantaian polimer atau terbenam dalam formasi rangkaian polimer itu.

"Bahan aktif yang wujud dalam kanji sagu, polifenol akan melarut resap ketika proses penyembuhan luka atau mengatasi masalah jerawat.

"Polifenol mempercepatkan proses rawatan itu," kata Zulkifli lagi.

Tambahnya, hidrogel sagu mempunyai kebolehan menyerap cecair toksin daripada luka berdarah dan kekotoran daripada luka.

Pada masa sama, ia memberikan persekitaran lembap pada bahagian yang terjejas sama ada pada luka atau kulit.

Jika dijadikan pembalut (dressing) luka, ia menghalang jangkitan bakteria pada luka itu.

Bagi rawatan kulit wajah, satu lapisan yang sedikit berminyak terhasil bagi melindungi kulit daripada pencemaran mikrob atau kekotoran selain melambatkan penuaan kulit.

Hidrogel sagu boleh dibangunkan menjadi beraneka jenis produk untuk tujuan berbeza seperti balutan untuk luka, tampalan bagi mengurangkan suhu dan baik untuk kudis tekanan yang terhasil kerana rengsaan akibat terlalu lama berbaring pada kedudukan yang sama.


RBSB telah mengeluarkan dua jenis produk menggunakan sagu sebagai bahan mentah utama iaitu hidrogel sagu dan masker muka.


Paten

Pengarah Bahagian Teknologi Pemprosesan Sinaran, ANM, Dr. Kamaruddin Hashim berkata, bahan tersebut telah mendapat hak paten di beberapa buah negara.

Antaranya, Malaysia pada 31 Oktober 2011 dengan nombor paten, MY-144738, Republik Rakyat China pada 4 April 2007 (ZL03178677), Taiwan pada 11 November 2009 (I316950), Indonesia dan Filipina.

Pada 5 September 2003, ANM melesenkan hak intelektual hidrogel sagu kepada RBSB membabitkan kos sebanyak RM500,000.

Selain itu, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia dan Rumbia Bio-tech Sdn. Bhd. telah menandatangani penjanjian bagi membantu membangunkan produk lain.

Hidrogel sagu merupakan antara hasil kajian ANM yang berjaya dikomersialkan.

Kata Kamaruddin, masker muka hidrogel sagu menjadi produk yang paling berjaya dikomersialkan oleh RBSB dan dipasarkan oleh beberapa syarikat lain seperti Ecofirst Prodcuts Sdn. Bhd.

RBSB diberikan dana sebanyak RM1.7 juta di bawah geran pengkomersialan pembangunan dan penyelidikan (CRDF) oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dalam mengkomersial kanji sagu sebagai bahan membalut luka.

Anugerah

Hidrogel sagu turut menerima beberapa anugerah pada peringkat kebangsaan seperti Pingat Perak di Ekspo Sains dan Teknologi 2002 dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Malaysia 2003 untuk pembalut luka bagi kegunaan perubatan.

Masker muka menerima Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama antara Sektor Awam dan Sektor Swasta (AIPB) 2006 bagi penjagaan kesihatan.

ANM ditubuhkan pada tahun 1972 dengan nama Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Dr. Ismail (Puspati) tujuan membuat penyelidikan terhadap penggunaan nuklear sebagai bahan tenaga dalam penghasilan kuasa elektrik.

Sekitar tahun 1975 hingga 1980, sumber petroleum ditemui di negeri-negeri seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak menyebabkan perancangan itu ditangguhkan sementara.

Ketua Pengarah ANM, Datuk Dr. Muhamad Lebai Juri berkata, bagi memastikan agensi berkenaan menjadi relevan, bidang baharu perlu diterokai.


SAGU rumbia mempunyai banyak manfaat termasuk menjadi sumber makanan. - Gambar hiasan


Teknologi baharu

Maka, ANM memainkan peranan penting dalam penyelidikan untuk menjana teknologi baharu bagi memenuhi keperluan pelbagai aplikasi teknologi nuklear.

"Penggunaan nuklear di Malaysia meliputi 75 peratus bidang perubatan dan selebihnya bidang lain," terangnya.

Dalam perubatan, ia digunakan sebagai penanda (tracer) dalam mendiognosis kanser, terapi dan x-ray manakala bidang pembuatan seperti mensteril sarung tangan getah.

Sebenarnya, nuklear mempunyai banyak kegunaan dalam bidang pertanian dan pembuatan. Antara kajian yang dijalan oleh pihak ANM adalah penggunaan teknologi nuklear dalam menambah biak penghasilan daripada kayu gaharu seperti yang dilaksanakan di Asap Koyan, Sarawak dan Rompin, Pahang.

Selain itu, kajian menghasilkan padi organik dan hidroponik dengan menggunakan teknologi nuklear dijalankan bagi meningkatkan hasil tanaman.

Contoh aplikasi nuklear dalam kajian nuklear ialah sebagai tracer yang dicampur baja. Campuran diletakkan pada sekeliling pokok bagi mengesan jarak terbaik penyerapan baja oleh pokok.

Suka duka keluarga angkat Hong Kong

Posted:

Suka duka keluarga angkat Hong Kong

Suka duka keluarga angkat Hong Kong


PERSATUAN Kebajikan Keluarga Hong Kong menganggarkan kira-kira 100 anak angkat masih berada dalam senarai menunggu termasuk kanak-kanak yang telah melalui proses suai padan.


PADA usia 12 tahun, Mary (bukan nama sebenar) telah memasang impian untuk menjadi pramugari dan mengembara ke seluruh dunia sedangkan kanak-kanak sebayanya di Hong Kong pula asyik membeli-belah, mendengar muzik dan bersuka ria bersama rakan-rakan.

Sejak berumur tiga tahun, Mary ditempatkan di rumah jagaan keluarga angkat kerana ibu bapanya penagih dadah. Disebabkan ketagihan itu, ibu bapanya sering keluar dan masuk penjara sehingga kehidupan Mary terabai.

Namun, nasib Mary bukan seteruk yang disangka kerana dia merupakan antara kanak-kanak yang dianggap bertuah di negara itu.

Semakin ramai kanak-kanak yang masih menunggu penjagaan ekoran kekurangan pasangan yang berkemampuan di negara itu.

Pekerja-pekerja sosial berpendapat, kos hartanah yang tinggi, kekurangan ruang di bandar dan kesibukan ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga merupakan faktor utama tersebut terabai.

Menurut, Pekerja Sosial Kanan Persatuan Kebajikan Keluarga Hong Kong (HKFWS), Jenny Yu, pada masa lalu, ahli keluarga pasti membantu saudara-mara mereka yang memerlukan.

"Institusi kekeluargaan semakin berpecah-belah dewasa ini. Masyarakat tinggal berjauhan dan jiran-jiran juga tidak membantu antara satu sama lain. Jadi, kanak-kanak memerlukan mendapatkan khidmat masyarakat seperti rumah keluarga angkat," ujarnya.

Tambahnya, kanak-kanak perlu menunggu sehingga setahun sebelum dapat ditempatkan bersama keluarga angkat.

Keluarga angkat

Jika tidak kerana hubungan erat yang terjalin antara Mary dengan ibu angkatnya, Carmen (bukan nama sebenar), peluang yang dinikmati hari ini pasti tidak tercapai.

Carmen, 47, yang dipanggil Mary sebagai 'Mak Cik', menggambarkan kelakuan gadis itu apabila diambil sebagai anak angkatnya sejak lima tahun lalu.

"Dia amat takut dan tiada sebarang kata yang diucapkan. Dia hanya akan duduk di tepi tingkap dengan senyuman di bibirnya," katanya sambil memegang tangan Mary.

Jelas kelihatan hubungan mereka amat akrab daripada perbualan dan gelak ketawa yang dikongsi bersama.

"Kini, kami pergi ke pantai untuk menangkap ketam dan ikan kecil. Haiwan itu dilepaskan selepas ditangkap. Ia merupakan aktiviti kegemaran kami pada hujung minggu," ujar Mary tersenyum.

Jumlah rujukan penjagaan angkat meningkat daripada 333 pada tahun 2010 dan 2011 kepada 462 dalam tahun 2012 sehingga 2013, sementara bulangan rumah yang ada telah merosot.


CARMEN (kiri) menyatakan Mary amat takut ketika diambil sebagai anak angkatnya, lima tahun lalu.


HKFWS menganggarkan kira-kira 100 anak angkat masih berada dalam senarai menunggu termasuk kanak-kanak telah melalui proses suai padan dan mereka yang dianggap 'sukar untuk ditempatkan'.

Kerajaan menyatakan ia sedang berusaha untuk memperluaskan kriteria pemilihan ibu bapa angkat.

Usaha itu diharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat negara itu tampil untuk mengambil anak angkat.

Insentif

Ibu bapa angkat menerima bayaran sebanyak HK$6,000 (RM2,496) sebulan untuk jagaan seorang anak angkat.

"Sesetengah keluarga mungkin beranggapan bahawa peruntukan yang diberikan adalah terhad. Kawasan sempit di Hong Kong sehingga menyebabkan keluarga tidak mempunyai ruang tambahan untuk anak-anak ini merupakan antara faktor rakyat negara ini tidak mengambil anak angkat," tambah Yu.

Ketika ditanya sama ada insentif kewangan yang lebih besar akan membantu mereka yang mengambil anak angkat, pegawai unit penjagaan anak angkat pusat, Gordon Poon memberitahu, penjagaan anak angkat bukan sesuatu pekerjaan.

"Ia merupakan perkhidmatan berteraskan kasih sayang, bukan kerana wang," jelasnya.

Seorang profesor perkhidmatan sosial di Universiti Hong Kong, Nelson Chow memberitahu, warga tua lebih gemar mengambil anak angkat manakala pasangan muda tidak mampu untuk menyediakan ruang di kediaman mereka.

"Pada 20 tahun lalu, badan bukan kerajaan melihat pasangan berusia 30-an dengan seorang anak merupakan golongan sasaran untuk dijadikan keluarga angkat. Kini, mereka lebih cenderung mencari golongan yang mempunyai anak yang sudah dewasa," ujarnya.

Bagi Carmen, sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang menjaga dua orang anak perempuannya berusia 18 dan 21 tahun termasuk seorang anak angkat berusia 9 tahun, bukanlah suatu bebanan malah mereka merupakan inspirasi terbesar dalam hidupnya.

Menurut Yu, langkah mempromosikan manfaat pengambilan anak angkat merupakan salah satu cara untuk menggalakkan lebih banyak pihak mengambil bahagian sebagai ibu bapa angkat.

Dia juga mencadangkan agar pengecualian cukai kepada keluarga angkat merupakan satu ganjaran kepada mereka.

Bagi Mary, kehidupan bersama Carmen membolehkannya mendapat kasih sayang yang sebelum ini tidak dapat dikecapibersama keluarga sebenarnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved