Sabtu, 28 September 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Conti wira Tok Gajah

Posted:

Conti wira Tok Gajah

Conti wira Tok Gajah

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
sukan@kosmo.com.my

RONALDINHO (kanan) diasak pemain Pahang, Mohd. Shahrizan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.


PAHANG memilih laluan penuh berliku apabila sekadar menang tipis 3-2 ke atas Selangor PKNS dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Tuan rumah terlebih dulu membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi penyerang import, Matias Conti yang bijak menyempurnakan hantaran Azidan Sarudin.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad pelawat mula mengatur gerakan sebelum Patrick Ronaldinho berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36.

Kelekaan skuad Tok Gajah sekali lagi dihukum apabila PKNS berjaya menggandakan kelebihan menerusi jaringan Mohd. Lot Abu Hassan seminit kemudian.

Bagaimanapun, sorakan lebih 30,000 penyokong tuan rumah kembali bergema apabila Conti bijak menyempurnakan hantaran D. Surendran pada minit ke-49.

Gol kemenangan Pahang akhirnya hadir pada minit ke-57 apabila Conti melengkapkan hatrik selepas menyambut bola muntah yang gagal ditangkap kemas penjaga gol PKNS, Mohd. Remezy Che Ros.

Namun, pengendali Pahang, Dollah Salleh enggan anak-anak buahnya berasa selesa memandangkan PKNS kini memiliki dua gol di tempat lawan.

"Kami belum boleh meraikan kemenangan ini kerana masih ada 90 minit aksi di Shah Alam.

"Apa-apa pun, saya memuji kebangkitan pemain yang mampu bangkit meskipun terlebih dahulu ketinggalan pada babak pertama.

"Saya harap corak permainan pasukan terutamanya di bahagian benteng pertahanan mampu diperkemaskan ketika aksi kedua di Shah Alam nanti," katanya.

Kedua-dua pasukan bakal berentap dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam pada 4 Oktober depan.

Sime Darby cari bekalan selesa

Posted:

Sime Darby cari bekalan selesa

Sime Darby cari bekalan selesa

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PRIMORAC (kanan) menjadi sandaran Sime Darby ketika menentang Sarawak pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Selayang malam ini.


SEJARAH telah tercipta buat Sime Darby sebaik melangkah penuh bergaya ke pentas suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Selepas berjaya memperbaiki pencapaian musim lalu yang menyaksikan mereka terkandas di peringkat kumpulan, The Giant Killer pastinya mengidam sejarah baharu untuk mara lebih jauh pada kempen kali ini.

Pengendali Sime Darby, Ismail Zakaria berkata, moral anak-anak buahnya kini cukup memuncak menjelang pertemuan menentang juara Liga Premier, Sarawak dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Menurut beliau, peraturan gol di tempat lawan mampu menidakkan hasrat Sime Darby mara ke separuh akhir, justeru mereka perlu memburu bekalan selesa malam ini memandangkan Bujang Senang cukup kebal di laman sendiri.

"Kami sudah melakar sejarah apabila menjejakkan kaki ke pentas suku akhir, sudah tentu pemain cukup bersemangat supaya perjuangan kami tidak terhenti setakat ini.

"Sarawak juga cukup kuat apabila beraksi di Stadium Negeri, jadi kami perlu memburu bekalan gol yang selesa bagi menjamin slot ke separuh akhir sebelum ke Kuching (5 Oktober depan).

"Namun pada masa sama, kami juga perlu berhati-hati bagi mengelak dibolosi di Selayang kelak jika enggan berputih mata," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Meskipun sedar rekod kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Premier musim ini tidak berpihak kepada Sime Darby, Ismail enggan menjadikannya sebagai satu ukuran.

Ini kerana menurut beliau, The Giant Killer bakal tampil dengan barisan terbaik ketika berdepan Bujang Senang malam ini apabila kesemua pemain bebas daripada kecederaan mahupun penggantungan perlawanan.

"Selain anak tempatan, saya juga mencabar pemain import (Karlo Primorac dan Togaba Kontiwa Komlan) memberikan segala-galanya di atas padang kelak.

"Atas kertas, Sarawak dilihat pasukan pilihan namun itu bukan alasan kami 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang.

"Jadi, saya percaya pemain Sime Darby mampu menterjemahkan setiap strategi dengan sempurna," katanya.

Sime Darby berjaya menempah slot suku akhir Piala Malaysia kali ini selepas muncul naib juara Kumpulan A apabila berkongsi sembilan mata dengan naib juara musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia.

Jika berjaya melepasi halangan Bujang Senang, pemenang antara Pahang dan PKNS dijangka menanti Sime Darby di peringkat separuh akhir kelak.

Malaysia mahu kekal rekod bersih

Posted:

Malaysia mahu kekal rekod bersih

Malaysia mahu kekal rekod bersih

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


AYAM TAMBATAN... Shahril Saabah antara tonggak skuad remaja negara pada kempen Piala Sultan Johor 2013.


MESKIPUN tiket final sudah berada dalam genggaman, Malaysia tetap memburu kemenangan ketika menentang India pada aksi terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2013 hari ini.

Malaysia mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan yang menggunakan format round robin (liga sepusingan) itu apabila merekodkan kemenangan bersih dalam empat perlawanan terdahulu.

Prestasi konsisten skuad kendalian Muhd. Dharma Raj Abdullah itu menyaksikan mereka layak ke final menentang India, sekali gus menyaksikan perlawanan hari ini ibarat sebagai aksi pemanas badan sebelum kedua-dua pasukan berentap di pentas final esok.

"Kami akan bermain (menentang India) dalam dua perlawanan berturut-turut, jadi sudah pasti saya akan merehatkan beberapa pemain utama dan menurunkan pemain yang jarang beraksi.

"Begitupun, ia tidak bermakna kami tidak mahu mencari kemenangan. Saya selalu menekankan kepada pemain bahawa kemenangan adalah penting dalam setiap perlawanan.

"Mungkin kita sukar untuk menang berbanding India yang mempunyai kekuatan seimbang pemain utama dan simpanan.

"Namun menang atau kalah pada aksi terakhir ini tidak bermain di fikiran saya sekarang kerana saya hanya mahu melihat kemampuan pemain simpanan," jelas Dharma Raj semalam.

Tidak kira menang atau kalah dengan India petang ini, Malaysia akan tetap membuat penampilan kedua di pentas final dalam tiga edisi Piala Sultan Johor.

Pada edisi sulung 2011, Malaysia muncul juara selepas menewaskan Australia 3-2 sebelum menduduki tempat tercorot pada edisi 2012.

Bagi Dharma Raj, meskipun berasa puas dengan pencapaian anak-anak buahnya setakat ini, namun beliau sedar perjalanan skuad remaja negara itu masih lagi jauh.

"Pemain-pemain berjaya membuktikan kesungguhan dalam diri mereka dan ia sesuatu yang positif menjelang Piala Dunia Remaja di India nanti.

"Kami berjaya mengalahkan Pakistan 4-2 pada aksi keempat semalam (kelmarin) yang mana Pakistan dianggap antara pencabar utama kerana mempunyai pemain yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

"Namun, saya gembira dengan ketenangan yang ditunjukkan pemain-pemain negara dalam perlawanan tersebut. Mereka tidak cepat panik meskipun ketinggalan dan tetap bermain mengikut perancangan.

"Jadi saya anggap ia satu peningkatan yang positif ditunjukkan pemain-pemain kita," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved