Khamis, 29 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak ketika potong bekalan elektrik

Posted:

Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak ketika potong bekalan elektrik

Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak ketika potong bekalan elektrik

29/08/2013 10:15pm

SUBANG JAYA - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa, Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.

"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pe motongan elektrik di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki bertanya mengapa potong elektrik.

"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali," katanya ketika dihubungi.

Kata Ah Chua, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan diberi rawatan awal sebelum di hantar ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar untuk pembedahan.

Sehubungan itu, Ah Chua mengesahkan, dua suspek yang berusia 33 dan 45 tahun kini ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes di siasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau cara-cara yang merbahaya. - KOSMO!

Beri pinjaman kepada seorang ahli perniagaan, 28 along diburu

Posted:

Beri pinjaman kepada seorang ahli perniagaan, 28 along diburu

Beri pinjaman kepada seorang ahli perniagaan, 28 along diburu

29/08/2013 9:50pm

MELAKA - Polis Melaka memburu 28 daripada 29 lelaki yang dipercayai along yang memberi pinjaman kepada seorang ahli perniagaan sehingga dibebani hutang berjumlah RM264,700.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Superitendan Ee Khong Koy berkata, seorang daripada along itu berusia 28 tahun ditahan ketika dipanggil membantu siasatan kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, 22 Ogos lepas.

Katanya, kesemua 29 along itu dipercayai saling mengenali antara satu sama lain dan pinjaman yang ditawarkan kepada ahli perniagaan itu dilakukan melalui panggilan telefon.

Beliau berkata ahli perniagaan barangan plastik berusia 46 tahun itu mula membuat pinjaman sejak 2011 dan membuat laporan polis pada 15 Ogos lepas kerana bimbang keselamatannya walaupun tidak pernah diugut.

Katanya, ahli perniagaan itu mula membuat pinjaman sebanyak RM19,000 daripada seorang along yang dikenali sebagai William pada 2011.

"Ahli perniagaan itu yang tidak mampu membayar balik pinjaman itu kemudiannya bertindak meminjam daripada 28 along secara berperingkat bagi menjelaskan hutang yang dipinjam sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini.

Ee berkata tujuh kes penipuan along melibatkan kerugian berjumlah RM15,620 dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini di Melaka berbanding lapan kes dengan kerugian RM99,000 dalam tempoh sama tahun lepas. - Bernama

Nenek dan dua cucu ditemui mati dibunuh

Posted:

Nenek dan dua cucu ditemui mati dibunuh

Nenek dan dua cucu ditemui mati dibunuh

29/08/2013 9:39pm

DENGKIL - Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang Superitendan Imran Abd. Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut manakala cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher.

"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.

"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved