Rabu, 28 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tidak jadi bunuh diri selepas dipujuk bomba

Posted:

Tidak jadi bunuh diri selepas dipujuk bomba

Tidak jadi bunuh diri selepas dipujuk bomba

28/08/2013 7:52pm

KUCHING - Pihak bomba dan penyelamat berjaya memujuk seorang penganggur yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari

Jambatan Santubong dekat sini malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Polis dan Penyelamat Petra Jaya, Karim

Mohamad berkata, pihak bomba mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk memujuk lelaki berkenaan sebelum dia akhirnya mengambil keputusan berenang semula ke tebing sungai.

Lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai di bawah pengaruh dadah dan dia turut dipercayai baharu sahaja bertengkar dengan bapanya.

"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira 10.25 malam daripada salah seorang pemancing di jambatan itu. Sebaik tiba pihak bomba mendapati lelaki itu sudah lima minit terjun ke dalam sungai sedalam kira-kira 30 meter itu," katanya ketika dihubungi.

Karim berkata, pihak bomba terus memujuknya agar tidak bertindak demikian di samping memberi nasihat kepadanya.

Lelaki itu mengalami luka di kaki dan tangan ketika cuba naik semula ke atas tebing jambatan.

Dia juga bernasib baik kerana tidak dibaham buaya di sungai yang merupakan habitat reptilia berkenaan. - Bernama

Jalan Tan Chay Yan ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Jumaat ini

Posted:

Jalan Tan Chay Yan ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Jumaat ini

Jalan Tan Chay Yan ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Jumaat ini

28/08/2013 7:50pm

MELAKA - Jalan Tan Chay Yan berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (UTC) Melaka akan ditutup sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat kebangsaan dan sambutan Merdeka 2013 di Stadium Hang Tuah

di sini.

Pegawai Turus Trafik Melaka, Deputi Superintendan Mohd. Sham @ Shabukhen Abdullah berkata, penutupan jalan selama sembilan jam itu bermula pukul 4.30 petang, Jumaat ini.

"Lencongan laluan di kawasan berhampiran akan dilakukan jika aliran lalu

lintas di Jalan Hang Tuah Mall mengalami kesesakan. Bas dibenar masuk ke Jalan Hang Tuah Mall hanya untuk menurunkan penumpang bagi menghadiri majlis itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tempat meletak bas disediakan di Taman 1 Lagenda, Jalan

Panglima Awang di hadapan Pasaraya AEON Jusco dan Taman Rempah.

Pengunjung yang menaiki kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal pula boleh meletakkan kenderaan mereka di bangunan Medan Selera Kampung Morten, Pasaraya Ocean, Jalan Ali, Jalan Tun Mamat, Jalan Gajah Berang, Taman 1 Lagenda, Jalan Panglima Awang dan Taman Rempah.

"Orang awam juga diharap meletakkan kereta di kawasan yang telah disediakan dengan teratur agar tidak menghalang pergerakan lalu lintas," katanya. - Bernama

Polis Kuala Lumpur tahan 128 individu dalam Ops Cantas

Posted:

Polis Kuala Lumpur tahan 128 individu dalam Ops Cantas

Polis Kuala Lumpur tahan 128 individu dalam Ops Cantas

28/08/2013 7:48pm

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menahan 128 individu hasil pemeriksaan ke atas lebih 4,000 individu sepanjang Ops Cantas yang

dilancarkan sejak 17 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata daripada jumlah

tangkapan itu, 22 individu dibebaskan, 16 dibebas dengan ikat jamin polis, 63

direman, manakala 27 lagi dituduh di mahkamah.

"Selain itu kita juga berjaya merampas sepucuk pistol jenis Walther P99

tanpa peluru, dua pucuk pistol mainan, tiga bilah pisau, sebilah pisau lipat,

empat bilah parang dan satu tukul besi," katanya pada sidang akhbar di Ibu

Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Mohmad berkata, polis juga memeriksa 3,121 buah kenderaan termasuk 1,684 kereta, 1,364 motosikal dan 73 lain-lain kenderaan.

"Sepanjang operasi, kita berjaya merampas empat buah motosikal dan lapan

buah kereta yang dipercayai dicuri," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved