Jumaat, 2 Ogos 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Puasa terapi terbaik buat perokok

Posted:

Puasa terapi terbaik buat perokok

Puasa terapi terbaik buat perokok

PERKARA yang menghalang perokok untuk berhenti merokok ialah kelaziman mereka memegang dan menyedut rokok.


ORANG selalu bertanya mengapa perokok boleh berhenti seketika semasa puasa iaitu tidak merokok pada waktu siang, tetapi aktif merokok setelah berbuka?

Perokok juga kurang merokok pada bulan Ramadan, tetapi tidak pada bulan lain.

Hakikat yang jarang disedari ialah puasa merupakan terapi terbaik bagi perokok yang ingin berhenti merokok. Ia terapi psikologikal yang berasaskan kepada konsep kepatuhan kepada ajaran agama.

Sekiranya pada waktu yang lain agak sukar untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi apabila berpuasa, ketagihan rokok dapat dikawal kerana ia satu tuntutan agama. Semua orang diminta melawan hawa nafsu, termasuklah nafsu merokok.

Kebanyakan perokok menghadapi masalah untuk berhenti bukanlah disebabkan oleh terikan fisiologi seperti yang biasa dialami oleh penagih dadah.

Selain tekanan psikologi, penagih dadah mengalami terikan fisiologi yang menyukarkan mereka untuk berhenti.

Mereka akan berhadapan dengan keadaan kesakitan tertentu, selesema, cirit-birit, hidung berair dan sebagainya.

Bagaimanapun, hal ini tidak dialami perokok sekiranya mereka tidak merokok. Perkara utama yang menghalang perokok ialah kelaziman mereka memegang dan menyedut asap rokok.

Rangsangan operan

Dalam psikologi, ia dinamakan sebagai rangsangan operan, atau tingkah laku berulang-ulang yang dilakukan oleh seseorang.

Ia bertambah sukar apabila perlakuan ini dikaitkan dengan suasana atau situasi tertentu dan dalam istilah psikologi dikenali sebagai association atau perkaitan.


PEROKOK yang mahu berhenti merokok boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar bagi merealisasikan hasrat mereka. - Gambar hiasan


Ini bermakna tingkah laku yang terjadi itu terkait pula dengan keadaan yang lain. Misalnya, apabila seseorang perokok duduk di kedai kopi atau selepas menjamah makanan, mereka perlu merokok kerana ia satu kelaziman yang terjadi secara berulang-ulang sejak sekian lama.

Merokok semata-mata bukanlah perkara yang memberikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh perokok.

Perbuatan seperti menyalakan api, menyedut dan membuang puntung rokok ialah sebahagian daripada proses perlakuan berulang sekali gus menjadi suatu tabiat yang tidak mudah untuk dihentikan.

Kemunculan rokok elektronik di pasaran juga tidak berjaya menarik semua perokok beralih kepada rokok generasi baharu tersebut.

Ini kerana ia tidak membawa bersama 'kenikmatan' yang dialami oleh rokok tradisional seperti menyalakan api dan membuang puntung.

Kesemua itu ialah perkaitan psikologikal yang sangat sukar dijelaskan dalam proses terapi berhenti merokok.

Kepatuhan kepada agama

Pelbagai ubat telah diperkenalkan di pasaran untuk mengurangkan tabiat merokok. Bagaimanapun, adakalanya ia gagal kerana hanya mampu mengurangkan gejala ketagihan nikotin dalam rokok, tetapi tidak mampu membuang 'ketagihan' lain ketika proses menghisap rokok. 'Proses' tersebut menjadikan tabiat merokok sangat sukar untuk dihentikan.

Justeru, puasa boleh menjadi terapi baharu yang patut diperkenalkan dalam proses mengurangkan gejala merokok dalam kalangan orang awam.

Ini kerana puasa membawa bersama nilai 'iman' dan kepatuhan kepada agama. Ia mungkin tidak ada dalam proses terapi yang lain.


PELBAGAI ubat terdapat di pasaran bagi membantu perokok melupakan terus tabiat merokok, namun ia perlu disusuli dengan keazaman kuat untuk berhenti merokok.


Orang ramai tidak mudah terangsang dengan rokok apabila berpuasa kerana mereka tahu ia hal yang tidak boleh dilakukan tatkala berpuasa.

Sekalipun kita mendengar pelbagai rungutan perokok untuk menghentikan tabiat mereka pada bulan Ramadan, semua perokok boleh menahan diri daripada merokok.

Ini bermakna, agama telah mengawal psikologi manusia untuk tidak berfikir mengenai rokok. Bagaimanapun, ketika berbuka mereka mengulangi semula tabiat tersebut.

Besar kemungkinan sekiranya perokok boleh mengawal perasaan untuk tidak merokok setelah berbuka puasa, pasti mereka mampu berhenti merokok.

Ini kerana, pada akhirnya tabiat merokok hanyalah sekadar tekanan psikologikal dan boleh dihentikan menerusi kekuatan psikologi.

Restoran Riverside sedia 250 hidangan

Posted:

Restoran Riverside sedia 250 hidangan

Restoran Riverside sedia 250 hidangan


PELBAGAI jenis hidangan mi disediakan bagi memenuhi cita rasa pelanggan.


JANGAN lepaskan peluang berbuka puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyediakan lebih 250 hidangan enak yang pastinya memikat selera pengunjung.

Antara hidangan utama yang disediakan sepanjang bulan yang mulia ini adalah nasi beriani power yang dihidangkan bersama pilihan lauk ayam, dalca atau kambing; acar buah-buahan, sayur dan papadom dan kambing panggang.

Selain itu, restoran tersebut turut menyajikan 20 jenis juadah menarik melalui penyediaan warung-warung hidangan panas seperti warung sup, mi, nasi ayam dan itik, roti canai dan murtabak, kuih bergoreng dan sate dalam memberikan tambahan pilihan hidangan kepada pengunjung.

Sebagai pelengkap sajian, kaunter bufet yang disediakan di kawasan ruang legar dipenuhi dengan hidangan pencuci mulut seperti aneka kuih Melayu, tart coklat, agar-agar dan buah-buahan, ais krim serta pelbagai jenis minuman sejuk dan panas.

Menerapkan tema Cahaya Ramadan di PWTC, kawasan sekitar restoran dan ruang legar dihiasi cahaya indah bagi menghidupkan suasana kemeriahan bulan Ramadan ini.

Di samping itu, penyediaan hiburan dan elemen-elemen keagamaan turut meningkatkan lagi pengalaman berbuka puasa pengunjung.

Seleksi sajian penkek

Posted:

Seleksi sajian penkek

Seleksi sajian penkek

PELANGGAN pasti teruja dengan keenakan penkek red velvet oleh Pancake House International.


berpuasa, waktu berbuka seharusnya menjanjikan satu pengalaman gastronomi yang sempurna.

Selain makanan utama yang mengekalkan tenaga serta memenuhi keperluan nutrisi harian, pengambilan pencuci mulut yang lazat pasti tidak boleh dielakkan.

Pada bulan Ramadan ini, Pancake House International menawarkan kelainan dalam hidangan yang disediakan.

Rangkaian restoran itu memenuhi cita rasa penggemar kek red velvet dengan menyajikan versi penkek hidangan pencuci mulut popular itu menggunakan resipi rahsia mereka.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi TCSR Restaurants Sdn. Bhd., June Song berkata, penkek red velvet merupakan satu inovasi yang menyediakan keriangan berbuka puasa kepada para pelanggan restoran berkenaan.

Kepingan penkek empuk mini red velvet yang berwarna merah hati itu disempurnakan dengan kehadiran cip coklat, krim keju dan kacang walnut.

Menu istimewa ini ditawarkan secara ala carte pada harga RM15.90 atau RM13.90 sebagai hidangan tambah nilai dengan setiap pembelian set hidangan berbuka puasa restoran berkenaan.

Set menu berbuka puasa yang disediakan Pancake House International termasuk pilihan taco atau sup asparagus yang dipadankan bersama menu utama yang terdiri daripada nasi dan ikan tuna panggang atau tapas daging lembu beserta teh ais pic.

Selain itu, ia juga menawarkan pilihan taco atau sup asparagus bersama nasi dengan dua ketul ayam goreng klasik atau ayam masak manis selatan beserta teh ais pic.

Setiap set hidangan tersebut ditawarkan pada harga RM25.90.

Menu istimewa Pancake House International disediakan sehingga berakhir Ramadan ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved