Khamis, 29 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Damsyik nafi guna senjata kimia bunuh rakyatnya sendiri

Posted:

Damsyik nafi guna senjata kimia bunuh rakyatnya sendiri

Damsyik nafi guna senjata kimia bunuh rakyatnya sendiri

ANGGOTA penentang yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria mengiringi kenderaan PBB di pinggir bandar raya Damsyik semalam.


DAMSYIK - Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menuduh pihak penentang menggunakan senjata kimia untuk mendesak kuasa asing mengambil tindakan ketenteraan ke atas rejim Presiden Bashar Al-Assad.

"Banyak bukti cenderung membuktikan pemerintah Syria tidak bersalah dan dilempar dengan tuduhan-tuduhan palsu," kata Duta Syria ke PBB, Bashar Al-Jaafari.

Beliau berkata, terdapat bukti menunjukkan kumpulan penentang menggunakan senjata kimia untuk mengheret tentera asing supaya menceroboh Syria.

Bashar menuduh Barat dan Turki membenarkan kumpulan pengganas membina sebuah makmal senjata kimia di wilayah Turki dengan bahan-bahan disediakan oleh Turki, Arab Saudi dan Qatar.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) bersedia mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria sebagai tindak balas serangan senjata kimia pada minggu lalu.

Serangan gas beracun berkenaan dipercayai mengorbankan lebih 1,300 orang di pinggir bandar raya ini.

AS bersama Britan menyatakan bahawa rejim Bashar melancarkan serangan kimia ke kubu-kubu kumpulan penentang kerana hanya rejim Bashar yang berkemampuan untuk melakukannya.

Dalam pada itu Rusia memindahkan seramai 116 rakyatnya dan sebahagian warganegara dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet dengan dua pesawat milik Kementerian Hal Ehwal Kecemasan negara itu.

Mereka meninggalkan Syria kerana bimbang dengan konflik yang semakin meruncing di negara itu.

Kumpulan tersebut diterbangkan dari bandar pelabuhan Latakia di Syria.

Pesawat kargo Ilyushin-76 yang membawa pulang 89 orang tiba di lapangan terbang Domodedovo, Moscow lewat kelmarin.

Jurucakap kementerian berkenaan, Irina Rossius dalam satu kenyataan di laman web kementerian itu berkata, seramai 75 orang daripada 89 penumpang adalah rakyat Rusia.

"Kebanyakan mereka ialah wanita dan kanak-kanak," kata Rossius.

Pesawat kedua, Ilyushin-62 tiba di Latakia semalam dan kembali ke Moscow beberapa jam berikutnya dengan membawa 27 rakyat Rusia.

Dalam perkembangan berkaitan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata, pasukan pakar kimia badan dunia itu memerlukan masa keseluruhan empat hari untuk melengkapkan siasatan berhubung dakwaan serangan senjata kimia di Damsyik.

Menurut Ki-moon, pasukan tersebut menamatkan hari kedua siasatan itu di sebuah lokasi di pinggir bandar raya ini semalam.

"Biarlah mereka melengkapkan siasatan dalam tempoh empat hari," kata Ki-moon. "kami akan menganalisis penemuan tersebut secara saintifik sebelum menghantar laporan kepada Majlis Keselamatan," katanya.

Komen tersebut dibuat ketika AS dan sekutu-sekutunya bersiap sedia untuk menyerang Syria. - Agensi

Michael Buble jadi ayah

Posted:

Michael Buble jadi ayah

Michael Buble jadi ayah


PENYANYI Kanada, Michael Buble bersama dan isterinya, Luisana Lopilato dan bayi mereka yang baru lahir, Noah.


NEW YORK - Penyanyi pop terkenal, Michael Buble kini bergelar seorang ayah apabila isterinya, Luisana Lopilato melahirkan bayi lelaki pertama mereka awal pagi kelmarin.

Buble memuat naik gambar isterinya dan bayi lelaki mereka, Noah di laman Instagram miliknya kelmarin.

Wakil Buble mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

Lopilato yang juga merupakan seorang pelakon melahirkan anak sulung mereka itu di sebuah hospital di Vancouver di Kanada.

Penyanyi kelahiran Kanada berusia 37 tahun dan isterinya yang merupakan warga Argentina berusia 26 tahun itu berkahwin pada 2011.

Pasangan tersebut berkenalan semasa Buble mengadakan konsert jelajah Amerika Selatan.

Buble merupakan pemenang anugerah Grammy dengan berjuta-juta unit albumnya termasuk Crazy Love dan Christmas telah dijual sejak pada 2011.

Lopilato mencipta namanya sebagai model, aktres komedi dan pelakon opera di Argentina. - AGENSI

Remaja tembak pemain besbol kerana bosan

Posted:

Remaja tembak pemain besbol kerana bosan

Remaja tembak pemain besbol kerana bosan

ANGGOTA keluarga, sanak saudara dan rakan Chris Lane (gambar kecil) beratur untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemain besbol Australia itu di Melbourne, Australia semalam.


MELBOURNE - Hampir 1,000 orang berhimpun di sebuah gereja di sini semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemain besbol Australia yang dibunuh dua remaja kulit hitam dalam kes serangan rambang di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Chris Lane, 22, ditembak mati di bandar Duncan oleh dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun ketika dia keluar berjoging pada 16 Ogos lalu.

Dia yang berada di AS kerana mendapat biasiswa besbol akan menyambut hari lahirnya yang ke-23 minggu depan.

"Apabila seorang yang muda belia seperti Lane hilang nyawa, ini satu tragedi tetapi apabila nyawa seseorang hilang tanpa sebab dan tujuan, ia amat sukar untuk diterima," kata bapanya, Peter Lane.

Satu inisiatif mengutip dana dalam talian bagi membayar kos pengebumian Chris sebanyak AS$15,000 kini mengumpulkan lebih AS$170,000 melibatkan sumbangan di Australia dan AS.

Baki wang terkumpul itu akan dimasukkan ke dalam sebuah yayasan di bawah nama Chris.

Dalam pada itu, James Edwards, 15, dan Chancey Luna, 16, didakwa kerana membunuh pemuda itu dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Pihak pendakwa raya memberitahu, tiada bukti menunjukkan pembunuhan itu bermotifkan perkauman walaupun Edwards pernah memuat naik komen-komen berunsur kebencian di laman sosial awal tahun ini.

Menurut polis, kedua-dua remaja itu "bosan dan mahu melihat seseorang mati," untuk mencari keseronokan.

Seorang lagi remaja, Michael Dewayne Jones, 17, yang berkulit putih turut didakwa kerana membantu mereka dalam jenayah itu.

Kes itu membangkitkan kembali debat perkauman di AS yang tercetus susulan insiden seorang remaja kulit hitam Trayvon Martin yang ditembak oleh George Zimmerman dalam satu komuniti berpagar di Florida. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved