Khamis, 22 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

Posted:

Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

PARA penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi memegang sepanduk pemimpin berkenaan semasa satu tunjuk perasaan di Maadi, Kaherah pada Isnin lalu.- AP


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir semalam meneruskan operasi penahanan barisan pemimpin pergerakan Islam terbesar di negara berkenaan, Ikhwanul Muslimin.

Terbaharu, pihak berkuasa menahan dua lagi pemimpin pergerakan berkenaan, Saf- wat Hegazy dan Mourad Ali semasa mereka cuba melarikan diri ke Libya dan Itali.

Safwat merupakan seorang ulama konservatif manakala Mourad pula bertindak sebagai jurucakap sebuah parti politik naungan Ikhwanul Muslimin.

Mereka ditahan atas tuduhan menghasut orang ramai supaya mencetuskan kegana- san.

Penahanan tersebut merupakan tindakan keras terbaharu pemerintah Mesir yang disokong tentera terhadap Ikhwanul Musli- min.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Abdel-Fattah Othman berkata, Saf- wat ditangkap pagi semalam di bandar Mersa Matruh di sempadan Libya dan dibawa ke sini untuk disoal siasat.

Dalam pada itu, seorang pegawai kese- lamatan lain memberitahu, Mourad pula ditahan di lapangan terbang Kaherah semasa dia cuba menaiki sebuah pesawat ke Itali.

Penahanan Safwat dan Mourad dibuat sehari selepas polis menangkap pemimpin agama Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie.

Ratusan lagi pemimpin Ikhwanul Musli- min ditahan sejak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu susulan protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Berikutan penangkapan Mohammed, Ikhwanul Muslimin menamakan timbalan ketuanya, Mahmoud Ezzat sebagai pemimpin sementara pergerakan itu.

Mohammed, Safwat dan Mourad dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Ahad ini atas tuduhan menghasut keganasan di hadapan ibu pejabat Ikhwanul Muslimin pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dibebaskan seawal hari ini susulan keputusan mahkamah yang dilihat akan menyebabkan krisis politik di negara berkenaan menjadi bertambah buruk.

Keputusan mahkamah Mesir itu dibuat tujuh minggu selepas pihak tentera menggulingkan Morsi.

Bersidang semalam di sebuah penjara tempat Mubarak ditahan di sini, mahkamah itu mengarahkan pembebasan diktator berkenaan yang memerintah Mesir selama 30 tahun.

Mubarak digulingkan semasa kebangkitan rakyat Mesir yang turut melanda dunia Arab pada 2011.

Pembebasan pemimpin 'kuku besi' itu dijangka mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Kerajaan sedar jika Mubarak dibebaskan, orang ramai akan marah tetapi kita perlu menghormati keputusan mahkamah," kata seorang pemimpin kerajaan, Mohamed Abolghar.

Mubarak, 85, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, sebuah mahkamah mene- rima rayuan mengadakan perbicaraan semula kes berkenaan pada awal tahun ini.

Angka korban akibat pergolakan politik di Mesir sejak beberapa hari lalu kini menghampiri 1,000 orang. - Agensi

Ribut Tropika Trami bawa angin 137km/j

Posted:

Ribut Tropika Trami bawa angin 137km/j

Ribut Tropika Trami bawa angin 137km/j


BARISAN bot nelayan berlabuh di sebuah pelabuhan menjelang ketibaan Ribut Tropika Trami di bandar Nanfangao di daerah Ilan, Taiwan semalam.- REUTERS


TAIPEI - Sejumlah pejabat dan sekolah ditutup manakala banyak penerbangan dibatalkan semalam apabila Ribut Tropika Trami melanda Taiwan.

Biro Kaji Cuaca menggesa orang awam agar berwaspada ketika ribut itu berada pada jarak 100 kilometer (km) di pesisir pantai timur laut bandar raya ini pada pukul 5.30 petang semalam (waktu tempatan).

Ribut tropika itu membawa angin berkelajuan mencecah 137km sejam (km/j).

Beberapa pegawai di biro berkenaan memberitahu, kesan ribut Trami boleh dirasai hingga pagi ini.

Terdahulu, lebih 200 milimeter hujan turun di beberapa bahagian di utara pulau ini, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat.

Menurut biro kaji cuaca, jumlah hujan itu dijangka meningkat kepada satu meter dengan ketibaan Trami.

Dalam pada itu, bursa dan pasaran kewangan di pulau ini ditutup, begitu juga pejabat dan sekolah di utara Taiwan yang dijangka berada di laluan ribut berkenaan.

Menurut Kementerian Pengangkutan, pihaknya turut mengarahkan semua penerbangan dan perkhidma- tan feri antara pulau di Taiwan dibatalkan.

Pemerintah pula mengerahkan sekitar 2,000 anggota tentera ke bebe- rapa kawasan yang diramal dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.

Setakat ini, tanah runtuh ekoran hujan lebat telah menyebabkan jalan raya ke kawasan pedalaman di dae- rah Hsinchu tidak boleh dilalui.

Sebanyak 70 penduduk kampung terperangkap dalam bencana tersebut tetapi pihak berkuasa menyatakan mereka tidak berada dalam bahaya.

Tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di utara bandar raya ini dan tengah Taipei.

Agensi Bomba Kebangsaan melaporkan, hanya seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan akibat Ribut Tropika Trami setakat ini.

Mangsa dilaporkan terlibat dalam kemalangan motosikal ekoran cuaca buruk di daerah Neihu di sini.

Setakat ini, pihak tentera memindahkan lebih 1,000 penduduk dari sebuah pulau terpencil yang diancam ribut berkenaan serta 200 penduduk di sebuah kawasan pergunu- ngan.

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou turut memendekkan lawatan ke Carib- bean dan pulang ke Taiwan ekoran perkembangan yang membimbangkan itu.

Pada Julai lalu, Taufan Soulik membadai Taiwan dengan membawa hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 100 orang cedera. - AFP

Pijak ubi kentang untuk buang kulit

Posted:

Pijak ubi kentang untuk buang kulit

Pijak ubi kentang untuk buang kulit


SEORANG wanita Aymara, Ramona Bustos memijak ubi kentang untuk membuang kulitnya di pergunungan La Cumbre dekat ibu kota Bolivia, La Paz pada 22 Julai lalu.- AP


LA PAZ - Orang Asli Aymara yang menetap di kawasan pergunungan di Bolivia mempunyai cara unik untuk membuang kulit ubi kentang.

Kaedah tersebut masih tidak berubah sejak ia pertama kali dicipta oleh puak Inca lebih 1,500 tahun dahulu.

Setiap kali musim menuai tiba, petani-petani Aymara akan membawa ubi kentang mereka ke kawasan tinggi di Pergunungan Andes.

Tanaman itu dijemur dalam cuaca sejuk beku di pergunungan tersebut selama tiga hari.

Sepanjang tempoh itu, ubi-ubi kentang tersebut akan membeku dan mengeras.

Selepas itu, kaum wanita Aymara akan memijak ubi kentang tersebut untuk membuang kulitnya.

Suhu sejuk ekstrem menyebabkan kulit tanaman itu tanggal dengan mudah apabila dipijak.

Isi ubi kentang itu kemudian dijemur di bawah pancaran matahari untuk dijadikan hidangan tempatan yang enak dikenali sebagai chuno. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved