Selasa, 20 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Peguam umum Mubarak akan dibebaskan

Posted:

Peguam umum Mubarak akan dibebaskan

Peguam umum Mubarak akan dibebaskan

Gambar fail pada 13 April 2013 menunjukkan Hosni Mubarak melambaikan tangan dari belakang tirai besi semasa menghadiri perbicaraan semula rayuannya di sebuah mahkamah di Kaherah, Mesir.– AP


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dibebaskan dari penjara tidak lama lagi selepas dakwaan rasuah terhadap pemimpin tersebut dibatalkan, kata peguamnya semalam, sekali gus merumitkan lagi krisis politik di negara itu.

Mubarak, 85, ditangkap selepas dia tumbang dalam kebangkitan rakyat yang dikenali sebagai 'Arab Spring' pada 11 Februari 2011.

Gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab.

Peguam bekas pemimpin tersebut, Fareed El-Deeb berkata, satu lagi kes rasuah melibatkan Mubarak juga akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Perkara yang tinggal cuma prosedur pentadbiran yang mengambil masa kurang 48 jam untuk diselesaikan. Dia (Mubarak) akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini," katanya.

Namun, tanpa mengesahkan kesahihan berita tersebut, sumber kehakiman di sini memberitahu, Mubarak akan berada di penjara selama dua minggu lagi.

"Ia bagi membolehkan pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan berhubung satu lagi kes rasuah melibatkan bekas diktator Mesir berkenaan," kata sumber itu.

Mubarak bersama menteri dalam negerinya dipenjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghentikan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan dalam kebangkitan rakyat pada 2011.

Beliau kemudian merayu untuk perbicaraan semula kes tersebut yang kemudian diluluskan oleh mahkamah Mesir.

Mubarak boleh dibebaskan dari penjara sementara menanti perbica- raan semula tersebutdiadakan.

Bekas pemimpin itu kini ditahan di penjara Tora di selatan bandar raya ini.

Fasiliti itu turut menempatkan beberapa pemimpin kanan pergerakan Islam, Ikhwanul Muslimin yang ditahan susulan kejatuhan Presiden Mohamed Morsi di tangan tentera Mesir pada tahun ini.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah mengadakan satu mesyuarat tergempar sema- lam bagi membincangkan pertumpahan darah yang semakin meningkat di Mesir.

Pusingan pertama mesyuarat tergempar di sini diadakan ketika EU bersedia untuk menimbang semula hubungan baiknya dengan Mesir.

Mesyuarat penting itu juga diadakan selepas angka ke matian sepanjang keganasan lima hari di Mesir meningkat kepada hampir 800 orang. - Agensi

Gunung berapi Sakurajima meletus

Posted:

Gunung berapi Sakurajima meletus

Gunung berapi Sakurajima meletus


GUNUNG SAKURAJIMA menghambur kepulan abu setinggi 5 km ke udara. Kagoshima di Pulau Kyushu, selatan Jepun meletus kelmarin. - AP


KAGOSHIMA - Gunung Sakurajima di selatan Jepun meletus dan menghambur kepulan abu setinggi 5 kilometer (km) ke udara kelmarin.

Sakurajima membentuk awan abu tertinggi sejak Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mula mengumpul rekod letusan gunung berapi itu pada tahun 2006.

JMA menyatakan, Sakurajima turut memuntahkan lahar serta batu-batan yang bergerak sejauh sekitar 1km ke lereng-lereng di bawah gunung.

Sebelum ini, penduduk di bandar ini sudah biasa mendengar gunung berapi aktif itu meletus.

Gunung berapi setinggi 1,117 meter itu terletak kira-kira 10km ke timur bandar ini yang dihuni oleh 600,000 penduduk.

"Ini merupakan letusan ke-500 Sakurajima sepanjang tahun ini tetapi letusan kali ini adalah yang paling kuat," kata seorang pegawai tempatan.

Penduduk di bandar ini memakai topeng muka dan baju hujan serta menggunakan payung untuk melindungi diri daripada ditimpa hujan abu gunung berapi.

Para pemandu turut menyalakan lampu kenderaan manakala perkhidmatan kereta api di bandar itu dihentikan buat sementara waktu.

Penutupan itu bagi membersihkan abu gunung berapi yang melitupi landasan di bandar ini.

Menurut pihak berkuasa, tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan akibat letusan tersebut setakat ini.

Menjelang pagi semalam, ruang udara di bandar itu semakin pulih dengan penduduk turut bergotong-royong membersihkan abu gunung berapi.

Dalam pada itu, JMA menyatakan, tiada letusan lebih besar diramalkan setakat ini.

Namun, orang ramai diberi amaran agar tidak menghampiri gunung berapi berkenaan secara bersendirian.

Jepun berada dalam zon Lingkaran Api Pasifik yang kerap mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi. - AP

Lumba biri-biri di Scotland

Posted:

Lumba biri-biri di Scotland

Lumba biri-biri di Scotland


ORANG ramai seronok menyaksikan perlumbaan biri-biri di Moffat, Scotland kelmarin.- Agensi


MOFFAT, Scotland - Beratus-ratus penduduk di sini hadir untuk menyaksikan acara tahunan perlumbaan biri-biri di pusat bandar ini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Perlumbaan itu diadakan bagi meraikan penternakan biri-biri di bandar ini di samping industri bulu biri-biri tempatan yang berusia beberapa ratus tahun.

Selain itu, ia turut diadakan sebagai menghargai jasa pengembala di Scotland.

Sebahagian penonton turut bertaruh ke atas biri-biri pilihan yang dijangka memenangi perlumbaan unik itu.

Perlumbaan tahunan di pusat bandar ini menampilkan beberapa ekor biri-biri jantan dan betina yang menjadi pilihan penonton untuk merebut gelaran Biri-Biri Terpantas Moffat's 2013.

Acara tersebut yang berlangsung buat kali kedua pada tahun ini dianjurkan oleh bandar Dumfries dan bandar ini.

Acara meriah itu berlangsung kelmarin.

Setiap biri-biri yang menyertai perlumbaan itu dipakaikan sebuah anak patung penunggang yang diikat di belakang haiwan berkenaan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved