Khamis, 1 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thailand perkenal undang-undang keselamatan khas

Posted:

Thailand perkenal undang-undang keselamatan khas

Thailand perkenal undang-undang keselamatan khas

KUMPULAN penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan polis semasa mengadakan bantahan di Bangkok pada 21 Julai lalu.- reuters


BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam memperkenalkan satu undang-undang keselamatan khas untuk mengawal protes antikerajaan yang dirancang dilakukan di Bangkok selepas siri tunjuk perasaan melumpuhkan bandar raya ini sejak beberapa tahun lalu.

Tentera Rakyat Thai yang baru ditubuhkan dan merupakan gabungan kumpulan yang menentang parti pemerintah serta bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra berikrar untuk mengadakan protes selama beberapa hari di Bangkok bermula Ahad ini.

Protes itu bertujuan membantah rang undang-undang yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 7 Ogos ini.

Rang undang-undang tersebut mencadangkan pengampunan kepada mereka yang terlibat dalam keganasan politik sejak rampasan kuasa yang menyaksikan Thaksin digulingkan pada tahun 2006.

Kumpulan penentang bimbang ia akan dimanipulasi oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra untuk memberi pengampunan kepada Thaksin.

Ini sekali gus membuka jalan kepadanya untuk pulang ke Thailand dan mengelak daripada dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atas dakwaan rasuah.

Justeru, bagi mengelakkan kekacauan, Kabinet telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 10 hari di tiga daerah di Bangkok.

"Kami menjangkakan ramai penyokong dan penentang rang undang-undang ini akan menunjuk perasaan.

"Bagi mengelakkan mereka daripada bergaduh, kami telah menggubal undang-undang keselamatan khas," kata Setiausaha Agung Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattanatabut.

Undang-undang itu membolehkan kerajaan untuk menghalang laluan atau kenderaan tertentu, melaksanakan perintah berkurung, mengharamkan perhimpunan, menjalankan operasi mencari dan menapis siaran media. - AFP

Bayar sewa rendah jika kurus

Posted:

Bayar sewa rendah jika kurus

Bayar sewa rendah jika kurus


APARTMEN The Lady Share House B&D merupakan kediaman yang popular dalam kalangan wanita Jepun. – Agensi


OSAKA - Sebuah apartmen di Jepun mengenakan kadar sewa berdasarkan berat badan penyewanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Terletak di sini, bangunan apartmen The Lady Share House B&D merupakan satu-satunya pangsapuri yang diduduki sepenuhnya oleh wanita.

Persatuan penghuni pangsapuri itu mengadakan perjanjian dengan pemilik hartanah yang mana kadar sewa apartmen ditetapkan berdasarkan turun naik berat badan penyewanya.

Penyewa yang memiliki berat badan berlebihan akan membayar sewa tinggi dan sebaliknya.

Pemilik hartanah itu bersetuju menurunkan kadar sewa sebanyak 1,000 yen (RM33) untuk setiap satu kilogram berat badan yang diturunkan secara tetap untuk tempoh tiga bulan.

Bangunan apartmen itu turut dilengkapi sebuah studio senaman dengan kelengkapan bersenam sebagai langkah untuk membantu penyewa menurunkan berat badan.

Pemilik kediaman tersebut turut menawarkan diskaun untuk alat solek, makanan ringan dan kursus pengurusan badan secara percuma. - Agensi

Beckham lancar buku autobiografi

Posted:

Beckham lancar buku autobiografi

Beckham lancar buku autobiografi


DAVID BECKHAM ketika berada di Singapura untuk bertemu dengan pelajar Akademi Guardian di Marina Bay Sands pada Julai lalu.- ap


LONDON - Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham akan melancarkan autobiografi terbaharunya pada Oktober depan menerusi perjanjian dengan sebuah syarikat penerbitan.

Beckham yang juga bekas pemain tengah pasukan Manchester United dan Real Madrid dijangka melancarkan buku autobiografi keempatnya pada 31 Oktober dengan Kumpulan Penerbitan Headline milik Lagardere di United Kingdom.

Pengarah penerbitan buku bukan fiksyen Headline, Jonathan Taylor telah membeli hak cipta dalam perjanjian dengan syarikat pengurusan Beckham iaitu XIX Entertainment untuk menerbitkan buku tersebut.

Menurut Taylor, buku itu sebagai meraikan penglibatan Beckham dalam dunia sukan bola sepak.

"Tidak dapat dinafikan bahawa David Beckham ialah ahli sukan paling popular di dunia dan dikenali oleh semua orang. Buku yang hebat ini akan menjadi cara terbaik untuk peminat Beckham dari seluruh dunia meraikan pencapaiannya dalam dunia bola sepak," katanya.

Buku tersebut adalah sebahagian daripada rancangan Beckham selepas persaraan untuk memastikan jenamanya terus berjaya di pasaran dunia.

Beckham, 38, berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham dan dikurniakan empat orang anak.

Lagardere mencatatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus dalam jualan suku pertama pada bulan Mei, didorong oleh kejayaan buku bertajuk Fifty Shades dan penerbitan buku biografi pemain bola sepak antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved