Isnin, 29 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pengasas bank mati ditembak di tokong

Posted:

Pengasas bank mati ditembak di tokong

Pengasas bank mati ditembak di tokong

29/07/2013 8:17pm

KUALA LUMPUR - Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong di Lorong Ceylon di sini hari ini.

Kejadian pukul 2 petang itu berlaku ketika Hussain Ahmad Najadi, 75, pergi ke tokong berkenaan bersama isterinya.

Hussain mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri manakala isterinya parah ditembak di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

Wanita berusia 49 tahun itu kini stabil selepas dirawat di Hospital Tung Shing di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa ke tokong tersebut untuk bertemu seorang lelaki atas urusan jual-beli saham.

"Motif sebenar masih lagi belum dikenal pasti, namun kita percaya ia ada kaitan dengan perniagaan.

"Kita percaya terdapat tiga suspek berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun terlibat sama termasuk rakannya yang menunggu di luar tokong," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan cubaan membunuh. - KOSMO!

Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin didakwa hilang

Posted:

Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin didakwa hilang

Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin didakwa hilang

29/07/2013 5:58pm

GEORGE TOWN - Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini dilapor hilang hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, penjaga tokong berkenaan memberkas seorang lelaki yang sedang memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Kuan Yin untuk mencuri berlian itu.

"Lelaki berusia 35 tahun itu dipukul sebelum diserah kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata bagaimanapun berlian berusia 200 tahun itu tidak ditemui bersama suspek.

Polis sedang mengambil keterangan daripada penjaga tokong yang melaporkan kehilangan berlian itu untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

Kompleks penginapan sementara HKL bernilai RM4 juta bakal dibina

Posted:

Kompleks penginapan sementara HKL bernilai RM4 juta bakal dibina

Kompleks penginapan sementara HKL bernilai RM4 juta bakal dibina

29/07/2013 5:51pm



Jamil Khir


KUALA LUMPUR - Sebuah kompleks penginapan berharga RM4 juta bagi memberi kemudahan penginapan sementara kepada pesakit dan keluarga pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibina penghujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembinaan kompleks itu, yang dibiayai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mampu menempatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa.

"Tumpuannya bagi pesakit HKL yang datang dari jauh dan bagi mereka tidak berkemampuan. Kita dalam perbincangan akhir bersama HKL dan tender pembinaannya akan dibuka sebelum penghujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri MAIWP kepada empat hospital di sini hari ini.

Sumbangan MAIWP bernilai RM1 juta itu diagihkan kepada HKL, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya, masing-masing menerima RM300,000 manakala Hospital Putrajaya menerima RM100,000.

Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP berkata kompleks itu akan dibina berdekatan bangunan Pusat Perubatan Malaysia, Jalan Pahang, di sini manakala caj harian penginapan akan ditetapkan kemudian. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved