Selasa, 23 Julai 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chelsea anggap sekadar latihan

Posted:

Chelsea anggap sekadar latihan

Chelsea anggap sekadar latihan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my

KAPTEN Chelsea, John Terry menjulang piala selepas kejayaan membenam Harimau Malaya 4-1 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.


PERLAWANAN menentang Malaysia (Harimau Malaya) adalah sebahagian aplikasi untuk latihan kami."

Sama ada berniat mahu menyindir atau sebaliknya, itu reaksi pengurus Chelsea, Jose Mourinho (gambar kecil) pada sidang akhbar sejurus kejayaan The Blues menbenam Harimau Malaya 4-1 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Beraksi di hadapan lebih 40,000 penyokong tempatan, anak-anak buah Mourinho jelas berada dalam kelas tersendiri ketika menundukkan cabaran skuad kendalian Datuk K. Rajagobal.

Juara Liga Europa itu mudah mencetak tiga gol menerusi jaringan Bertrand Traore, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan.

Pada babak kedua, Chelsea dilihat lebih santai dan mengendurkan asakan ke kubu Harimau Malaya, namun masih mampu memperoleh gol keempat jaringan Victor Moses.

Mujur jaringan tonggak pertahanan, Mohd. Fadhli Shas pada masa kecederaan menutup malu Harimau Malaya daripada pulang dengan 'tangan kosong'.

Mengulas lanjut, Mourinho yang cukup terkenal dengan sikap terbukanya, mengakui berpuas hati dengan persembahan barisan pemainnya.

"Sudah tentu saya gembira kerana perlawanan ini adalah sebahagian proses daripada latihan kami.

"Kami berlatih setiap hari dan ia dapat dijalankan dengan baik oleh anak-anak buah saya ketika menewaskan Thailand (Singha All Star) dan Malaysia (Harimau Malaya).

"Disebabkan kami melakukan sesi latihan tertutup, ramai pihak tidak dapat menjangka atau meramalkan corak permainan kami ketika beraksi di atas padang tetapi saya melihat perkara itu di sebaliknya.

"Apa yang penting barisan pemain Chelsea tidak berdepan masalah dengan aplikasi latihan ini," kata Mourinho pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Begitupun, bekas jurulatih Real Madrid dan Inter Milan itu tetap memuji kesungguhan yang ditunjukkan Harimau Malaya pada aksi tersebut.

"Mereka (Harimau Malaya) merupakan satu pasukan yang bagus. Pada babak pertama, kami tidak bermasalah untuk menguasai bola.

"Namun, mereka berjaya memberikan tekanan kepada kami dengan melakukan beberapa serangan balas yang bagus dan kreatif pada babak kedua," ujarnya.

'Biarlah orang nak kritik'

Posted:

'Biarlah orang nak kritik'

'Biarlah orang nak kritik'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SULTAN AHMAD SHAH (tiga dari kiri) berkata sesuatu kepada barisan pemain Harimau Malaya selepas majlis berbuka puasa di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menggesa skuad Harimau Malaya supaya tidak sesekali tunduk terhadap kritikan dan provokasi daripada sesetengah pihak.

Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda yakin bahawa skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu masih berpeluang untuk memperbaiki prestasi semasa meskipun berdepan dengan kritikan hebat terutama membabitkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

Menurut Sultan Ahmad Shah, FAM sudah lali dengan pandangan-pandangan negatif itu, justeru baginda berharap Harimau Malaya menjadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

"Negara ini mengamal dasar terbuka (demokrasi). Semua orang boleh bercakap dengan mengkritik (prestasi Harimau Malaya).

"Ini bukan pertama kali skuad negara berdepan dengan situasi tersebut tetapi kita perlu berusaha untuk memperbaiki ranking kita," titah baginda pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa FAM bersama media di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Sejak kebelakangan ini, prestasi Harimau Malaya sering mendapat kecaman daripada pemerhati dan peminat bola sepak tanah air.

Kemuncak kemarahan mereka apabila FAM hanya mengatur aksi persahabatan membabitkan Harimau Malaya dengan pasukan-pasukan berstatus kelab.

Kegagalan FAM mengatur perlawanan persahabatan kelas A dengan pasukan antarabangsa dilihat sebagai antara punca prestasi Harimau Malaya terus merudum.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) awal bulan ini, skuad Harimau Malaya kekal di tangga ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.

Sebagai rekod, pada Januari 2013, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).

Dalam perkembangan lain, Sultan Ahmad Shah turut melahirkan rasa gembira terhadap prestasi Harimau Malaya biarpun tewas 1-4 kepada Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Saya tetap berpuas hati dengan persembahan skuad negara ketika mereka menentang Chelsea dan saya yakin, kita masih berupaya untuk memperbaiki tahap persembahan kita," titah baginda.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Jepun malam ini bagi mengharungi perlawanan persahabatan menentang tiga kelab Jepun - Shimizu S Pulse (25 Julai), Shonan Bellmare (27 Julai) dan Tokyo Verdy (30 Julai) sebelum menentang gergasi Sepanyol, Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.

Ramalan awal Chong Wei

Posted:

Ramalan awal Chong Wei

Ramalan awal Chong Wei

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


CHONG WEI memburu gelaran sulung pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China bulan depan.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei menganggap empat empat handalan China sebagai pencabar terkuatnya pada Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Guangzhou, China bulan depan.

Biarpun peluang memburu gelaran pertama pada kejohanan kali ini dilihat agak terbuka, Chong Wei meramalkan empat pemain China diketuai Lin Dan, Chen Long, Du Pengyu dan Wang Zhengming mampu menyekat kemaraannya.

"Saya sudah pasti akan cuba yang terbaik tetapi kejohanan kali ini akan menjadi lebih sukar kerana ada empat pemain China.

"Lebih-lebih lagi bermain di Guangzhou iaitu tempat mereka sendiri... sudah tentu kelebihan ada pada mereka tetapi saya tidak ambil kisah mengenai perkara itu.

"Saya pergi untuk menang... walaupun tertekan saya perlu mempamerkan aksi yang baik," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Begitupun, Chong Wei tidak boleh menafikan perhatiannya lebih terarah kepada seteru utamanya, Lin Dan yang mendapat wildcard untuk beraksi pada kejohanan tersebut.

"Bagi saya setiap pencabar lebih kurang sama sahaja kecuali Lin Dan. Saya juga tidak tahu keadaannya sekarang tetapi ia bukan perkara yang besar kerana diri saya sendiri lebih penting.

"Lagipun, saya sudah lama berada di atas (pemain No. 1 dunia) dan ramai yang mahu menewaskan saya tetapi apa yang penting sekarang, persiapan diri sendiri untuk beraksi nanti," tambahnya.

Ketika undian yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia semalam, Chong Wei, 30, diundi menentang pemain Ireland, Scott Evans pada pusingan pertama Kejohanan Dunia 2013 yang akan bermula 5 Ogos depan.

Lin Dan pula diundi bertemu pemain Amerika Syarikat, Sattawat Pongnairat pada pusingan pertama.

Sebaik sahaja menamatkan misi pada kejohanan berprestij itu, Chong Wei akan beraksi pada Liga Badminton India (14-31 Ogos) dan Liga Badminton China yang bakal bermula September depan.

Untuk rekod, aksi final Kejohanan Dunia 2011 merupakan pencapaian terbaik Chong Wei sejak dia melayakkan diri pada kejohanan tersebut pada 2005.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved