Ahad, 21 Julai 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Turunkan pemain yang terbaik

Posted:

Turunkan pemain yang terbaik

Turunkan pemain yang terbaik

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

RAJAGOBAL ( kiri) m enyampaikan amanat kepada para pemain Harimau Malaya pada sesi latihan padang Wisma FAM, Kelana Jaya, 11 Julai lalu.


KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal perlu menurunkan pemain kesebelasan utama yang terbaik pada pertemuan menentang Chelsea FC Stadium Shah Alam malam ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) berkata, perlawanan itu sangat penting kerana ia antara pentas terakhir buat barisan pemain sedia ada sebelum menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur 15 Oktober nanti.

"Saya harap Rajagobal akan membariskan pemain yang terbaik dalam kesebelasan utama, cukuplah terus bereksperimen, sebab kali ini kami mahu mereka bermain dengan serasi memandangkan pusingan kelayakan Piala Asia akan berlangsung tidak lama lagi.

"Jadikan perlawanan ini sebagai persiapan terakhir untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh tujuh badan korporat di Istana Abdul Aziz, Kuantan kelmarin.

Sebelum berdepan Bahrain, skuad negara terlebih dahulu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Jepun dari 23 Julai hingga 1 Ogos dan seterusnya bertemu kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos.

Tengku Abdullah turut menagih corak permainan yang baik daripada setiap pemain pada perlawanan menentang skuad The Blues ini dan mahu mereka cuba mendapatkan kemenangan walaupun dilihat sedikit mustahil.

"Kalau boleh kami nak menanglah, kami harap Harimau Malaya membuat percubaan lebih dan mudah-mudahan dapat jaringan yang setimpal, memang akui perlawanan ini susah tapi sekurang-kurangnya cuba pertahan kedudukan dan tunjukkan corak permainan yang baik.

"Kami mahu lihat benteng pertahanan pasukan negara sepanjang perlawanan itu serta keupayaan penyerang-penyerang kita dalam segi statistik percubaan pada separuh masa pertama dan kedua," katanya.

Chelsea memulakan jelajah pra-musim 2013/14 di Asia dengan mengalahkan Singha All-Star XII, Thailand 1-0 di Stadium Rajamangala di Bangkok pada Rabu lepas.

Skuad bimbingan jurulatih Jose Mourinho itu akan berada di Malaysia sehingga 23 Julai sebelum berkunjung ke Indonesia untuk mengakhiri lawatan mereka dengan menentang BNI Indonesia All-Stars di Stadium Bung Karno di Jakarta.

Ditanya mengenai desakan peminat bola sepak tanah air yang mahukan khidmat Rajagobal ditamatkan kerana gagal membimbing skuad kebangsaan ke peringkat lebih tinggi, Tengku Abdullah berkata, perkara itu akan dilihat kemudian.

"Biar dia habiskan perjuangannya dulu (sebagai jurulatih Harimau Malaya) kerana dia tahu apa harapannya dan saya harap dia dapat tunaikan apa sahaja harapannya itu dan kemudian baru kita bincang fasal perkara lain.

"Sekarang ini kita tidak mahu jejaskan konsentrasi dia kerana kelayakan Piala Asia adalah Indeks Prestasi Utama (KPI) dia," katanya.

Jose Mourinho memiliki potensi

Posted:

Jose Mourinho memiliki potensi

Jose Mourinho memiliki potensi


MOURINHO (tengah) mengendalikan sesi latihan Chelsea di Stadium Shah Alam semalam. Chelsea akan menentang Harimau Malaya malam ini.


PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho bersedia untuk mengisi tempat Alex Ferguson sebagai pengurus terulung dalam saingan Liga Perdana England.

Ketika menjejakkan kaki ke England, Mourinho diibaratkan seorang pengurus hingusan yang tidak tahu apa-apa.

Bagaimanapun, kepulangan semula ke Chelsea musim ini menyebabkan Mourinho yakin bahawa hanya beliau sahaja yang mampu menggantikan reputasi yang telah dicipta bekas pengurus Manchester United itu.

"Saya akan menjadi pengurus terulung dalam saingan Liga Perdana England.

"Perubahan besar dalam liga ialah pengurus terhebat (Ferguson) sudah tidak ada lagi.

"Beliau adalah pengurus yang sangat dihormati, dikagumi dan dipandang tinggi semua orang seperti bapa kepada liga di negara ini.

"Namun, beliau sudah tiada dan bagi saya, ini adalah masa untuk mengubahnya.

"Kini, saya adalah antara pengurus yang banyak menghabiskan masa dalam bola sepak, satu-satunya pengurus yang telah memenangi trofi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana England.

"Jadi, saya ada lebih banyak tanggungjawab untuk dipikul sebagai seorang pengurus yang berpengalaman.

"Begitupun, dalam aspek lain iaitu kelakuan, sokongan di UEFA, saya rasa sikap hormat dan tanggungjawab saya semakin kuat serta ia perlu dibawa ke arah lebih positif," ujarnya lagi. - Agensi

PBNJ mengambil langkah berani

Posted:

PBNJ mengambil langkah berani

PBNJ mengambil langkah berani

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bakal mendapatkan khidmat seorang pengurus baharu yang berasal dari Sepanyol bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang enggan mendedahkan secara khusus siapa individu tersebut bertitah, pengurus baharu Harimau Selatan merupakan seorang yang berpengalaman dan pernah menerajui pasukan seperti Valencia dan Atletico Madrid.

"Saya sebagai Presiden PBNJ ingin mengumumkan kepada para penyokong Johor bahawa langkah-langkah positif sudah diambil untuk memperkukuhkan lagi pasukan untuk musim depan," titah baginda menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Facebook Kesultanan Johor dan Johor Darul Takzim semalam.

Sementara Fandi Ahmad yang bertindak sebagai jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT) akan terus bersama pasukan tersebut sebagai Penolong Jurulatih.

Sejajar dengan prinsip PBNJ yang sentiasa membawa nama-nama besar dalam industri bola sepak, Tunku Ismail bertitah, pihaknya semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak bersama bekas bintang bola sepak Argentina, Pablo Aimar, 33.

Dalam masa yang sama, baginda bertitah, PBNJ juga telah mendapat persetujuan daripada lima pemain baharu untuk menyarung jersi Johor DT bagi musim akan datang.

"Kami juga sedang dalam proses rundingan dengan beberapa pemain untuk beraksi dengan pasukan Johor DT," titah baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail menegaskan bahawa sumber kewangan persatuan bukan datangnya daripada wang rakyat.

"Ingin saya tegaskan bahawa sumber kewangan PBNJ adalah daripada Sultan Johor, saya sendiri dan juga rangkaian penaja yang melabur dalam negeri Johor dan tidak melibatkan wang rakyat.

"Oleh itu, kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas adalah lebih baik berdiam diri daripada menjatuhkan maruah diri sendiri," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved