Selasa, 2 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ahli konvoi dapat tunjuk ajar PDRM

Posted:

Ahli konvoi dapat tunjuk ajar PDRM

Ahli konvoi dapat tunjuk ajar PDRM

ZAINI (depan, tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Khairul Anwar sambil diperhatikan ahli-ahli KKBUM di Kuala Lumpur baru-baru ini.


TAMAT LATIHAN. Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) mendapat pendedahan awal mengenai teknik berkonvoi menerusi program konvoi jarak dekat dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Sepanjang konvoi itu, peserta mendapat tunjuk ajar daripada pegawai Unit Latihan Bahagian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Latihan tersebut diadakan sebagai persediaan awal bagi menjayakan konvoi Kembara Queen Street (KQS) sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (M) Berhad.

Turut hadir Penasihat KQS, Datuk Zaini Hassan dan wakil PDRM, Inspektor Khairul Anwar Alwi.

Konvoi KQS akan menjelajah Johor Bahru, Singapura, Melaka, Negeri Sembilan bermula 6 Julai ini dan kembali ke Kuala Lumpur pada 8 Julai.

Lebih 5,000 meriahkan Karnival Kesuma 2013

Posted:

Lebih 5,000 meriahkan Karnival Kesuma 2013

Lebih 5,000 meriahkan Karnival Kesuma 2013


SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor yang menjayakan Karnival Kesuma 2013 di sekolah itu baru-baru ini.


BANTU SEKOLAH. Lebih 1,800 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor dengan dibantu 80 guru bertungkus-lumus menjayakan Karnival Kesuma 2013 di sekolah itu baru-baru ini.

Hasilnya, program yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung dan mencapai sasaran mengumpul dana lebih RM40,000.

Pengetua sekolah, Hamidah Abdul Rahman berkata, dana itu akan digunakan untuk membina wakaf selain bumbung kawasan perhimpunan pelajar.

Karnival sehari itu menyaksikan para pelajar menunjukkan bakat keusahawanan mengendalikan lebih 60 gerai makanan, selain tarikan sampingan seperti persembahan penyanyi oleh bekas pelajar sekolah itu, Ainan Tasneem dan konvoi motosikal berkuasa besar.

Pelajar sekolah dapat kunci pendua elak motosikal dicuri

Posted:

Pelajar sekolah dapat kunci pendua elak motosikal dicuri

Pelajar sekolah dapat kunci pendua elak motosikal dicuri


ABDUL AZIZ (kanan) melihat kunci pendua yang diagihkan kepada pelajar di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.


CEGAH JENAYAH. Seramai 100 pelajar dari dua sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan yang memiliki lesen menunggang motosikal, menerima kunci pendua sumbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada program pencegahan jenayah yang diadakan di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 baru-baru ini.

Program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah itu disempurnakan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud.

Turut hadir timbalannya, Asisten Superintendan Mohd.Fadzir Manaf dan Guru Besar SMK Tanah Merah 1, Rohani Dolah.

Abdul Aziz berkata, seramai 40 pelajar SMK Tanah Merah 1 dan 60 pelajar SMK Tanah Merah 2 yang terpilih sebagai penunggang contoh, menerima kunci pendua tersebut bagi mengelakkan motosikal mereka dicuri.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved