Sabtu, 15 Jun 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Hipertensi pengaruhi produktiviti

Posted:

Hipertensi pengaruhi produktiviti

Hipertensi pengaruhi produktiviti

Oleh NURUL IZZA ROSLY

GAYA hidup sihat perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan hipertensi.


KAJIAN oleh Persatuan Hipertensi Malaysia menunjukkan hanya 40 peratus penghidap tekanan darah tinggi atau hipertensi di negara ini didiagnosis secara tepat dengan penyakit itu.

Dalam tempoh dua dekad yang akan datang, penyakit itu dijangka menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$3.5 trilion (RM10.45 trilion) di peringkat global.

Hipertensi merupakan punca utama penyakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Ia juga menjadi punca utama morbiditi dan kematian di seluruh dunia.

Ia memerlukan penjagaan sepanjang hayat, pengambilan ubat secara teratur dan pengubahsuaian gaya hidup penghidapnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti hipertensi sebagai satu isu kesihatan global. Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2013, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) dan Dewan Perniagaan British Malaysia telah menganjurkan forum khusus mengenai penyakit berkenaan bagi meningkatkan kesedaran sekali gus mencari solusi bagi mencegah 'pembunuh senyap' itu pada peringkat awal.

"Hipertensi kurang menunjukkan gejala apatah lagi gejala secara berterusan. Ia satu isu yang perlu dipandang serius memandangkan hipertensi memberi kesan kepada gaya hidup awam.

"Malaysia sedang menuju ke arah negara berpendapatan dan berkemahiran tinggi serta negara bermaklumat.

"Sehubungan itu, rakyat Malaysia harus bersikap lebih aktif dalam memahami risiko yang dibawa hipertensi kerana ia dikaitkan dengan penyakit jantung yang merupakan pembunuh nombor satu manusia," kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman.

Isu sosial

Tambahnya, hipertensi membawa kepada perkembangan strok dan sakit jantung. Apa yang lebih membimbangkan ialah ramai individu menghidap darah tinggi tetapi mereka tidak mengetahuinya.

"Hipertensi bukan isu kesihatan semata-mata, tetapi ia mempengaruhi isu sosial dan mengganggu kualiti kehidupan.

"Antara faktor penyumbangnya adalah merokok, pengambilan makanan yang tidak berkhasiat, serta pengambilan banyak gula dan garam," ujarnya sambil memberitahu, seramai 3.5 juta rakyat Malaysia tidak tahu bahawa mereka menghidap hipertensi.


MENURUT Azani, hipertensi sering menyebabkan kematian.


Pada masa kini, WHO menganggarkan satu daripada tiga penduduk dewasa bumi menghidap penyakit itu.

Keadaan tersebut telah menyebabkan hampir 9.4 juta kematian akibat serangan jantung dan strok pada setiap tahun, selain meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang dan penyebab buta.

Dalam pada itu, Perunding Kardiologi GKL, Dr. Azani Mohamed Daud memberitahu, hipertensi merupakan punca utama kematian di dunia.

Bilangan pesakit hipertensi semakin meningkat. Ujarnya, apabila seorang yang didiagnosis dengan hipertensi, terdapat dua orang di luar sana yang tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit yang sama.

"Terdapat banyak komplikasi disebabkan tekanan darah tinggi iaitu strok, demensia, penyakit koronari, kegagalan jantung dan kegagalan buah pinggang.

"Jika anda mahukan kesihatan yang baik pada masa akan datang, anda perlu 'melabur' daripada sekarang. Lakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali," katanya sambil memberitahu, kos untuk merawat penyakit itu bukanlah murah.

Tambahnya, bukan Malaysia sahaja yang berdepan dengan masalah tersebut, tetapi ia turut berlaku di negara-negara lain.

Ketua Serantau syarikat insurans AXA (Kesihatan dan Pembangunan Perlindungan), David Varley berkata, terdapat hubungan antara majikan dengan tenaga kerja yang tidak sihat.

"Majikan hari ini juga merasai tekanan yang disebabkan oleh kenaikan kos penjagaan kesihatan, pertambahan usia penduduk, permintaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik dan yang paling penting dapat mengekalkan kakitangan berkualiti.

"Satu polisi kesihatan bersifat holistik yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada pekerja terbukti dapat memberi faedah dari segi kewangan untuk jangka masa panjang," katanya mewakili AXA.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved