Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Sambutan Hari Pendidik Mara 2013 meriah
- SAM, Kuasa lepas penyu di Pantai Pasir Panjang
- 161 pelajar sertai program Latihan 1Malaysia
Sambutan Hari Pendidik Mara 2013 meriah Posted: Sambutan Hari Pendidik Mara 2013 meriah
SAMBUT. Seramai 1,000 warga pendidik Majlis Amanah Rakyat (Mara) memeriahkan sambutan Hari Pendidik Mara 2013 yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sambutan tersebut yang bertemakan 'Hari Pendidik Mara Pendidik Berintegriti Pembina Insan Holistik' dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Pada majlis itu, Mohd. Shafie turut menyampaikan anugerah Tokoh Pendidik Mara 2013 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional Perlis yang juga peneraju Pusat Latihan Giat Mara, Datuk Dr. Hashim Ahmad. Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad memberitahu, pada masa ini, terdapat seramai 7,831 warga pendidik Mara berkhidmat di pelbagai institusi pendidikan Mara di seluruh negara. | |
SAM, Kuasa lepas penyu di Pantai Pasir Panjang Posted: SAM, Kuasa lepas penyu di Pantai Pasir Panjang![]() PARA sukarelawan SAM dan Kuasa melepaskan anak-anak penyu di Pusat Pengurusan Penyu Segari, Lumut, Perak baru-baru ini. BEBAS. Sukarelawan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) melepaskan anak-anak penyu di Pusat Pengurusan Penyu Segari, Pantai Pasir Panjang, Segari dekat Lumut baru-baru ini. Program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar 2013 yang bertujuan untuk memelihara dan mengekalkan kehadiran penyu-penyu di Pantai Pasir Panjang. Pusat Pengurusan Penyu Segari merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong untuk melihat penyu. | |
161 pelajar sertai program Latihan 1Malaysia Posted: 161 pelajar sertai program Latihan 1Malaysia![]() KHAIRY JAMALUDIN (empat dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada sebahagian daripada peserta yang menerima sijil Latihan 1Malaysia di Rembau baru-baru ini. LATIH. Seramai 161 pelajar dari 31 buah sekolah menengah di Negeri Sembilan menerima sijil Latihan 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kelab Teknologi Bumiputera Giatmara (KTBG) di Rembau baru-baru ini. Pelajar terlibat mengikuti kursus asas dalam pelbagai kursus kemahiran selama lima hari di beberapa buah Giat Mara di negeri itu. Majlis penyampaian sijil tamat latihan tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar. Mereka merupakan kumpulan pertama menyertai program berkenaan yang bertujuan memasyarakatkan bidang kemahiran teknikal dan vokasional. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan