Ahad, 2 Jun 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kumpulan terakhir wira Lahad Datu selamat pulang

Posted:

Kumpulan terakhir wira Lahad Datu selamat pulang

Kumpulan terakhir wira Lahad Datu selamat pulang

MOHD. AZMI (tengah) bersama kumpulan 4 RAMD selepas meraikan kepulangan mereka dari Lahad Datu, Sabah di Sepang, Selangor baru-baru ini.


KEMBALI. Setelah hampir tiga bulan menjalankan operasi khas di Lahad Datu, Sabah akhirnya kumpulan 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD) yang terdiri daripada sembilan pegawai dan 97 anggota lain-lain pangkat selamat kembali di Semenanjung baru-baru ini.

Kepulangan wira-wira negara itu disambut oleh Panglima 11 Briged, Mejar Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Azmi Borhan.

Pegawai Memerintah 4 RAMD, Leftenan Kolonel Safwan Ismail berkata, ini adalah kumpulan yang terakhir pulang dari Ops Daulat di Lahad Datu.

"Kepulangan ini turut disertai oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja iaitu sebanyak seorang pegawai dan 41 anggota lain-lain pangkat.

"Semasa Ops Daulat, kumpulan ini ditempatkan di Kampung Tanduo bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tersebut," katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang kelmarin.

Terdahulu, sebanyak 285 anggota daripada 21 RAMD juga selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan setelah tiga bulan berjuang mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat di Lahad Datu.

Sumbang kenderaan kepada pertubuhan kebajikan

Posted:

Sumbang kenderaan kepada pertubuhan kebajikan

Sumbang kenderaan kepada pertubuhan kebajikan


FAIZAH (barisan belakang, enam dari kanan) bersama kakitangan Agrobank dan para penghuni Perkaya Musaba di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


SIMPATI. Agrobank menyumbang sebuah kenderaan Proton Wira 1.5, wang zakat sebanyak RM3,400 dan kutipan kakitangan sebanyak RM8,400 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Ummu Sabariah (Perkaya Musaba) sempena mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pengerusi Agrobank, Tan Sri Faizah Mohd. Tahir menyerahkan kunci kenderaan itu kepada Pengerusi Asrama Perkaya Musaba, Mohd. Shukri Abdul Shukur.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Agrobank Wilayah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Mardziah Sulaiman.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Agrobank, Zamberi Baharin berkata, pihaknya akan terus menjalankan pelbagai aktiviti membantu golongan yang memerlukan sebagai satu tanggungjawab sosial.

Menurutnya, Agrobank menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik berupa kemudahan deposit, pinjaman, perlindungan insurans dan khidmat nasihat melalui 188 cawangannya di seluruh Malaysia.

Pelajar UPSI sertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam

Posted:

Pelajar UPSI sertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam

Pelajar UPSI sertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam


SEBAHAGIAN pelajar UPSI yang menyertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.


KOKURIKULUM. Sebanyak 81 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam yang diadakan di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Tenaga pengajar Pertahanan Awam, Mohd. Raizol Ramli berkata, perkhemahan tersebut merupakan sebahagian daripada modul kursus Badan Beruniform yang diwajibkan kepada pelajar UPSI.

Beliau berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal pendidik mengenai pengurusan dan aktiviti badan beruniform agar tidak kekok apabila ditempatkan di sekolah masing-masing kelak.

"Sepanjang perkhemahan selama dua hari tersebut, pelajar terbabit menjalani amali ikatan tali, latihan kawad, balutan dan menyelamat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved