Jumaat, 28 Jun 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Mandela bernafas guna mesin sokongan hayat

Posted:

Mandela bernafas guna mesin sokongan hayat

Mandela bernafas guna mesin sokongan hayat

AFP
ORANG RAMAI membawa lilin dan berdoa untuk kesihatan Nelson Mandela di luar Hospital Jantung Mediclinic di Pretoria kelmarin.


PRETORIA - Ikon antiaparteid, Nelson Mandela (gambar kecil) tidak dapat bernafas sendiri dan menggunakan mesin sokongan hayat untuk terus hidup, kata seorang saudara kepada pemimpin tersebut.

"Ya, dia kini menggunakan mesin sokongan hayat untuk bernafas," kata saudaranya, Napilisi Mandela.

"Ia sesuatu yang tidak begitu baik tetapi tiada apa yang kita boleh lakukan," tambahnya.

Keadaan Mandela yang sedang tenat turut mendorong Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma membatalkan lawatan ke Mozambique pada malam kelmarin.

Terdahulu, Paderi Besar Cape Town, Thabo Makgoba berkunjung ke Hospital Jantung Mediclinic di sini bersama isterinya, Graca Machel untuk sama-sama mendoakan bekas Presiden Afrika Selatan itu.

Di luar hospital, orang ramai berkumpul dengan menyalakan lilin sambil berdoa untuk Mandela. Pemimpin tersebut akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-95 pada 18 Julai depan.

Mandela telah empat kali dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru sejak Disember tahun lalu.

Beliau pernah dilabel sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat dan Britain.

Mandela dibebaskan dari sebuah penjara dekat Cape Town pada 1990 selepas dipenjara selama 27 tahun kerana menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Afrika Selatan yang dikenali sebagai aparteid.

Pemimpin tersebut kemudian berunding bagi menamatkan pemerintahan aparteid di Afrika Se latan.

Mandela seterusnya memenangi pilihan raya pertama di Afrika yang diadakan berlandaskan proses demokrasi sepenuhnya.

Mandela memegang jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan selama sepenggal sebelum membuat keputusan untuk menjalani kehidupan lebih tenang bersama ke- luarganya pada 2004. - Agensi

Pembocor maklumat AS terkandas di lapangan terbang Moscow

Posted:

Pembocor maklumat AS terkandas di lapangan terbang Moscow

Pembocor maklumat AS terkandas di lapangan terbang Moscow


Edward Snowden


MOSCOW - Pembocor maklumat risikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden memulakan hari kelima terkandas di sebuah lapangan terbang di sini semalam dengan hala tuju lelaki itu masih menjadi misteri selepas Ecuador memberi amaran, tempoh sehingga beberapa bulan diperlukan untuk menimbang permohonan suakanya.

Orang yang bertanggungjawab dalam skandal pembocoran maklumat antara yang terbesar dalam sejarah AS itu tidak kelihatan sejak tiba di sini selepas menaiki penerbangan dari Hong Kong pada Ahad lalu.

Pihak berkuasa Rusia berkata, Snowden masih berada di zon transit Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di sini.

"Dia tidak melanggar undang- undang Rusia, dia berada di zon transit lapangan terbang itu dan boleh berlepas ke mana-mana destinasi pilihannya," kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.

Namun, AS telah membatalkan pasport Snowden selain memberi tekanan agar Rusia menyerahkan bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) itu.

Ia berikutan tindakan Snowden, 29, bertindak membocorkan kepada media bahawa NSA membina program pengintipan yang boleh mengintip maklumat warga AS.

Sementara itu, , Menteri Luar Ecuador, Ricardo Patino yang mengulas permohonan suaka politik oleh Snowden memberitahu, pihaknya memerlukan masa hingga beberapa bulan untuk menimbang perkara tersebut.

Namun pada masa yang sama, sebuah lagi negara rantau Amerika Selatan, Venezuela melahirkan kesanggupan memberikan perlindungan kepada Snow- den.

"Venezuela hampir pasti memberikan suaka politik kepada Snowden jika beliau memohonnya," kata Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.

"Suaka politik adalah hak asasi manusia antarabangsa bagi melindungi mereka yang dianiaya," tambahnya.

Snowden sebelum ini melari- kan diri ke Hong Kong, sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya.

- Agensi

1,500 kilogram dadah sintetik dirampas

Posted:

1,500 kilogram dadah sintetik dirampas

1,500 kilogram dadah sintetik dirampas


AFP
CONTOH dadah sintetik ditunjukkan dalam satu sidang media di ibu pejabat Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) di Washington kelmarin.


WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berjaya merampas 1,500 kilogram dadah dan menahan 225 suspek selepas menumpaskan satu sindiket dadah sintetik antarabangsa kelmarin.

Penahanan itu membabitkan suspek dari lima negara dan 35 negeri di AS.

Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) berkata, dadah-dadah sintetik itu dipercayai dihasilkan di Asia sebelum diseludup ke AS dan Australia.

Beratus-ratus jenis dadah sintetik itu dipercayai dihasilkan di makmal-makmal yang tidak terkawal di China dan India.

Menurut DEA, operasi Project Synergy bermula pada Disember tahun lalu. Ia berakhir kelmarin apabila tangkapan terbesar dilakukan.

Hampir AS$15 juta (RM47.8 juta) wang tunai dan sejumlah aset turut dirampas dalam operasi itu yang menyaksikan tangkapan atau waran geledah dikeluarkan di 35 negeri di AS, selain di Australia, Barbados, Kanada dan Panama.

Dadah-dadah sintetik tersebut dipasarkan di bawah jenama Spice, K2 atau Bliss. Ia hadir dalam bungkusan berwarna-warni dengan watak-watak komik.

"Dadah-dadah ini dipasarkan kepada golongan paling lemah dalam masyarakat kita iaitu remaja dan belia," kata Ketua Operasi DEA, James Capara kepada pemberita.

Katanya, keuntungan penjualan dadah dipercayai disalurkan kepada rangkaian pengganas di Asia Barat. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved