Ahad, 19 Mei 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat maut dalam kemalangan di MRR2

Posted:

Empat maut dalam kemalangan di MRR2

Empat maut dalam kemalangan di MRR2

19/05/2013 9:54pm

KUALA LUMPUR - Empat maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.

Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang.

Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.

Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang. - Bernama

Pasukan khas untuk teliti pemusnahan hutan - Palanivel

Posted:

Pasukan khas untuk teliti pemusnahan hutan - Palanivel

Pasukan khas untuk teliti pemusnahan hutan - Palanivel

19/05/2013 8:44pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bekerjasama dengan kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas bagi melihat isu pemusnahan hutan dan cerun bukit di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri G. Palanivel berkata kegiatan pemusnahan hutan yang berleluasa di Cameron Highlands dan kawasan lain termasuk di Sabah dan Sarawak harus dihentikan.

"Isu alam sekitar di Cameron Highlands perlu perhatian segera dan harus dijaga. Pemusnahan hutan dan bukit telah menjadi masalah besar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Palanivel mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai penerokaan hutan secara haram yang berleluasa di Cameron Highlands.

Beliau berkata akibat pemusnahan cerun bukit, kualiti air turut merosot selain sering berlaku tanah runtuh dan hakisan tanah.

"Ramai penduduk terjejas kerana mereka bergantung kepada sungai yang menjadi sumber air mereka. Banyak perkampungan Orang Asli juga bergantung kepada sungai sebagai sumber air," katanya.

Menurut Palanivel kementeriannya mempunyai beberapa rancangan untuk menyelamatkan hutan serta cerun bukit sebagai langkah pencegahan, dan beliau akan memastikan rancangan terbabit dilaksana. - Bernama

Raja Perlis mahu agenda perpaduan diperkukuh

Posted:

Raja Perlis mahu agenda perpaduan diperkukuh

Raja Perlis mahu agenda perpaduan diperkukuh

19/05/2013 8:43pm

KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat meneruskan agenda memperkukuhkan semula ikatan perpaduan yang tercalar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Baginda bimbang melihat senario ketaksuban pemimpin politik tertentu terhadap parti sehingga sanggup mengabaikan kepentingan memelihara keharmonian kaum.

"Bersatu padulah antara kaum ... Melayu sama Melayu pun bergaduh," titah baginda pada majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Bukit Ketri dekat sini hari ini.

Menurut baginda, PRU13 sudah berlalu dan tercatat dalam sejarah, sedangkan kerajaan yang terbentuk hasil proses demokrasi perlu disokong dan agenda memperkukuhkan perpaduan harus dipertahan.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap rakyat menyokong kerajaan yang dipilih bagi meneruskan misi dan visi negara dan negeri termasuk Wawasan 2020 dan Perlis Maju 2015.

"Tanpa sokongan 100 peratus kepada kerajaan, ia menyukarkan pencapaian wawasan negara dan negeri," titah baginda.

Pada majlis itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid menyampaikan bantuan berjumlah lebih RM1 juta kepada 33 penerima termasuk bakal usahawan, golongan miskin dan anak-anak yatim.

Sementara itu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni, 59, dikurniakan Pingat Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan menerima sumbangan wang tunai RM2,000 serta sijil yang disampaikan Raja Perlis.

Tokoh bola sepak itu dipilih kerana jasa besar beliau terhadap pembangunan bola sepak negara dan negeri Perlis.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved