Kosmo Online |
- Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi demi pelaksanaan dasar lebih seragam
- Android atasi Apple dalam persaingan telefon pintar
- Zon periuk api Sri Lanka berjaya dibersihkan untuk petempatan semula
Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi demi pelaksanaan dasar lebih seragam Posted: Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi demi pelaksanaan dasar lebih seragam16/05/2013 10:03pm NILAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan diringkaskan dikenali sebagai Kementerian Pelajaran. Kata beliau, ringkasan bagi kedua-dua kementerian itu akan diguna selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti. Ujar beliau, penggabungan kementerian itu akan menjadikan pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan melaksanakan dasar yang seragam di semua peringkat pendidikan, Jelas beliau, keputusan Najib menggabungkan dua kementerian itu adalah satu keputusan tepat untuk melihat bidang transformasi bidang pendidikan menyumbang kepada kemajuan negara. "Menerusi penggabungan ini kita akan dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan dan berkongsi kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan negara,'' katanya ketika berucap melancarkan Sambutan Hari Guru kali ke-42 bertema 'Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda' di Stadium Tertutup Nilai, di sini malam tadi. - KOSMO! |
Android atasi Apple dalam persaingan telefon pintar Posted: Android atasi Apple dalam persaingan telefon pintar16/05/2013 9:54pm WASHINGTON - Sistem mudah alih Android Google kini mendahului pasaran telefon pintar global dan mengatasi rekod Apple pada awal tahun 2013. Sementara itu, Microsoft Windows melonjak ke tangga ketiga, menurut sebuah kajian. Kaji selidik International Data Corporation (IDC) itu menunjukkan bahawa Android telah mendahului sehingga 75 peratus perkongsian pasaran dalam suku pertama tahun ini, berbanding 17.3 peratus bagi platform iOS Apple. Beberapa platform lain masih ketinggalan jauh namun telefon pintar Windows menunjukkan peningkatan besar saban tahun hingga meletakkan Blackberry ke tangga ketiga. IDC melaporkan, telefon pintar Windows memiliki penguasaan 3.2 peratus dalam pasaran selepas 133 peratus kenaikan dalam jualan berbanding Blackberry yang hanya mencatat penguasaan 2.9 peratus. Nokia menunjukkan keberkesanan kerjasamanya dalam jualan telefon pintar Windows, dengan 79 peratus produknya beroperasi menggunakan platform Microsoft. "Telefon pintar Windows sudah berada di tangga ketiga dan kedudukan itu menjelaskan hala tuju Microsoft dengan rakan utamanya Nokia, kata Kevin Restivo daripada IDC. - AFP |
Zon periuk api Sri Lanka berjaya dibersihkan untuk petempatan semula Posted: Zon periuk api Sri Lanka berjaya dibersihkan untuk petempatan semula16/05/2013 9:32pm COLOMBO - Pihak tentera Sri Lanka hari ini mengumumkan bahawa pihak mereka telah selesai membersihkan ancaman periuk api di keseluruhan kawasan yang dirancang untuk tujuan pembinaan petempatan semula dan pertanian. Proses pembersihan itu telah berlangsung selama empat tahun sejak mereka membanteras kumpulan pemberontak Tamil. Pihak tentera negara itu berkata, hampir sejuta periuk api milik pemberontak telah dimusnahkan di wilayah utara dan timur pulau tersebut, termasuk periuk api yang digunakan untuk menghalang kemaraan kereta kebal dari pasukan tentera pemerintah. "kami telah berjaya membersihkan kawasan penting yang diperlukan bagi tujuan pembinaan petempatan semula dan juga untuk keperluan agrikultur," kata jurucakap tentera, Ruwan Wanigasooriya dalam satu kenyataan kepada media. Dalam kenyataan itu, daripada kawasan seluas 2,064 kilometer persegi yang sebelum ini dipenuhi periuk api, lebih daripada 95 peratus sudah dibersihkan dan diisytiharkan selamat. Wanigasooriya berkata, hanya tinggal kawasan kecil di zon hutan tebal masih dalam proses pembersihan. Kawasan tersebut pernah menjadi tempat persembunyian akhir bagi kumpulan pemberontak. Pihak tentera Sri Lanka telah mengakhiri tentangan tersebut apabila ketua kumpulan pemberontak itu ditewaskan dalam sebuah serangan besar-besaran pada Mei 2009. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan