Khamis, 16 Mei 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bayi berkepala besar dibedah

Posted:

Bayi berkepala besar dibedah

Bayi berkepala besar dibedah

GAMBAR fail menunjukkan Fatima mencium anaknya yang mempunyai saiz kepala tidak normal di rumah mereka di Jirania pada 13 April lalu.- AfP


NEW DELHI – Sekumpulan doktor semalam berjaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi berusia 15 bulan yang menghidap penyakit kepala membesar.

Seorang doktor, Sandeep Vaishya berkata, pembedahan itu berjalan dengan sempurna di sebuah hospital swasta di pinggir New Delhi.

Bayi itu, Roona Begum dilahirkan dengan menghidap penyakit peningkatan cecair dalam kepala yang dikenali sebagai hidrosefalus. Kepalanya membesar dua kali ganda daripada normal.

Kisah bayi itu diketahui pada bulan lalu di Kampung Jirania di negeri Tripura, India.

Ibu bapanya hidup dalam kemiskinan. Semasa Roona dilahirkan, bapanya, Abdul Rahman yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak AS$2.75 (RM8.25) sehari diberitahu supaya membawa anaknya ke sebuah hospital swasta.

Bagaimanapun, kos perubatan untuk ditanggung Abdul Rahman yang berusia 18 tahun itu adalah tinggi.

Sebuah hospital yang dikendalikan Kumpulan Fortis Healthcare di pinggir New Delhi kemudian merawat Roona dengan percuma.

Doktor-doktor di hospital itu menggunakan peralatan pembedahan untuk menebuk tengkorak Roona untuk mengalirkan cecair daripada kepalanya.

Ukur lilit kepala bayi itu sebelum pembedahan ialah 94 sentimeter (sm).

Selepas pembedahan, ukur lilit kepalanya ialah 60sm.

Pembedahan itu mengambil masa selama lebih sejam.

Bagaimanapun, Vaishya berkata, bayi itu memerlukan satu lagi pembedahan untuk mengurangkan saiz kepalanya.

Ibu bapa bayi itu menyatakan perasaan gembira ekoran kejayaan pembedahan itu.

Roona kembali sedar selepas pembedahan itu dilakukan.

Balutan di kepala Roona menyebabkan ibunya, Fatema Khatun yang berusia 25 tahun menangis.

Namun, tangisannya terhenti selepas Vaishya menyatakan, pembedahan ke atas anaknya telah berjaya dilakukan.

Dua pelajar kolej dari Norway, Jonas Borchgrevink dan Nathalie Krantz yang menyaksikan gambar-gambar Begum telah memulakan kempen di internet untuk mengutip wang sebanyak AS$52,000 (RM156,181) bagi membantu keluarga Begum dan rawatan selepas pembedahan.

– Agensi

Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan

Posted:

Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan

Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan


JARUM-JARUM ditusuk pada kepala kulit seekor harimau bintang sebagai antara proses mengawet di kedai Franz.


SAKVICE - Seorang penduduk di Republik Czech, Radomir Franz dikenali sebagai pakar seni mengawet haiwan yang terkenal di tengah Eropah.

Dia bercita-cita untuk menjadi pakar seni pengawet haiwan sejak berusia 13 tahun.

Lebih tiga dekad kemudian, Franz merupakan seorang pakar seni mengawet haiwan yang mempunyai ramai pelanggan.

Dia mempunyai sebuah kedai mengawet pelbagai haiwan yang telah mati seperti buaya, ular, beruang, burung, rusa singa dan ikan.

Franz melatih 15 orang pekerjanya tentang cara untuk mengawet haiwan.

Kira-kira 40 peratus tempahan mengawet itu diperoleh dari luar negara.

Kos mengawet seekor gajah di kedainya itu ialah kira-kira AS$37,500 (RM112,631) yang melibatkan tempoh selama beberapa bulan.

Kira-kira 1,000 ekor haiwan diawet di kedainya pada setiap tahun.

Haiwan paling besar yang diawetnya ialah seekor zirafah. - AP

Musim menipiskan bulu alpaka

Posted:

Musim menipiskan bulu alpaka

Musim menipiskan bulu alpaka

SEEKOR alpaka yang sudah dinipiskan bulunya di sebuah ladang di Obertum, Salzburg kelmarin.


VIENNA, Austria - Bulu sejumlah alpaka dinipiskan baru-baru ini di sebuah ladang haiwan itu di Obertum, wilayah Salzburg ekoran musim panas.

Para pekerja ladang menipiskan bulu alpaka itu bagi membolehkan haiwan tersebut selesa dengan cuaca musim panas.

Menipiskan bulu haiwan itu dilakukan pada setiap tahun.

Alpaka diternak bagi tujuan untuk mendapatkan bulunya yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran kerana ia digunakan sebagai bahan untuk membuat pakaian. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved