Jumaat, 24 Mei 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Peraih ditembak mati lepas solat

Posted:

Peraih ditembak mati lepas solat

Peraih ditembak mati lepas solat

Oleh JULIA ISMAIL dan TOREK SULONG
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA polis memeriksa kereta BMW milik Zahari yang mati ditembak di depan Masjid Nurul Anuar, Dalam Rhu di Pasir Puteh malam kelmarin.


PASIR PUTEH – Seorang peniaga ikan yang baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Nurul Anuar, Dalam Rhu dekat sini malam kelmarin mati ditembak sejurus kereta dipandu mangsa keluar dari pekarangan masjid.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd. Rahim, sebelum kejadian pada pukul 9 malam, Zahari Razak, 57, dari Kampung Pachakan, Jalan Semerak yang merupakan peraih ikan di Kuala Besut, Terengganu itu, memandu kereta BMW seorang diri sebelum seorang lelaki yang menunggu di atas motosikal melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah kereta mangsa.

"Mangsa yang terkena tembakan gagal mengawal kenderaannya menyebabkan kenderaan itu terbabas beberapa meter ke kawasan lapang di bahu jalan sebelum berhenti," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku sejurus selepas Zahari selesai menunaikan solat Isyak dan meninggalkan masjid itu untuk pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid itu.

"Pada pukul 8.50 malam, setelah selesai solat Isyak, mangsa terus masuk ke dalam kenderaan dan memandu meninggalkan kawasan masjid.

"Namun sejurus selepas kenderaan mangsa dipandu melepasi pintu pagar gerbang masjid, kereta mangsa telah ditembak sebanyak lima das oleh seorang suspek yang berada di atas motosikal dan dipercayai menunggu mangsa meninggalkan masjid," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Majlis akad nikah di masjid ditunda sejam

Posted:

Majlis akad nikah di masjid ditunda sejam

Majlis akad nikah di masjid ditunda sejam

PASIR PUTEH – Majlis akad nikah sepasang pengantin baharu di Masjid Nurul Anuar Dalam Rhu dekat sini malam kelmarin terpaksa ditangguhkan hampir sejam ekoran insiden seorang peniaga ikan mati ditembak sebaik meninggalkan masjid itu.

Bapa pengantin, Awang Long Mamat, 60, berkata, sebelum kejadian yang menimpa Zahari Razak, 57, dia menunaikan solat di sebelah mangsa yang kemudian dilihat seperti tergesa-gesa meninggalkan masjid sebaik selesai menunaikan solat Isyak.

"Sebaik solat Isyak sepatutnya terus diadakan majlis akad nikah anak saya namun kerana terkejut dengan kejadian tersebut saya dan kira-kira 50 orang yang berada di masjid untuk acara akad nikah terpaksa dilewatkan," katanya yang juga masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Cerita Awang lagi, sebelum meninggalkan masjid, arwah ada memesan supaya dia menyimpan kerak nasi untuk dia makan pada majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya kelak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hukum pesalah rogol bawah umur

Posted:

Hukum pesalah rogol bawah umur

Hukum pesalah rogol bawah umur


ROHANI


KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesyorkan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Syariah mempertimbangkan supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap suspek lelaki kes rogol membabitkan kanak-kanak perempuan bawah umur di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, menerusi Mahkamah Sesyen, suspek boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan bagi kesalahan persetubuhan haram mengikut Seksyen 80 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995.

"Sesungguhnya, undang-undang negara menetapkan bahawa hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dengan atau tanpa kerelaan dikategorikan kes rogol bawah umur.

"Perkara ini termaktub di bawah perenggan 375(g) Kanun Keseksaan yang dipinda melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 (1/8)Akta A 1273(3/8) yang dikuatkuasakan pada 7 Sept 2007 melalui P.U.(B) 321/2007," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved