Isnin, 8 April 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM tunggu pengumuman SPR

Posted:

FAM tunggu pengumuman SPR

FAM tunggu pengumuman SPR

FAM mengingatkan para penyokong bola sepak agar tidak membawa bendera parti politik memasuki stadium semasa berlangsungnya perlawanan Liga Super dan Liga Premier.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum meminda jadual perlawanan Liga Malaysia (Liga M) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya perlu menunggu pengumuman daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum membuat tindakan lanjut.

"Jika tarikh pilihan raya bertembung dengan aksi mana-mana perlawanan Liga M, kami akan meminda perlawanan itu kepada satu tarikh baharu yang akan ditentukan kemudian.

"Buat masa ini, kami perlu menunggu pengumuman SPR (tarikh sebenar pilihan raya) sebelum mengambil tindakan susulan," katanya kepada pemberita semalam.

Hamidin memberitahu, pihaknya prihatin dengan persiapan pilihan raya kerana ia membabitkan penyokong bola sepak keluar mengundi di kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, Hamidin turut memberikan amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mengibarkan bendera parti politik masing-masing di mana-mana stadium.

"Ia telah termaktub dalam peraturan yang digariskan sebelum ini, jadi mana-mana bendera parti politik tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke stadium.

"Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut garis panduan yang ditetapkan FAM," katanya.

Skuad kedua taruhan Irfan

Posted:

Skuad kedua taruhan Irfan

Skuad kedua taruhan Irfan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IRFAN (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Tien Dai selepas sidang akhbar di Shah Alam semalam. Turut hadir kapten Selangor, Asraruddin Putra Omar (kiri) dan wakil kelab Saigon, Oloya Moses.


SKUAD kedua bakal menjadi taruhan Selangor ketika melayan kunjungan kelab Vietnam, Saigon Xuan Thanh dalam aksi Kumpulan H kempen Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam malam ini.

Menyedari mengharungi jadual perlawanan yang padat apabila bakal berdepan Felda United dalam aksi Liga Super (Sabtu ini) sebelum melayan kunjungan Johor Darul Takzim pada suku akhir kedua Piala FA (16 April), pengendali Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim jelas tidak mempunyai pilihan selain merehatkan beberapa tunggak utamanya.

Namun, beliau optimis barisan pemainnya mampu melakar kemenangan malam ini, sekali gus menghidupkan sisa-sisa peluang Selangor mara ke pusingan kedua kempen Piala AFC.

"Saya perlu merencana sku- ad terbaik memandangkan kesemua aksi iaitu Piala AFC, Piala FA dan Liga Super dilihat sama penting buat kami.

"Tampil tanpa beberapa pemain utama, bukan alasan kami memandang rendah kemampuan Saigon tetapi saya percaya kesebelasan pemain yang diturunkan mampu menggalas tanggungjawab dengan baik," katanya pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam semalam.

Irfan memberitahu, beliau kekal menaruh kepercayaan kepada tonggak import, Peter Chrappan bagi mengemudi benteng pertahanan Selangor biarpun pemain Slovakia itu dilihat beberapa kali melakukan kesilapan mudah ketika berdepan Johor DT dalam aksi suku akhir pertama Piala FA tempoh hari.

Selain itu katanya, rakan senegara Chrappan, Michel Kubala juga bakal diturunkan malam ini.

"Namun, saya enggan mengundang risiko menurunkan K. Gurusamy yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, selain tidak menolak kemungkinan merehatkan kapten, Asraruddin Putra Omar.

"Kami yakin mampu menewaskan Saigon kerana bagi saya, East Bengal jauh lebih kuat berbanding mereka.

"Kekalahan kami tempoh hari hanyalah berpunca daripada kehilangan konsentrasi pemain sebaik berjaya menyamakan kedudukan.

"Cuma pada masa yang sama, kami perlu berhati-hati apabila Saigon bakal tampil dengan tiga pemain import termasuk pencetak kedua-dua gol mereka tempoh hari (Emeka Oguwike)," katanya.

Untuk rekod, Selangor yang tumpas 1-2 kepada Saigon di tempat lawan minggu lalu kini hanya mengutip satu mata selepas tiga perlawanan selepas turut tewas 0-1 kepada East Bengal dan seri 3-3 dengan Tampines Rovers sebelum ini.

Selepas bertemu Saigon, Selangor akan melayan kunjungan East Bengal di Shah Alam (23 April) sebelum berdepan Tampines di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 30 April ini.

TIADA sebarang tarikh lanjutan, keputusan FAM muktamad.

Posted:

TIADA sebarang tarikh lanjutan, keputusan FAM muktamad.

TIADA sebarang tarikh lanjutan, keputusan FAM muktamad.

Demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berhubung jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) yang dibuka semula bermula semalam.

Menurut beliau, kesemua pasukan yang berhasrat mendapatkan mana-mana pemain baharu perlu mengemukakan permohonan masing-masing sebelum tarikh tutup pada 22 April ini.

Ini kerana menurut Hamidin, pihaknya enggan masalah berbangkit seperti mana yang berlaku pada musim-musim sebelum ini kembali berulang.

"Saya sarankan mana-mana pasukan yang berhasrat mendapatkan pemain import baharu supaya mengambil langkah awal menghantar sebarang permohonan dengan kadar segera.

"Ia ekoran proses sijil perpinda- han antarabangsa (ITC) dan seba- rang dokumen dikhuatiri mengambil masa yang lama untuk diproses, jadi mana-mana pasukan dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan pada saat-saat akhir.

"Kami akan bertindak lebih tegas kali ini dan tidak akan melanjutkan tarikh akhir pendaftaran pemain berkenaan yang kekal 22 April ini seperti mana yang diputuskan sebelum ini," katanya kepada pemberita semalam.

Selain pendaftaran dua pemain import baharu seperti mana musim sebelum ini, FAM juga memperkenalkan peraturan baharu kali ini apabila membenarkan tiga pemain tempatan berhijrah ke mana-mana pasukan.

Begitupun, berdasarkan Peraturan Am 4.5.5 Liga Malaysia (2013-2016) tiga pemain tempatan berkenaan hanya dibenarkan berhijrah secara kekal ataupun pinjaman jika mendapat 'lampu hijau' daripada majikan asal.

Peraturan itu memberikan peluang sama rata kepada pasukan bagi menggantikan pemain yang cedera atau gagal mencapai aksi terbaik sepanjang musim ini.

Kelima-lima pemain baharu yang bakal didaftarkan itu juga tidak mempunyai tempoh menunggu dan dibenarkan beraksi sebaik permohonan diluluskan.

Dalam pada itu, Hamidin yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mendedahkan, pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa pemain import baharu bagi menggantikan Peter Chrappan dari Slovakia yang gagal memberikan impak kepada Gergasi Merah.

Chrappan sebelum ini menggantikan Ramez Dayoub dari Lebanon yang sebelum ini digugurkan Selangor selepas didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak Lebanon (LFA) atas kesala- han mengatur keputusan perlawa- nan.

"Ketika ini, kami sedang menguji pemain pertahanan dari Brazil, Australia dan Sepanyol dan keputusan mengenainya bakal diketahui minggu ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved