Sabtu, 27 April 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


ATM tebus kecewa

Posted:

ATM tebus kecewa

ATM tebus kecewa

Ketua pasukan ATM, Hairuddin Omar, (baju merah), berjaya menjaringkan gol petama dengan tandukannya menewaskan penjaga gol SELANGOR PKNS FC, Mohd Remezy, pada masa pertama ketika perlawanan.


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) kembali mempamerkan aksi positif selepas menewaskan Selangor PKNS 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan malam tadi.

Kemenangan tersebut dianggap sebagai pengubat duka selepas skuad kendalian B. Sathianathan itu tewas 1-3 kepada pendahulu Liga Super, Lions XII di Stadium Jalan Besar Singapura Sabtu lalu.

Gol kemenangan skuad The Gladiators diperoleh menerusi kapten, Hairuddin Omar dan peledak berbisa ATM, Marlon Alex James masing-masing pada minit ke-36 serta 73.

Kini, ATM menduduki tempat ketiga liga selepas mengutip 24 mata iaitu tiga mata ketinggalan di belakang Lions XII yang akan menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam ini.

Marlon turut mendapat suntikan semangat selepas muncul penjaring terbanyak liga setelah meledakkan 13 gol sepanjang 14 perlawanan.

Sementara itu, Pahang turut menepati ramalan apabila mudah menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Seperti yang dijangka, pasukan tuan rumah yang menampilkan persembahan agresif membuka jaringan menerusi penyerang import kelahiran Argentina, Matías Conti pada minit ke-26.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan pelawat yang dibimbing K. Devan menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan namun sekali lagi dihukum jentera serangan Tok Gajah apabila penyerang, Fauzi Roslan menggandakan kedudukan pada minit ke-65.

Kemenangan itu sudah cukup untuk meletakkan skuad kendalian Dollah Salleh di tangga kelima Liga Super setelah memungut 23 mata sepanjang 14 perlawanan.

Chong Wei tepati ramalan

Posted:

Chong Wei tepati ramalan

Chong Wei tepati ramalan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
Ikhsan.azmi@kosmo.com.my

PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei terus mempamerkan kecemerlangan untuk melangkah ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2013 semalam.

Pada aksi suku akhir itu, Chong Wei menundukkan pemain muda tuan rumah, H. S. Prannoy 21-14, 21-19 di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi.

Chong Wei menerima tentangan yang agak sengit pada awal set pertama sebelum dia mula mengatur serangan untuk terus mendominasi aksi tersebut.

Bagaimanapun, Prannoy yang membuat kejutan menewaskan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat kelmarin mempamerkan kebangkitan pada set kedua untuk memintas Chong Wei 7-4, 17-11.

Chong Wei yang turut ketinggalan 16-19 pada penghujung set kedua kembali menyusun strategi untuk menyamakan keputusan 19-19 sebelum mengakhiri aksi suku akhir itu 21-19 dalam tempoh perlawanan 34 minit.

Pada aksi separuh akhir hari ini, Chong Wei akan bertemu Boonsak Ponsana dari Thailand yang turut mara selepas menewaskan pemain India, R. M. V. Gurusaidutt 21-12, 11-21, 21-12.

Cabaran beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Terbuka India 2013 turut berakhir.

Gandingan No. 2 dunia itu disekat pasangan Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang yang menewaskan mereka 19-21, 14-21 pada aksi suku akhir dalam tempoh 37 minit.

Pada set pertama, kedua-dua beregu itu saling mengatasi antara satu sama sebelum terikat 16-16, 18-18 dan 19-19, namun tuah lebih menyebelahi Ki Jung-Sa Rang yang mendahului 21-19 untuk menamatkan aksi pertama.

Pada set kedua, Kien Keat-Boon Heong sekadar memberikan cabaran pada awal perlawanan sebelum diasak beregu kelima dunia yang menguasai saingan dengan kelebihan 7 mata untuk menyingkirkan gandingan negara.

Kekalahan tersebut turut memberi kelebihan kepada Ki Jung-Sa Rang yang belum pernah ditewaskan oleh mereka dengan rekod kemenangan 3-0.

Terdahulu, Kien Keat-Boon Heong pernah ditewaskan pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2012 Januari tahun lalu sebelum tumpas di pentas final Terbuka Jepun 2012 (September lepas).

Nasib sama turut dialami beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang dikejutkan oleh pasangan dari Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba.

Peng Soon-Liu Ying masih belum ditumpaskan beregu ke-10 dunia itu dalam tiga pertemuan terdahulu dipaksa bekerja keras sebelum ditundukkan 13-21, 18-21 dalam tempoh 36 minit.

KOM tidak halang

Posted:

KOM tidak halang

KOM tidak halang

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


AHMAD SHAPAWI (kiri) dan Beasley menghadiri mesyuarat program Ride With Pride di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) tidak menghalang mana-mana atlet di bawah naungan mereka untuk 'mengubah angin' dengan mencuba nasib ke dalam acara sukan lain.

Presidennya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, meskipun ia satu kerugian buat KOM daripada segi masa, tenaga dan peruntukkan yang digunakan ke atas mereka, namun badan olahraga negara itu terpaksa menerima hakikat bahawa ia adalah pilihan yang dibuat oleh atlet tersebut sendiri.

Menurutnya, KOM tidak berhak menghalang mereka untuk menentukan masa depan karier masing-masing dan mereka juga tidak perlu meminta lampu hijau daripada KOM mengenai perkara ini.

"KOM tiada hak untuk menghalang mereka kerana mereka dibayar gaji oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Jika mereka (MSN) tahu perkara ini, maka saya rasa ia bukan satu masalah," kata Zainal semalam.

"Namun, bagi saya ia satu kerugian buat KOM kerana kami telah laburkan banyak peruntukan dan masa di bawah program yang dirancang terhadap mereka, malah ia juga boleh menjejaskan sasaran pingat kita di Sukan SEA 2013 Myanmar nanti.

"Apa pun, KOM tidak ada kuasa untuk menghalang mereka. Ia adalah pilihan mereka sendiri dan kalau kami mahu menahan mereka di sini pun tiada guna kalau mereka sendiri yang mahu pergi," jelasnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Shapawi Ismail semalam mendedahkan tiga atlet olahraga telah dikenal pasti untuk diserapkan ke dalam program lumba basikal bagi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Program yang dijalankan sejak Disember tahun lepas itu melibatkan 90 atlet elit dan bekas atlet kebangsaan serta negeri yang telah diuji tahap fizikal, fisiologikal, psikologi dan kemahiran asas lumba basikal oleh Bahagian Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat (PPB), ISN.

Ia bertujuan mencari atlet elit berusia antara 17 dan 27 tahun daripada sukan kurang menyerlah disebabkan faktor prestasi sukan yang mendatar atau faktor kecederaan yang menghalang kepada peningkatan prestasi mereka dalam sukan yang diceburi.

Atlet sukan yang disasarkan itu adalah daripada sukan olahraga (acara pecut, jarak sederhana dan jauh serta lompatan), angkat berat, hoki dan bola jaring.

Ahmad Shapawi sebelum itu menghadiri mesyuarat mengenai program Ride With Pride bersama ketua jurulatih lumba basikal negara, John Beasley.

"Sebenarnya, kegagalan atlet itu dalam karier masing-masing adalah kerana kurangnya usaha dalam diri mereka sendiri.

"Atlet negara sepatutnya mempunyai keghairahan dan minat mendalam dalam karier masing-masing kerana ia yang menjadi penentu kepada masa depan mereka dalam sukan olahraga.

"Kalau mereka sendiri yang rasa mereka mampu menyinar dalam acara lain, mereka boleh pergi. Tetapi kena pastikan mereka bukan di dalam program yang KOM sedang aturkan ketika ini.

"Kalau tidak ia satu kerugian besar buat kita," jelas Zainal lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved