Ahad, 21 April 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


5 korban kemalangan awal pagi

Posted:

5 korban kemalangan awal pagi

5 korban kemalangan awal pagi

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

DUA daripada lima mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Lima lelaki terbunuh dengan dua daripada mereka putus kaki dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal dan dua buah kereta di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang berhampiran sebuah stesen Petronas selepas Plaza Tol Batu 3 di sini semalam.

Lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri pada pukul 3 pagi itu ialah Mohd. Faridzuan Mohd. Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21, M. Kalaychelven, 50, dan Wilson Lee, 22.

Turut putus kaki, Kalaychelven dan Amirul Faiq.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayop berkata, mengikut siasatan, sebelum kemalangan, pemandu kereta Honda City bernombor pendaftaran BHW 8678 dipandu Wilson Lee yang dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Klang hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian.

"Kereta Honda itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas lalu melanggar tiga buah motosikal yang masing-masing bernombor pendaftaran AFB 5586, BKK 892 dan BJY 1340 yang berhenti di lorong kecemasan kerana salah sebuah motosikal itu dipercayai mengalami kerosakan," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga penjenayah gagal curi 44 ekor kambing

Posted:

Tiga penjenayah gagal curi 44 ekor kambing

Tiga penjenayah gagal curi 44 ekor kambing

HULU SELANGOR - Hasrat sekumpulan lelaki untuk melarikan 44 ekor kambing di sebuah bladang ternakan kambing dan lembu di Perindustrian Zurah, Rasa di sini semalam tidak kesampaian apabila lori membawa muatan ternakan curi itu diekori kereta peronda polis.

Satu sumber berkata, semasa kejadian pada pukul 3.50 pagi, tiga lelaki bersenjatakan parang telah menceroboh masuk ke rumah pekerja ladang yang didiami dua pekerja warga India.

"Tiga suspek kemudian memaksa salah seorang pekerja itu membuka pintu pagar ladang sebelum penjenayah itu mengheret kambing-kambing dianggar bernilai RM25,000 tersebut menaiki sebuah lori," kata sumber itu.

Jelas sumber itu, selepas kira-kira setengah jam berada di ladang tersebut, tiga penjenayah itu meninggalkan ladang tersebut.

Seorang pekerja ladang turut dibawa bersama dengan kambing yang dicuri. Tiga penjenayah itu turut menaiki kenderaan yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Khemah roboh dipukul ribut

Posted:

Khemah roboh dipukul ribut

Khemah roboh dipukul ribut


KEADAAN khemah di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang yang roboh akibat dipukul ribut semalam.


PASIR GUDANG - Petugas, tetamu utama dan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi nyaris cedera apabila khemah tempat mereka sedang menikmati jamuan, roboh dipukul ribut.

Kejadian berlaku selepas majlis perasmian Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2013 di Dewan Serbaguna Taman Mawar dan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Semua tetamu dan peserta majlis itu sedang menikmati hidangan pencuci mulut, pengat pisang apabila berlaku hujan lebat disertai angin kencang pada pukul 12.10 tengah hari.

Khaled, yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permas, meninggalkan majlis lima minit sebelum kejadian ribut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved