Isnin, 8 April 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


53 ketua jabatan UniMAP terima watikah pelantikan

Posted:

53 ketua jabatan UniMAP terima watikah pelantikan

53 ketua jabatan UniMAP terima watikah pelantikan


KAMARUDIN (duduk, tengah) bergambar bersama sebahagian daripada ketua jabatan UniMAP yang menerima watikah pelantikan baharu jawatan di Kangar, Perlis baru-baru ini.


SETIA. Seramai 53 ketua jabatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima watikah pelantikan baharu jawatan masing-masing pada majlis yang diadakan di Hotel Putra Palace, Kangar baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, semua ketua jabatan berkenaan membaca ikrar bagi menitikberatkan integriti dan mengamalkan sikap toleransi dalam proses tadbir urus staf bawahan dalam mentadbir sesuatu jabatan atau pusat pengajian di UniMAP.

Majlis penyerahan watikah pelantikan watikah tersebut disampaikan oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahdi Jamal dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Ismail Daut.

Menurut Kamaruddin, sebagai ketua jabatan, mereka perlu mempunyai sifat amanah dalam melaksanakan sesuatu urusan.

"Perlu tegas membuat keputusan, bijaksana mengendalikan agenda dan berpandangan jauh," katanya.

Pertandingan Seni Silat Selendang Merah meriah

Posted:

Pertandingan Seni Silat Selendang Merah meriah

Pertandingan Seni Silat Selendang Merah meriah


SEBAHAGIAN daripada ahli jawatankuasa PSSSMIPK bergambar kenangan sempena Pertandingan Seni Silat Selendang Merah di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


SEMANGAT. Seramai 80 pelajar sekolah rendah dan menengah di Kedah menyertai Pertandingan Seni Silat Selendang Merah Ibu Pertiwi Kedah (PSSSMIPK) di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Tikam Batu, Sungai Petani baru-baru ini.

Pertandingan itu turut disertai pelajar dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Perlis.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Datuk Arpan Shari ketika merasmikan pertandingan itu berkata, melalui penganjuran pertandingan tersebut, dapat memberi peluang kepada pelajar Melayu mengenal seni silat bangsa sendiri.

Yang Dipertua PSSSMIPK, Wan Yahya Wan Chik pula berkata, kerjasama pelbagai pihak bagi mengadakan pertandingan itu amat memberangsangkan.

Menurutnya, ramai pelajar lelaki dan perempuan berminat mempelajari seni silat itu di seluruh negara dan ia adalah aktiviti yang yang bukan sahaja meningkatkan kecergasan tetapi juga melahirkan minda cerdas.

JKM rai ulang tahun ke-67

Posted:

JKM rai ulang tahun ke-67

JKM rai ulang tahun ke-67


NORAINI (tengah) memotong pulut kuning pada ulang tahun ke-67 JKM di Putrajaya baru-baru ini.


MERIAH. Perhimpunan Bulanan dan Ulang Tahun ke-67 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diadakan di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya baru-baru ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JKM, Datuk Noraini Mohd. Hashim.

Menurut Noraini, majlis tersebut bertujuan menyemai nilai-nilai murni dan meningkatkan semangat kakitangan jabatan tersebut.

"Penubuhan JKM dalam membangunkan masyarakat serta meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat menjadikannya sebuah jabatan yang matang dan kuat," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa bekas Ketua Pengarah JKM.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved