Selasa, 23 April 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Galak kanak-kanak menyimpan di Tabung Haji

Posted:

Galak kanak-kanak menyimpan di Tabung Haji

Galak kanak-kanak menyimpan di Tabung Haji

Shamsul ANUAR (belakang lapan dari kiri) bersama sebahagian 778 kanak-kanak Tadika Kemas yang menerima sumbangan buku simpanan Tabung Haji di Lenggong, Perak baru-baru ini.


MENABUNG. Seramai 778 kanak-kanak Tadika Kemas di seluruh Parlimen Lenggong menerima buku akaun simpanan Tabung Haji pada satu majlis khas di Kompleks Komuniti Desa Kemas Lenggong, Perak baru-baru ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pembiayaan dan sumbangan buku akaun simpanan itu adalah sebagai usaha menggalakkan sikap menabung dalam kalangan kanak-kanak.

Katanya, pembiayaan dan sumbangan buku akaun simpanan Tabung Haji itu adalah bagi menggalakkan mereka menabung sejak kecil demi kegunaan masa depan mereka serta membudayakan sikap berjimat-cermat.

"Pada masa sama, kita membantu kerajaan untuk meningkatkan kesedaran menyimpan dalam Tabung Haji dan dapat memberi dorongan serta menanam minat kanak-kanak terbabit untuk menunaikan ibadat haji pada suatu hari nanti dan bukan sudah mahu pencen baru berkemampuan," katanya.

Turut hadir pada majlis yang sama ialah Pengarah Kemas negeri Perak, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi dan Timbalan Ketua UMNO Lenggong, Datuk Tarmizi Idris.

Tabung Budi Peka bantu empat keluarga miskin

Posted:

Tabung Budi Peka bantu empat keluarga miskin

Tabung Budi Peka bantu empat keluarga miskin


HASHIMAH (lima dari kanan) bersama penerima bantuan selepas majlis penyerahan bantuan Tabung Budi Peka di Kuala Langat, Selangor baru-baru ini


PRIHATIN. Tabung Budi Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) meneruskan usaha membantu golongan yang memerlukan menerusi Program Pemberian Air Percuma Tabung Budi di Kuala Langat, Selangor baru-baru ini.

Kali ini, sebanyak empat keluarga bertuah dipilih bagi menikmati bantuan Peka.

Bantuan ditanggung sepenuhnya dari kutipan ahli-ahli Peka itu merangkumi pembayaran tunggakan, bayaran caj penyambungan serta menyelesaikan bil mereka selama tempoh enam bulan dari tarikh serahan bantuan.

Pengurus Tabung Budi, Hashimah Che Mat Din berkata, sehingga kini, sejumlah 449 buah keluarga di Selangor telah menerima manfaat dari program yang sama.

Pada program baru-baru ini, Peka telah menyampaikan sumbangan kepada Samad Sahit, 46, dari Telok Panglima Garang, R. Kalaiselvi, 35, (Bukit Cheeding), Azifal Aziz, 38, (Kampung Olak Lempit) dan Masribani Sariman, 45, (Kampung Endah).

200 penduduk Selising sertai Program Sukan Rakyat

Posted:

200 penduduk Selising sertai Program Sukan Rakyat

200 penduduk Selising sertai Program Sukan Rakyat


SEBAHAGIAN daripada penduduk yang menyertai acara lari dalam guni pada Program Sukan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 200 penduduk dari 10 buah kampung sekitar Selising menyertai Program Sukan Rakyat yang pertama kali diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.

Pada program itu, penduduk terlibat bersama anak-anak masing-masing menyertai pelbagai acara sukan termasuk lari dalam guni, golek para, mengail dalam botol, kaki galah, tarik upih dan tarik tali.

Kehadiran orang ramai pada majlis yang dianjurkan UMNO Cawangan Selising itu diadakan sejak pukul 8 pagi itu memeriahkan lagi suasana.

Wakil UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Shukri Mohamad berkata, program sedemikian dapat mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat selain memantapkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak masing-masing.

"Bagi penganjuran sukan rakyat seperti ini, kita biasanya bukan semata-mata bermatlamat mencari kemenangan tetapi lebih kepada mewujudkan suasana mesra yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak masing-masing," jelasnya.

Shukri juga menyampaikan hadiah kepada pemenang sukan setiap kategori dan berharap program yang sama dapat diteruskan pada tahun depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved